Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 29

“Isaac! Is that you?” Jeritku kecil sambil melajukan langkah. Manakan tidak, teman yang sudah cukup lama tidak kutemui itu kini berada di depan mata. Bimbang deria lihatku tersalah pandang.

“Of course it’s me. Mana lagi you nak jumpa lelaki sejati, handsome bergaya, berkarisma…”

“mulut manis, perasan cute.. And the list goes on.” Potongku sambil tertawa kecil melihat tingkahnya.

“Ahh…you wound me, Reia.” Ucapnya sambil menggosok dadanya seolah-olah kata-kataku benar-benar menyakitinya. “Betulkan fakta you tu. I’m not cute okay. This is what you call a total package of handsomeness.” tambahnya lagi sambil menunjuk ke arah dirinya dari atas ke bawah. Aku mengeleng-gelengkan kepala sambil tersenyum. Itulah Isaac. Sentiasa berkeyakinan tinggi terhadap penampilan dirinya. Ya, jika mempunyai rupa paras tampan, di tambah pula dengan tubuh yang tegap seperti Isaac pasti sesiapa pun akan sentiasa yakin dengan tarikkan yang ada pada dirinya. Aku kebal dari tertarik padanya pun kerana Haris. Ketampanan Isaac tidak dapat menandingi kesempurnaan Haris pada pandangan mataku. Jika tidak, mungkin aku juga menjadi salah seorang daripada peminatnya, bukan sekadar sahabatnya.

Just so you know, that is exactly my intention.” Balasku sebelum menghenyakkan punggung di kerusi yang sudah ditarik keluar oleh Isaac. “Still a gentlemen I see.” Komenku sambil tersenyum.

“It is part of the package my dear. Pakej yang lengkap kan?” Usiknya, tersenyum sambil mengengitkan mata.

 “Wow, you masih sama macam dulu.” Komenku. “Cuma..”

“Cuma apa?” Potongnya “This better be good, Reia.” Sampuknya.

“Cuma…I perasan bakul you makin beratlah. Tak sangka you masih mampu angkat.” Usikku sambil ketawa. Ternganga Isaac mendengarnya.

“Sakitnya..Double stab you bagi yea. Sampainya hati.” Tambahnya sambil mengurut-ngurut lagi dadanya. Sakit perutku menahan tawa memandang wajahnya yang berkerut seolah benar-benar sakit itu. Gembira aku tidak menolak permintaan Hana tadi. Bertemu semula dengan Isaac telah mengembalikan senyum di bibirku. Tawa yang sudah beberapa minggu menyepi juga sudah mula kembali. Siapa tahu, mungkin ini permulaan untuk hari-hari yang lebih baik bagiku.

Good to see you Isaac.” Ucapku akhirnya. Cukup gembira melihat dia. Kali terakhir bertemunya adalah pada hari perkahwinanku bersama Haris dulu. Setahun yang lepas. Selepas itu, aku terus terputus hubungan dengannya. Hubungan Haris yang tidak pernah baik dengan Isaac membuatkan aku membataskan persahabatanku dengannya. Hanya kadang-kadang menekan butang suka jika kebetulan melihat status updatenya di laman Facebook. Selebihnya, aku menikmati hidup bersama Haris. Mungkin kerana aku terlalu obses pada Haris menyebabkan orang lain mudah sahaja menjadi watak sampingan dalam hidupku. Yang aku tahu, Isaac kembali ke negeri kelahirannya selepas menamatkan pengajian di UNIMAS. “I miss looking at your silly face.” Usikku lagi, belum puas menyakatnya.

“I know you would miss me. I pun selalu rindu dengan diri I.” Ujarnya selamba sambil tersengih panjang membuatkan aku tertawa kecil. Isaac sentiasa tahu cara menceriakan suasana dengan lawak-lawak bodohnya. “By the way, you look breath taking as always, Reia.” Pujinya kemudian, membuahkan senyuman di bibirku.

Sorry Isaac, I tak bawa duit kecik tadi.” Balasku berseloroh. Pecah tawa Isaac mendengarnya. Faham dengan maksud di sebalik kata-kataku itu.

I tak tahu sama ada you pernah dengar atau tak. Tapi you boleh transfer online tau, kalau you tak bawa cash. I’ll be more than happy to assist you if you don’t know how.” Tambahnya sambil mengangkat kening mencabar aku untuk memberikan jawapan balas.

“Hey I’m IT literate as well you know. But sorry to pop your bubble Isaac, my phone tertinggal kat bilik pula.” Jawabku pula enggan mengalah.

“Ada-ada saja alasan you kan.” Komennya sambil mengeleng-gelengkan kepala. Perbualan kami terhenti seketika apabila seorang pelayan wanita datang menghantar menu ke meja kami dan berjanji akan datang semula nanti selepas kami bersedia membuat pesanan. Setelah pelayan itu berlalu pergi, aku melihat Isaac meletakkan kedua belah tangannya di atas meja dan merenungku.

“What?” Soalku apabila melihat dia tiba-tiba kelihatan serius.

“Jokes aside. You always look beautiful to me, Reia.” Ucapnya. Serius ayatnya. Jujur bunyinya. Tiada riak jenaka di wajahnya. Dia memandangku dengan pandangan…mungkin seperti pandanganku pada Haris. Tapi, tak mungkin. Tak mungkin dia masih menyimpan perasaan padaku.

“Well, thank you for the compliment sir. You pun apa kurangnya. Looking handsome as ever.” Jawabku pantas. Tidak mahu suasana janggal menguasai.

“Did you just compliment me?” Ucapnya tidak percaya. “Boleh you ulang balik tak, I nak record ni.” Ucapnya sambil mencapai telefon bimbitnya membuatkan aku menampar lengannya sambil ketawa. Gembira suasana sudah kembali seperti asalnya. “Why not? It’s very rare coming from you. And I need proof to feed my ego. I’ll re watch it every now and then to boost my self-confidence.” Tambahnya lagi.

“Eh..selalu je I puji you.” Ujarku. “I rasa ego you pun dah cukup besar tu.” Usikku lagi.

“Yes. But you never refer to me as handsome. Did you by any chance at last fall for my charm?” Soalnya sambil mengangkat kening. “Tak sangka selepas setahun tak jumpa you akhirnya terbuka hati pada I. Betullah kata orang jauh di mata, dekat di hati kan kan kan?” Soalnya membuatkan aku memandangnya tidak percaya. Tapi aku tahu niatnya cuma untuk menceriakan suasana. Sehingga kadang-kadang kita tidak tahu bila dia berbicara serius.

“Ha.ha.ha..You are so funny Isaac.” Ucapku sinis.Tidak memaksudkannya.

“Wow, you are so full of compliment tonight.” Komennya buat-buat tidak faham maksudku yang sebenar.

“Mestilah. So pujian-pujian I tadi cukup tak untuk buat you belanja I makan malam ni?” Soalku sambil mengerdipkan-ngerdipkan mata padanya. Cuba menayang wajah comel. “So…kita nak makan apa malam ni?” Soalku menukar topik.

“Whatever you want beautiful.” Jawabnya selepas beberapa ketika sambil mencapai menu. Melihat menu, aku tahu malam ini kami akan menikmati masakan Thailand. Setelah seminggu menginap di resort ini, ini pertama kali aku menjejak kaki ke restoran ini. Suasananya cukup indah dikelilingi pohonan menghijau. Cukup menenangkan. Sememangnya itulah tujuan Hana memilih membawaku ke sini. Katanya jika aku tak merasa tenang melihat laut, aku boleh mencuba mencari ketenangan dengan menikmati keindahan hutan hijau yang mengelilingi resort ini.

You pilih. Impress me.” Ujarku kemudian selepas membelek-belek menu berkali-kali namun gagal membuat pilihan. Isaac tersengih sambil mengangguk, bersedia menyahut cabaranku.

              Sementara menunggu hidangan sampai aku mengambil kesempatan mencuci mata, menikmati keindahan restoran yang kelihatan menarik dan mewah itu. Seolah-olah dibina di atas pokok memandangkan ketinggiannya hampir sama tinggi dengan pokok-pokok di sekelilingnya. Kebanyakkan bahagiannya juga diperbuat daripada kayu bermutu tinggi. Senibinanya cukup unik. Pasti itu menjadi salah satu sebab ianya sering penuh dengan pengunjung seperti ketika ini. Keasyikkanku terhenti tatkala melihat kelibat pelayan restoran menghantar makanan ke meja kami. Bermula daripada Crispy Soft Shell Crab sebagai pembuka selera. Nampak cukup menyelerakan.

“Wow.” Ulasku selepas pelayan berlalu dari meja kami.

“Wait till you see the salad, main course and side dishes I order for us.” Ucap Isaac membuatkan aku membulatkan mata memandangnya. “I harap you tengah lapar.” Tambahnya lagi.

 “I can see your true intention there, Isaac.” Putusku.

What?” Soalnya dengan sebelah tangan di dada bersedia mendengar tuduhan yang bakal kulempar padanya.

“You saja nak bagi I gemuk kan?” Ketawa besar Isaac mendengar telahanku. “You’re lucky I memang suka makan. So I will let this one slide.” Tambahku sambil mencapai sudu dan garfu. Tidak sabar menikmati makanan yang terhidang di depan mata.

Can’t you see, I know your best interest by heart?” Soal Isaac sambil menggeleng-geleng kepala. Aku mencebik padanya membuatkan dia ketawa lagi.

              Benar seperti kata Isaac, beberapa minit selepas itu pelayan restoran datang membawa makanan ke meja kami. Daripada Salad, hidangan utama dan hidangan sampingan. Semuanya nampak cukup menyelerakan. Sambil menjamu selera aku bertanyakan nama setiap hidangan yang terhidang di atas meja. Maklumlah ini pertama kali menikmati masakan Thailand. Isaac yang mempunyai darah keturunan Siam itu dengan sabar mengajar menyebut nama beberapa jenis makanan dan tertawa apabila aku gagal menyebut mengikut sebutan yang betul. Kami berbual panjang. Topik bicara tak pernah putus. Rupanya terlalu banyak perkembangan Isaac yang aku tidak tahu. Dia kini berkhidmat sebagai Jurutera IT di salah sebuah agensi swasta di Kulim. Sesekali pecah tawa kami apabila menyentuh topik lucu ketika menjalani praktikum dulu. Tidak dapat dinafikan perasaanku menjadi lebih tenang setelah berbual dengan Isaac. Ternyata Hana betul, bersosial adalah cara terbaik mengubat hati yang luka. Bukannya duduk termenung sendiri di dalam bilik seperti yang aku lakukan kebelakangan ini.

“Hana cakap you and Haris are no longer together. Betul ke?” Soalnya tiba-tiba. Topik yang tidak ingin kusentuh, namun aku tahu cepat atau lambat ia akan dibincangkan juga.

“Kami dah tak duduk bersama.” Jawabku pendek. Enggan mengulas panjang. Topik itu masih terlalu sensitif bagiku. Lukanya masih parah. Parutnya masih segar berdarah sehingga kini.

“So you are officially his ex-wife?” soalnya inginkan kepastian.

“I’m still his wife. Cuma I tak tahu sampai bila. I belum terima apa-apa kata putus dari dia lagi. And as you know I am a certified coward. I terus ikut Hana ke sini lepas pindah keluar.” Jelasku. “I langsung tak dengar khabar dari dia lagi. No call, not even a message. Jadi I rasa jawapannya juga dah cukup jelas.” Ujarku perlahan. Tiba-tiba terasa sebak. Kesedihan yang tadinya bersiar-siar mula kembali merajai hati.

“Reia..” Ucapnya perlahan apabila melihat perubahan moodku.“You bukan pengecut. Kalau you nak tahu, you are one of the bravest, strongest women I ever known.” Tegasnya cuba memujuk hatiku yang lara.

“I don’t feel strong right now.” Komenku. Aku langsung tidak merasakan gambarannya terhadapku itu tepat dalam situasiku ketika ini.

“You are. Kalau you tak percaya, tanyalah I.” Ujarnya cuba membuat lawak. Perlahan-lahan aku mengangguk. Menghargai usahanya menceriakanku. “Plus you are not alone. Hana and I are always here for you.” Ucapnya bersungguh.

“Thanks Isaac. Terima kasih sudi hiburkanhari ni. Thanks to you, I laugh more today than I ever laugh for the past few week.” Jujurku padanya. Benar-benar rasa terharu.

“Anytime Reia. Just let me know if you need a shoulder to cry on. I ni pendengar yang baik tau.” Tambahnya lagi. Tangannya pantas meraut kedua belah tanganku yang tanpa sedar sedikit menggeletar di atas meja. Mungkin cuba mengalirkan semangat. Aku merenungnya sambil tersenyum kecil. Terharu dengan kata-kata dan tindakkannya.

“If you still value your life, you better let her hand go. Now!” Keras bunyi suara itu, membuatkan aku tersentak. Suara insan yang amat kurindui.

            Perlahan-lahan pandangan mata kualih ke arah pemilik suara itu. Di situ dia. Berdiri hanya beberapa langkah jaraknya dari meja yang aku dan Isaac duduki. Aku juga menangkap kelibat Hana yang berdiri beberapa langkah di belakangnya sambil membuat isyarat ‘sorry’. Pandangan mata Haris tajam memandang Isaac. Suatu ketika dulu aku pernah gementar melihat tatapan matanya ketika dia sedang marah. Ketika aku belum mengenali dia sepenuhnya. Namun kini aku hanya merenungnya tanpa berkelip. Tiba-tiba aku merasakan satu kuasa baru sedang meresap ke dalam tubuhku. Tiba-tiba aku rasa ingin menyakiti hatinya. Membalas semua rasa sakit yang kualami beberapa minggu ini. Aku hanya merenungnya tanpa perasaan apabila dia mengatur langkahnya semakin mendekat ke arah kami.

Previous: Bab 28
Next: Bab 30

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya