Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
220,826
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19

Izmir memberikan isyarat kepada waiter di restoran itu untuk membawa menu. Seorang lelaki dengan apron putih datang ke meja mereka berserta menu. Memberikan satu pada Izmir dan satu untuk Izzah. Izzah dan Izmir menyambutnya.

“Hari ni kami ada special untuk couple sempena Valentines day. Ada kek dan juga hidangan istimewa,” ujar waiter tersebut. Memandang Izzah dan Izmir silih berganti dengan senyum di bibir. Izmir berpandangan dengan Izzah. Bulat mata Izzah dan Izmir memandang satu sama lain. Valentines day? Adakah mereka kelihatan seperti satu pasangan di mata waiter itu? Ah, tak ingin Izzah dengan professor itu.

“Err…no thank you…kami bukan couple. Dia ni kerja dengan saya,” ujar Izmir pantas.

“Ye  betul…dia boss saya. Kami bukan couple…sorry,” ujar Izzah pula dengan muka dikerutkan dan mengeleng-ngeleng.

“Oh ye ke? Alamak. Maafkan saya. Saya minta maaf sangat-sangat terjah macam itu je. Bukan apa, abang dan kakak nampak macam sesuai sangatlah.,” ujar waiter itu menepuk dahi sambil tersengeh-sengeh. 

“Ish awak ni!  Nauzubillah! Kami berdua ni tak sesuai langsunglah! Awak tak nampak ke perbezaan usia kami ni? Dia tua sikit dan saya ni muda. Haih! Kami memang tak sesuailah,” celah Izzah pantas. Si waiter melirik sekali lagi dengan muka berkerut memerhati pasangan itu.

“Betul tu. Memang tak sesuai. Lagipun dia ni bukan taste saya tahu tak? Saya tak minat perempuan macam ni. Kecoh sangat!” kata Izmir selamba. Bulat mata Izzah. Hah? Dia mahu berkata sesuatu untuk membalas tetapi Izmir segera angkat tangan. Dia malas mahu bertekak lagi. 

“Please…saya dah lapar ni. Tak larat nak gaduh,” ujarnya memandang Izzah dengan muka serius sebelum matanya diarahkan kepada si waiter tadi,

“Okay,” katanya sambil meneliti menu, “….berikan saya Rib Eye Steak with the side of baked potato, grilled veggie dan juga pomegranate juice,” sambung Izmir. Izzah menghela nafas bosan. Mulutnya muncung. Si waiter memandang pula pada Izzah. Ada riak gelihati di wajahnya. Tapi segera ditahan. Mereka berdua ini bergaduh macam suami isteri! Desis hati si waiter.  

“Your order Izzah,” suara garau Izmir kedengaran. Matanya tepat memandang Izzah. Izzah yang baru mengangkat muka terpinga.

“Ha? Saya boleh order ke?”  soal Izzah sinis.

“Orderlah,” suruh Izmir.

“Wah…okay. Baik sungguh Prof nak belanja saya hari ni. Saya hanya nak grill chicken, brocolli, mash potato dan air teh lemon saja,” ujar Izzah kepada waiter yang mengangguk dan mencatat sesuatu di buku kecilnya. Kemudian si waiter mengulang semula pesanan untuk disahkan oleh mereka berdua. Setelah berpuas hati si waiter pun beredar untuk membawa pesanan mereka ke dapur.

“Tak mau order yang mahal-mahal ke? Daging di sini semuanya berkualiti tinggi,” soal Izmir tiba-tiba sengaja menduga bila waiter itu pergi. Izzah senyum.

“Tak apa. Saya tak suka makan daging. Terima kasihlah Prof nak belanja saya,” ujar Izzah sambil tersengeh. Dia merasa teruja kerana lelaki itu akan membelanjanya hari itu. Baik juga orang tua itu walaupun tadi agak menjengkelkan! Izmir hanya tersenyum sinis.

“Janganlah rasa teruja sangat. Saya tak cakap saya nak belanja awak pun,” ujarnya tiba-tiba bersuara menyebabkan Izzah seperti terjatuh ke tanah. Berdebuk rasanya.

“Hah?” helaan bunyi itu sahaja yang terlepas. Izzah bagai tak percaya.

“Jangan risau kalau awak tak cukup bawa duit. Saya bayarkan dulu. Tapi saya nak bagi tahu semua perbelanjaan ini akan ditolak dari claim awak nanti,” jawab Izmir selamba. Izzah terlopong. Kedekut! Ada juga manusia seperti itu dalam dunia ini. Inilah kali pertama dia berjumpa dengan lelaki yang sangat berterus-terang seperti itu. Selalunya dia hanya berjumpa dengan lelaki yang akan membelanja wanita seperti dirinya. Tidak kisah ikhlas atau tidak tapi sebagai seorang lelaki mereka sangat menjaga ego mereka. Tapi, Prof Izmir lain dari yang lain. Kedekut pahit betul orang tua itu! Itulah kesimpulan yang dia dapat berikan saat itu. Izzah merenung wajah Izmir. Serius lelaki itu memang tidak pernah ada rasa bersalah. Kenapa kedekut sangat? Bukan miskin pun kalau lelaki itu membelanjanya makan tengahari. 

“Kenapa awak pandang saya semacam?” soal Izmir.

“Oh…saya ada pandang Prof ke?” soal Izzah kembali buat muka selamba.

“Saya belum buta dan nyanyuk Izzah. Awak memang pandang saya semacam. Apa yang awak fikirkan?,”  Izmir geram. Matanya di wajah Izzah.

“Saya cuma terfikir kalaulah ibubapa Prof pinang saya dan ibu saya setuju saya akan bermasalah kerana dapat seorang suami macam Prof,” ujar Izzah berterus-terang. Izmir tergelak.

“Kenapa? Sebab saya bukan seorang lelaki pemurah?” soal Izmir semula masih ketawa.

“Prof kedekut. Pasti susah nak minta belanja. Saya bayangkan untuk makan dan barang-barang keperluan mesti saya yang bayar sendiri. Kalau nak claim kena buat resit pulak nanti agaknya,” jawab Izzah. Izmir sengeh. 

“Mestilah saya kedekut sebab awak bukan isteri saya. Kalau isteri, saya tak kedekut macam ni. Saya kedekut sebab awak pekerja saya. Setiap wang yang dibelanjakan untuk awak tu bukan duit saya. Duit kerajaan jadi saya kenalah berhemah pegang amanah,” Izzah mengeleng-ngeleng. Skema betul Professor ini. Teliti sampai macam itu sekali. Orang lain selamba saja. 

“Berkenaan peminangan dari ibu dan ayah saya. Saya harap awak boleh buat sesuatu kerana awak dah tahu yang saya ni bagaimana kan?. Tentu awak tak mahu tersiksa dengan saya dan saya pun tak mahu tersiksa dengan awak. Kita berdua memang tak sesuai. Jadi, kita kena pastikan peminangan itu ditolak,” ujar Izmir tiba-tiba. Kalau kedekut macam tu memang selisih malaikat 44 lah.

“Prof sepatutnya yakinkan ibu bapa Prof untuk cancel peminangan itu dulu,”

“Saya dah cuba macam-macam. Mereka degil. Sekarang semuanya bergantung pada ibu awak. Awak kena pastikan ibu awak tak terima pinangan itu. Kalau tidak habislah kita berdua. Awak dah maklum dengan kesannya jadi awak kena pastikan kita berdua tak menyesal nanti,”

    “Jangan risau saya memang tak mahu kahwin dengan Prof. Lagipun, saya pasti mak saya pun tak akan setuju saya kahwin awal,” ujar Izzah penuh yakin.

“Saya harap begitulah. Kalau tidak kita berdua akan terperangkap. Huru-hara hidup kita nanti. Awak dan saya. Memang tak masuk akal kan?,” ujar Izmir. Izzah mengangguk-angguk.

“Betul Prof. Memang tak masuk akal. Saya akan cuba yang terbaik,”

“Bagus, tapi kalau tak berjaya. Awaklah yang akan saya persalahkan nanti tau,” Izzah menutup mukanya dengan tangan seketika. 

“Mana adil macam tu Prof,” protes Izzah.

“Semua bergantung kepada awak sekarang. Awak kan dah janji dengan saya yang awak akan buat apa saja untuk saya. Ingat tu! Do not fail me!” ujar Izmir bersungguh merenung wajah Izzah yang kian berbelak kerisauan.

“Jangan risau Prof. As I mentioned before, I don’t want to marry you as much as you don’t want to marry me!” balas Izzah dengan wajah penuh azam. Izmir terpempan bila Izzah melafazkan kata-kata itu. Nampaknya Izzah juga bersungguh untuk tidak kahwin dengannya. Dia bersyukur pada hakikat itu walaupun egonya sedikit terusik. Sekarang semuanya terletak pada tangan ibu Izzah. Dia harap ibu Izzah sependapat dengan mereka berdua. Dia harap sangat!


Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.