Home Novel Cinta Unforgettable Love
Unforgettable Love
Mastura Abdullah
19/6/2020 15:23:20
45,292
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

MALAM itu ketika dia memandu sendirian,terdetik di hatinya untuk singgah dihospital melihat perkembangan wanita yang dilanggarnya.

Seminggu berlalu, tiada panggilan telefon diterima daripada mana-mana pihak berhubung insiden itu. Zain juga tidak lagi mengajaknya ke hospital untuk memantau perkembangan kesihatan wanita itu. Agaknya dia benar-benar tidak mahu terlibatdengan perkara itu lagi. Hud meneka.

Ketika tiba di hospital, jam telah menunjukkan angka 9.30 malam. Janjinya, dia mahu menjenguk keadaan wanita itu saja tetapi entah bagaimana telinganya boleh menangkap perbualan aneh tentang wanita itu ketika tombol pintu ditolak.

“Pendek cite, kiter tak mboh nikoh dengang Zahra,” kata seorang lelaki sambil menggeleng.

“Janganglah gini, Fariz! Mok cik rayu pade Fariz. Kesiang etek ke Zahra ni. Yer pung tak mboh jadi gini. Mesti yer sedih bile yer sedar nati, semua doh tok macang dulu,”rayu seorang wanita bertubuh rendang.

“Mok cik bayar je dua puluh ribu ke ayoh deh, mesti bereh belake. Kalu kiter nikoh dengang Zahra, nati kiter pulok hok keno jage yer sapa mati. Tak mboh kiter!Majlis bulan depang cancel, deh? Kiter balik dulu.”

“Fariz!”panggil wanita separuh abad itu.

 Hud yang masih teguh berdiri memegang tombol pintu terkejut.

Lelaki yang bernama Fariz merenung ke arahnya sebelum menyambung langkah meninggalkan wad persendirian itu.

“Mung ning sape?”soalnya ketika berselisih dengan Hud.

“Kawan,”sahut Hudtiada ragu.

“Saing piyer?”

“Kawan kepada siapa-siapa saja yang nak berkawan dengan aku,” balas Hud malas hendak membuka cerita sebenar.

Daripada perbualan tadi, dia sudah dapat membuat kesimpulan apa yang akan berlaku selepas ini walaupun hampir separuh perbualan itu tidak difahaminya.

“Patutah Zahra pung dok berape nok layang aku. Sabik ke mung rupenye. Huh, anok dengang mok serupe aje menyusohkang!” hamun lelaki bernama Fariz tanpa usul periksa.

Hud menahan hati.

“Aku sabar je dengan kau. Baik kau keluar sekarang!” balas Hud, bengang. Pandangan bengis lelaki bernama Fariz itu sedikitpun tidak menggentarkan hatinya.

“Debe mung ni! Aku jupe mung kat luo, lembik mung aku kijekang,” tingkahFariz tidak puas hati.

“Jangan cakap saja. Buat!” cabar Hud, tidak mahu mengalah. Pantang baginya berjumpa lelaki pandai bercakap, tetapi kecut bila bertemu seorang dengan seorang.

“Harap ini hospital... mung tunggu nati!”

“Ye, akutunggu!” Hud senyum sinis lantas menutup daun pintu ketika lelaki itu masihmemakinya.

Entah bagaimana dia turut larut dalam emosi yang tak dijemput itu. Mungkin kerana nasib yang menimpa wanita yang dilanggarnya tempoh hari ibarat sudah jatuh ditimpa tangga. Hati yang keras beku tak mampu membeku selamanya.

“Anok ning sape?”tanya wanita separuh abad itu kepadanya.

“Saya Hud... Pesalah anak mak cik,” ulas Hud setelah memperkenalkan diri.

“Hud yang...”

Hud mengangguk.

“Saya orangnya, yang melanggar anak mak cik.”

“Bakpe Hud langgo Zahra? Yer wak saloh mende ke Hud?”

Hud tidak menjawab. Suara tua itu kedengaran bercerita lagi.

“Zahra nilah anok hok paling banyok jase pade keluarge yer. Patut pung tiga empat harini yer dok tepong mok cik. Mok cik ingatkan yer sibuk caghi pitih, dok seker...”

“Saya pun tak mahu keadaan jadi macam ni. Maaf, mak cik. Saya harap mak cik dapat beri kebenaran kepada doktor untuk bedah Zahra. Pasal biaya... mak cik jangan risausebab saya akan tanggung segalanya. Saya mintak diri dulu,” ujar Hud sebelummengundur diri. Sesungguhnya dia bukan seorang pemujuk apatah lagi penutur katamanis.

Cukuplah sekadar memperkenalkan dirisebagai pesalah kerana memang benar dia orang yang melakukan huru-hara itu.Dalam dia hendak menyalahkan Zahra atas apa yang berlaku, satu per satu bukti menunjukkan bahawa dialah orang yang patut dihukum atas kemalangan yang menimpa wanita itu.

Sedang dia berjalan, hati kecilnya seperti mengesan sesuatu. Seperti ada kelibat seseorang sedang mengekorinya ke parkir hospital yang terletak di aras basement. Bukan seorang tetapi dua orang. Dengan mudah dia meneka siapa gerangan yang cuba mencari pasal dengannya malam itu. Mindanya masih merakam kemas wajah bengis yang mengancamnya setengah jam yang lalu.

Langkah diteruskan tanpa rasa gentar. Minda sahaja dikerah agar lebih bersedia dengan ancaman yang akan berlaku bila-bila masa. Benar! Telahannya jarang mengecewakan. Terdetik sahaja hal itu di fikirannya, bunyi tapak kaki semakin deras mengejar langkahnya di belakang.

Hud pantas berpusing menghadap ke arah bunyi itu. Sebatang kayu di tangan Farizcuba dilibas ke arahnya. Tidak mahu membuang tenaganya sia-sia, Hud menundukkankepala. Serangan pertama berjaya dielak sebelum dia diserang pula dari satuarah lain oleh seorang lagi individu yang diyakini rakan Fariz.

Mindanya pantas membuat perkiraan. Tendangan padu ke bahagian perut Fariz membuahkan hasil. Lelaki itu jatuh tersungkur sebelum dia mendepani lawan kedua.Berbanding Fariz, lelaki kedua ini nampak agak goyah. Hud terus menendang kemas tempurung lutut yang merupakan antara titik lemah manusia. Dengan tenaga yang ada, dia mengasak lawan yang jatuh tersungkur tanpa memberi peluang untuk lawannya membalas.

Ketika itu, dia perasan Fariz cuba mencapai semula kayu yang berada tidak jauh daripadanya. Hud cuba menyepak kayu itujauh-jauh, namun cubaannya gagal apabila Fariz berjaya menyauk kakinya. Dia gagal mengimbangi badan lalu jatuh tersembam tidak jauh daripada Fariz. Giliran Fariz cuba menumbuk bahagian rusuknya. Kali ini Hud tidak berjaya mengelak keranaFariz berjaya mengilas tangannya ke belakang.

Sekali,dua kali, tiga kali. Serangan di bahagian rusuk kirinya hanya berhenti apabila bunyi wisel kedengaran di seluruh aras basementitu.

 

 

Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.