Home Novel Cinta SOULMATE TUAN PROFESOR
SOULMATE TUAN PROFESOR
Batiah Hadi
29/10/2017 00:00:20
220,867
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 3

“Awak jangan nak loyar buruk ye. Nak berlagak alim pulak. Awak tu sebenarnya ada masalah sikap. Pentingkan diri sendiri tak fikir orang lain dan sangat tak bertanggungjawab. Awak tahu tak awak dah menyusahkan saya? Saya terpaksa menapak jauh dalam cuaca panas ni hanya kerana awak dan terlambat appointment saya dengan awak?” tengkingnya. Izzah rasa semangatnya terbang. Dia jarang kena herdik dengan seorang lelaki.


“Oh Prof jangan risau...saya tak kisah pun Prof lambat. Sorrylah Prof saya memang tak berniat nak susahkan Prof…tapi, jalan kaki tu bagus tau Prof. One form of exercise terutama bila umur dah meningkat.” ujar Izzah menambah hangat di hati Izmir. Ish, kena cekik jugaklah anak orang ni nanti! desis hati Izmir geram.


“Awak ni ada masalah ye? Masalah nak faham yang saya sedang marah dengan awak sekarang ni? Kalau nak exercise saya pergi gymnasiumlah. Bukan kat depan fakulti panas terik macam ni. Lagipun…saya ni ada macam orang yang perlukan extra exercise ke?. Ada ke???,” jeritnya. Izzah terkedu. Dia memandang fizikal lelaki itu. Badan tegap perut kempis. Ada biceps lagi. Memang fit badannya dan Izzah tak nafikan.


“Ada ke?” tengkingnya lagi. Izzah terpempan. Matanya kembali pada wajah Izmir.  Eh, berlagaknya! Mentang-mentang badan dia fit!. Yakin terlebih pulak dia! Namun, kecut juga perutnya mendengar suara garau lelaki itu. Tak sangka suara garau itu bunyinya agak menakutkan.


“Err…Tidak Prof. Prof dah ok dari segi fizikal. Okay sangat!,” jawab Izzah tergagap-gagap. Memuji pula. Merah mukanya kena marah begitu. Tak pernah dia diherdik sekuat itu. Rasa nak pekak telinga pun ada. 


“Habis?? Kenapa awak loklak sangat??? Kalau macam ni saya tak jadilah ambik awak kerja. Awak ni menjengkelkan dan juga loyar buruk! Saya perlukan orang yang tajam akal fikiran bukan macam awak ni! Buat hati saya geram je,” marah Izmir.


 Sampai hati dia kata aku loyar buruk! Tahulah dia professor! getus Izzah dalam hati. Memanglah dia tidak segenius mana tapi dia bukan orang bodoh. Kalau macam itu dia pun tak mahu bekerja dengan lelaki itu!. Tapi…tunggu dulu. Bagaimana dengan perjanjian dengan ibunya? Sanggupkah dia lepaskannya? Di sudut hati Izzah tahu dia perlukan jawatan itu. Kalau tidak ibunya akan menghalaunya keluar dari rumah itu dan tinggal bersama ayahnya di Melbourne. 


“Eh Prof…janganlah macam tu. Saya perlukan kerja ni. Sungguh Prof. Ambil lah saya Prof. Saya minta maaf kerana ambil parking Prof. Saya merayu. Saya tahu saya dah menyusahkan Prof tapi jangan sebab itu Prof tak jadi nak ambik saya pulak. Saya rela bayar RM50 tu. Saya tak akan minta diskaun. Kalau Prof rasa tak cukup lagi, Prof cakap je apa-apa yang saya kena buat untuk tebus semua ni supaya saya dapat kerja dengan Prof. Tolonglah Prof. I need this job. I need it real bad. Kira soal hidup dan mati ni,”


“Soal hidup dan mati konon!" marahnya. Izzah tersentak tidak terkata apa. Melihatkan Izzah yang diam Izmir menghela nafas. Dia teringat sesuatu di benaknya. Wajah Izzah dipandang dan dia mengangguk sendiri.

"Baiklah…saya ni bukanlah kejam sangat," ujar Izmir pada Izzah. "Lagipun awak cakap tadi awak sanggup buat apa saja  untuk saya kan?,” soal Izmir. Matanya bersinar nakal seketika. 


“Ye Prof…cakaplah apa-apapun. Asalkan saya dapat kerja dengan Prof,” 


“Apa saja awak sanggup?” soalnya dengan wajah semacam. 

 

“Ye..apa saja. Just say it dan saya akan follow,” ujar Izzah sambil mengangguk. 


“Really?” soalnya. Matanya membulat ke arah Izzah seperti tak percaya. Namun, ada senyum sinis di bibir nya.

“Betul,” balas Izzah.

“Betul ni?” soalnya lagi. Matanya merenung tajam memerhati riak wajah Izzah.


“Ye Prof,” Haih! Lelaki ni. Berapa kali mahu cakap? Dok tanya betul tak betul, desis hati Izzah geram. Nanti aku tarik balik baru tahu. Siapa juga yang susah? Aku jugak! 

Tiba-tiba senyuman professor muda itu melebar. Dia menghampiri tempat Izzah berdiri. Izzah terkesima apabila lelaki itu merapatinya. Jantung Izzah terus bergetar laju. Bau perfume maskulinnya kian kuat menusuk ke hidung Izzah. Izzah berundur sedikit. Dah kenapa pulak ni?

Dan mata itu merenung pada Izzah semacam buat Izzah makin gusar. Dia dan professor itu tiba-tiba sangat rapat kedudukannya. Seram pulak Izzah rasa. Patutkah dia cabut lari?


Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.