Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
186,888
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 8-9

JODOH UNTUKKU

Bab 8

Suasana sunyi sepanjang perjalanan mereka. Tiada langsung teguran yang Ain berikan pada suaminya ketika melangkah masuk ke dalam kereta. Fuadi hanya beriak biasa tapi tampak keletihan di wajahnya. Dia juga langsung tidak menegur Ain, apatah lagi nak melemparkan senyuman untuk Ain. Sekarang Ain confius, siapa yang tengah boikot siapa sebenarnya ni.

Fuadi membawa Ain makan di restoran masakan panas. Masing-masing membuat order mengikut selera mereka. Televisyen yang terpasang di sudut restoran menyelamatkan Ain. Sekurang- kurangnya dia ada alasan untuk tidak memandang muka suaminya.

“So, sekarang ni tengah merajuklah lah ye. Sampai hari apa nak merajuk ni?” Fuadi memulakan suara, mematikan ‘silent treatment’ antara mereka. Tiada nada marah, cuma nada sinis mengusik macam selalu.

“Siapa merajuk? I’m not.” Ain geram. Selamba je Fuadi memerli. Dia tidak merajuk, lebih kepada sakit hati sebenarnya.

Sure? Because I’ve never seen this side of you before. I’ve told you, abang memang tak tahu nak layan orang merajuk. So, kalau tak merajuk baguslah. Boleh tak maniskan sikit muka tu.” Bertambah geram Ain. Fuadi memang tak ada perasaan bersalah langsung.

“Senang kan abang. Lepas abang dah buat Ain macam tu tadi, abang nak expect apa dari Ain? Nak bergelak sakan dengan abang sekarang?” Sedikit keras nada suara Ain.

Fuadi menegakkan badan. Muka dia mula beriak serius. “ It’s seem that you’re really disappointed about something now. Tell me, what I’ve done wrong?”

Ya Allah. Ain rasa macam sekarang dia tengah bercakap dengan Fuadi lain. Bukan Fuadi yang marah dia dengan teruk tadi. Takkan dia tak tahu apa yang dia dah buat.

“Abang ni pura-pura tak tahu ke apa ni? Tadi abang dah marah Ain,malukan Ain depan patient, takkan abang tak ada rasa bersalah langsung. At least, say sorry ke.” Perlahan tapi tegas suara Ain. Sedar dengan siapa dia sedang bercakap. Walaupun dia tengah geram dengan suaminya, rasa hormat dia sebagai seorang isteri jauh lebih tinggi dari rasa kecil hatinya kepada Fuadi.

“Oh! Pasal tu ke? Eh, Ain ke yang final year dental studenttadi tu? Abang ingatkan student mana la tadi.” Sempat lagi Fuadi nak mengenakan Ain. Tapi bila melihatkan muka Ain yang serius, Fuadi tidak jadi untuk terus berlawak dengan Ain.

Ok. I’ve scold you. So, what’s wrong? Salah ke kalau abang marah Ain bila Ain buat salah. Lagipun, I’ll just scold anyone if they did something wrong. That’s me.” Nampaknya betul sangkaan Ain. Fuadi memang tak rasa apa yang dia buat tadi salah.

“Abang marah Ain dengan teruk over just a small mistake. I did no harm to the patient, and abang marah Ain sampai macam tu sekali. Dah la depan-depan patient pulak tu. At least sayla sorry.” Ada nada rajuk dalam kata-katanya.

“Ain, you’ll never know if the information that you’ve miss might actually save the patient life later. So, just take it as a lesson. The fact that you’re my wife, did not give you any benefit than the others when it comes to the matter of saving patients’ life.

Ain terasa macam ada air dingin meresap dalam diri dia. Terus terpadam rasa sakit hati bila mendengar nada Fuadi yang memang tak terasa seperti menyindir. Lebih kepada memberi perangsang dan memujuk sebenarnya. Kata-kata Fuadi memang benar. Tadi baru Fuadi yang marah dia, Ain tak tahu, mungkin dia akan jumpa senior yang lebih garang dan teruk bila dia kerja tadi. Lagipun, mana ada MO yang rasa diri dia bersalah bila dia marah intern yang buat salah.

At least say la sorry dekat Ain. Yes, you’re right. You might do nothing wrong tadi. Tapi sekarang, kita keluar as husband and wife. Say la sorry.” Ain masih mencuba nasib untuk sekurangnya mendengar suaminya meminta maaf pasal kejadian tadi.

Terus tergelak Fuadi bila dengar ayat Ain yang memang macam kempunan sangat nak dengar dia cakap sorry.

Nope my dear. I’ll never say sorry when I think that I did nothing wrong. Macam Ain cakap tadi, abang marah Ain when we’re at hospital, when I’m a MO, and you’re a student. Now, we’re having a dinner as a husband and wife, and I did nothing wrong to you now. Ok, my lovely wifey.” Senyuman manis Fuadi lemparkan. Mungkin Fuadi tidak perasan yang dia sebenarnya sedang memujuk Ain sekarang. Pujukan tidak semestinya dengan barangan dan hadiah, tapi kata-kata yang lembut menangkan, tanpa ada sebarang nada sinis, ditambah dengan senyuman yang mencairkan juga satu pujukan sebenarnya. Ain rasa dia memang sudah jatuh cinta dengan suaminya.

So, memang tak nak cakap la ni. Kempunan la Ain nak dengar abang cakap sorry.

“Kata maaf abang sangat mahal Ain. Baru ada nilainya. Abang pun harap Ain tak mudah mengucapkan kata maaf untuk something yang Ain rasa betul. Sebab nanti kata maaf tu dah tak ada nilai Ain.”

Senyum Ain. Dia tak tahu sama ada dia atau Fuadi yang terlebih makan gula malam ni.

So, macam mana Ain nak elak dari kena marah dengan abang. I really don’t like being scold like that.”

Simple. Either be a good student, so that abang tak ada alasan nak marah Ain or just stay away from me when I’m working.”

Terlopong Ain. Jauhkan diri. Biar betul. “Stay away? Tadi pun bukan Ain yang dekatkan diri dengan abang. Abang yang pergi cari Ain. Satu lagi, abang tak boleh ke, kalau salah tu sikit, marah sikit-sikit dah lah. Kalau salah besar baru lah boleh nak marah teruk-teruk.

Stay away tu maksudnya jangan bagi Abang nampak Ain langsung. Sebab kalau dah nampak Ain, laju je kaki ni nak pergi dekat Ain. Yang pasal jumlah nak marah tu either marah banyak or sikit, it depends on my mood. Macam tadi, mood abang tengah berangin. Memang nasib la Ain tadi. Lagipun kitaorang marah sebab nak prevent you all dari buat big mistake. Bila patient tu dah mati sebab you all punya mistake, dah tak ada guna nak marah-marah.”

Ain pun rasa lawak dengan permintaan dia. Boleh pulak buat macam jual beli. Salah kecik, marah sikit, salah besar, marah banyak. Malam ini Ain rasa dia lebih mengenali suaminya.

Mungkin sebab tengah mood memujuk, Ain rasa kata-kata Fuadi malam ini memang lembut je. Pelayan yang datang menghidangkan makanan mematikan perbualan mereka. Boleh pula Fuadi main tenung-tenung Ain.

“Ain malam ni terus balik rumah ummi tau. Abang tak larat nak pusing balik hantar Ain.”

“Eh. Ala. Tak boleh la. Ain ada hal esok. Apa kata Ain hantar abang rumah ummi, lepas tu Ain pinjam kereta abang bawak balik hostel. Esok, Ain hantar balik.” Sengaja Ain mengusik Fuadi.

So what kalau Ain ada hal pagi esok. Abang hantar je la esok. No need to give excusela Ain. I know you already expect that we are going to overnight dekat rumah ummi malam ni bila Ain agree keluar dengan abang tadi.” Tidak terkesan langsung Fuadi dengan helah Ain.

“Abang ni. Tahu-tahu je. Ain memang dah agak pun abang akan terus balik rumah ummi sebab abang tengah penat sekarang ni. Esok Ain tak ada hal pun. Saje nak kenakan abang tadi.”

I know. So yang cakap tengah sibuk tadi tu saje nak bagi excuse la sebab tak nak keluar dengan abang?”

Sort of that la.” Tersenyum malu Ain bila rahsia dah terbongkar.

“Hmm.. memang betul orang cakap.. orang merajuk selalu rugi. Tadi abang ingat nak bagi Ain choose your favourite place for dinner. Tapi sebab Ain buat silent treatment tadi, abang lagi malas nak layan.”

“Eh, ada pulak macam tu. Tak kan la nak tanya Ain nak makan kat mana pun tak boleh. Ain kalau tengah silent treatment, bila orang bagi chance suruh pilih tempat makan boleh je cakap. Paling banyak dua tiga patah je perkataan nak bagi nama tempat makan. Abang ni kan…..” Ruginya Ain rasa. Sebab dia memang tengah rasa nak makan steamboat sekarang ni.

“Padan muka Ain. Abang tak larat nak cakap banyak tadi. Kalau Ain nak makan kat mana-mana tadi, patutnya bagitahu je lah. Ni baru abang larat nak cakap balik lepas dah masuk makanan dalam mulut.

Semakin banyak masa dia luangkan dengan suaminya, Ain rasa dia sudah semakin dapat menerima cara suaminya. Fuadi, kalau kena dengan caranya, bukan susah pun nak deal. Tapi kalau masa dia tengah hangin, jangan la berani nak kacau. Baik jauhkan diri je. Makan malam mereka itu berlalu dengan diselangi banyak perbualan kosong dan usik mengusik antara mereka.

Jodoh Untukku

Bab 9

Sekarang ini, mereka sedang di dalam penerbangan menuju ke Pulau langkawi . Hujung minggu ini, Ain menemani Fuadi menghadiri reunion batchmates dia semasa belajar di Ireland dulu. Dia tidak sangka yang Fuadi rupanya lulusan luar negara. Ain tersenyum sendiri bila teringat macam mana gaya Fuadi ketika hendak memberitahu dia pasal reunion ini.

Ain baru sahaja sampai di bilik hari Selasa lepas bila dia dapat call dari suaminya.

“ Salam. I have booked two flight tickets to Langkawi this weekend for our honeymoon. So, Ain free tak weekend ni?”

“Abang! Selalu macam ni,suka bagitahu last minutes. Are you serious? Macam mana kalau Ain cakap Ain tak free weekend ni?”

“Owh. Kalau Ain tak free abang ajak ummi la.”

“Eh. Tadi cakap untuk honeymoon kita?”

“ Kalau dengan Ain, it will be our honeymoon.Tapi kalau dengan ummi, it will just be a holiday for me and ummi. By the way, you seem so excited with the word ‘honeymoon’. Ni yang abang kurang faham pasal perempuan. Apa yang bestnya honeymoon tu? Lagipun every weeks kita dah make loves kan. Lain la untuk sape yang memang guna honeymoon diaorang untuk their first night.”

Panas Ain rasakan muka dia sekarang. Nasib baik fuadi tidak ada depan mata sekarang.

Guys. Always like that. Diaorang fikir honeymoon untuk benda tu je. But, for woman, honeymoon is the time where the newlyweeds can spend times together while enjoying their holidaysdekat tempat-tempat yang menarik and of course romantic.”

“Yelah tu. And of course it’s the time where poket suami akan mula kopak. So, what’s your answer? Our honeymoon, or my holiday?”

“Abang macam tak ikhlas je nak ajak Ain. Ayat abang macam ‘kalau nak ikut boleh, tak nak ikut pun tak apa’.” Perlahan suara Ain bila sudah terasa kecil hati.

“Dah. Tak payah nak merajuk. I knew already yang Ain memang free minggu ni. Kalau tak, takkan lain Ain dah siap call ummi semalam order suruh masak your favourite pengat pisang this weekend. Siap suruh ummi pujuk abang bawak pergi berkelah lagi.”

Terus melebar senyum Ain. Fuadi tahu rupanya. Cepat je ummi sampaikan pada Fuadi. Good job ummi.

“Huhuhuu.. Yelah. Abang mana pernah bawak Ain pergi berjalan sepanjang kita kahwin ni. So, nanti abang datang amik Ain ye.”

“Ayat… Tak boleh nak dramatik lagi. Padahal baru nak masuk dua bulan kita kahwin. Tapi ayat tu macam dah bertahun kahwin. Memang queen of drama la Ain ni. Abang amik Ain this Thursday, lepas office hour.”

Announcementdari anak kapal bahawa mereka telah sampai di Pulau Langkawi mematikan lamunan Ain.

Keluar sahaja dari balai ketibaan, Dr. Faliq dan isterinya, Anis sudah menanti mereka. Rupanya Dr. Faliq merupakan kawan baik suaminya sejak dari zaman pengajian lagi. Mereka akan menaiki teksi yang sama untuk ke hotel penginapan tempat majlis reunion di adakan. Gembira Ain apabila sudah ada rakan untuk berbual. Jadi, tidaklah Ain terasa janggal bila Fuadi terlalu leka dengan kawan-kawannya nanti. Anis rupanya sebaya dengan Ain, membuatkan mereka lebih senang untuk serasi bersama.

Sampai sahaja di hotel, mereka terus check-in. Rupanya mereka antara yang terawal sampai. Kelebihan di berikan kepada sesiapa yang awal untuk pilih sendiri bilik mereka dan juga nombor meja untuk majlis makan malam pada hari terakhir nanti. Kiranya first comes, first serves la. Jadi, Fuadi dan Faliq telah memilih bilik bersebelahan. Untuk dinner nanti pun mereka letakkan nama dalam satu meja.

“Okey. Let’s go. We can have a rest first sementara nak tunggu majlis start malam ni.” Fuadi tiba-tiba menarik tangan Ain untuk jalan seiring dengan dia. Terkejut Ain kerana suaminya memang tidak pernah menunjukkan kemesraan di hadapan umum sebelum ini.

“This is our honeymoon right. So we need to make it likes a real honeymoon.” Perasan dengan riak terkejut Ain, Fuadi mengenyitkan matanya pada Ain.

Masuk sahaja dalam bilik, Fuadi terus melemparkan badan ke katil. Memang cantik bilik mereka ditambah dengan pemandangan yang cantik dari balkoni mereka yang menghadap laut. Setelah membuka tudung, Ain turut melabuhkan punggung di atas katil.

“Berapa orang kawan abang yang datang untuk reunion ni?”

“I’m not sure whether all of them can join this reunion or not. Tapi batchmates abang yang asal dari Malaysia dulu dalam 25 orang rasanya. Most of them dah kahwin. So kalau campur dengan pasangan masing-masing, the number of people in this reunion should be doubledlah. Belum campur dengan anak diorang lagi.”

“Hmm.. cantik kan anak Anis tu. Dah berapa lama diaorang kahwin ye since Anis pun sama umur je dengan Ain.” Teringat Ain wajah comel anak Aisya. Anak Anis yang sorang tu baru je tengah belajar merangkak.

“Adalah dalam setahun setengah. Diaorang tu kawan dari kecil. Anis tu cikgu. Why? Dah teringin nak anak sendiri ke?” Fuadi mula mengiring memandang Ain sambil tersenyum nakal.

“Siapa yang tak nak anak. Tapi tulah. Ain kan still study. Ain takut kalau nanti anak kita terabai.” Sayu muka Ain.

“Ain..Berapa ramai ibu muda sekarang ni yang ada anak waktu tengah study lagi. Takde masalah pun. Lagipun umur kita ni memang sesuai sangat nak ada anak. Ain pun tinggal dalam lima bulan kan lagi nak habis study. So, it shouldn’t be a problem.”

“Kiranya abang tak kisah la kalau kita dapat anak awal ni.”

Of course not. Kalau Ain nak mengandung sekarang pun boleh. Tapi kita kena buat kerja sikitlah.” Fuadi tersenyum nakal sambil tangannya mula menjalar nakal ke bahu Ain.

Ain berdehem kecil menutup debaran di hati.

“Err..kita tak solat lagi kan. Jom lah solat dulu.”

“Tak payah nak mengelat. Awal lagi. Lagipun kita boleh solat jamak.”

Ain hanya tersenyum pasrah. Tak ada alasan lagi.

Malam itu, selepas solat magrib, mereka terus bersiap-siap untuk turun. Acara barbeque akan diadakan di tepi pantai. Mereka berjanji untuk bertemu dengan Dr.Faliq sekeluarga di hadapan kaunter.

Dari jauh sudah ternampak kelibat Anis yang tengah melayan Aisya. Tidak pula ternampak kelibat Dr. Faliq.

“Mana Faliq?” Tanya Fuadi.

“Dia cakap nak pergi cari tikar tadi.”

Patutlah. Kalau dapat berkelah malam-malam di tepi pantai memang best. Dalam lima minit selepas itu Dr. Faliq datang dengan membawa tikar di tangannya.

“Mana kau dapat tikar ni?” Hairan Fuadi sebab tidak sangka pula dia ada tikar dijual dekat area situ.

“Banyak je dekat shop tu. Jomlah. Dah tak sabar nak berkelah ni.” Dr.Faliq hulurkan tikar pada Fuadi sebelum mengambil Aisya dari dukungan Anis. Bahagia je Ain nampak mereka. Tidak sabar pula dia nak merasa situasi seperti itu.

Sampai sahaja di tepi pantai, kelihatan telah ramai orang tengah beratur untuk mengambil makanan yang dibakar. Mereka mencari tempat yang lapang untuk menghampar tikar mereka. Kebanyakan rakan-rakan yang lain turut membawa tikar masing-masing. Rancak Fuadi dan Dr.Faliq menyapa kenalan mereka.

“ Ain tunggu dekat sini la dengan Anis. Biar kitaorang je pergi ambil makanan.”

“Oh.. Kalau macam tu biar Ain ambilkan air.” Ain menawarkan diri untuk ambil air.

“Ok. Nanti dah ambil air, just wait here ye.” Fuadi terus berlalu untuk beratur mengambil makanan. Tidak sanggup pula dia hendak biarkan Anis beratur kerana kebanyakan yang mengambil makanan adalah lelaki. Lagipun Ain masih tidak kenal dengan kawan dia. Nanti jadi canggung pula.

Banyak makanan yang diambil oleh Fuadi dan Dr.Faliq. Ada ayam bakar, ikan bakar, udang bakar dan juga nasi goreng. Memang berselera mereka makan. Kadang-kadang ada batchmates Fuadi yang datang menegur.

“Ain makan tak ikan ni?” Tanya Fuadi sambil menunjuk kearah ikan bakar di dalam pinggan.

Bila melihat anggukan Ain, terus dia meletakkan ikan tersebut dalam pinggan Ain.

Since Ain jarang makan ikan, make sure malam ni makan ikan ni banyak-banyak.” Gembira Ain bila Fuadi ingat tentang makanan kegemaran dan juga makanan yang Ain tak suka.

“Ehem..Romantik nya pengantin baru ni. Ain, I’m wonder what have you done to this guy? Sekarang ni macam dah hilang sikit taring dia.” Dr. Faliq sudah memulakan usikan.

“Ye ke? Haah lah..Baru perasan sekarang ni dia dah kurang nak sindir-sindir Ain.” Ain turut sama mengusik Fuadi. Bila melihat jelingan suaminya, Ain hanya tersenyum simpul. Bengang la tu.

“Kau ni Faliq. Macam tak tahu. Dulu sebelum kahwin kan aku tengah lapar. Tu yang asyik mengaum. Tapi lepas kahwin ni Ain dah bagi aku cukup makan. Tiap-tiap minggu dia bagi. Tu yang aku dah kurang mengaum sekarang ni.” Selamba je ayat Fuadi. Tergelak Dr.Faliq

Nasib baik tak tersedak Ain yang tengah minum air. Sumpah. Lepas ni dia dah tak nak sindir sindir Fuadi. Terus dijeling geram Fuadi yang tengah memandangnya dengan senyuman sinis.

Setelah selesai makan, Fuadi dan Dr.Faliq pergi berbual dengan kawan-kawan diaorang. Nasib baik ada Anis dan Aisya. Jadi Ain hanya bersama mereka je. Seronok jugak dia berbual dengan Anis pasal keletah Aisya.

Aisya yang mula meragam membuatkan Dr.Faliq dan Anis terus meminta diri untuk naik ke bilik. Ain pula rasa tidak puas lagi berada di situ. Bunyi ombak menggamit dia untuk datang lebih dekat menikmati angin malam di pantai.

“Abang. Jom pegi jalan tepi pantai.” Ajak Ain bila Fuadi sudah selesai berborak di tepi pantai.

“Alah. Apa yang bestnya. Naik bilik lagi best.

Please. Kejap je.” Ain mencuba nasib sebab dia memang teringin nak pergi tepi pantai.

Okay. 30 minutes je. Tak sangka la Ain ni jenis jiwang jugak.”

“Jiwang? Kenapa pula?” Terkejut Ain bila dilabel sebagai jiwang. Mereka berjalan beriringan menuju ke tepi pantai.

“Yelah..orang yang jiwang je yang suka pegi jalan-jalan kat pantai malam-malam ni.” Entah information dari mana yang suaminya dapat pasal ni. Merasakan langkah suaminya yang terlalu perlahan, Ain terus melepaskan tangan suaminya dan laju berjalan menuju ke pantai seorang diri. Memang tak sabar sangat Ain rasakan untuk pergi ke tepi pantai.

Mereka duduk di atas pasir menghadap ke arah laut yang gelap di hadapan. Tenang Ain rasakan perasaan dia ketika itu.

“Abang, can I ask you something?”

“Hmm..” Hanya itu jawapan Fuadi. Dia pun turut leka merenung ke arah laut.

“Apa perasaan abang pada Ain sekarang?” Ain teringin tahu perasaan Fuadi padanya sementelah perkahwinan mereka bukan atas dasar cinta seperti kebanyakan pasangan lain.

Tergelak kecil Fuadi mendengar soalan Ain.

“Jiwang! Macam mana sepatutnya perasaan suami pada isteri, macam tu lah perasaan abang pada Ain. Dah. No more sesi luahan perasaan.”

“Ish. Apalah nasib Ain dapat suami hati kering macam abang ni. Ain dah agak dah jawapan abang mesti putar belit punya.Tak pernah nak bagi jawapan direct kalau pasal perasaan.”

“Dah tahu kenapa tanya jugak.” Senyuman menyindir Fuadi hadiahkan pada Ain.

“Nak cuba nasib je tadi. Manalah tahu kalau-kalau mood romatic macam sekarang ni boleh lembutkan hati abang tu.” Perlahan je suara Ain.

Lama suasana sepi antara mereka. Masing-masing tengah layan perasaan sendiri. Ain menoleh ke arah suaminya setelah perasan suaminya sedang menggerakkan sesuatu.

MY LOVELY WIFE_NUR AIN~

Tersenyum Ain bila melihat tulisan tersebut di sebelah suaminya.

“Wah! Tak ke sikit punya romantik abang ni. Ingatkan betul-betul tak ada perasaan.” Terus Ain mengusik suaminya.

“Apa yang romantiknya. Budak tadika pun boleh tulis macam tu. Dah. Jom balik!” Perasan muka suaminya yang berona merah, Ain tersenyum sendiri. Nak cover la tu.

Mereka berpegangan tangan meninggalkan kegelapan pesisiran pantai. Kembali ke arah keriuhan tempat mereka berkelah tadi. Kelihatan masih ada beberapa orang kawan Fuadi yang tengah asyik berborak.

“Papa!” Serentak mereka berpaling apabila ada suara kecil yang memanggil betul-betul di belakang mereka.

“Eh, Danish.” Jelas riak terkejut di wajah suaminya. Nampaknya Fuadi kenal dengan anak itu.

“ Come here!” Fuadi terus melepaskan genggaman Ain di tangannya dan menunduk menghulurkan tangan ke arah anak kecil tadi.

Nampak erat benar mereka berdakapan. Ain termangu. Mula tertanya-tanya hubungan Fuadi dengan anak kecil itu. Tak tahu kenapa Ain mula berasa tidak sedap hati. Kegembiraan yang dia rasakan dengan suaminya tadi terus hilang. Mula sedar yang mereka tidak pernah bercakap pasal kisah silam masing-masing sebelum ini.

Previous: Bab 6-7
Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.