Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,166
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 19


Hana hanya memandang Karl dari jauh.

“Apa pendapat Cik Hana?” soal Jason yang berdiri di sebelah gadis itu. Hana tersenyum.

“Not bad,” balasnya. Jason tergelak kecil.

“What?” soal Hana yang hairan melihat reaksi lelaki itu.

“Sorry,” ucap Jason sambil berdehem perlahan. Hana hanya menggeleng.

                                *****

Karl hanya memandang Hana melalui cermin saat gadis itu melangkah masuk dengan Jason.

“Great,” puji Hana dengan ikhlas. Karl tersenyum. Dia memusingkan kerusinya supaya berdepan dengan gadis itu.

“Saya nak cakap dengan Hana sekejap. Boleh?” pintanya sambil memandang Jason. Hana agak terkejut mendengar permintaan lelaki itu.

“Sure,” balas Jason sebelum berlalu.

“Apa dia? Awak nak apa-apa?” soal Hana tidak sabar. Risau juga dia andai apa yang mereka sediakan untuk lelaki itu tidak memuaskan.

“Yes,” balas Karl dengan riak wajah serius.

“Awak nak apa? Bilik persalinan ni tak kecil sangat kan untuk awak? Kalau awak nak pindah, saya boleh beritahu Jason,” kata Hana semakin risau. Tiba-tiba Karl tergelak. Berkerut kening Hana memandang lelaki itu.

“Saya selesa kat sini. Saya nak benda lain,” balasnya. Hana menarik nafas lega.

“Saya nak awak sentiasa ada semasa photoshoot. Hari pertama awak tak datang. Saya maafkan. Tapi hari akan datang, awak mesti ada,” kata Karl separuh mengarah. Hana terkedu.

“Setuju?” soal Karl lagi.

“Kalau saya tak datang?” soal Hana pula. Dia dapat rasakan yang lelaki itu sengaja membuatnya marah.

“Then, saya tak datang,” balas Karl selamba sambil memandang ke arah cermin semula. Hana menggigit bibir.

“Awak sengaja nak kenakan saya,” balasnya tidak puas hati. Karl tergelak lagi.

“Baguslah kalau awak sedar,” katanya tenang.

“Apa masalah awak sebenarnya?” soal Hana mula naik angin. Karl memandang gadis itu semula.

“Nothing,” jawabnya sambil mula berdiri.

“Jumpa kat kolej,” katanya lagi sebelum berlalu. Hana mendengus geram.

Kalau aku tak ingat kau tu anak emas Honey, dah lama aku tendang kau!

                                  *****

“Macam mana photoshoot?” soal Larry sambil memandang anak lelakinya yang sedang duduk di hadapannya sambil menikmati minum petang.

“Good,” balas Karl dengan senyuman.

“Dad dengar Honey dah ada bos baru. Anak Datuk Ismail,” kata Larry.

“Mommy yang beritahu?” soal Karl. Larry mengangguk tersenyum.

“Hana. Dia bos baru Honey,” beritahu Karl.

“Beruntung Karl dapat partner yang satu umur and satu kolej pula tu,” balas Larry dengan senyuman. Terangkat kening Karl memandang papanya.

Partner?

“Macam ada maksud aje,” katanya. Larry tergelak.

“Mommy kata Hana tu cantik. Sesuai dengan Karl,” balas Larry akhirnya. Karl sekadar tersenyum.

“Too late dad. Hana tu teman wanita Ivan,” beritahunya. Larry terdiam.

“Again?” soalnya.

“Yes dad,” balas Karl tenang.

“You like her?” soal Larry lagi. Karl terdiam.

“Karl?” panggil Larry. Karl tersenyum.

“No,” balasnya pendek. Larry mengangguk.

Macamlah dad baru kenal kamu, Karl. I know you.

                                     *****

“Nak keluar?” soal Jaffrey sambil memandang Ivan yang baru turun dari tingkat atas. Ivan tersenyum menghampiri papanya. Dia duduk di sisi Jaffrey.

“Nak dinner dengan kawan,” beritahunya.

“Hana?” celah Irdina yang baru keluar dari arah dapur. Ivan hanya tersenyum.

“New girlfriend?” soal Jaffrey pula.

“Papa ni tanya pula soalan macam tu. Nampak sangat Ivan ni kasanova,” balas Ivan separuh bergurau. Jaffrey tergelak.

“Baguslah tu. Ikut jejak papa,” katanya. Irdina hanya menjeling suaminya itu.

“Saya tak tahu pula abang tu kasanova. Bila masa pula tu? Sebelum kita jumpa ke bang?” soalnya separuh menyindir. Jaffrey tergelak lagi.

“Okay guys. Ivan nak keluar ni. Bye,” celah Ivan sebelum berdiri mencium pipi Jaffrey lalu beralih pada Irdina.

“Hati-hati,” pesan Irdina.

“Good luck son,” ucap Jaffrey pula. Ivan hanya mengangguk sambil tersenyum.

“Dah lama abang tak tengok Ivan senyum lebar macam tu,” kata Jaffrey. Irdina mengangguk setuju.

                                   *****

“Macam mana dinner semalam?” soal Juju dengan senyuman nakal. Hana tersenyum lebar.

“Okay aje,” balasnya.

“Exam dah selesai. So, nak jalan-jalan tak dengan aku?” soal Juju lagi. Hana tergelak.

“Hello, hujung minggu lama lagi tau. Kau nak bawa aku pergi mana? Shopping? Tapi kau bukan kaki shopping,” balasnya.

“Pergi mana lagi. Kabin papa akulah. Rindu nak pergi sana. Aku pun dah lama tak jumpa nenek dan atuk aku. Jangan kata tak setuju pula. Nenek dah tanya pasal kau,” kata Juju sambil tersengih.

“Aku setuju,” balas Hana tanpa berfikir panjang.

“Tapi kau jangan terkejut tau. Aku bawa sekali kawan-kawan teater aku. Anak-anak buah aku tu pun nak release tension juga,” beritahu Juju. Hana mengangguk.

“Eloklah tu. Meriah sikit,” balasnya. Juju mengangguk setuju. Hana memandang sekeliling. Dia tidak pula melihat kelibat Ivan dan rakan-rakannya.

“Tadi aku ada nampak Ivan keluar dengan Miel dan Marqen. Maybe mereka lunch kat luar,” beritahu Juju seperti faham apa yang difikirkan oleh gadis itu. Hana hanya mengangguk.

Tak ada pula Ivan beritahu aku.

                                *****

Hana berada di hadapan mesin air. Dia masih merenung tin yang mempamerkan gambar Karl. Tiba-tiba tin yang dipegangnya itu ditarik seseorang. Bulat mata Hana memandang Karl yang selamba membuka tin tersebut.

“You...,”

“What? You should take care of me. Saya ni orang penting awak,” balas Karl dengan senyuman. Hana menarik nafas berat.

Aku hempuk juga mamat ni.

“Macam mana dengan exam?” soal Karl apabila melihat wajah berkerut gadis itu. Dia tahu Hana sedang menahan geram. Hana tersenyum sinis.

“Jadi baik pula? Last week bawa watak lain. Baru tadi you so rude. And now?” balasnya separuh menyoal. Ikutkan hati mahu saja dia menampar pipi lelaki itu supaya sedar dengan sikapnya.

“Saya tak faham,” balas Karl tenang. Hana tergelak.

“Tak faham? Saya lagi tak faham dengan awak. Awak sentiasa berubah. Awak buat saya...,” Hana terdiam. Terangkat kening Karl memandang gadis itu.

“Buat apa?” soalnya dengan riak wajah serius. Hana mendengus geram.

“Awak suka saya ke?” soal Karl semula tanpa senyuman. Hana terkedu.

Wait. What? What?!!

Karl mendekatkan diri dengan gadis itu. Hana berdebar.

“Saya tak berubah Hana. This is me. Cuba awak fikir semula. Saya atau awak yang dah berubah hati?” soalnya kini dengan senyuman. Terkebil-kebil Hana memandang lelaki itu.

“Jumpa lagi,” kata Karl sebelum berlalu tanpa menunggu jawapan gadis itu. Hana masih memandang langkah Karl.

Apa dah jadi dengan aku?

                                  *****

“Kau tak ikut Ivan ke?” soal Juju yang hairan melihat gadis itu turut menunggu bas bersamanya. Hana hanya menggeleng.

“Kau kenapa? Sejak tadi diam aje? Gaduh dengan Ivan?” soal Juju lagi dengan kening berkerut. Hana menggeleng semula. Juju menepuk dahinya.

“Dah tu kenapa? Kau buat aku risau,” katanya.

“Ada tak yang pelik dengan aku?” soal Hana sambil memandang gadis itu. Semakin berkerut dahi Juju. Dia memandang gadis itu dari atas ke bawah.

“Tak ada pula yang pelik,” katanya. Hana mengangguk.

“Lega,” balasnya sambil tersenyum hambar.

“Hana,” panggil Juju yang masih lagi tidak berpuas hati.

“Aku balik dulu. Jumpa esok,” balas Hana apabila melihat bas yang akan dinaikinya sudah sampai. Juju menggelengkan kepalanya.

Ni mesti kes berat ni. Biasanya Hana jenis yang tak simpan rahsia.

Juju mengeluh pula. Risau pula dia dengan gadis itu. 

Previous: Bab 18
Next: Bab 20

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.