ESAHAN
angin malam, membawa bersamanya beribu pesanan.
Mungkin pesanan rindu dari seorang kekasih kepada kekasihnya. Mungkin
pesanan kasih yang tidak dapat di ucap, di luah. Rindu serta kasih yang dipendam, lalu mereka
pun menjadi pemburu angin malam, sebagai perantara untuk sampaikan perasaan.
“Jauh
termenung, kenapa ni Yanti? Dah ketandusan ilham ke? Atau telah lemas di dalam kedukaan?” Adib
yang baru pulang ke rumah, tiba-tiba sahaja mengucup leher isterinya dari belakang.
Sememangnya
Yanti sedang mengelamun. Terapung di dalam perasaan yang tidak bersempadan.
“Tak tahu nak pastikan yang mana satu. Atau mungkin kedua-duanya sekali. Pandai
abang meneka, ya.” Dia menoleh kepada
Adib.
“Alah!
Biasalah Yanti! Masyarakat kita ni, terutama bangsa kita, Melayu, memang suka
dengan kesedihan! Kalau yang luka tu, yang derita, itulah yang tidak boleh
dilupakan sepanjang hayat. Sekiranya boleh, nak diceritakan kepada semua orang.
Biar semua orang tahu!” Adib mengomel
sambil menanggalkan baju T yang membalut tubuhnya.
“Tengoklah
drama-drama di televisyen tu! Selalu sangat endingnya mengundang air
mata penonton! Nak-nak penontonnya dari kalangan wanita macam Yanti ni” Adib
ketawa. Kemudian dia menghulurkan baju T yang ditangannya kepada Yanti.
“Eleh!
Macamlah abang hidup tak pernah mengalami kedukaan! Kesedihan! Lelaki ni kalau bersedih lagi dasyat tau,
terus sewel agaknya!” Yanti cuba berseloroh dengan Adib.
“tu
semua perkara silam, Yanti! Dah berlalu, kita kena
lupakan.Hidup
harus diteruskan dengan memandang dan melangkah ke depan dengan lebih
hati-hati. Bukannya menoleh ke belakang dan berjalan berundur. Kita akan
kecundang berulang kali, Yanti.”
‘Wah!
Wah! Pandai pula suami aku ni
berfalsafah.’ Begitu bisik hati Yanti
sambil menjeling ke arah Adib.
“Oh,
ya ke? Saya ingat, selepas selesai mengarang cerita kawan saya tu, saya
karangkan cerita silam abang pulak lah.”
Yanti mengusik lagi sambil melirik ke arah Adib yang sedang menyalin
seluar.
Adib
ketawa. “Takkan terkorek cerita silam abang!
Macam
mana Yanti nak tulis!” Adib bagaikan mencabar.
“Eleh!
Kalau hati abang pun saya boleh korek, takkan kisah silam tu saya tak boleh nak
selam!” Yanti memeluk lengan Adib dan mencium bahu suaminya itu dengan perasaan
kasih sayang.
“Orang
lelaki ni, tak serupa dengan wanita. Sama ada dari fizikal atau sikapnya.
Hal-hal silam yang remeh tu untuk apa dikisahkan! Biarkan saja berlalu! Tak ada
yang istimewanya. Dah basi!” Lagi-lagi Adib bagaikan tidak mahu mengerti dengan
keinginan Lidya.
“Ikhlas
saya tanya ni, bang! Ada tak kisah-kisah yang abang tak boleh lupakan hingga ke
saat ini. Bila dikenang, hati terasa ditusuk sembilu. Ada tak?”
Yanti mendakap Adib, sambil cuba mengorek rahsia hatinya.
“Dahlah!
Pergi buatkan abang air panas!” Adib
melepaskan dakapan Yanti serta mencapai tuala yang tersangkut di dinding
berhampiran, lalu menuju ke bilik mandi.
Yanti
menuju ke dapur untuk membancuh air. Air
yang sudah dibancuh di bawa ke bilik.
Adib
sudah terlentang keletihan di atas katil.
“Hmm,
bang! Minggu ini, kita pergi melawat kawan saya tu sama-sama, ya?” Yanti
bersuara perlahan. Hampir tiga bulan dia berulang ke hospital melawat Lidya,
belum sempat mengenalkan Adib kepada Lidya.
“Insya-ALLAH!
Tapi abang rasa berat hatilah Yanti! Tak tahu mengapa? Jangan-jangan bila abang
pergi melawatnya, kawan Yanti tu terkejut dan terus ucapkan selamat tinggal
kepada dunia ni!” ujar Adib dengan suara perlahan dan lemah. Mungkin dia
terlalu letih.
“Abang
ni, cakap begitu pula! Kalau tak mahu pergi tu, cakap saja tak mahu, mendoakan
yang bukan-bukan pula!” Yanti pura-pura merajuk.
Kepalanya direbahkan di atas lengan Adib.
“Hmm,
dahlah, mengantuk ni! Tidurlah! Ini
rumah tangga kita. Katil ni tempat tidur kita. Jangan memikirkan yang lain
selain daripada abang sewaktu kita berdua sedang berehat begini!” Adib
merapatkan tubuhnya ke tubuh Yanti.
Hidungnya hinggap di pipi isterinya itu berulang kali sambil memeluk
mesra.
Yanti membalas pelukannya dengan kasih sayang yang
tidak berbelah bagi.
5.30 pagi telefon talian tetap di rumah mereka
berdering. Dengan mata separuh
terpejam, tangan Yanti mencapai gagang telefon. Suara yang kedengaran di telefon
menyampaikan berita yang menyentak hatinya.
Berita yang amat menikam. Hancur
luluh rasa jiwa dan raganya. Tak ingin
mempercayai, tapi takdir itu tetap nyata.
“Astaghfirullahil’azimmm...Innalilahil Wainna Ilahirrrojiunn...”
Kembali
sahaja gagang telefon ke tempatnya, dia menggoyang-goyangkan tubuh Adib, cuba
membangunkannya. Air matanya pun sudah
berderai-derai membasahi pipi.
“Kenapa
ni sayang? Yanti! Kenapa ni?” Adib terus memeluk Yanti yang terus-terusan
meraung.
“IBU! Ibu!” Alia muncul di bilik sebaik sahaja Yanti
selesai berpakaian selepas mandi pagi itu.
Yanti
baru lepas mandi. Semua penghuni rumah
itu bangun lewat pagi ini. Tengah malam semalam mereka baru tiba dari kampung.
Hampir sebulan mereka berada di kampung selepas kematian ibu Yanti.“Nak apa sayang?” Dia
mendepangkan tangan. Alia dirangkul
dengan rasa kasih. Mata Alia merah,
digenangi air. Rambutnya yang kerinting itu diusapnya perlahan, dengan kasih
sayang.“Anak
ibu demam ni!” Dia membelai-belai seluruh tubuh Alia. Panas.
“Anak ayah demam?” Adib tiba-tiba mencelah. Dia baru
keluar dari bilik mandi. Dia pula memeluk Alia. “Semalam main panas ya, Alia?”
Dia menyoal Alia sambil matanya memandang kepada Yanti. Seolah menyalahkan
isterinya itu.
“
Alah! Budak-budak ni bang, degil! Semalam sampai tengah hari mereka tiga
beradik asyik bermain di halaman rumah tu!” Yanti menceritakan kepada Adib dengan jujur. Perkara yang sebenarnya.
“Mengapa
awak tak halang? Duduk di rumah jagalah budak-budak! Cuaca panas sekarang ni!
Kelmarin-kelmarin betullah, kita di kampung tetapi sebelum ini pun abang tengok
Yanti dah mula tak endahkan budak-budak ini.
Asyik mengadap komputer saja!” Adib bersuara perlahan.
Walaupun
tidak dengan nada marah, hati Yanti tercuit. “Maafkan saya, bang! Kita bawa Alia
pergi klinik!” Dia memegang lengan Adib dengan pandangan mata memujuk.
Pandangan mata mereka bertemu.
Adib
mengangguk dengan wajah yang serius.
“Balik
dari klinik, baru kita pergi melawat kawan Yanti!.” Yanti teringatkan janjinya
kepada Lidya.
Adib
tidak menjawab. Alia didukungannya.
“Ibu!
Ayah!” Suara Fareez yang terjerit dari biliknya menyebabkan Yanti dan Adib
berkejar menerpa.Alia di dukungan Adib.
“Ibu!
Mata tak boleh buka! Dah buta! Dah buta!”
Fareez, meraung seperti budak berumur dua tahun.
Adib
menurunkan Alia dari dukungan lalu duduk di katil di sisi Fareez.“Dah kena sakit mata pula
yang sorang ni! Yang sorang tu macam
mana?”
Yanti
faham, Adib sedang meletakkan kesalahan itu di bahunya. Farhan, masih tidur di
katilnya. Dia pergi mendapatkan Farhan dan merasa tubuh anak itu.
Suam-suam. Mungkin, Farhan juga demam,
sama seperti Alia.
“Yanti!
Pergi ambil air suam dan kapas. Nak cuci tahi mata Fareez ni! Lepas tu awak
pergi siapkan sarapan. Biar abang mandikan semua budak-budak ni. Kemudiannya
kita pergi klinik! Ingatkan hari cuti nak berehat. Pergi jalan-jalan dengan
anak isteri, ni semua dah tak sihat. Balik dari klinik, semua kena berehat di
rumah!” Adib mula membebel.
Yanti
mengikut arahan suaminya itu. Selama perkahwinan mereka, sememangnya Yanti
tidak pernah membantah cakap Adib. ‘Alamak! Bagaimana nak melawat Lidya?’
Sambil menyiapkan sarapan, dia diburu perasaan serba salah dan tidak menentu.Dia pasti, Lidya
tertunggu-tunggu. Sudah sebulan mereka tidak bertemu.
MUJUR mereka tidak lama di klinik. Pukul 11 pagi mereka
telah pulang ke rumah. Yanti hanya membeli makanan di restoran untuk hidangan
tengah hari.
“Bila
anak-anak tidur, abang hantar Yanti ke hospital! Sementara tu minta Kak Siah tengokkan mereka. Lepas tu
abang jaga mereka di rumah!” Adib melirik kepada Yanti. Cuba memujuk isterinya itu. Dia faham, Yanti berkecil hati kerana
leterannya pagi tadi.
Yanti
yang sedang menyuap Alia makan, terus melagakan pipinya dengan pipi Adib yang
berada di sisi kerana benar-benar terkejut dan rasa terharu dengan kata-kata
Adib itu. Sememangnya Adib seorang lelaki yang memahami dan penyayang. “Terima
kasih, bang!I love you!” bisiknya.
“Yey! Ibu kata I love you!” Fareez yang sedang menyuap nasinya tiba-tiba menyampuk.
Adib dan Yanti tergelak.
“Hah!
Ajuk cakap ibu, esok pagi mata tak boleh buka terus!” Yanti mengusik Fareez yang terkebil-kebil memandang
mereka suami isteri sambil tersengih.
TENGAH hari itu, sewaktu pergi ke hospital untuk melawat
Lidya, Yanti kehampaan. Lidya tiada dikatilnya
“Sebentar puan, Puan Yanti, kan? Tak silap
saya Kak Lidya ada tinggalkan sesuatu untuk puan! Tunggu ya!” Norini menuju ke kaunter wad itu dan
mengambil sesuatu di dalam kabinet. Satu sampul surat besar yang sudah
lusuh. Tidak tahu apa yang terkandung di
dalam sampul surat itu.
“Terima
kasih,” ujar Yanti. Sampul surat bertukar tangan. Dia terus berjalan
meninggalkan wad itu menuju ke medan letak kereta. Mujur Adib masih ada di
situ. Belum meninggalkan perkarangan hospital. Dari jauh kelihatan Adib dan
anak-anak sedang berlegar-legar di sekitar kereta. Mujur cuaca redup.
“Ibu, aiskrim!”
Alia menghampiri Yanti sambil berjalan
terkedek-kedek. Sebelah tangannya memegang aiskrim, sebelah tangan lagi
memegang tisu. Bibir dan sekitarnya comot dengan aiskrim.
“Patutlah
tak mahu tinggal di rumah! Asyik nak
ikut ibu! Dapat makan aiskrim, ya” Yanti mendukung Alia. “ Comotnya sayang ibu
ni,” ujar Yanti lagi sambil menyental bibir Alia dengan tisu.
“Abang
ni, kan budak-budak demam, batuk. Buat apa dibelikan aiskrim?” Yanti memandang
Adib yang asyik melayan Farhan dan Fareez makan aiskrim di dalam mangkuk
kertas.
“Habis tu, dah merengek! Ayah nak aiskrim! Ayah nak aiskrim! Selagi tak dibelikan,
selagi itulah asyik memekak, budak-budak ni. Buat malu kat orang! Nanti orang
ingat abang tak mampu nak belikan anak-anak aiskrim!” Adib bersuara perlahan
sambil mencebirkan bibirnya.
Yanti
tersenyum lebar. “Baru abang tahu! Begitulah nak melayan mereka!” Dia bagaikan
memulangkan paku buah keras.
“Jomlah
balik! Mata budak-budak ni dah kuyu, mengantuk!
Tetapi
sengaja dipaksa-paksa mata tu supaya terjegil. Nakal!” Adib mengheret Farhan dan Fareez ke
kereta.
Yanti
mendukung Alia.
“HMM, susah hati nampak!
Sejak dalam kereta tadi, Yanti
tak bercakap apa-apa dengan abang. Kenapa ni? Di depan Yanti ni, suami. Yang
sedang tidur tergolek di atas katil dalam bilik tu anak-anak kita! Walaupun mereka bukan zuriat kita, tapi kita
telah berjanji akan menjaga mereka seperti anak sendiri!.” Adib mengangkat dagu Yanti dengan kasih
sayang.
Waktu
itu Yanti dan Adib di ruang tamu.Selepas makan tengah hari dan diberi ubat, semua
anak-anak mereka mengantuk dan tidur. Barulah mereka berpeluang untuk berduaan
dengan tenang.
“Saya
risau!” Adu Yanti.
Adib
mengangkat keningnya. Memberi isyarat
supaya Yanti meneruskan cerita.
“Dia
dah discharged!.”Yanti menyembunyikan kesedihan. Matanya merenung ke luar pintu.
“Oh!
Patutlah tadi awak sekejap saja! Hairan juga saya. Selalunya duduk bersama dengan kawan awak tu
berjam-jam. Entah apa yang diceritakan sehingga awak tak jemu.” Tiga patah
perkataan yang keluar daripada bibir Yanti, dijawab oleh Adib dengan tiga puluh
patah perkataan.
“Alah! Abang ni, saya sedang sedih ni! Mesti dia kecewa menanti kedatangan saya. Tapi saya tak
datang! Dia keluar wad sebelum sempat saya datang seperti yang
dijanjikan.” Yanti berkata dengan wajah
yang monyok.
“La!
Eloklah tu. Keluar dari wad maksudnya
dah sembuh! Alhamdulillah... Tak
payahlah isteri abang melawatnya setiap minggu. Tak payah lagi mengarang cerita
untuknya. Umurnya masih panjang,
bolehlah dia mengarang sendiri.Cerita suka ke? Derita ke?”
“Ala! Abang tak pernah kenal dengannya. Itu sebab, abang
macam tak suka saja saya berdampingan dengan dia. Kalau abang pernah kenal
dengan dia dulu, entah-entah sampai hari ini abang tidak pernah lupa!” Yanti
memuncung bibir. Tidak bersetuju dengan
percakapan yang di dengarinya tadi.
“Tengok
tu, belum lagi dia mati, hantunya dah masuk ke dalam badan awak! Nanti kalau dia mati, abang pun Yanti dah tak
kenal lagi agaknya. Tengok abang, nampak
macam dia!” Adib bercakap
sesuka hatinya. Sengaja untuk menduga Yanti.
“Yanti,
abang nak Yanti berjanji dengan abang, manuskrip yang Yanti sedang karang tu
adalah yang pertama dan terakhir! Abang tak mau berkongsi kasih dengan komputer
tu tau!” Adib terus merungut dengan
suara perlahan. Sahlah, dia sedang dilanda perasaan cemburu luar biasa. “Abang
rasa, kalau kawan Yanti cepat pergi dari sini pun lagi bagus! Perasaan abang rasa tak selesalah sejak Yanti
bertemu dengan dia” Luahan hati Adib yang terlalu berterus terang itu
mengejutkan Yanti.
“Abang!”
Perasaan Yanti menjengkil mendengar
kata-kata Adib. Malas melayani leteran
Adib, dia beredar ke bilik dan membuka sampul surat yang dibawanya dari hospital
tadi. Di dalamnya terkandung sebuah buku catatan yang dipenuhi oleh tulisan
tangan Lidya. Dia tidak sabar untuk membaca catatan yang dinamakan oleh Lidya
sebagai ‘Redha TakdirMU)