Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Final

        Aku menyuap sesudu kek di depanku sambil memerhatikan sekeliling. Kafe yang luas itu penuh dengan pelanggan. Hanya beberapa buah meja sahaja lagi yang masih kosong. Aku melirik jam. Pukul 12.30 tengah hari. Patutlah, fikirku sebelum kembali menikmati chocolate cake itu sepuasnya. Sudah lama rasanya aku berehat dari merasai keenakan kek. Semuanya gara-gara jadual diet yang ketat daripada Haris. Ianya menjadi lebih parah setelah dia terbaca artikel bahawa pengambilan keju amat berbahaya kepada ibu hamil dan janin dalam kandungan. Walaupun setelah mengetahui bahawa tidak semua keju memudaratkan, sebagai langkah berjaga-jaga aku mengambil keputusan untuk berpuasa daripada cheesecake sepanjang kehamilanku ini. 

       Namun melewati kafe ini ketika menuju ke tempat letak kereta tadi membuatkan aku tidak dapat lagi menahan keinginan untuk merasainya. Manakan tidak, baunya sahaja sudah mampu membuatkan aku terliur. Haris tanpa pilihan, terpaksa menemaniku. Mungkin dia simpati melihat aku yang seolah kebuluran walaupun baru menghabiskan semangkuk Tom Yam di restoran sebelah sebelum ke kafe ini tadi.  Aku tersenyum apabila melihat pandangannya masih setia padaku sedari tadi.

“Nak?” Soalku sambil menyuakan sesudu chocolate cake itu padanya. Dia mengeleng. “Jangan menyesal. Habis dah ni.” Usikku namun hanya menerima gelengan darinya.

I’m full already.” Balasnya.

“Serius? I rasa I mampu habiskan satu slice lagi.” Komenku mencuba nasib.

“One slice only, baby. Remember your promise.” Tegasnya tanpa berfikir panjang, sekaligus mematikan angan-anganku.

“Yelah, I ingat. One slice only and no cheesecake.” Ujarku mengulang janjiku sebelum memasuki kafe ini tadi.

“Just for another few more month, baby. Be patient okay. Ini untuk kebaikan you and baby juga.” Ucapnya sambil mengapai tanganku. Memastikanaku tahu bahawa dia tidak mengambil keputusan itu sesuka hati.

“I know. Thank you for always taking good care of me, sayang.” Ujarku terharu.

“Always, baby.” Ucapnya sambil tersenyum. Beberapa ketika kemudian senyumannya bertukar kepada sengihan membuatkan aku mengerutkan dahi. Tidak pasti apa yang dia fikirkan ketika itu. “You ingat tak kali pertama kita datang sini?” Soalnya tiba-tiba. Sekaligus mengembalikan ingatanku kepada detik aku dimalukan oleh insan bernama Linda hampir dua tahun yang lalu.

“Sadly, I tak rasa I akan lupa apa yang buat kita ke sini hari tu.” Ujarku. “Tapi kan.. kalau bukan sebab tu mungkin I takkan ada peluang untuk dekat dengan you. Jadi I rasa, I tak boleh nak marah sangat dengan Linda. Apapun, sebab dialah I jadi PA you. Dan tengoklah sekarang, we are happily together.” Ujarku sambil tersengih panjang.

“That’s my girl. I love that you always saw the bright side from every situation, baby.” Ucapnya. “I bangkitkan tentang ni sebab I nak you tahu yang kat sinilah mula tahu yang I ada perasaan istimewa untuk you. Seeing you cry that day broke my heart. I kenal you sebagai seorang yang manja dan ceria dan nak you kekal macam tu sampai bila-bila. I sedar yang I kena buat sesuatu untuk lindungi you. So I come out with that idea and I’m glad I did.” Terangnya panjang lebar. Benar-benar membuatkan aku terharu.

“Thank you for telling me this, sayang.” Ucapku dengan suara yang bergetar.“Now let’s go before I start crying and ruin this beautiful moment.” Ujarku dan laju menghulurkan tangan padanya. Dia pantas menyambut dan mengiringiku keluar dari kafe itu.

“Are you okay now?” Soalnya setelah kami berada di dalam kereta.

“I am, sayang. Tapi…”

“Tapi apa?”

“Boleh tak kalau you tak payah masuk office petang ni? I want to spend today with you.” Pintaku sambil memandangnya penuh harapan.

“What do you have in mind, baby?” Soalnya.

“Can we go out on a date? Please.” Soalku sambil menghantar pandangan yang sering membuatkan dia mengalah. Berharap ia masih mempunyai kuasa yang sama seperti dulu. Dia merenungku lama sebelum akhirnya mengangguk membuatkan aku tersenyum senang.

“Where do you want to go?”

“Surprise me.”

“I can do that. Let me call Azlan and let him know that I won’t be back to the office, okay.”

“Thanks sayang. You’re the best.”

“Anything for you.” Ujarnya sebelum mengangkat telefon bimbitnya dan menhubungi Azlan. Aku membiarkan Haris tanpa gangguan. Membiarkan dia menyelesaikan tugasannya sebelum kemudiannya memandu kami ke destinasi. Aku tidak tahu kami akan ke mana. Yang aku tahu, aku tidak kisah ke mana pun asalkan bersama dia.

 

*********************************

            Membiarkan Haris menentukan lokasi tempat dating kami, bermaksud aku harus bersedia dengan kejutan yang akan diberikan. Seperti janji temu kami yang pertama dulu, dia sekali lagi membawa aku ke pusat membeli belah. Bezanya hanyalah, ia pusat beli belah yang berlainan. Hmmm..

“This is exactly why I bring you here. I know I will see the exact same reaction.” Ujarnya sambil ketawa apabila melihat reaksiku ketika dia memandu masuk ke ruang tempat letak kereta. Aku mendengus tidak berpuas hati mendengar komen itu. Namun tersengih apabila mengerti apa yang dia maksudkan. “I harap you masih ingat yang you happy sangat lepas keluar dari mall masa tu.” Tambahnya cuba mengingatkan aku tentang temu janji pertama kami dulu.

“Tapi I tak nak cincin baru.” Ujarku sambil memuncungkan bibir.

“Siapa cakap I nak belikan you cincin.” Balasnya sambil memegang tanganku. Memastikan aku berjalan seiringan dengannya.

“Ermm..on second thought. I don’t mind a brand new necklace.” Ujarku selepas beberapa ketika. Tersengih apabila melihat dia memandangku dengan pandangan tidak percayanya.

“You memang tak tetap pendirian kan. Sekejap je dah tukar fikiran.” Komennya sambil ketawa kecil.

“Siapa cakap? Kalau you nak tau, I nilah yang paling tetap pendirian. Buktinya I love you from the very first day I met you and its last till today. I tak pernah berubah fikiran pun. And who know, mungkin juga I akan cinta dan sayangkan you sampai bila-bila.” Usikku dan melihat dia membesarkan matanya.

“You better make it last forever, baby.” Ugutnya sambil menghentikan langkah. Memastikan aku tahu bahawa dia cukup serius.

“It’s all depend.” Balasku sambil tersengih. Sengaja mengusiknya.

“Depend on what?” Soalnya tidak percaya.

“Your performance of course.”

“Oh kalau macam tu, I rasa I tak perlu bimbang. Sebab I memang sentiasa perform dengan baik. Kan?” Balasnya mendabik dada.

“I know you would say that.” Ujarku sambil ketawa. “I will always love you, sayang.” Tambahku kemudian.

“Good to hear that. Now, let me give you another wonderful performance.” Ujarnya. Dan ya, selepas keluar masuk dari beberapa buah kedai barangan bayi dengan beberapa hasil pembelian aku tidak dapat menafikan bahawa aku sangat gembira. Melihat pakaian dan barangan bayi memang boleh membuatkan rambang mata. Semuanya kelihatan cantik dan comel membuatkan sukar untuk kami berdua menghentikan niat dari membelinya. Apatah lagi apabila membayangkan betapa comelnya baby kami saat mengenakannya nanti. Ia benar-benar terapi yang tidak pernah aku jangka.

          Kami hanya berhenti setelah kakiku sudah cukup penat untuk terus berjalan. Itulah yang membawa kami ke restoran nasi ayam ini. Memandangkan aku tidaklah terlalu lapar, jadi aku hanya memesan Nyonya Pai Tee dan Kerabu Mango untuk dinikmati. Lain pula Haris yang nampak cukup berselera menghabiskan sepinggan Crispy Roast Chicken Ricenya. Buktinya, pinggannya licin tanpa menoleh padaku atau sekurang-kurangnya menjemput aku merasai sedikit apa yang dia nikmati ketika itu. Entah mengapa benda seremeh itu mampu membuatkan perasaanku bercampur baur. Aku menyalahkan hormon kerana aku yakin aku tidak seperti ini sebelum mengandung dulu. Aku memandangnya lama sebelum memutuskan untuk bertanya.

“Do you think you will still love me if I say that I hate you?” Soalku.

“Hate is a very strong word, baby. Plus what kind of question is that?” Soalnya kembali sebelum mengelap bibirnya dengan tisu di atas meja dan menumpukan sepenuh perhatiannya padaku. Ini bermaksud dia sudah beralih ke mood serius.

“My kind of question.” Ujarku sambil menyudu kerabu mango di depanku. Mendengus kecil apabila hanya sebahagian yang setuju untuk masuk ke dalam sudu dan sebahagian lagi beralih ke pinggir pinggan. Seolah sengaja menguji kesabaranku ketika itu.

“Baby..” Keluhnya namun tetap membantu mengalihkan kembali kerabu mango itu ke tengah pinggan menggunakan sudunya.

“Just give me an answer.” Pintaku lagi.

“Is this a trick question?” Soalnya dengan kerutan di dahi.

“No.. I just want to know.” 

“Of course, baby. I will always love you.” Putusnya kemudian.

You sure? Because I think I hate you right now.” Ucapku tanpa berfikir panjang.

“Why? What did I do?” Soalnya, nampak jelas sekali terkejut dengan pengakuanku itu.

“Nothing.” Balasku sepatah.

“Nothing?”

“Yes. You did nothing. You sit far away from me. You don’t kiss me when I want you too. You don’t hold me like I want you too.”

“We’re in public, baby.”

“That never stopping you before.” Haris mengeluh. “Are you ashamed to be seen with me? Am I too fat for you?” Soalku perlahan. Memastikan hanya dia yang menangkap soalan itu.

“You’re being ridiculous baby.” Aku membesarkan mata mendengarnya.

“Now I’m ridiculous.” Ujarku tidak percaya.

“Okay-okay.” Putusnya sebelum beralih tempat dan duduk di sebelahku. Spontan rasa geramku padanya tadi menghilang. “Happy now?” Soalnya sambil mengucup lembut pipiku sekilas.

“I am.” Balasku sambil tersenyum lebar. “Our baby like it too.” Tambahku gembira. “Areyou mad at me?” Soalku selepas beberapa ketika.

“No, I’m not.” Balasnya sambil tersenyum lembut.

“If I were you, I would be mad at me.” Komenku. Menyedari betapa tidak masuk akalnya soalanku padanya tadi.

“I’m not, baby.” Putusnya, cuba menyakinkanku.

“Are you really sure?” Soalku tidak yakin dengan jawapannya.

“Okay I admit, I’m a little annoyed.” Akuinya kemudian, membuahkan muncungku.

“See.. You are mad at me.” Ujarku sedih.

“Oh God. I promise, I’m not mad okay.” Ujarnya laju. Melihat wajahnya membuatkan aku tidak sampai hati untuk terus membuatkan dia terus merasa serba salah.

“Sorry, I tak tahu apa jadi dengan I.” Äkuiku. “I minta maaf kalau you rasa kadang-kadang I menyakitkan hati dan kebudak-budakan.” Pintaku. Merenungnya dengan pandangan sayu. Berharap dia faham yang aku tidak bermaksud untuk terus-terusan menyakiti hatinya.

“Kadang-kadang?” Soalnya sambil tersengih membuahkan kerutan di dahiku. “You are always like this baby. Tapi I tetap akan cinta dan sayangkan you. Nak tahu kenapa?” Soalnya dan aku menjingkitkan kening. “Sebab sifat manja, kebudak-budakan dan kenakalan youlahyang berjaya buka hati I dulu. So, tak ada sebab untuk I tak suka sifat-sifat you yang berjaya satukan kita. I love you for who you are baby. All the wonderful and crazy traits of yours. Remember that.”

“I’m still sorry if I’m extra annoying lately.”

“Don’t worry, baby. I understand.” Ujarnya sambil melepaskan kucupan lembut di dahiku. “I think I know what you need right now. You need a cuddle right?" Soalnya dan aku mengangguk. “Let go home then. I will give you all the loves and cuddles you need.” Putusnya sebelum membantu aku bangun dan mengangkat beg-beg pakaian di sebelahnya. Dengan senyuman lebar di wajah kami meninggalkan restoran itu. Rasanya, selamat untuk aku katakan menjalani kehidupan dengan seseorang seperti Haris adalah kunci kebahagianku. Bersamanya aku tahu apa erti cinta, bersamanya aku tahu rasanya dianggap istimewa dan bersama dia aku ingin kekal selamanya.

 

 



….TAMAT….

Previous: Bab 38
Next: Bonus 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya