Home Novel Cinta P/S: Saya Sayang Awak Encik Mimpi
P/S: Saya Sayang Awak Encik Mimpi
Isha Idiaz
24/2/2013 12:15:34
6,988
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

[PROLOG]

YANG namanya Encik Mimpi itu seperti apa orangnya ya? Orang-orang di luar sana sibuk bertanya bagaimana rupanya. Orang-orang di luar sana sibuk membayangkan wajahnya. Sibuk mahu bermimpi bertemu dengannya.

Kacak ke hodoh?

Tinggi ke pendek?

Kurus ke gemuk?

Begitulah pertanyaan biasa yang aku lihat di dada-dada muka buku. Tak kurang juga di youtube. Kesimpulannya, selagi dia tidak mendedahkan identitinya, selagi itulah gadis-gadis itu memburunya.

Aku tak masuk kategori itu?

Hai… Aku sendiri pun tidak tahu. Yang aku tahu, aku suka mendengar suaranya. Bukanlah merdu sangat bak buluh perindu. Tapi tidaklah sakit telinga bila mendengarnya. Bak kata orang, yang sedang-sedang saja.

Sampailah suatu hari dia masuk ke dalam mimpi aku dan benar-benar menjadi Encik Mimpi aku. Sampailah satu hari aku benci mendengar suaranya. Sampailah suatu hari aku bertemu dengan dia. Sampailah suatu hari aku jatuh cinta padanya.

Semuanya berlaku sekelip mata. Sekelip mata macam cepat sangat. Jadi eloklah aku katakan macam sepuluh kelip mata. Bagaimana dari seorang peminat biasa-biasa aku menjadi pencinta dirinya. Semuanya kerana lagu nyanyiannya. Semuanya kerana dia yang selama ini tidak pernah pergi daripada hidup aku rupanya.

“Encik Mimpi, nyanyilah sekali lagi!”

*****

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.