Home Novel Cinta Jodoh Untukku
Jodoh Untukku
Nur Syazwani Ismail
18/7/2015 21:59:43
190,389
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 14

Bab 14

Selepas perbincangan mereka malam itu, hubungan Ain dan Fuadi kembali baik. Sedar tak sedar, tinggal sebulan lagi sebelum Ain menduduki peperiksaan akhir dia. Gembira Ain sebab requirements dia semuanya sudah hampir selesai. Maknanya, dia dapat menduduki peperiksaan akhir nanti.

Petang itu, group Ain ada ward round di hospital. Kali ini, lecturer Ain ada bersama. Hari ini, mereka akan terus pergi ke ward maxillofacial. Lega Ain, sekurangnya dia tahu dia tak akan bertembung dengan suaminya.

Masuk sahaja ke dalam ward, terkejut Ain bila ternampak Fuadi sedang menyandar di kaunter ward, sedang berbual dengan seorang lelaki yang Ain agak doktor dekat situ jugak. Teringat kejadian dia dimarahi Fuadi di dalam warddulu dan juga pesanan Fuadi supaya Ain mengelakkan diri dari dia semasa di hospital membuatkan Ain terus berlindung sedikit di belakang groupmates dia. Harap-harap Fuadi tak nampak dia.

Tapi harapan hanya tinggal harapan. Nak luruh jantung Ain bila melihat senyuman sinis Fuadi semasa Ain melintasi dia. Fuadi sudah nampak dia. Ain hanya mampu berharap yang Fuadi tak akan buat hal di depan groupmates dia semua ni.

Okay guys, this patient was allerged in a motorcycle accident two days ago. I want all of you to inspect this patient. After this, I’ll ask one of you to present.” Tegas arahan Dr. Nizam.

Baru je Ain nak mula inspectpatient, Fuadi tiba-tiba datang.

“Hi, Nizam.” Takkan Fuadi kenal Dr. Nizam kot. Ain dah mula cuak.

Wow, look who’s here. What are you doing here?” Mereka mula berjabat tangan.

“Ada kes tadi. So, your students?” Tanya Fuadi sambil menunjuk ke arah groupmates Ain.

Yup, final year. Guys, this is Dr. Fuadi. MO here. You guys better do the inspection correctly. Dia senang je nak spotkalau student ada buat mistakes.” Dr.Nizam memperkenalkan Fuadi pada groupmates Ain. Sempat lagi tu nak menakutkan mereka.

Atiff dah mula pandang Ain. Memang nampak pucat muka dia. Teringatkan kejadian dulu la tu. Ain pun dah mula cuak. Tapi sedikit lega bila lihat riak Fuadi hari ini yang nampak biasa je. Bukan tengah berang macam dulu.

Fuadi sudah bergerak ke arah Ain.

Some of your students have already knew me.” Ain pandang Fuadi di belakang dia yang mula melemparkan senyum sinis pada Ain. Geram Ain. Dah mula dah perangai kerek suami dia ni.

“Hmm..Ain.” Fuadi buat-buat pandang kad matrik Ain.

Can you show me how to check the facial numbness of this patient that was caused by infraorbital rim fracture.” Arahan tiba-tiba dari Fuadi mengejutkan Ain. Ain pandang Dr. Nizam di hadapan dia yang menganggukkan kepala menyuruh Ain mengikut arahan Fuadi.

Adah yang faham situasi Ain terus menghulurkan alat untuk memeriksa numbness patient. Gugup dan berdebar, Ain terus mula memeriksa patient.

Stop!” Keras arahan Fuadi tiba-tiba. Ain pandang Fuadi, tak tahu apa kesalahan dia.

Where’s your gloves? Dah tak ingat basic infection control ke? You’re touching the patient. Put on your gloves now! And get patient permission first!” Ya Allah. Macam mana lah boleh lupa semua tu. Belum sempat Ain mencapai gloves di sisi katil, Faris yang di tepi Ain terus menghulurkan gloves pada Ain sambil tersenyum memberi semangat. Malu Ain pada Faris yang sememangnya top student dalam batch dia dan pernah di kenenkan dengan Ain dulu.

Ain relaxes. Just do like usual.” Kata-kata semangat yang dibisikkan Faris mendebarkan Ain. Harap-harap janganlah Fuadi perasan apa yang berlaku.

Selesai sahaja memeriksa numbness patient, Ain terus pandang Fuadi sebab dari tadi Fuadi diam je. Tak tahu nak agak sama ada diam Fuadi tu tanda dia dah buat dengan betul atau sebaliknya.

Finish?” Tanya Fuadi bila Ain pandang dia. Hanya anggukan yang Ain berikan.

“Confirm?” Serius muka Fuadi.

“Yes.” Teragak-agak Ain.

“ You! What do you think?” Tiba-tiba Fuadi pandang Faris. Apa yang Fuadi nak buat ni? Ain dah mula cuak. Takkan la Fuadi nampak Faris bagi dia kata-kata semangat tadi.

“From what we’ve learn, I think Ain had done well.” Yakin sekali jawapan Faris.

Fuadi mengangguk sambil tersenyum sinis memaandang Faris.

“You must be top scorer in this group. Well, I can see that Ain really have a confidence with you.” Bisik Faris di telinga Fuadi yang Ain yakin semua groupmates dia dapat dengar.

Well, Ain. Not bad. Just be more calm next time. Lagi you all gelabah, lagi seronok kotaorang nak buli. Kan Dr.Nizam.” Fuadi terus bergerak kea rah Dr. Nizam. Bahu Dr.Nizam ditepuk sebelum mereka berjabat tangan.

“I need to go first. Thanks.” Terus Fuadi berlalu meninggalkan mereka.

Ain melepaskan nafas lega. Fuadi ni memang saja kan nak kenakan Ain. Geram Ain dibuatnya. Habis sahaja ward round petang itu, terus Ain mesej Fuadi, melepaskan geram.

‘Abang saje kan nak kenakan Ain.’

Tanpa salam, terus Ain melepaskan geram pada Fuadi.

What I’ve done? I’ve told you right. Stay away from me. Jom dinner malam ni.’

Tengok tu. Tak ada rasa bersalah langsung. Tapi ayat Fuadi yang akhir Ain suka. Fuadi kalau dia dah sakitkan hati Ain, mesti dia bawak pergi dinner malam tu. Tersenyum Ain.

Wow. Steamboat please!!!!’ Ain memang teringin sangat nak makan steamboat.

Hmmm…8.30 sharp.’ Yes! Fuadi kalau dia tak cakap apa maksudnya dia setuju lah tu. Kalau tak setuju memang dia terus cakap. Tak sabar Ain nak habiskan kerja lab dia petang tu. Nak dating dengan husband la katakan.

Selesai sahaja solat Isyak malam itu, Ain terus cepat-cepat bersiap. Di kerling sekilas jam didinding. Alamak dah 8.40. Ain saje tunggu nak solat Isyak terus tadi. Tak sangka yang Isyak sekarang masuk lambat. Tak apalah Fuadi nak marah pun. At least dia dah solat Isyak. Ain check inbox dia, tak ada pulak Fuadi mesej atau call.

Turun sahaja ke bawah, Ain dah nampak kereta fuadi. Owh, dah sampai rupanya.

“Asssalamualaikum. Sorry lambat.” Senyuman paling manis Ain berikan pada Fuadi.

“Waalaikummussalam. Dah solat Isyak ke?” Eh, Ain pelik. Dia tak nak ‘sound’ ke sebab lambat.

“Dah. Ain solat dulu tadi. Tu yang lambat.”

Good girl.” Terus Fuadi usap kepala Ain sambil turut tersenyum. Betul la cakap Dr.Faliq. Fuadi ni dah hilang taring kalau dengan Ain. Tapi kalau dekat hospital, tak payah cakaplah perangai dia. Kerek tak pernah berubah.

“Eh, macam tu je? Tak ada nak marah Ain sebab lambat ke? Tadi bukan main kerek kenakan Ain kat hospital” Saje Ain perli Fuadi.

“Hmmm..nak abang marah ke? Main sindir-sindir ni. Sure?” Terus Fuadi pandang Ain dengan muka serius.

“Err.. Tak pelah. Saje je tadi.” Cuak Ain tengok muka serius fuadi. Tu lah. Alang-alang orang tu mood elok, dah jadi mood kerek balik.

Lama Fuadi pandang Ain dengan muka serius. Ain dah tak tahu nak buat apa. Dia senyum pun rasa macam pelik je.

Tiba-tiba Fuadi cuit hidung Ain dan tergelak kecil.

“Ain…Ain..” Menggeleng kepala dia bila sebut nama Ain sambil mula memasukkan gear kereta.

See. Kena gertak macam tu pun dah cuak. Ada hati lagi nak sindir-sindir abang.” Fuh, lega Ain. Geramnya Ain. Asyik kena buli je dengan Fuadi.

Ain pilih untuk makan Seoul’s Garden. Nasib baiklah Fuadi tak banyak soal.Ikut je. Seronok Ain main ambik je makanan.

“Banyaknya ambik. Sapa nak makan ni?” Terkejut Fuadi tengok makanan yang Ain ambik. Dia memang tak tahu Ain ni gila steamboat. Ni first time Ain ajak Fuadi makan steamboat sekali. Selalunya Ain makan dengan kawan dia je.

“Hmm..Ain. Faris tu top scorer kan. Don’t you like him? Handsome jugak tu.” Tiba-tiba Fuadi bercakap pasal Faris. Tersenyum Ain. Ni kes cemburu ke apa ni. Tak pernah pulak Fuadi nak cemburu sebelum ni.

“Hahaaa… Don’t tell me you’re jealous.” Seronoknya Ain kalau dapat tengok Fuadi jealous.

Of course not. Lagipun abang tengok dia tak adalah minat kat Ain pun. Kalau Ain yang syok sorang-sorang tu abang tak tahulah.” Senyum sinis Fuadi pada Ain.

Tengok. Kan betul Ain cakap. Fuadi memang tak pernah nak jealous benda-benda macam ni.

“Hmm. Buat apa Ain nak syok dekat dia. Suami Ain lagi handsome apa.”Sempat Ain nak beli hati Fuadi tu. Fuadi tak layan pun Ain cakap dia handsome. Asyik sangat dok makan. Tapi Ain tahu padahal dalam hati tengah berbunga.

“Abang, bila kita nak cari barang hantaran? Dah nak dekat majlis ni.” Teringat Ain barang hantaran yang belum di beli.

“Eh, tak cari lagi ke? Ingatkan dah cari dengan ummi hari tu.” Sedikit terkejut Fuadi.

“Ummi suruh kita cari sendiri. Lagipun barang tu kita jugak yang nak pakai.”

“Hmm..macam mana ye..Bulan ni abang sibuk nak ulang-alik pergi Sabah. Lepas tu, Ain pulak nak exam nanti. Kalau kita cari lepas Ain exam boleh?” Terus berubah mood Ain bila Fuadi tersebut pasal Sabah. Apa lagi hal dia di Sabah kalau bukan pasal Danish dan Sofia. Tapi kenapa bulan ni sampai banyak kali nak pergi Sabah. Selalunya Fuadi pergi sebulan sekali je. Tu pun sekejap je. Kadang-kadang balik hari. Pergi pagi, balik malam. Ain malas nak tanya lebih takut nanti dia yang sakit hati.

“Lepas Ain exam tu ada sebulan lagi sebulan majlis. Sempat kot. Kalau nak pergi masa Ain study week tu pun boleh.”

“Err.. Ain. I think you should know something.” Berdebar Ain bila dengar suara Fuadi yang sudah berubah rentak. Serious. Terus Ain pandang Fuadi.

I know I’ve promised you that I won’t talk about her infront of you. But, I think, you should know this. Sofea dah dapat tukar balik sini. Dia dapat kerja dekat KB.” Tersentak Ain. Tak sangka malam ini dia diingatkan kembali pasal Sofea.

Why? Dia memang mintak balik sini or abang yang suruh?”

“Abang yang suruh.” Tenang je jawapan Fuadi. Tak ada rasa bersalah langsung.

“Abang tak discuss dengan Ain pun.”

I think it’s the right thing I should do. Senang sikit abang nak tengokkan Danish. Tak payah ulang-alik pergi Sabah lagi.”

Ya Allah. Geramnya Ain. Dia lebih rela Danish ada di Sabah. Sekurangnya di tahu Sofea tak dekat dengan dia. Tapi entah kenapa dia rasa macam selfish tiba-tiba. Ya. Dia pun kasihankan Fuadi yang terpaksa ulang-alik ke Sabah. Mungkin ini keputusan terbaik yang Fuadi rasakan. Makan malam mereka yang asalnya di penuhi gelak ketawa sudah berubah rentak. Ain sudah tidak ada mood untuk bergembira.

Previous: Bab 13
Next: Bab 15

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.