Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
186,896
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 20

JODOH UNTUKKU

Riuh bunyi dari aras bawah mengejutkan lena Ain. Selepas solat zohor tadi, Ain ingat hanya nak baring sahaja di atas katil. Tak sangka dia boleh terlelap pulak. Ain bangun menanggalkan telekung solat dia untuk disidai pada penyidai di tepi tingkap. Sempat Ain menjengah ke luar tingkap. Nampaknya kereta Fuadi sudah ada di porch. Tapi kenapa dia tak naik ke bilik.

‘Hmm..mungkin dia tengah lepak dekat bawah.’ Lagipun kalau tak salah, Ain ada terdengar suara Danish tadi. Nampaknya Danish dah keluar ward. Alhamdullillah..Ain menyarung tudung untuk turun ke bawah. Bosan pulak dia duduk sorang-sorang dalam bilik ni.

Turun ke bawah, Ain lihat semua tengah berkumpul di ruang keluarga. Nampak santai sambil melihat TV. Perasan kehadiran Ain, ummi menggamit Ain untuk duduk di sofa sebelah dia.

“Hah, turun pun Ain, tertidur ke tadi?” tersenyum ummi menyapa Ain.

“Haah ummi. Lepas solat tadi, ingatkan nak baring je, tapi macam mana entah boleh terlelap.” Segan Ain dengan ummi. Dia bukannya buat kerja apa pun hari ni. Tapi tertidur mengalahkan ummi yang dari awal pagi lagi dah bangun.

“Tak apalah. Ain kan memang kena rehat. Kalau tak tidur pun, bukannya Ain boleh buat apa-apa kerja.” Ummi menyedapkan hati Ain yang nampak sangat serba salahnya.

Ain pandang Fuadi yang ralit sangat melayan Danish bermain. Langsung tak menegur Ain.

“Ummi ni manjakan sangat menantu kesayangan ummi ni. Bagi je dia buat kerja.” Baru dengar suara Fuadi. Walaupun tahu yang Fuadi hanya bergurau, Ain serba sedikit tetap terasa hati. Ummi dah pandang Fuadi semacam. Ain tahu ummi geram dengan Fuadi yang nampak sangat langsung tak hiraukan Ain. Tak mahu ummi memulakan leteran dia dekat sini, Ain menepuk lembut paha ummi di sebelah dia. Menggeleng kecil Ain pada ummi tanda tak mahu ummi membocorkan rahsia.

“Ain pegangkan Dania ni sekejap. Kak Mia nak naik atas. Apalah hero Kak Mia tengah buat dekat atas tu. Jangan dia ganggu papa dia tidur sudah.” Kak Mia menghulurkan anak dia yang baru berusia 4 bulan pada Ain sebelum melangkah meninggalkan ruang itu.

Suasana berlalu dengan Ain dan ummi ralit melayan Dania. Sementara Fuadi dan Sofea yang duduk di sofa berhadapan dengan Ain asyik melayan kerenah Danish. Ain perasan Fuadi yang sesekali melemparkan pandangan ke arah dia. Pelik Ain rasakan keadaan sekarang. Macam dia dan Fuadi tengah bergaduh pula.

“Hmm..abang, Sofea balik dulu lah. Dah lama dekat sini.” Mungkin kerana turut terasa janggal, Sofea tiba-tiba meminta diri untuk pulang. Lagipun, ummi di sebelah Ain ni kerap juga menghadiahkan jelingan tajam pada Sofea. Ain dapat rasakan yang ummi tidak begitu menyenangi kehadiran Sofea.

“Eh, dah nak balik ke? Tak nak tunggu minum petang?” Fuadi tampak keberatan. Memang Ain tahu yang waktu-waktu macam ini, bibik di dapur memang sedang menyiapkan minuman petang.

“Tak apelah. Tadi ingat nak singgah amik Danish kejap je. Boleh pulak terleka dekat sini.” Owh..Sofea datang nak jemput Danish rupaya. Mungkin tadi Fuadi terus bawak Danish datang ke sini dari hospital.

“Hmm..okay lah..Danish pergi salam dengan nenek dan Auntie Ain.” Arah Fuadi pada Danish. Tak tahu lah si kecil Danish tu faham tak arahan Fuadi.

“Auntie Ain?” Danish mengulang pertanyaan. Mungkin tak biasa di pendengaran dia.

“Haah..Tu Auntie Ain..”Fuadi menunjuk ke arah Ain. Lama Danish melemparkan pandangan pada Ain yang sedang mendukung Dania.

Ain hanya tersenyum pada Danish. Tak tahu lah apa yang sedang fikiran Danish cernakan sekarang pasal Ain. Tiba-tiba Danish tersenyum, dan berlari laju ke arah Ain.

“Danish..no..” Terpaan Danish secara tiba-tiba ke arah perut dia mengejutkan Ain. Sebelah tangan dia automatic terangkat menghalang Danish dari melanggar perut dia, sementara tangan yang sebelah lagi sedang mengendong Dania.

Tindakan reflek dari Ain itu menyebabkan Danish terjatuh. Muka dia sudah tercebik mahu menangis. Semua yang ada di ruang itu tampak tergamam dengan apa yang berlaku.

What’s wrong with you Ain. Kalau marahkan abang pun, jangan lah libatkan Danish. Dia nak pergi salam je kan. ” Suara keras Fuadi mula bergema di ruang itu.

Ain yang turut tergamam tadi bagaikan baru tersedar. Terus dia menunduk untuk mendapatkan Danish yang jatuh di atas karpet tadi.

“Ya Allah…Sorry Danish..”Rasa bersalah Ain pada Danish. Dania yang berada di dukungan dia menyukarkan Ain untuk mendapatkan Danish.

“Danish budak baik kan… Tak mau nangis-nangis. Auntie Ain tak sengaja tu.” Nasib baik ummi meyelamatkan keadaan. Terus diangkat Danish dan diletakkan atas riba dia.

“Tak mau lah kasar-kasar dengan auntie Ain. Nanti baby dalam perut auntie Ain sakit.” Ummi memujuk Danish yang sedang menangis. Hmm..nampaknya ummi dah bongkarkan rahsia Ain. Tak tahu lah ummi sedar atau tidak apa yang dia tengah cakap.

You’re pregnant?” Nampak terkejut Fuadi. Tajam pandangan dia pada Ain. Sofea di sebelah turut sama tergamam. Tak tahu kenapa, Ain rasa sebak tiba-tiba. Bukan itu reaksi yang dia mahu tengok dari Fuadi.

Baby?” Reaksi spontan dari Danish mengembalikan fokus Ain pada ummi yang sedang memujuk Danish. Comel Ain rasakan gelagat Danish. Dari banyak-banyak perkataan yang ummi cakap tadi, agaknya perkataan ‘baby’ je yang dia dapat tangkap.

“Haah. Baby. Danish nak baby? Sayang auntie Ain dulu.”

Danish nampak teruja dengan perkataan baby. Terus dia peluk erat tengkuk Ain dan menghadiahkan ciuman di pipi Ain. Tersenyum senang Ain. Tak sabar rasanya nak merasai suasana sebegini dengan anak dia sendiri nanti. Sempat ain memandang sekilas pada Sofea. Entah kenapa Ain rasakan Sofea tidak menyenangi perlakuan Danish pada dia.

Mungkin perasan dengan reaksi dari Sofea, Fuadi terus bangun mengambil Danish di atas ribaan ummi.

We have a lot to discuss.” Sempat Fuadi berbisik pada Ain sebelum berlalu mengiringi Sofea ke kereta. Ain dapat rasakan ada nada tak puas hati dari suara Fuadi. Kenapa dia nak marahkan Ain pula sedangkan dia sendiri yang tak hiraukan Ain.

Terdengar tombol pintu dipulas, Ain yang tadinya berdiri di tepi tingkap terus berlalu ke arah katil. Sempat diseka air mata yang tadinya tumpah melihat kemesraan Fuadi dengan Sofea di pintu pagar. Tadi, selepas je Fuadi berlalu menghantar pemergian Sofea, Ain terus menyerahkan Dania pada ummi dan meminta diri untuk naik ke bilik. Niat untuk mengambil tuala di tepi tingkap terbantut bila terpandangkan kemesraan Sofea dan Fuadi melalui tingkap.

Fuadi yang sudah masuk ke bilik melangkah perlahan kearah Ain. Kerusi di meja solek ditarik dan diletakkan betul-betul di hadapan Ain. Sempat Fuadi melemparkan handphone ke katil sebelum dia duduk melabuhkan punggung di kerusi. Lama dia pandang Ain. Tajam.

Why?” Sepatah perkataan je keluar dari mulut dia.

“Apa?” Tak jelas Ain dengan soalan Fuadi. Banyak perkara yang perlu mereka bincangkan. Jadi Ain tak tahu Fuadi maksudkan perkara yang mana satu sekarang.

“Kenapa tak bagitahu abang yang Ain mengandung?” Nampak terkilan Fuadi.

“I’ve tried to tell you last night. Tapi abang yang tak mahu dengar.” Perlahan suara Ain. Menahan sebak yang mula bertandang. Sekarang ini, emosi dia pun mudah terganggu.

“Ain pun nampak abang memang penat kan semalam. Takkan tak boleh bagitahu abang masa lain.Tadi pun Ain call abang kan. Kenapa tak bagitahu?” Kesal sangat nampaknya Fuadi.

“Ain tak nak ganggu abang. Abang kan tengah runsing dengan Danish.” Ain nampak Fuadi meraup muka dia meluahkan kekesalan dia.

“ Ya Allah Ain. I’m sorry. I don't know you’re pregnant.” Fuadi bangun dan berjalan ke arah tingkap. Lama dia melemparkan pandangan ke luar. Seperti tengah runsingkan sesuatu.

Why you’re seemed not happy with this?” Pelik Ain dengan tingkah Fuadi. Takkanlah Fuadi tak bersedia lagi untuk dapat anak. Kalau dilihatkan dari cara dia melayan Danish, nampak semuanya ok. Ataupun Fuadi takut kasih dia pada Danish akan tergugat selepas ini. Kalau betul lah itu yang Fuadi runsingkan, memang Ain tak dapat nak terima.

Fuadi tersentak dengan soalan Ain. Terus dipusingkan badan menghadap ke arah Ain. Dia lihat Ain tengah menyeka air mata sambil sebelah tangan kejap melekap di perut. Sedar yang tingkah dia telah mengguris hati Ain, Fuadi melangkah mendekati Ain sebelum menarik Ain ke dalam pelukan. Tangannya mengusap lembut ubun-ubun Ain.

Of course I’m happy Ain. I’ll become a father! This is what I’ve waited for. To have my own child.” Pujuk Fuadi sambil mencium lembut ubun-ubun Ain.

Terasa damai Ain dalam pelukan Fuadi. Dia dapat rasakan yang Fuadi masih menyembunyikan sesuatu melihatkan dari tingkah Fuadi yang nampak sangat kerunsingan tadi. Tapi dia tidak mahu memaksa. Mungkin Fuadi belum bersedia hendak berterus terang.

“I’m sorry. Let’s pack our things. We’re going to Cameron. After Asar kita terus pergi.” Terkejut Ain. Kenapa tiba-tiba?

“Eh, tadi cakap tak jadi. Why so sudden?” Ain meleraikan pelukan Fuadi di pinggang dia dan memandang tepat ke arah Fuadi.

“Tadi abang ingatkan Danish still kena warded sampai petang ni.” Fuadi melabuhkan punggung di atas katil. Hmm..Ain dah agak. Ain tak tahu sekarang dia patut sedih atau gembira. Gembira sebab dapat jugak dia pergi Cameron dan sedih sebab sekarang dia tahu yang dia kalah lagi dengan Danish. Maksudnya kalau Danish masih kena warded, dia tak akan berpeluang untuk pergi Cameron.

“Hmm..Ain memang tak akan pernah menang kan dengan Danish dan Sofea.” Sebak Ain rasa.

“Ain…you’re my wife and I love you. Danish is my responsibility. Dalam situasi semalam, of course abang akan utamakan Danish because the situation was life threatening. Tak ada siapa yang menang siapa yang kalah.”

You know what, bila lihat situasi semalam, Ain terfikir. Kalau masa tu both Danish and me,tengah dalam life threatening situation,agaknya siapa abang akan utamakan.” Terasa kejam pulak Ain bila membangkitkan soal Danish sekarang. Tapi, dia perlu tahu jawapan Fuadi.

Lama Fuadi pandang Ain. Seperti sedang memikirkan sesuatu. Mungkin tengah menyusun jawapan supaya tidak mengguriskan hati Ain. Nampak teragak-agak dia.

“Ain. Please don’t make me choose. Abang akan selalu berdoa pada Allah, supaya benda itu tak akan berlaku. So that I don’t have to choose. I don’t want to loose you and I’ll be in deep regret if I have to loose Danish. Dah, jom siap-siap.” Fuadi menyambar tuala di penyidai dan terus berlalu ke bilik air. Ain sempat melihat Fuadi secara sembunyi menyeka air mata dia.

Ya Allah. Rahsia apa yang Fuadi sembunyikan. Ain dapat rasakan yang Fuadi sedang menanggung beban yang sangat besar tentang Danish. Ain menyeka air mata dia yang turut sama mengalir membasahi pipi.

‘Situasi itu dah berlaku semalam abang. Kita hampir kehilangan anak kita, dan jawapannya, abang memilih Danish.’

Tapi Ain tahu tak adil untuk dia salahkan Fuadi sebab suami dia itu tidak tahu keadaan dia semalam. Ya, sama macam Fuadi. Ain juga tak mahu situasi itu berlaku.

Ain terus bangun mengemaskan baju dia dan Fuadi untuk dibawa ke Cameron nanti. Biarlah percutian ini dapat menghilangkan seketika segala kekusutan di hati dia dan Fuadi. Percutian yang hanya ada dia dan Fuadi, tanpa kehadiran Danish dan Sofea.

Previous: Bab 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.