Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,391
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 2

BAB 2

Treatment ummi selesai dalam pukul 11 pagi. Ain menghantar ummi sampai ke depan pintu utama klinik. Tempat ummi mula sampai tadi. Kerja mengemas cubicle semua ditinggalkan kepada Adah. Lagipun memang itu tugas assistant. Nanti bila turn Ain jadi assistant, Ain pulak yang akan buat semua kerja itu.

Ummi cakap anak dia akan datang jemput. Dia tengah ambil kereta. Selepas siap kes di ward tadi, dia terus tunggu ummi call. Dia malas nak balik rumah dulu sebab nanti kena datang balik untuk jemput ummi. Jadi alang-alang dah dia kat sini baik dia terus tunggu ummi.

Ummi tiba-tiba memegang bahu aku minta aku berkalih kearah dia.

“Ain, tentang apa yang ummi cakap dekat dalam klinik tadi, memang ummi serius.”

Ain berdebar-debar. Dia dapat agak apa maksud umi.Tapi dia perlukan kepastian. Takut dia yang tersalah faham.

“Pasal apa ya ummi? Banyak sangat yang kita borak tadi. Ain tak tahu yang mana satu ummi maksudkan.”

“Ummi berkenan sangat kalau Ain jadi menantu ummi. Lagipun anak ummi tu memang cakap dia serahkan semua pada ummi. Kalau baik pada ummi, baik lah pada dia.”

“Errr, anak ummi tahu ke pasal Ain?”

“Ummi memang selalu cerita pasal Ain dekat dia. Tadi masa dia hantar ummi tadi, dia dah tengok Ain. Dia tak cakap apa pun. Maksudnya dia ok la tu. Sebab Di perangai dia kalau dia tak berkenan memang dia akan cakap terus terang.”

“Di?”

“Ahmad Fuadi. Nama satu-satunya anak lelaki ummi. InsyaAllah dia akan jadi ‘Fuad’ buat Ain juga nanti”

Fuadi. Ya, Ain tahu maksudnya. Jiwaku. Ain tak tahu nak cakap apa. Dia memang sangat lemah kalau bab-bab perasaan ni. Lagipun dia tidak pernah melalui alam percintaan. Mungkin kerana sifatnya yang agak kaku kalau dengan lelaki. Di hantar ke sekolah agama berasrama penuh semasa di zaman remaja membuatkan Ain sangat menjaga ikhtilatnya dengan kawan lelaki. Cuma sejak masuk ke USM ni dia lebih bersifat terbuka sedikit kerana kawannya ramai dari kaum cina. Tapi untuk bersentuhan tangan dan bertepuk tampar dengan kawan lelaki memang Ain tak pernah buat.

“Errr.. Ain minta maaf ummi. Ain tak pandai nak bagi keputusan kalau bab-bab macam ni. Tapi kalau ummi rasa dia sesuai untuk Ain dan Ain jugak sesuai untuk dia, ummi jumpalah dengan ibu bapa Ain. Ain akan ikut cakap diaorang. Kalau baik kata diorang, baik jugalah untuk Ain.”

Ummi tersenyum mendengar jawapan Ain.

“Memang itu jawapan yang terbaik Ain. Terima kasih Ain. Nanti Ain mesej alamat rumah Ain dengan no telefon ibu bapa Ain. Kalau tak ada aral boleh tak kami pergi rumah Ain hujung minggu ni”

Hujung minggu ni? Biar betul

“Cepatnya ummi. Biar betul hujung minggu ni.”

“Benda yang elok Ain, buat apa nak lambatkan. Benda yang sepatutnya senang, buat apa nak susahkan.”

Ya. Betul tu. Tak perlulah nak susahkan benda yang senang. Tapi, Ain masih susah nak percaya. Biar betul dia bagi jawapan macam tu dekat ummi. Dia rasa susah nak percaya, dalam masa yang sama, dia juga tak rasa nak menolak. Memang terkejutlah mama bila dia call nak bagitahu nanti.

“Kalau macam tu kata ummi, Ain ikut je.”Nanti Ain bagitahu parent Ain.”

Ummi terus memeluk Ain. Nampak bergenang sedikit air mata dia. “ Ummi dapat rasakan memang kamu berdua berjodoh. Ummi dah buat istikharah dan hati ummi rasa ini yang terbaik. Anak ummi tu tegas orangnya dan jenis yang berterus terang. Tapi umi percaya dia akan mengalah dengan kelembutan dan kesabaran Ain .

Drama hati ke hati Ain dengan ummi berakhir bila sebuah kereta Mazda cx-5 meluncur masuk ke depan pintu utama.

“Ok lah Ain. Ummi pergi dulu. Jangan lupa bagitahu parent Ain ye.”

Ain hanya mampu tersenyum dan memandang sahaja ummi melangkah masuk ke tempat duduk di sebelah pemandu. Cermin yang agak gelap menyukarkan Ain untuk melihat ke arah tempat duduk pemandu.

Malam itu, Ain menelefon mama, berhati-hati Ain menyusun ayat untuk mengkhabarkan perkara tersebut supaya tidak ada yang tersalah faham. Setelah berbincang dengan ayah dan along, mereka setuju untuk menerima rombongan dari pihak ummi. Alhamdullilah, Ain menarik nafas lega. Nampaknya semua dipermudahkan.

“Habis tu Ain balik tak hujung minggu ni?” Ain tak tahu apa yang patut dia jawab. Kalau ikutkan, sebenarnya dia memang ada kerja lab yang dia ingat nak siapkan hujung minggu tu. Lagipun dia rasa agak segan untuk terlibat sama dalam majlis tu.

“Hmm…kalau Ain tak balik boleh tak ma. Ain segan la.Lagipun ummi memang dah kenal Ain. Dia nak jumpa ma dengan abah je. Anak ma yang cun ni dia memang dah lama berkenan.”

Sempat lagi Ain berseloroh untuk menutup rasa hati.

“Pandai lah Ain. Ikut suka Ain lah. Masa ni tahu pulak nak segan. Lagipun kak long dengan kak cik ada nak tolong mama untuk masak. Adik kamu pun balik bermalam minggu ni.”

“Ha. Bagus tu. Mama kerah la diaorang tolong mama. Adik tu lagi lah. Bagi buat kerja sikit. Anak dara kena rajin. Cakap dekat diaorang, nanti Ain balik petang tu, Ain take over kemas rumah dan basuh pinggan untuk the whole weekend ni.” Ain kalau bab-bab nak bahagi tugas antara adik-beradik ni dia memang terror. Abang sulong dan kakak Ain dah kahwin. Mereka semua mengikut legasi ayahnya yang sekarang ini dah jadi cikgu pencen. Abang sulongnya, along dan kakak Ain, acik dua –dua tinggal dekat kawasan Kota Bharu. Jadi mereka memang selalu balik rumah abah kalau hujung minggu. Cuma abang Ain yang kedua je lain sikit. Tak tahulah macam mana abang dia yang tu boleh terlepas jadi pilot.

“Haish kamu adik beradik ni.Macam-macamlah. Ain pun jangan lupa buat istikharah sama. Biar Allah tunjuk yang mana baik untuk Ain.”

“Ok ma. Nanti Ain letak semua keputusan dekat ma dengan abah tau. Ain tahu mama memang tahu apa yang terbaik untun Ain. Assalamualaikum ma.”

Malam itu, Ain buat solat sunat istikharah. Dia harap, jalan yang dia pilih nanti adalah yang terbaik selari dengan apa yang memang telah ditetapkan untuk dia.

“Biar betul Ain kau dah bertunang.” Adah terkejut bila Ain memberitahu dia pasal majlis pertunangan tu.

“Kau kalau terkejut pun , volume tu slow sikit. Nanti semua orang denagr. Aku pun tak habis terkejut lagi. “

Tak sangka majlis yang sepatutnya hanya untuk merisik, tiba-tiba terus menjadi majlis pertunanagn. Ummi bawak sekali cincin untuk pertunangan. Bila mama setuju, dia terus bagi cincin tanda dekat mama.

“ Tak sangka aku. Masin jugak mulut aku. Untung kau dapat ummi jadi mak mentua ko. Jeles aku. Habis tu bila langsungnya? Tunggu habis belajar ke?”

Ain terus terdiam. Dia tak tahu macam mana nak bagi jawapan dekat Adah.

“Adah. Ni aku bagitahu kau sorang je dulu tau. Sebab aku tak nak heboh-heboh lagi. Kitaorang nikah hujung bulan ni.”

Adah terdiam. Ain ingatkan Adah nak gelakkan dia.

“ Hmmm.. Bagus jugak tu. Lagipun tunang kau kan dah stabil. Kita pun dah final year. Tak de masalah sangat. Tapi kenapa kau tak nak heboh? Kan benda baik.”

“Aku akad nikah je dulu hujung bulan ni. Majlis kami lepas aku dah habis nanti. Sebabnya diaorang cakap nanti senang kalau nak buat persiapan sama-sama nanti. Nak keluar berdua pun dah tak de halangan. Aku segan la nak heboh-heboh sekarang sebab dia kan dah kerja. Kita ni student lagi. Macam pelik je. Lagipun aku dapat tahu dia sometimes buat clinical teaching jugak dekat ward dengan budak medic. Nanti kalau kawan –kawan kita yang dekat faculty medic tahu, segan la aku.”

“Ok la. Kiranya aku sorang je la tahu sekarang ni ye. Ok. I’ll keep your secret. Eh, apa nama doktor tu ye. Nanti kalau terjumpa jangan lupa kenalkan dengan aku ye.”

“Fuadi. Nanti kau balik Sabah tak Raya Korban hujung bulan ni? Kalau kau balik tak dapat la kau datang majlis aku. Rugi la kau. Dah la aku buat special invitation dekat kau sorang je.”

“Nasib baik aku memang tak balik. Cuti kejap je. Tak berbaloi nak balik. Lagipun raya kat sini lagi meriah apa? Macam biasa la aku stay rumah kau ye.”

“ Kau ni. Macam tak biasa pulak.”


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.