Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 24

            Masih terngiang-ngiang kata-kata Bia di telingaku. Masih jelas sekali pandangan penuh harapan Dea Natalia tatkala mendengar perkataan Papa muncul dalam perbualan kami. Hatiku terasa pedih. Jiwaku sedih. Aku ingin merasa marah, namun aku tahu mana mungkin aku boleh salahkan anak kecil itu. Mana mungkin aku boleh salahkan Bia mahupun Haris. Lebih-lebih lagi setelah mengetahui apa yang sebenarnya terjadi. Mereka berpisah kerana terpaksa. Menurut Bia, perpisahan mereka terjadi atas desakkan Ibu, wanita yang aku sayang dan sanjungi. Jika bukan disebabkan itu, pasti Bia dan Haris sedang berbahagia kini. Kerana itu juga, Dea Natalia menjadi mangsanya.Terpaksa membesar tanpa kasih sayang seorang ayah sejak lahir.

            Dan aku. Di mana letaknya aku dalam situasi ini. Tidak pernah kusangka ketika aku sedang leka menyulam bahagia, badai datang melanda. Memusnahkan segala sangkar yang kubina untuk menjerat hati Haris agar kekal setia selamanya, hanya untukku. Tak mungkin aku harus berkorban demi kebahagian mereka. Tak mungkin aku tega memusnahkan kebahagiaanku sendiri untuk Bia dan Dea. Aku tidaklah sebegitu mulia untuk menghadiahkan itu kepada Bia. Tak mungkin! Cintaku pada Haris terlalu besar untuk kukorbankan. Rasa suka yang sudah kusulam sedari kecil bertukar kepada cinta bila menginjak usia remaja. Dan ketika kukira cinta Haris akhirnya berjaya kumiliki, Bia muncul kembali. Cuba merobohkan istana cinta yang sedang kami bina bersama.

“Reia..kenapa ni?” Soal Hana. “Talk to me please.” Ucapnya lagi apabila tidak melihat sebarang reaksi dariku. Bukan aku tidak mahu bercerita, tapi mulutku seakan terkunci, gagal berkata-kata. Rasa sebak yang sedang melanda di dalam dada menyukarkan aku untuk bersuara.

“Reia…tell me please.” Desak Hana lagi sambil membawaku ke dalam pelukannya. Aku menangis lagi. Hana membiarkanku tenang. Membiarkan aku mengumpul kekuatan dalam diri. Mujur ada Hana. Jika bukan kerana dia, mungkin aku masih lagi menangis di dalam kereta di taman permainan itu. Hana, selepas mengetahui lokasiku memintaku untuk menunggunya di situ. Tidak sampai setengah jam kemudian dia datang menaiki teksi dan memandu keretaku. Membawaku terus ke rumahnya.

“Are you okay now?” Soalnya lagi apabila tangisanku sudah berhenti. Aku mengangguk pendek. “What happen Reia?”

“I tak tahu nak mula dari mana.” Ucapku dalam sebak. “I can’t believe Haris did this to me.” Ucapku perlahan.

“Haris? Apa yang Haris buat?” Soal Hana hairan. Aku juga masih belum mampu memberikannya jawapan.

“Bia..I jumpa Bia tadi.” Terangku akhirnya. Hana mengerutkan dahi namun menahan diri dari bertanya. Dia hanya memandangku, sabar menunggu penjelasan. “She told me everything. Her side of the story of course. Tapi daripada cara Haris layan I beberapa minggu ni buat I tak rasa Bia mereka-reka cerita.” Tambahku.

‘Wait, I’m confuse here. Can you start from the beginning please? Apa Haris buat pada you? Dan siapa Bia? Are you talking about Bia Natasha??” Soalnya bertubi sambil mengerutkan dahi.

            Aku menarik nafas panjang sebelum mula menceritakan apa yang berlaku. Bermula dengan kesibukkan Haris dan keadaannya yang sering kelihatan tertekan sejak beberapa minggu kebelakangan ini sehinggalah perjumpaanku dengan Bia pagi tadi. Ceritaku terhenti seketika, mencari kekuatan menyampaikan berita seterusnya. “I met Dea too.” Ucapku membuahkan kerut di dahi Hana.

“Dea..siapa Dea?” Soalnya keliru.

“Dea Natalia. Her daughter.” Jelasku dan melihat wajah Hana tambah keliru. “Bia beritahu I yang Dea tu anak dia dengan Haris.Terasa pahit melontarkan ayat itu. Segalanya terasa lebih nyata setelah diluahkan kepada orang lain.

“What? Are you sure?” Soal Hana tidak percaya.

“I pun tak nak percaya, Hana. Tapi itu yang Bia beritahu I.” Terangku. “She will turns 4 years old next week.” Tambahku. “Kalau you dah lupa, Haris dan Bia berpisah hampir lima tahun yang lepas. I tak nak percaya tapi the possibility is there.” Terangku.

“Bia ada bukti? Does that little girl at least look like Haris?” Soal Hana bertalu membuatkan aku terkedu seketika. Aku mengaku aku terus membuat kesimpulan sendiri apabila mendengar cerita Bia tadi. Langsung tidak berpeluang untuk berfikir sama ada apa yang diceritakan Bia adalah kenyataan ataupun bukan. Bila mendengar soalan Hana, aku sekurang-kurangnya mula merasa lega untuk seketika. Berharap di dalam hati bahawa apa yang diceritakan Bia pagi tadi hanyalah cerita rekaannya semata.

“Bia tak tunjuk bukti. Tapi budak tu comel mirip sekali dengan Bia. I don’t see the resemblance with Haris but I can’t be too sure sebab I tak sanggup nak pandang dia lama-lama. I feel lost bila Bia cakap Dea tu anak dorang.” Terangku.

Please tell me you tak terus percaya apa Bia cakap tanpa bukti Reia.” Tambahnya apabila mendengar jawapanku.

 I tak tahu apa nak fikir pagi tadi Hana. Bia just drop everything and I just listen like a statue. Until I can't hear anymore. So I run and you found me at the parking lot. But how could I not. Semua yang dia cerita nampak cukup menyakinkan. Dia tahu yang Haris selalu balik lewat. Bahkan tahu yang Haris abaikan panggilan-panggilan I. Doesn’t that show you that they are always together? Sampaikan Bia boleh tahu jadual waktu dan panggilan peribadi Haris. Dan you pun kenal Bia. You tau Bia macam mana orangnya.” Terangku lagi. Aku ingat lagi, disebabkan kami sependapat bahawa Bia kelihatan seperti seorang gadis yang sempurnalah dahulu, maka Hana akhirnya menasihatkanku untuk move on dan berhenti meletakkan perasaanku pada Haris. Bia gadis yang cantik luar dalam. Bukan sahaja cantik untuk dipandang bahkan cantik budi bahasanya. Mana mungkin mampu kutandingi. Hana merenungku simpati.

“People change Reia. You tak boleh percaya semua yang Bia cerita. Kita tak tahu apa motif dia beritahu you semua ni.” Komen Hana. “Yang tak berubah tu cuma you. Still as naïve as ever.” Tambahnya lagi sambil mengeleng-gelengkan kepala memandang aku yang terlopong mendengar ayatnya yang serius.

“You..you..” Aku cuba mengatur ayat mempertahankan diri namun gagal mengeluarkan ayat yang sesuai.

“My point exactly.” Komen Hana sambil tersengih melihatku. “I love you Reia. Tapi I kena jujur dengan you. Sikap you yang terlalu mudah percayakan kata-kata orang ni selalu makan diri you. Have you discuss this with Haris?” Soalnya kemudian dan aku hanya mampu mengeleng.

I belum berpeluang cakap dengan dia lagi.” Akuiku pilu. “Sejujurnya I jarang jumpa dia kat rumah pun. He’s always out. The worst thing is, Bia told me dorang dah berjumpa beberapa kali. Haris langsung tak beritahu I apa-apa. I tak percaya langsung dia sanggup tipu I selama ini. I ingatkan dia bahagia dengan I. He left me love note almost every day before going to work. Kalau Bia tak call ajak jumpa, I langsung tak tahu tentang semua ni.” Ucapku beremosi. Hana hanya merenungku, membiarkan aku melempiaskan rasa yang terbuku di dada. “I can’t believe how stupid I am percaya bulat-bulat bila Haris cakap dia tak ada masa untuk I sebab busy dengan project baru. I tak sangka Haris sanggup buat I macam ni.” Tambahku merasa diperbodohkan. Selepas mendengar penjelasan Bia pagi tadi, aku tidak dapat lari daripada berasa curiga tentang semuanya. “Haris selalu cakap dia ada urusan kerja kat luar bila I call him to talk. Rupanya urusan luar dia adalah Bia dan Dea.” Ujarku sayu.

“Seriously?” Soalnya tidak percaya. Aku hanya mengangguk. “I masih tak percaya Haris buat you macam tu.” Tambahnya lagi. “I thought he love you. He look at you like you’re his world.” Ucap Hana lagi. Aku ingat lagi Hana pernah berkata yang dia nak cari teman lelaki yang memandang dia sama seperti cara Haris memandangku. ‘Pandangan penuh rasa cinta’ katanya.

“I thought he feel that way too Hana. Rupanya tak. Bia muncul je semula, dia terus lupakan I.” Ucapku sedih.

“I ingatkan hubungan korang okay je bila you tak cerita apa-apa.” Tambah Hana lagi.

“I did not see this coming too. Semuanya okay je sebulan yang lepas. Perfect even. I was so in love. I ingatkan semuanya akan kekal sampai bila-bila. Tapi semuanya berubah awal bulan ni. Dia masih ada dengan I tapi selalu nampak stress. I mati-mati ingatkan dia stress sebab kerja. I guess nothing is forever.” Ucapku lirih. Terbawa perasaan. Hana menepuk-nepuk lembut belakangku cuba memberikan semangat.

Whatever it is, you should talk to Haris first okay.” Tegas Hana. “Mana tahu dia ada sebab yang baik dan semuanya tak seperti yang you bayangkan.” Tambahnya lagi.

“I promise I will talk to Haris.” Tekadku. “Thank you sudi dengar masalah I. I rasa lebih baik sekarang ni. I should go. Dah pukul 5 ni. He should be home by now.” Tambahku lagi sebelum mengambil beg tanganku, bersedia untuk pulang ke rumah.

“Anytime Reia. Call me if you need me okay.” Ucap Hana sambil menemaniku ke kereta. Aku mengangguk, merasa sangat bersyukur mempunyai sahabat sebaik Hana yang sentiasa bersamaku disaat suka dan duka.

 

********************************

            Sesampai di rumah, sekali lagi aku diusik kecewa. Seperti hari-hari kelmarin kelibat Haris belum kelihatan. Tidak seperti yang kuharapkan. Rumah 2 tingkat itu terasa sunyi bila dihuni sendiri. Aku mengambil keputusan untuk mandi terlebih dahulu. Mencuci sisa-sisa air mata yang menjadi penemanku hampir separuh hari, hari ini. Pantas langkah kuhayunkan ke dalam bilik. Apa yang aku perlukan kini adalah masa untuk berehat. Berendam di dalam tub mandi mungkin boleh membantu membuatkanku tenang. Mungkin selepas melakukan itu, mindaku akan kembali berfungsi dengan baik.

            Selesai mandi dan menyiapkan diri, aku ke dapur. Membuka peti sejuk, berfikir apa yang mungkin dapat membuka seleraku ketika itu. Sudah beberapa hari selera makanku hilang. Terlalu banyak yang kufikirkan sehingga makanan yang sentiasa menjadi teman setiaku juga sudah kulupakan. Aku menarik keluar cheese cake leleh yang masih berbaki dan membawanya ke meja makan. Mengambil keputusan menjadikannya sebagai menu makan malamku malam ini. Ingin memesan makanan luar, aku tiada selera. Menikmatinya seorang diri tidak seenak ketika ditemani Haris. Atau mungkin juga kerana sudah terbiasa melakukan semuanya bersama dia, sehingga aku seolah hilang tanpanya disisi.

             Selesai mengisi perut, aku mengambil telefon bimbitku dan menuju ke sofa, tempat biasa aku menunggu kepulangannya. Aku mendail nombornya dan seperti biasa panggilanku dibiarkan tanpa jawapan. Hatiku dipagut sayu. Tidak menyangka rupanya rasa cintanya padaku tidaklah setebal mana. Aku tidak tahu sampai bila aku masih mampu bertahan jika terus diperlakukan sebegini. Seolah tiada nilai padanya.

Reia: Pukul berapa you balik? 7.45pm

Reia: I need to talk to you? 7.46pm

Reia: I really miss you. 7.47pm

              Itu mesej yang kuhantar padanya. Berkali-kali aku membelek telefon, tidak sabar menunggu jawapannya. Namun masih juga tiada balasan. ‘Kenapa buat I macam ni Haris? Apa salah I?’ Soalku dalam hati. Dengan perasaan sayu aku menguak lagi langsir itu. Melontar pandangan ke luar rumah. Dan walau selama mana pun cuba kutahan, kerana kepenatan aku terlena lagi di situ. 

Previous: Bab 23
Next: Bab 25

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya