Home Novel Cinta Endless love
Endless love
sipencintapena
14/12/2022 12:03:24
75,171
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 21


Kaira yang melihat kelibat Karl pantas menghampiri lelaki itu.

“Hai Karl,” sapanya sambil memeluk lengan lelaki itu. Karl berhenti melangkah sambil memandang gadis itu.

“Kaira,” balas Karl sambil cuba meleraikan pelukan gadis itu.

“Nak masuk kelas?” soal Kaira yang masih memeluk erat lengan lelaki itu.

“Kaira please,” balas Karl dengan kening berkerut. Langkah Hana dan Juju terhenti saat melihat pasangan itu.

“Hai Karl,” sapa Juju sambil memandang Kaira. Riak wajah Kaira berubah saat terpandang Hana.

“Hai Ju,” balas Karl sambil tersenyum memandang Juju. Pandangannya turut singgah pada wajah Hana. Wajah gadis itu kelihatan pucat.

“Tak sihat?” soalnya tanpa sedar. Hana hanya diam membalas pandangan lelaki itu. Juju berdehem perlahan. Kaira menarik lengan Karl untuk berlalu.

“Jom, kita dah lewat ni,” katanya sambil mula melangkah. Karl mengikut dengan berat hati.

“Aku dah mula tak suka minah ni,” kata Juju sambil menyiku lengan Hana. Hana berlalu tanpa berkata apa-apa. Berkerut kening Juju memandang gadis itu.

                                     *****

“Kenapa susah sangat awak nak beri peluang pada saya?” soal Kaira dengan riak tidak puas hati. Berkerut kening Karl memandang gadis itu. Sejak berada dalam kelas sampailah mereka keluar, gadis itu langsung tidak mahu berenggang dengan dirinya.

“Saya sayangkan awak. Awak faham tak? Susah sangat ke nak faham?” sambung Kaira dengan perasaan sebak. Karl menarik nafas berat.

“Saya faham. Tapi saya dah jelaskan pada awak hari tu. Maaf tapi saya tak boleh balas perasaan awak,” balasnya tenang. Kaira mendengus geram.

“Hana dah ada Ivan. Awak nak harapkan apa lagi?” soalnya. Karl terdiam mendengar soalan gadis itu.

“Awak ingat saya buta? Tak nampak?” soal Kaira lagi. Karl menarik nafas panjang.

“Suka hati awaklah. Jumpa esok,” katanya sebelum berlalu. Kaira menggigit bibir geram.

Awak tunggu Karl!

                                  *****

“Kau dah kenapa?” soal Juju dengan kening berkerut. Sejak sampai gadis itu lebih banyak membisu.

“Ivan ada kelas?” soal Juju lagi. Hana yang sedang memandang skrin laptopnya mula membalas pandangan Juju.

“Ya,” balasnya.

“Soalan pertama? Tak nak jawab? Aku risau tahu tak,” kata Juju kini dengan riak wajah serius.

“Aku okay,” balas Hana sambil memandang skrin laptopnya semula.

“Hana,” panggil Juju jelas tidak puas hati.

“Kau janji tak over,” balas Hana akhirnya.

“Macam serius aje,” kata Juju agak berdebar.

“Janji,” balas Hana lagi separuh meminta. Akhirnya juju mengangguk.

“Nelly dan Kaira datang jumpa aku. Mereka beri amaran supaya tak dekat dengan Ivan dan Karl,” beritahu Hana. Juju terkedu.

“Aku perlu buat apa?” soal Hana seperti orang putus asa.

“Gila. Kalau dengan Ivan tu kira logiklah Nelly nak meroyan. Tapi Karl? Apa kaitan dengan kau?” balas Juju dengan kening berkerut. Hana mengangkat bahu. Dia juga pelik dengan sikap Kaira. Bagaimana gadis itu boleh terfikir yang dia mahu merampas Karl? Dia dan Karl tidak ada apa-apa hubungan. Kaira tidak ada hak untuk memarahinya apatah lagi menuduhnya sesuka hati.

“Aku kena tanya Karl pasal ni,” kata Juju.

“No!” balas Hana dengan nada agak tinggi. Terangkat kening Juju.

“Kau dah janji tak buat apa-apa,” sambung Hana. Juju mendengus perlahan. Sakit hatinya tidak dapat melakukan apa-apa.

“Jadi macam mana? Kau nak diam aje? Budak dua ekor tu dah ugut kau,” soalnya.

“Aku masih boleh bersabar. Jangan sampai Ivan or Karl tahu pasal ni,” balas Hana. Juju menggelengkan kepalanya.

“Memang Ivan tak perlu tahu. Tapi Karl perlu tahu. Kau dan dia tak ada apa-apa. Karl mesti terangkan pada Kaira pasal tu supaya perempuan tu berhenti kacau kau,” katanya separuh menasihati.

“Karl tak salah,” balas Hana perlahan. Berkerut kening Juju.

“Aku tak kata pun Karl salah ke apa. Aku cuma kata dia perlu tahu pasal ni,” katanya. Hana terdiam.

“Kau sembunyikan sesuatu daripada aku. Apa dia?” soal Juju separuh meneka.

“Aku penat Ju. Jom balik,” balas Hana sambil mula mengemas mejanya. Juju menarik nafas berat.

                                   *****

Berkerut kening Hana membaca mesej daripada nombor yang tidak dikenalinya.

-Awak sakit ke?

-Siapa?

- It’s me. Karl.

Hana terdiam.

-Saya dah lama save nombor awak. Awak tak kisahkan?

Hana duduk di atas katil.

-Saya okay. And tolong jangan ambil berat pasal saya lagi. Tolong Karl.

Karl bersandar pada kerusinya sambil memandang mesej daripada Hana.

-Kenapa tak boleh?

-Saya tak suka

-Hana

Hana menutup Telefonnya sambil meraup wajahnya. Telefonnya berdering semula. Hana melihat nama Ivan terpapar pada skrin telefonnya. Dia mencapai telefonnya semula.

“Awak ada kat rumah?” soal Ivan.

“Ya. Kenapa?” soal Hana semula.

“Saya ada kat bawah,” balas Ivan. Hana menutup telefonnya lantas berlalu keluar dari bilik.

                                   *****

Ivan merenung saja gadis di hadapannya itu.

“Why?” soalnya dengan nada lembut.

“What?” soal Hana semula.

“Hari ni saya langsung tak jumpa awak kat kolej,” kata Ivan dengan kening berkerut.

“Awak ada kelas. Saya pun ada kelas. Kita memang tak selalu jumpa,” balas Hana dengan nada perlahan. Ivan menarik nafas panjang.

“Hana please. Awak faham maksud saya. Kita memang tak ambil bidang yang sama. Tapi sekurang-kurangnya kita jumpa sekejap kat kolej. I miss you,” katanya.

“Saya dah beritahu awak. Hari ni saya dengan Juju. Lagipun saya tak nak ganggu awak. Hari ni kelas awak full,” balas Hana dengan kening berkerut. Ivan terdiam. Dia memang tahu pasal itu. Namun dia risaukan gadis itu. Mesej dan panggilannya tidak berjawab.

“Saya rindu awak. Saya risaukan awak. Kenapa tak balas mesej saya? Tak jawab call?” soalnya. Hana terdiam.

“Sorry. Saya tak sihat sangat hari ni,” balasnya.

“Kenapa tak beritahu saya?” soal Ivan lagi jelas tidak puas hati.

“Sorry,” ucap Hana lagi. Lidahnya kelu untuk berkata-kata. Memang salah dirinya. Hari ini dia benar-benar merasa seperti orang sakit setelah apa yang berlaku.

“Come here,” kata Ivan sambil menarik gadis itu dalam pelukannya. Hana terkedu.

“Saya bukan nak salahkan awak. Saya tak boleh paksa awak untuk balas mesej or jawab panggilan saya. Just jangan buat saya risau Hana. Please,” kata Ivan dengan nada tegas. Hana mengangguk sambil menolak tubuh lelaki itu.

“Sorry,” ucapnya lagi. Ivan mengangguk sambil tersenyum.

“Saya balik dulu. Jumpa esok,” katanya. Hana hanya mengangguk. Ivan berlalu semula ke keretanya. Hana mengeluh perlahan selepas kereta Ivan berlalu.

Sorry Ivan.

                                 *****

Berkerut kening Hana melihat kereta Karl.

“Sorry. Aku lupa beritahu yang aku ajak Ivan and the gang juga,” kata Juju sambil tersengih. Hana hanya menggeleng.

“Hai Ju. Sayang,” sapa Ivan yang baru keluar dari kereta sambil berjalan menghampiri mereka.

“Hai Ivan. Nasib baik korang tak sesat,” balas Juju. Ivan tergelak kecil sambil memeluk bahu Hana. Hana hanya tersenyum.

“Karl hampir sesat tadi. Nasib baik Marqen call awak,” kata Ivan.

“Nak letak mana barang ni?” celah Marqen.

“Jom,” ajak Juju sambil melangkah masuk semula ke dalam kabin mewah yang diperbuat daripada kayu diikuti oleh Marqen dan Jamiel. Karl yang masih bersandar pada keretanya masih berdiri memandang sekeliling. Pandangannya bertembung dengan Hana.

“Jom,” ajak Ivan sambil menarik lengan gadis itu. Hana menurut tanpa membantah. Karl hanya memerhati kedua-duanya berlalu. Perlahan keluhan dilepaskan.

Previous: Bab 20
Next: Bab 22

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.