Home Novel Cinta Seseorang Seperti Dia
Bab 7

3 Bulan Kemudian.

“Hana, wake up! Kita dah lambat ni!” Jeritku sebaik mataku terpaku pada jam dinding yang sudah merangkak ke angka 7.12 pagi itu. Hana mengeliat kemalasan sambil mengosok-gosok matanya. Memandangku dengan wajah kelirunya. Masih mamai.

“Pukul berapa sekarang?” Soalnya sebelum mula menggapai telefon bimbitnya dan kelihatan terkejut selepas melihat jam yang tertera. Pantas dia berdiri dan bergegas berlari ke biliknya. Aku ingin ketawa melihat gelagatnya namun setelah tersedar bahawa aku juga berada dalam situasi yang sama tawaku mati dan aku bergegas ke bilik air untuk cuba menyempurnakan rutin pagiku secepatnya. Hasil kelewatan kami hari ini, aku hanya bersiap ala kadar sahaja untuk ke pejabat. Sengaja mengenakan dress formal berwarna putih yang tidak perlu diseterika itu untuk menjimatkan masa. Ketika jam sudah melangkah ke angka 7.50 pagi, barulah kami manaiki kereta untuk ke pejabat. 

           Semua ini terjadi gara-gara terlupa memasang alarm sebelum tidur malam tadi. Kami sepakat menyalahkan keasyikan melayan kdrama sebagai penyebabnya. Aku mencapai note padku, menyemak jadual Haris di dalamnya. Mujur dia tiada mesyuarat penting sebelum pukul 10 pagi ini. Aku memasukkan semula note pad itu ke dalam beg tanganku. Ia ibarat telefon bimbitku kini, perlu di bawa ke mana pun aku pergi. Jika terlupa bersedialah untuk mengalami kepanikkan yang melampau.

“Where are we going? Kita dah lambat ni.” Soal Hana apabila melihat aku memandu menghala ke simpang bertentangan dengan jalan menuju ke pejabat.

“Kita dah lambat pun. Alang-alang, biar jadikannya berbaloi. Kalau kena marah pun takpe, sekurang-kurangnya perut tak kosong.” Jawabku sambil menghentikan kereta di depan Secret Recipe. Hana membesarkan biji matanya dan tersengih setelah memahami tujuanku.

“Well done sister. Tak sangka you ada keberanian untuk buat macam ni.” Komennya.

“Well I have a very good teacher.” Ucapku membalas sengihannya. Berteman rapat dengan Hana sejak sekian lama, kuakui perlahan-lahan personalitinya sedikit sebanyak mempengaruhiku. Dia ketawa besar setelah mengerti dialah cikgu yang aku maksudkan. Kami beriringan masuk ke dalam restoran itu dan membuat pesanan masing-masing. Kami mengambil keputusan untuk mengambil takeaway sahaja memandangkan jam sudah menunjukkan pukul 8.15 pagi. Aku membeli sekeping Chocolate Burnt Cheese Cake dan sekeping Decadent Tiramisu beserta dua cup Coffee Latte. Hana mengerutkan dahi melihatnya.

“Who’s that for?” Soalnya.

Haris. I have a plan. Wish me luck.” Aku menjawab sambil tersengih sendiri. Menconggak bagaimana untuk menyempurnakan rancanganku nanti.

“Good luck then.” Balasnya sambil tersengih. “Whatever it is, let me know the result during lunchtime, okay.” Tambahnya membuatkan aku tersenyum.

 

*******************************

            Sesampai di pejabat, jam sudah menunjukkan pukul 8.45 pagi. Aku cuba melangkah dengan tenang ke dalam pejabat yang hening itu. Cuba berlagak seolah kelewatanku ini bukanlah sesuatu yang luarbiasa. Berharap jika aku kelihatan yakin, tiada yang akan mempertikaikan kelewatanku ini dan berkemungkinan mereka akan beranggapan aku lewat juga atas urusan  kerja.

“Reia.” Tegur Azlan, mematikan langkahku. Aku mengurut dada sambil melemparkan pandangan tidak puas hati padanya. “Kenapa lambat? Bos dari tadi cari awak tau.” Sambungnya.

“Bos marah ke?” Soalku cuba menilai kemungkinan mood Haris yang perlu aku hadapi sebentar nanti.

“Mestilah.” Jawab Azlan pendek, membuahkan panikku.

“Got to go. Talk to you later Azlan.” Ucapku dan berjalan laju ke meja kerjaku. Aku sengaja tidak memandang ke dalam pejabat Haris agar tidak melihat reaksinya ketika itu. Berdoa di dalam hati yang dia sedang sibuk dengan failnya yang menggunung dan tidak menyedari kehadiranku di situ. Selepas meletakkan handbagku di tempat biasa, aku ke pantri mengambil pinggan dan membawanya kembali ke meja kerjaku. Selepas mengalihkan sekeping Tiramisu di atas pinggan itu, aku membuka laci meja dan menarik keluar sticker emoji dari dalamnya, melekatkan sekeping pelekat emoji pada pinggan itu dan sekeping lagi pada setiap satu cup coffee latte tadi. Setelah berpuas hati dengan hasil tanganku barulah aku mengetuk pintu pejabat Haris dan masuk selepas melihat anggukkan kecilnya.

“You are late.” Komennya. Kedengaran tegas namun tetap berjaya membuatkan jantungku berdetak kencang.

“I know and I’m sorry. Please don’t be mad, I janji ia takkan berulang lagi.” Janjiku sambil memandang wajahnya yang kelat tidak tersenyum itu. “I got something for you. Sekejap yea.” Tambahku sebelum dia sempat membuka mulut menyampaikan amanat tambahannya. Aku bergegas keluar dari pejabatnya dan membawa masuk kek dan air kopi yang telah ku sediakan tadi dan menyusun di depannya. Memastikan pelekat emoji itu menghala padanya. Aku berharap emoji senyum tersebut mampu membuatkan dia tersenyum sekaligus mematikan rasa marahnya padaku.

“What is this?” Soalnya sambil mengerutkan dahi.

“Decadent Tiramisu dan Coffee Latte for you.” Balasku

You nak rasuah I ke?” Soalnya lagi. Besar mataku mendengar soalannya itu.

“What.. No.. It’s your breakfast. I belanja.” Jawabku. Tidak menyangka Haris dapat membaca taktikku dengan baik. Dia hanya memandangku dengan pandangan skeptikalnya.

“Yang ni?” Soalnya menunjuk pada sticker yang kulekatkan tadi.

“That is me smiling at you. And me saying sorry because I’m late.” Jawabku sambil tersenyum manis padanya. Perlahan-lahan aku melihat dia tersenyum. ‘Yes misi berjaya’, bisikku dalam hati.

“What about this? Are you sending me some love?” Soalnya sambil menjingkit sebelah keningnya. Dia menunjukkan cawan plastik berpelekat emoji dengan wajah tersenyum dengan mata berbentuk hati itu padaku. Besar mataku memandang pelekat itu. Hairan bagaimana tanganku boleh tersilap mengangkat cawan plastik itu tadi. Wajahku terasa panas tiba-tiba.

“Ops, yang tu I punya.” Jawabku laju dan spontan cuba menggapai cawan itu, namun Haris pantas menarik dan meneguknya.

“Apa yang I tahu, yang ni I punya dah.” Ulasnya sambil tersengih memandang aku yang tanpa sedar memuncungkan bibir. “Have you had your breakfast?” Soalnya kemudian.

“Belum. Nanti I makan kat sana.” Jawabku sambil menunjuk ke arah meja kerjaku.

“Bawa ke sini. Kita breakfast sama. Bring your note pad sekali.” Arahnya membuatkan aku tersenyum lebar. Mana mungkin aku menolak peluang yang jarang berlaku itu. Walaupun sekadar atas urusan kerja.

“Ay ay boss.” Ucapku sambil membuat tabik hormat padanya sebelum mengatur langkah kembali ke meja kerjaku. Aku melihat dia menggeleng-gelengkan kepala melihat telatahku namun tidak mengatakan apa-apa.

“So pukul 10.00 nanti you ada meeting dengan creative team. Pukul 12.30 tengah hari you ada lunch meeting dengan Cik Yasmin dari Miramar di Izakaya.” Laporku setelah menghabiskan sarapan. “Do you want me to come with?” Soalku cuba bertanya setenang mungkin. ‘Tolonglah cakap ya,’ bisikku dalam hati. Entah mengapa mendengar nama wanita itu sahaja sudah menimbulkan rasa cemburu dihatiku. Sudah beberapa kali aku mengatur janji temunya dengan wanita itu, namun belum pernah sekali pun Haris mengajakku menemaninya ke perjumpaan mereka. Sedikit sebanyak ia menimbulkan curiga di hatiku.

“Tak perlu. Ujarnya. Jawapan yang membuatkan aku merasa kecewa. Mungkin kerana melihat atau mendengar dia bersama dengan wanita lain sering membuatkan aku tidak senang duduk.  “Nanti you tolong ambilkan fail Reno untuk I. Pastikan dokumen yang I minta you print out hari tu ada kat dalam tu dan buat 5 salinan.” Arahnya dan aku hanya mengangguk sambil membuat catatan di note padku. Enggan memandangnya. Geram dia menolak permintaanku.

“You know that pink is not a professional color right?” Soalnya tiba-tiba membuatkan aku mengangkat kepala memandangnya.

“It’s my favorite color.” Jawabku spontan dan melihat dia memandangku dengan pandangan tidak kagumnya. “Jangan risau I guna pen ni untuk catat benda dalam note pad ni sahaja. Untuk rujukkan I sendiri. Not on any of your document.” Jawabku mempertahankan diri.

“Cuma orang macam you yang suka warna tu.” Ulasnya sambil mengelengkan kepala.

“Orang macam I?” Soalku tidak mengerti.

“Yelah budak manja macam you. You tau tak warna pink ni girly dan kebudak-budakkan?” Soalnya membuatkan aku memuncungkan bibir tidak berpuas hati dengan komennya. “You tak ada pen lain ke?” Soalnya lagi.

“Ada. Nak?” Soalku sambil laju keluar mengambil pencil case kecil dari dalam laci mejaku dan membawa kepadanya.

“Pen pink lagi.” Komennya sambil tersengih melihat isi pencil case itu.

“Well, you tanya I ada pen lain tak? You tak tanya I ada pen ink lain ke tak.” Balasku tidak mahu mengalah.

 “Ha..ha..ha..You are so cute and funny.” Komennya sinis, tidak gembira dengan jawapanku.

“Tell me something I don’t already know.” Balasku sambil mengenyitkan mata padanya. Cuba mengusiknya walaupun aku tahu dia tidak memaksudkan kata-katanya itu secara positif. Aku ingin mengatakan lebih lagi namun melihat Tiramisunya yang masih berbaki separuh di atas pinggannya membuatkan soalanku berubah. “Tiramisu tu you tak nak dah ke?” Soalku. Dia mengeleng kepala. “Bos tahu tak, membazir tu amalan syaitan.” Usikku.

“Too sweet for my liking.” Komennya.

“If you ask me, you perlu lebihkan makan benda manis-manis. Boleh bantu you belajar senyum, muka tak masam-masam dah.” Usikku membuatkan dia mencebikkan bibirnya.

“I know what you’re trying to do. You can have it if you want. Tak perlu ceramahkan I.” Balasnya.

“That was easy.” Komenku sambil menghadiahkan senyuman manis kepadanya. “Thank you.” Tambahku sambil tanpa segan menarik pinggan berisi separuh tiramisu itu.

 “Buruk siku.” Ulasnya.  “Go prepare for the meeting kalau you dah habis makan.” Tambahnya dan aku tidak menunggu lama untuk kembali ke meja kerjaku, menyiapkan semua yang diperlukan untuk mesyuarat sebentar nanti. Semuanya berjalan lancar pagi itu, walaupun dimulakan dengan kelewatan ke pejabat namun taktikku berjaya menghindarkan aku dari dimarahi. Selebihnya aku gembira dapat menangkap senyumannya beberapa kali hari ini. Sesuatu yang jarang berlaku di minggu-minggu awal aku memulakan praktikum di syarikat ini beberapa bulan yang lepas. Namun kegembiraanku tidak kekal lama. Sekembalinya ke pejabat selepas jam rehat, aku tidak melihat kelibat Haris. Sebaliknya aku menerima mesej daripadanya menyatakan dia ada urusan di luar sepanjang hari ini dan tidak akan kembali ke pejabat.

           Aku mengambil note padku di atas meja, Selepas puas merenung isinya dengan sedikit rasa geram aku meletakkannya kembali di atas meja. Note pad itu sudah lebih sebulan berbakti padaku. Ia adalah ganti kepada tablet yang aku gunakan dulu. Ia nikmat kemewahan PA yang ditarik balik oleh Haris. Menurutnya aku telah menyalahgunakannya. Masih segar di ingatanku apa yang terjadi pada hari bertuah itu. Mengingatinya masih mampu membuatkan aku ketawa sendiri.

“What are you doing? You tak take note pun apa yang I cakap.” Soal Haris menganggu konsentrasiku merakamnya menyampaikan amanat. Menurutku, teknik itu lebih berkesan berbanding menulis atau menaip kerana video boleh merakam setiap bait ayat yang disampaikannya tanpa kemungkinan untuk tersalah dengar. Satu lagi kebaikkan merakam video tentulah nantinya aku akan berpeluang mencuci mata setiap kali menonton kembali video tersebut ketika membuat tugasan yang diberikan. Kata orang sambil menyelam, minum air. Sayangnya Haris tidak berfikiran yang sama.

“Teruskan bos, saya tengah fokus ni.” Balasku kembali menghalakan tablet itu padanya. Aku terkejut apabila tiba-tiba tablet itu sudah berada di tangannya. Pantas dia menekan-nekan punat di dalamnya. Bersungguh benar mencari isinya.

“Dah berapa lama you start guna teknik ni?” Soalnya dalam nada geram yang ditahan. Aku memberikan senyuman semanis yang mungkin padanya. Tidak mahu menimbulkan kemarahannya.

“Last two week. Lepas bos cakap I salah masukkan data dalam minit mesyuarat yang lepas.” Jawabku jujur. “Sebab tu I start rakam video. Senang nak refer balik. Lagipun kita di dunia digital. Lebih efektifkan?” Tambahku gembira menyampaikan logikku padanya.

“You can just record my voice.” Keluhnya.

“Boleh rakam video, kenapa nak rakam suara je.” Balasku enggan menggalah.

“That’s it. Say good bye to your tablet. You are not going to use this anymore.” Ujarnya sambil memandangku serius. “Now go, you are giving me headache.” Tambahnya membuatkan muncungku memunculkan dirinya. “Wait. Take this.” Ucapnya mematikan langkahku. Dia mengambil sebuah note pad baru dari laci mejanya dan menghulurkan padaku yang terpaksa menerimanya dengan rasa tidak puas hati. Note pad itulah yang kekal bersamaku sehingga kini.

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Cherish Aleyya