Act 4: Part 19
SUASANA antara mereka bertukar hening. Ayen masih dengan mata bulat. Telapak tangannya terasa bergetar. Seperti getaran string gitar. Malah berbisa sekali.
Egann pula terpaku. Kepala yang terpaling ke kanan, dipalingkan semula hingga menentang isterinya. Pipi kirinya cukup berdenyut. Lalu diusap perlahan.
Samsons sedang menyanyikan Kenangan Terindah dari Lenovo Ayen. Menambah rasa janggal antara keduanya.
Liur yang terasa perit dipaksa telan. Ayen berundur setapak dua sambil menundukkan kepala. "Sorry..."
Sekelip mata dia terasa tubuhnya melayang. Baru sekejap dia tengah berdiri di tengah bilik, dan seterusnya, tiba-tiba dia dah terbaring di atas katilnya. Ayen bertukar kelibut bila menyedari Egann sedang bertindak ganas. Dia cuba bangun dan bangkit, tapi terhalang bila lelaki memanjat tubuhnya.
Hati menjerit sekuat hati bila lelaki itu merendahkan wajahnya lagi. Kali ini dia tiada ruang untuk melarikan diri! Kepala ditenggelamkan ke dalam cadar. Kedua belah tangan turut diangkat, menolak dada lelaki itu. Pucat lagi bila kedua belah tangannya digenggam si lelaki dengan sebelah tangan dan terus dipin ke atas kepalanya.
Antara mereka kini tiada benteng. Ayen bertukar pucat lesi.
Apa benda ni! Kenapa tiba-tiba Egann jadi macam ni!!
Tapi dia tahu. Kesan telapak tangannya masih berbekas di pipi kiri Egann... dan bahang pedih itu kini merebak ke seluruh badan si lelaki. Suaminya tengah marah. Senyap. Marak terbakar. Mungkin mampu membunuh. Ayen bertukar takut melihat sisi suaminya ini, yang tak pernah dilihat selama ini, yang tak pernah dijangka, kerana Egann selalunya ceria dan santai. Sedangkan marahnya yang hari itu pun....
"Egann..." panggilnya bersama getaran nada pecah. Hampir menangis. Kerana takut...
Kepala lelaki itu masih kelabu diharung ribut taufan. Gagal berfikir waras, tapi masih tahu apa yang hatinya kehendak. "Aku bebas nak cium kau kat mana-mana yang aku nak... kau takda kuasa nak halang. Perempuan tak guna."
Ini bukan suaminya.
Ayen kecut perut. Lelaki ini seakan-akan tidak dikenali. Manusia ini kasar sekali. Air mata Ayen menitis. Setitik. Dua titik. Dan lebat lagi bila kedua belah mata dipejam.
Melihat tangisan isterinya, Egann tersedar. Genggaman pada pergelangan tangan Ayen turut melonggar, namun tidak dilepaskan.
"Jangan halang aku kalau aku nak cium kau sekalipun..." ujar Egann lagi. Namun tidak sekeras tadi. Melihat Ayen masih tidak membalas, dia merendahkan wajahnya. Cuba menyasar cium ke wajah yang kian comel dilihat saban hari... mahu membalas cium dan peluk yang dah diterima banyak kali... namun muka itu beralih ke tepi. Lari darinya. Ayen langsung tidak memandangnya walau sekilas. Air mata itu masih menitis... dan bibir itu juga bergetar menahan sebak.
Ayen mungkin sedang membencinya ketika ini.
Dan kau Egann, apa benda yang kau buat ni?
Logik melibas akal, menyoal kembali bahasa tubuhnya. Hatinya kini dihimpit perasaan yang bercampur aduk, yang dia langsung tak boleh nak rungkaikan apa dia. Atau dari mana puncanya. Dengan mata terpejam, kepala direbahkan ke tepi. Tiba-tiba terasa tamparan Ayen tadi langsung tidak terlawan sakit di hatinya ketika ini. Sakit yang cukup asing.
Genggaman dilepaskan. Tanpa pamitan, dia terus keluar dari bilik tidur itu tanpa sekalipun memandang ke belakang.
Ayen yang ditinggalkan di atas katil lalu melepaskan sisa esak yang tertahan. Tubuh dibaringkan hingga merengkok macam bayi. Sebuah posisi yang melindungi hati.
Apa yang baru jadi? Ya Allah... apa yang baru jadi??
KEESOKAN harinya, Ayen keluar dari rumah selepas Asar, kerana ketika itu Egann tengah tidur. Kerjayanya membuatkan Egann kena berjaga sepanjang malam dan alert dengan panggilan serta video conference. Satu-satunya waktu yang dia boleh berehat antara subuh dan tengah hari, dimana dia selalunya habiskan antara mengganggu Ayen, atau tidur.
Disebabkan janggal yang kini timbul bahana kes yang terbaru antara mereka, lelaki itu memilih tidur, juga sebagai usaha nak melupakan apa yang berlaku.
Ayen pula mencari telinga bagi tempat berkongsi perasaan. Orang yang dirasakan berada dalam frekuensi otak yang sama dan boleh berbual dengannya menggunakan bahasa yang sama... ialah Husna.
Bulat mata si rakan bila Ayen melangkah masuk ke dalam pejabatnya tanpa memberi salam. Tak berkelip dia memandang doktor wanita itu melabuh duduk di depannya. Malah kekal membisu tanpa menutur kata walau seringkas salam. Husna memanjangkan leher ke pintu semula.
"Waalaikumussalam, siapa di sana? Oh, Doktor Ayen rupanya. Silalah masuk."
Ayen menjungkit kening kiri setingginya. Husna pula melipat kedua belah lengan di atas meja sambil merenung kedua pasang mata itu dengan muka sengal.
"Itu namanya adab."
Dengus dilepas pendek. "Aku takda masa nak layan sarcasm kau. I need a friend sekarang ni..."
"So she said tapi redah ofis orang sampai tak peduli nak bagi salam atau notify awal-awal. Apa kata kau buat appointment macam manusia bertamadun. Kita jumpa lepas habis office hour nanti ke? Aku busy." Kerusi dipusing hingga mengadap PCnya semula.
"Maksudnya aku datang pada waktu yang betul. Bazar pun dah bukak." Jam dinding dilirik. Ada 5 minit lagi waktu pejabat nak habis. "Jom keluar. Aku ada benda nak cerita."
"Oh ya, FYI, aku maybe kena cancel appointment kita sebab aku betul-betul ada kerja yang aku kena selesaikan. Benda urgent." Kertas kerja yang penuh di atas meja, ditunjuk.
Takda perasaan langsung perempuan ni. Ini ke apa yang Egann rasa bila melayan aku? Ayen mengeluh berat dalam hati.
"Husna! Aku tengah sedih ni kut. Empathetic la sikit..."
Wanita berambut pendek paras leher itu menoleh. Melihat muka serius tetapi sedih di depannya, dia mengalah jua. "Fine. Apa benda yang kau nak luah sangat?" Telinga sedia dipasang walau matanya masih tidak lari dari barisan ayat di Microsoft Word. Jarinya terus berketik bilamana ada ayat yang timbul dalam kepala.
"Laki aku buat hal kat rumah."
"Laki gay engkau? Kenapa? Angkut lelaki lain dalam rumah dan kantoi dengan kau masa tengah buat aksi atas katil?" Senada bergurau.
"Alah. Tu cerita lama."
Hati Husna terdetik. Cerita lama? Berapa lama dan dah berapa kerap berlaku sampai tenang bebenor membalas gurauannya? Barulah jemari runcing itu berhenti menaip. Perhatian diberikan pada si kawan bertudung maroon itu melalui kerlingan.
"Kali ni lebih serius. Dia cuba nak cium aku."
Berkerut terus dahinya. "Isn't this what they call oversharing?"
"Aku betul-betul tak boleh berfikir sekarang ni... kalau dia langgar hukum alam, kenapa dia rasa perlu nak buat... ergh, aku even tak tahu kenapa hati aku sakit..." Ergh.... Dada lalu ditekan, seakan cuba mengurut denyut yang mencucuk. Gelaran perempuan tak guna yang diluahkan si suami kembali terngiang di telinga, menambah rasa sakit hatinya.
Husna merenung kepala bertudung itu. Ayen kini menghentakkan mukanya berkali-kali di permukaan meja. Gaya macam berat benar masalahnya. "Aku kurang clear, apa sebenarnya masalah kau sekarang ni. Kau tak suka dia cium kau sebab dia gay?"
Ayen mendiam, mengingati perasaannya malam tadi.
"Kau geli?" soal Husna lagi, akhirnya membuat Ayen menghembus nafas dalam. Mengiakan tanpa kata.
"If you don't like him that much, mintak cerai je la. Kenapa nak stay dalam perkahwinan yang tak bagi benefit walau sedikit."
Diam lagi. Terlalu leceh nak menjawab walaupun jawapan ada di belakang kepala.
Melihat senyap si rakan membuat Husna hilang minat lagi. "Kau perempuan bijak, Yen. Jawapan dah ada terang tang tang depan kau, Ayen. Aku tak faham kenapa kau confuse dengan masalah rumah tangga kau." Kerusi kembali dipusing supaya mengadap skrin. "Benda sepatutnya boleh elak dari awal lagi. Mungkin kau ada sebab kenapa kau nikahi lelaki gay, tapi bila kau sendiri tak tahan bila dia cium kau..." Kata-kata termati. Fokus pada kerja teralih lagi kepada kisah rumah tangga rakannya. Wajah kusut Ayen dipandang lagi dengan kerut seribu. "Laki kau... kalau kau cakap dia gay... kenapa dia boleh tergerak nak cium kau? Atau dia sebenarnya biseksual?"
Rasanya Ayie pernah memaklumkan itu dahulu, tapi Ayen dah tak tahu.... Tangis tak berlagu dilepaskan ke siling. "Stressnya la haii..." Muka diraup dengan kedua belah tangan. Benar-benar rasa nak menangis. Dia benar-benar tak faham apa yang berlaku. Sejujurnya, tindakan Egann itu melanggar logik akalnya kerana Egann tak sepatutnya--
"Wow. He really likes you, huh?" ujar Husna, memotong bebelan hati Ayen. Mencerlang mata kawan dibuatnya.
"Kenapa tiba-tiba kau cakap macam tu?!" Hampir terjerit!
"I mean, even aku takkan sanggup cium kau just because nak bagi motivation boost. Kita tengah bercakap pasal manusia yang naluri dia kuat untuk lelaki, Ayen. Dia buat benda luar dari normal, walaupun secara ironinya, dia sendiri memang spesis luar dari normal. Aku rasa dia nak jaga hati kau... which is so sweet..." Bibir dileret. "Who knows, maybe the longer dia bersama dengan kau, kau betul-betul boleh buat dia berminat dengan perempuan semula."
Potensi itu juga dah ternampak di matanya, tetapi entah kenapa Ayen tidak menyenanginya. Bukan atas perkembangan Egann, tetapi kerana perkembangan yang ditujukan padanya. Susahnya nak terima ya Tuhan.... Muka diraup dengan kedua belah tangan, cuba menelan penolakan di hati pada suami yang ditolak itu.
"And then... and then, what?" gumamnya.
"What?"
"Lepas dia minat perempuan, lepas tu apa? Aku masih kena stay dengan dia ke? Tujuan aku bersama dengan dia ialah nak lakonkan perkahwinan bahagia dan yakinkan adik dia yang dia boleh berubah normal. Tapi kalau dia betul-betul boleh berubah... peranan aku selesai... lepas tu, apa yang aku kena buat??"
Kelam si kawan seketika. Ternganga. Air muka Ayen benar-benar mahukan soalannya berbalas. Husna pula dah rasa macam computer yang diletakkan bermacam-macam variable untuk di-compute. Sistem hang seketika.
"Aku tak tau macammana nak jawab soalan kau. Kau kena tanya hati kau balik, sampai bila kau boleh bertahan jadi bini dia... hell, apa kata jawab aku soalan ni dulu? Kenapa korang bernikah at the first place? Nak berlakon dekat adik dia? Banyak rencah drama rupanya kisah kau ni." Semakin suka pula dia bertanya.
Keluh dihembus lagi. "Panjang sangat ceritanya... kita sambung menyembang sambil jalan-jalan, jom?"
"Aku ada kerja yang aku kena siap la..."
"Kau baru habiskan 5 minit masa kau melayan cerita aku, kut. Apa salahnya kau habiskan saki baki masa kau sambil kita beli bubur lambuk. Kau boleh sambung kerja kau lepas Tarawih nanti." Beg tangan disangkut ke bahu kiri. "Jom. Aku belanja satay."
Tangan ditarikan di permukaan meja, berfikir seketika. Kisah Ayen terlalu menarik untuk dibiarkan tergantung. Ah! Kerja boleh sambung tapi mood nak bercerita bukannya terus panas senantiasa! Selajur, dia bangkit.
KAD debit dan tunai keluar dari mesin ATM, memberi rezeki untuk membelikan makanan untuk Elisa yang menemani Awani bagi sesi berbuka pada hari ini. Saif menyumbat tunai ke dalam dompet bila dia terdengar suara yang cukup dikenali di belakang.
"Marriage ni sekadar lakonan yang kami masing-masing ada objektif nak capai. A romantic life with each other... is never the plan... and should never developed into one kalau betul dia nak jaga hati aku..."
"Aku rasa kau hard sangat dengan dia..."
"Hey, kau kawan aku ke kawan dia? Kenapa dari tadi kau duk belahkan dia berbanding menangkan aku! I need a win here, girl. Support la member..."
Ah, itu Ayen. Dan yang menemani si kakak ipar itu berbual ialah.... Bibir automatik tercuit bila mengenal pasti siapa wanita berambut pendek paras leher itu. Lalu dia kedua-dua wanita yang sama tinggi itu diekori senyap-senyap.
Gelak. "Look, dari cerita kau, aku perasan kau ialah jenis self-destruct. Kau bitter, hati kau keras namatey... tapi dia... well, dia pun sejenis trouble, tapi compare dengan kau, dia clearly having fun having you in his life. Nampak sangat dia senang dengan kau, Ayen. Dengan kuasa Allah, boleh jadi dia capable falling in love dekat kau. Kemungkinan itu ada."
"Kemungkinan itu laughable," celah Ayen bersama juih. Panas mentari diredah demi bergerak ke tempat letak kereta. "Naik kereta kau ke kereta aku?"
"Kereta aku la." Kepala diisyaratkan pada Ayen supaya mengekorinya. "Alasan kenapa dia sukakan kau pun maybe simple je. Sebab kau kekal stay dengan dia walaupun dia dah buat kau pecah kepala dan hati terluka berkali-kali."
Ah, Egann pun pernah sebut tentang itu. Tapi... "Sebab tu je ke?"
Bahu dijungkit. "I's a possibility. Satu persoalan yang kau kena jawab ialah kenapa kau sendiri masih nak stay dengan orang macam dia, dalam perkahwinan yang dari awal lagi tunggang langgang."
"Sebab aku nak tolong dia tipu adik dia... dan kalau boleh, hadap sejadah dengan hati yang benar-benar menhayati agama kita balik..."
"Kalau macam tu, biar la dia cium kau sepuas hati dia. Maybe kau patut belajar cium dia supaya kau boleh biasakan diri." Sengih.
Langkah Ayen termati. Husna dipandang dengan muka sengal. "Itu nasihat terbaik yang kau boleh bagi?" Marah rasa nak timbul. Orang serius, dia boleh main-main.
Husna turut memicing, perasan nada keras itu. "No. Itu ialah mockery. Nasihat terbaik aku ialah mintak cerai kat dia. Beri peluang dekat dia cari lelaki lain berbanding terus jaga hati batu macam kau."
"You're really bad at giving advice."
Tiba-tiba ada suara garau bercakap di belakang telinganya. Si peguam terloncat spontan sambil mengangkat arm guard. Bila menyedari siapa yang tengah tersengih panjang di belakangnya, rahangnya terjatuh.
"Kau?!"
"In the flesh." Kedua belah bahu dijungkit.
"Tak mati lagi rupanya..." Husna mendengus sambil menepuk dadanya berkali-kali, membuang kejut.
"Aku dah buat perjanjian dengan setan, takkan mati selagi crappy lawyer bernama Husna Hasni tak mati."
"Huh. Patut la perangai pun macam Zionis."
Sengih Saif bertukar jadi senyum membunuh. "Hati-hati Husna. Jangan sampai aku pakai pendekatan kutuk kelemahan fizikal kau dan serang insecurity kau pulak."
Lalu si wanita berambut pendek itu melahir senyum sinis. "Aww... tak cukup pandai nak balas aku sampai kena pakai underhanded tactics macam tahun lepas eh. Ingat tak dulu, gara-gara nak menang dekat mahkamah, kau persetankan nyawa abang kau." Mata dicerlangkan pada muka yang kian tegang menahan marah itu.
"Persetankan nyawa abang dia?"
Teguran dari Ayen yang sedari tadi memerhati dalam diam, mengejutkan keduanya. Dan serentak juga kedua-dua mereka membuang nafas panas ke tepi, menyedari lokasi dan keadaan tidak membenarkan pergaduhan itu merebak lebih jauh dari sepatutnya.
Ayen pula masih tak puas hati. Saif direnung. "Persetankan nyawa abang kau? Apa benda yang Husna cakap...? Macammana korang kenal?"
"Dia ex aku." Kepala diisyaratkan pada Husna yang menjulingkan mata ke langit.
"Lah. Ye ke?" Si kawan yang bermasam muka itu dipandang bersama ketawa tak bersuara. Suka dengan jodoh yang melintang di antara mereka.
Husna mencemik. "Tak payah sengih sangat. Semua orang ada buat mistake yang paling besar dalam life dia. Dalam kes aku, mamat ni ha."
"Aku yang putuskan dia. Sebab dia gila kerja namatey."
"Excuse me. Aku yang putuskan kau, sebab kecintaan kau yang tak sihat yang aku boleh klasifikasi sebagai sumbang mahram dekat adik-adik perempuan angkat kau tu."
"Olololo jealous much?"
"No. Aku maksudkan overprotection yang kau bagi dekat budak berdua tu, terutama Elisa. Dia gila!"
Ayen menyambut komen itu dengan kening terjungkit, teringat Elisa memegang scalpel macam nak mencucuk perutnya hanya kerana dia pergi ke hospital bersama dengan Saif. Si pengkid itu memang agak gila. Dia turut nampak kini.
Tetapi berbanding yang lain, Saif lebih defensif.
"Hey!" Telunjuk dituding ke hidung si wanita. "Aku mengaku dia gila, tapi aku paling pantang kalau orang lain yang kutuk dia gila!"
Husna menepis telunjuk di depan mukanya. Saif mengangkat telunjuk kiri pula. Ditepis lagi. Dan lagi dan lagi dan lagi hingga bergaduh di situ.
Ayen yang kini menjadi penonton, hanya mampu memerhati. Dalam masa sekejap, dia boleh menyimpulkan bahawasanya mereka berdua benar-benar rapat.
Dia mengenali Husna tak sampai 6 bulan, tapi gaya tenang dan professional yang selalu dipamerkan kini hilang bila berdepan dengan Saif. Malah Ayen turut tak jangka akan melihat sisi nakal adik iparnya yang selama ini serius memanjang kerana terpaksa meng'abang'kan abangnya sendiri, serta menjaga dua beradik perempuan yang suka mencari masalah dengan masing-masing.
"Kalau korang dua dah lama kenal... dan aku nak revisit balik statement Husna pasal Saif persetankan nyawa abang dia... jadi, Husna pun kenal Egann?" Kedua-duanya direnung.
Si adik ipar tidak membalas, manakala Husna terpejam kelip. Terkebil-kebil macam budak kelas belakang diberi soalan addmath. Kurang tangkap kenapa nama yang tak berkait tiba-tiba disebut dalam interaksi antara mereka.
"Egann... maksud kau, Syafik Egann abang si bengap ni?" Ibu jari ditunjuk pada Saif. "Kau pulak macammana boleh kenal dia?" soalnya pada rakan perempuannya itu. Ketika ini, Husna langsung tak boleh menangkap berapa jauh jodoh mereka saling berkait.
Saif pula menghembus keluh pendek. Dah tak boleh nak mengelak pertemuan takdir. "Ayen ialah kakak ipar aku," jawab lelaki berkaca mata itu terus. Kering pula rasa tekak kerana berdiri di bawah panas.
"Oh..." Ilham turun dari langit, tiba-tiba tersedar sesuatu. Mata Husna terbuntang luas. "HAA?!!"
Umpama letupan bom suara nyaring itu menjerit di depan mukanya. Bahu Ayen terloncat, terkejut beruk.
Husna masih cuba mengawal rasa terkejutnya sehabis baik. Ayen kini dipandang dengan muka tak percaya. Lengan si kawan digenggam erat dan ditarik supaya berhadapan dengannya. "Syafik Egann ialah husband engkau?!" soalnya, kuat sekali. Ayen pula terlalu terkejut nak menjawab, lalu si rakan berambut pendek itu menggelengkan kepala sekuatnya. Tiba-tiba sukar nak menghadam maklumat itu. "Wait-wait-wait. You frickin kidding me?! But why? How? Why?? Macammana kau boleh kahwin dengan dia... why?!!"
Wanita bertudung hijau gelap itu mengukir senyum hambar. "Kira kau memang kenal dia sangat la ni?"
"Whahaha... lebih dari kenal! Dude makes my life mi-se-ra-ble! Sampai sekarang, even!" Satu persatu disebut bersama mata terbuntang luas. "Tak sangka aku berkawan dengan wife dia. Takdir. Tapi aku tak jangka dia ambik wife. Terapi dia berkesan mungkin...?"
"Terapi? Egann ada shrink, ke?" soal Ayen terus sambil merenung mata adik iparnya. Dia maklum Egann ada abandonment issue, cuma dia tak tahu kalau suaminya itu benar-benar sedang mendapatkan rawatan psikiatri.
"Hahah! Aku mengaku mamat tu gila, tapi bukan terapi mental. Dia ada terapi dengan..." Terdiam seketika, baru tersedar Ayen benar-benar tak tahu apa yang dia maksudkan. Saif yang mendiam dari tadi, dipandang. "Kau tahu kenapa dorang kahwin?"
"Sebab abang aku nak yakinkan aku yang dia boleh berubah." Senada.
Kening Husna terjungkit tinggi hingga mata turut membesar. Nafas yang terasa sesak di dada, terluah hingga bahunya jatuh. "Jadi, masa aku cuba nak sakitkan hati kau pasal kau persetankan nyawa Egann... itu dah melampaui batas?" soalnya sambil menuding pada Ayen tanpa mengalih pandang pada Saif.
Batas yang dimaksudkan ialah hal itu sepatutnya sejenis rahsia dimana seseorang seperti Ayen tidak sepatutnya tahu. Lalu pemuda berkaca mata itu menjawab dengan anggukan.
"Ada dua batas yang kau langgar. Satu, kau lukakan hati aku dengan ayat kau --- "
"Kah! Nobody cares pasal hati kau!" celah Husna sambil menggoyangkan kepala ala-ala Bollywood.
Sambil menahan hati, Saif meneruskan kata. "--yang kedua, yes, Ayen masih sangat recent dan dia tak tahu apa-apa pasal abang. Dia punya knowledge pasal abang basically zero. Abang tak ceritakan, dan dia pun tak cukup peduli nak tanya."
Ayen yang baru nak bersimpati dengan nasib Saif bahana layanan Husna, jadi naik angin mendengar kata-kata itu. "Hey! Sedap je cakap aku tak tahu apa-apa."
"Of course kau tak tau apa-apa pasal abang. Warna favourite abang pun kau tak tau."
Terpejam kelip dia dibuatnya. "B-biru?"
"Merah," ujar Husna, membetulkan. "Semua orang tahu sebab kereta dia yang merah menyala, dia suka pakai tie merah dia, dan dia ada satu mug merah besar gedabak yang dia suka sangat." Tangan membuat bentuk mug di tengah udara.
"Hahah. Mug tu, aku yang hadiahkan tau," ujar Saif.
"Takda sapa tanya," cemiknya, membuat Saif mengangkat kedua belah tangan ke udara tanda menyerah kalah. Dan penat bergaduh.
Ayen menggelengkan kepala. "Kira kau pun kenal sangat dengan Egann..."
"Aku dah cakap dia buat life aku miserable, kan? Adik dia pun sama." Kepala diisyaratkan pada Saif yang buat muka tak bersalah di sebelah. "Sudah-sudah la sesi perkenalan bawah panas terik ni weh. Jom beli makanan untuk berbuka." Dia berkalih terus, mendapatkan Hondanya tidak jauh dari situ. Remote kereta ditekan, menghidupkan kereta.
Sementara itu, Saif berjalan beririnan dengan Ayen. "So... apa benda yang kau bagitau Husna sampai dia sindir kau tuntut cerai dengan abang?"
Bibir dikemam. "I'd rather not share with you..."
"Tapi share dengan orang luar yang tak berkait, boleh pulak?" sindirnya.
"Husna... ialah someone yang aku ingatkan natural dan boleh bagi pendapat from a blind spot... tapi aku tak tau dia kenal Egann. Satu lagi, apa benda pulak yang kau persetankan nyawa dia?"
Daging pipi digigit, kurang pasti macammana nak memberi penjelasan. Belakang kepala lalu digaru. "Ermm... apa yang kau boleh faham mungkin macam apa yang kau dengar... tapi pada masa yang sama, bukan macam apa yang kau fikir."
"Ha?"
Senyum. "Aku bukan orang yang sesuai bagitau benda ni. Lebih baik kau tanya abang. Satu benda aku nak pesan, jangan ambik hati sangat." Bahu kecil itu ditepuk ringan. Tanpa dijemput, Saif masuk ke dalam kereta Husna hingga memekik wanita itu dari dalam kereta.