2-Bab 7

SYAFIK Egann, dalam ayat mudah, ialah lelaki yang mampu memberinya banyak kejutan. Bermula dengan kesungguhan melamarnya bagi melakonkan watak isteri di hadapan keluarga si lelaki dan pada masa yang sama menjanjikan bahagia, kemudian kesungguhan si lelaki melancarkan proses pernikahan dengan mencari si abang ipar yang dah lama tidak dihubungi.

Nilai kekayaan lelaki yang rupa-rupanya jauh lebih tinggi dari yang dijangka kerana rumah Egann ialah sebuah penthouse yang terletak di dalam kondominum di dalam kawasan orang-orang kaya, hiasan dalaman dah macam dalam majalah Impiana, ada kolam di luar walaupun berada di tingkat 31, kemudian membelanjakannya baju, kasut, tudung, skin care dan kosmetik dari kedai-kedai ternama, dan kini lelaki itu membawanya ke sebuah restoran ternama untuk menikmati makan malam dan sekaligus, bertemu semula dengan si abang seperti yang dirancang.

Janggal seribu kali janggal. Selama dia bernafas selama 34 tahun, ini pertama kali dia merasa janggal seperti ini. Dia mengenakan dress hitam tali spaghetti dari Zara, dilengkapkan dengan cardigan lengan suku bagi menutup bahu yang terdedah, tudung DuCK dililit di kepala, handbag dan heels dari Louis Vuitton. Kedai berjenama ternama itu tak pernah terfikir untuk dijejaki, apatah lagi memakai produk yang hanya mampu dibeli oleh selebriti.

Dari jauh, Ayen memerhati Egann yang berbual dengan pelayan di depan pintu restoran. Egann mengenakan sut hitam penuh. Lelaki tiga suku itu kini dah macam seseorang yang dia tak sepatutnya berinteraksi terutama dalam tempoh jangka masa panjang. High profile! Kenapa dia tak pernah nampak kemungkinan itu selama ini, sedangkan terang-terang Egann memandu kereta merah, Volswagen Scirocco merah itu ke sana sini!

Ah ya, sebab dia lelaki dua alam.

Ayen spontan menegakkan tulang belakang bila Egann merapat semula padanya.

"Dia tengah cek kita punya reservation. Kejap lagi dia bawak ke meja kita."

Sampai kena menunggu, wow. Ayen menelan liur. Belakang suit Egann ditarik, membuat si lelaki menoleh. Ayen melangut sedikit, mahu berbisik. Spontan jua Egann merendahkan tubuh.

"Kenapa nak jumpa Ayie sampai masuk restoran fancy macam ni... pakai baju macam nak pergi Fashion Week KL... Jumpa Ayie kat gerai burger saje, tak boleh ke? Sembang-sembang, lepak santai kat mamak..."

Lalu anak mata biru itu mengerling pada mata Ayen yang dihias smoky. "Kedai burger apa pulak kau cakap ni. Bukan level Ayie nak pergi mamak, much less beli burger kat gerai tepi jalan. Kau tak kenal abang kau ke?" tegurnya, berisi nada terkejut.

Nganga seketika, cuba untuk mengenali karakter abangnya dari kata-kata Egann. "Setakat malam ni, no, aku dah tak kenal siapa Ayie yang kau maksudkan..." Sungguh!

Egann membasahkan bibir yang terasa kering. "Ayie ialah high profile male-escort, kalau kau nak tau."

Rahang Ayen terjatuh sedikit. "High profile... male-escort? Itu ialah nama fancy gigolo ke?"

Senyum yang nak tercuit, ditahan. "Dia macam high profile escort girls... closest example yang kau kenal, maybe, erm... Leila Naadia. She's very famous sekarang. Kau kenal?"

Geleng.

Nafas terhembus spontan. "Term gigolo mungkin boleh diterima... tapi khusus untuk orang berpangkat tinggi. Abang kau si Ayie macam tu. Dia start dari bawah..." Tangan dibawa ke paras perut. "...tapi disebabkan dia punya hensem, segak dan kelas, sekarang dia paras ni..." Tangan dinaikkan ke atas, melebihi ketinggiannya sendiri. "Honestly, masalah sebenar malam ni bukan nak entertain abang kau, tapi kakak ipar kau."

Muka Ayen kini dah macam android yang tersekat-sekat menerima dan memproses maklumat sampai motherboard hangus terbakar.

Egann masih melanjutkan penjelasan. "Kakak ipar kau ialah salah seorang fashion designer yang dah buat showcase bukan dekat Fashion Week KL semata, tapi dekat Paris, Rome, New York... honestly, masa dekat New York la aku berkenalan dengan dia." Sengih seketika bila mengingati kenangan lalu. "She's a legit entrepreneur. Dia pernah kahwin dengan ahli politik, tapi tuntut cerai lepas dia jumpa abang kau. Kelas tak kelas, abang kau."

Ayen masih cuba bernafas. "Aku-aku tak tau nak respon macammana..."

Egann tersenyum. Kepala bertudung itu kemudian digosok. "Aku ada sekali nak teman kau, jangan risau. Berbanding layan nervous, apa kata kau layan makanan dengan pemandangan KL malam-malam macam ni. Aku dah book meja tepi tingkap untuk kau."

Tahap gementar yang dirasai menyebabkan angin meletup keluar dari perut, naik ke kerongkong dan tersedak di anak tekak. Ayen menutup bibir dengan jari, menahan diri. Ah, jarinya sejuk macam ais. Bagi melawan gementar, hujung suit Egann digenggam. Sehingga pelayan membawa mereka berjalan masuk, tidak sekali pun Ayen melepaskan genggamannya, sesuatu yang menarik perhatian si lelaki.

"Kalau kau nak romantik sikit, pegang la tangan aku."

"Idiot." Hanya itu yang mampu dijawab.

Egann berkata benar. Meja mereka betul-betul di tepi tingkap, bertentangan dengan pemandangan seluruh bandar Kuala Lumpur yang dihiasi lampu-lampu. Jalan raya juga masih bersimpang siur dengan kenderaan. Untuk seketika, perhatian Ayen teralih kerana kagumnya dia. Kecantikan modenisasi sebenarnya boleh tahan juga... terutama bagi mereka yang jarang melihat.

"Dah tenang sikit?"

Mak datuk! Terkejut bila suara garau itu berbisik di belakang telinga. Ayen menoleh dengan berhati-hati, mengerti jarak wajah Egann rapat di sebelah muka. Jika stereotaip seperti yang didendangkan TV adalah betul, lelaki ini juga ialah kategori lelaki yang tak tahu menjaga batas perbualan lelaki dan perempuan. Lalu duduknya dibetulkan, menjarakkan diri bagi meletakkan diri dalam jarak selamat, juga demi menjaga keselasaan diri.

"Kau cakap kau freelancer. Tapi kerja apa yang kau buat sampai boleh selamba badak berbelanja macam anak raja?" soal Ayen pada kain meja yang juga nampak mahal. Egann tidak membalas, membuat Ayen menjeling pada si kacak di sebelah. "Kau pun anak ikan?"

"Kau pandang rendah aku sangat ni..." Gelak hampir meletus di hujung kata. "Aku pandai cari duit. That much you need to know."

"Jawapan kau buat aku fikir lebih jauh, weh... kau tak terlibat dengan kerja underground kan?" Ayen tiba-tiba tercungap, curiga akan sesuatu. Egann kemudian dipandang takut-takut. "Entah-entah kau kerja human trafficking."

"Hey..."

"Atau seludup organ secara haram?"

"Kau ingat aku kau?" soalnya, tak senang dengan pertuduhan-pertuduhan tersebut.

Lalu anak mata biru itu direnung serius. "Jadi apa dia? Kau ajak aku kahwin, jadi aku taknak jeopardize masa depan aku dengan mengikat hubungan dengan orang suspicious macam kau! I mean, come on. Rumah kau fancy gila, kut. Kau ada kereta mewah, tapi walau sedikit pun aku tak jumpa maklumat pasal Syafik Egann Abdullah dalam Google. Apa yang kau buat sampai kau kaya macam ni, aku tak boleh fikir. Dan aku dah tak mampu nak fikir jauh sebab aku sendiri takut!" Ayen mencerlangkan mata. "And yes, sebab aku geli dengan lifestyle kau yang jauh menyimpang dari jalan Allah."

Si lelaki lalu tersenyum kecil. Ragu-ragu hanya kerana latar belakangnya, kah? "I own a company dekat London sana. Musical school for talented youngster. Level sekolah rendah je la. I can't afford to own a college sekarang ni."

"Beg pardon?"

"Aku juga ialah virtual director dekat company bapak aku, but I can only do so much due to differences in geography. He wanted to get me involved, so aku comply."

Nganga.

"I have real estate dekat LA, Jakarta, dan Malaysia. Sure, it's a very risky investment nak sustain, but I do have it all. Aku lulus CFA masa aku habiskan study dekat London School of Economics and Political Science, finished a year for leadership program in Harvard Business School of Executive Education, cukup sebagai syarat untuk jadi top management dekat syarikat ayah aku. Sure, sekarang bila aku kat Malaysia, its kinda hard to do my job, tapi aku masih buat my job virtually. Bila ada peluang, aku akan tunjukkan kau my home office." 

"CFA... exam yang paling susah di dunia tu kan?"

Bahu dijungkit.

Ayen menelan liur. Mula terasa gerun. "You have a very powerful resume. Kau sure kau nak kahwin dengan tukang hias mayat macam aku?"

Egann merenung muka risau itu. Tadi ragu-ragu dengan latar belakang yang tak nampak, tapi bila dah nampak, ragu-ragu di muka Ayen kini berganda-ganda, siap dibanding-banding dengan diri sendiri. Menyesal pula dia berterus terang. Cawan dibawa ke mulut, ditelan sedikit sebelum kembali menghadap si perempuan.

"Kau sewel sikit, aku tak nafi."

Ayen mencerun. "Kau ada tengok cermin lately, bro?"

"Kau ada otak. Kau rajin. Masa aku buat background research pasal kau..."

"Kau stalk FB aku orang gila obses dengan selebriti," tuduhnya.

Buat tak dengar. "Kau ada medical degree dari Melbourne University... walaupun kau bodoh sikit sebab buat malpractice sampai lesen kena batal, tapi satu benda yang paling penting, you have a good heart."

"Bitch please. Aku homophobic!"

"Since when?"

"Since aku kenal kau!"

"Okay..." Belakang kepala digaru. "Kau maybe tak sedar benda ni, tapi most people yang ambik medical degree, yang nak jadi doctor, ada perasaan dalaman nak bantu orang. Tanpa balasan. Walaupun masa dan tenaga dihabiskan untuk orang yang memerlukan. Kau tolong aku yakinkan Saif masa majlis hari itu. Kau siap cuci pinggan sampai jari kau berkedut, pinggang kau lenguh. To be honest, aku tak rasa ramai yang sanggup bersusah macam tu. Sebab tu aku..." Bibir dikemam seketika, memilih untuk mematikan kata. Bunga di tengah-tengah meja dikerling, lalu diambil satu. Dihulur pada Ayen. "Sebab tu aku yakin yang kau akan bantu aku baiki hubungan aku dengan adik aku... even if you'll ended up hurting in the process..."

Ayen terdiam, merenung bunga kecil itu. "Kau tak menafi yang kau akan lukakan hati aku kalau kita... proceed dengan perkahwinan ni?"

"Aku ajak kau involve dalam mixed-oriented marriage, of course kau akan terluka."

"Right..." Ayen menghela nafas dalam. Memikirkan semula pilihannya.

"Tapi I assure you, aku akan cuba yang terbaik untuk buat kau happy bahagia," ujar Egann lekas, memanggil perhatian Ayen untuk kembali padanya.

Itu kata-kata yang sama yang pernah ditutur sebelum ini. Egann betul-betul konsisten dengan niatnya yang satu itu. "Masih lagi dengan angan-angan kau nak buat aku happy bahagia, eh?"

"Tu bukan angan-angan, you cold-blooded female." Geram. "Aku dah janji dengan mak kau untuk jagakan kau, dan aku bukan orang yang memungkiri janji. Lagipun, orang yang paling penting bagi aku sekarang ni ialah Saif... dia satu-satunya ahli keluarga aku yang tinggal. Aku dah kecewakan dia banyak sangat... dan nak mintak dia maafkan aku bukan kerja mudah... tambah-tambah aku dah tak boleh berpatah balik..." Satu persatu diluahkan bersama rasa sesal. Si wanita yang masih tekun mendengar di sebelahnya kemudian dipandang. "Kau ialah orang yang aku paling boleh gunakan untuk pujuk adik aku buat masa ni. Kau sangat bernilai bagi aku, jadi aku takkan harm kau in any way..."

Kening yang berlukis itu kini berkerut. "Aku berterima kasih sebab kau sudi jagakan aku... tapi kau boleh cakap aku ialah orang yang paling boleh digunakan? Agak-agak la weh!"

"Kenapa? Kau nak aku sugar-coat ayat aku?"

"Yes, please!"

Senyum. Tangan Ayen dicapai dan digenggam, lalu muka terkejut itu diberi senyum memikat. "I need you in my life, my love. Everything I have... everything I own... I gave it all to you. I want you to stay with me forever and ever... until death do us apart."

Mereka bertukar renung.

Lalu Ayen turut menguntum senyum. Genggaman tangan si lelaki dibalas.

"You bullshit way to much."

"Bhahaha!!"

Ketawa Egann meledak letupnya hingga terperanjat si perempuan. Air liur yang terpercik ke muka, dilap menggunakan napkin. Egann pula macam baru sedut gas kelakar, hingga terunduk dia. Gelak ketawa yang tak berhenti itu menarik perhatian orang lain. Dagu ditopang bagi memudahkannya merenung si lelaki yang masih dirasuk geli hati hingga menekan perutnya. Amboi. Gelak besar!

"Kau boleh jadi Romeo kelas satu. Kau clearly datang dari status high-profile, bukan macam aku yang dari kampung. Tak pelik ke kau pilih perempuan takde kelas macam aku buat bini? Pilih yang betul-betul sesuai... yang betul-betul cantik... yang height-appropriate dengan tinggi kau. You know... bagai pinang dibelah dua?"

"Hahaha..." Air mata yang nak menitis, diketis dengan jari. "Pinang dibelah dua is overrated, Yen. Cantik tak guna kalau tak pandai jaga hubungan. Yang penting dalam perhubungan ialah chemistry, timing and tolerance. Setakat hari ini, kau ialah yang paling perfect dengan aku," ujarnya, masih dengan tawa yang bersisa. Perut pula benar-benar senak. "Damn I can't wait to spent my life with you hahahaha..." Ketawa lagi.

Ayen menopang dagu. Walau senang hatinya mendengar, tapi pemilihan Egann memilih pelakon isteri semakin lama semakin ganjil di telinganya. Bukankah lebih elok memilih yang sama cantik sama padan sama kelas supaya lakonan lebih mudah dipercayai? Entah apa yang penting sangat pada chemistry atau bahagia seorang isteri yang dia tekankan sangat agaknya. Dia songsang, kut.

Kepala dipaling bila ekor mata terpandang seseorang menghampiri meja mereka.

"Ah, Ayie dah sampai." Sambil menelan ketawa yang bersisa, Egann bangkit.

Ayen tidak berkelip merenung lelaki segak yang bersalaman dan bertukar peluk dengan tunangnya itu. Rambut perang coklat yang dibuat gaya rambut David Beckham. Double-breasted suit berwarna coklat gelap yang melengkapi kemeja hitam yang dilonggarkan butang atas. Jambang dicukur kemas dan pendek, lebih pendek dari jambang Egann sendiri. Benar-benar gaya lelaki metroseksual, bukan samseng kampung yang dikenalinya semasa muda belia.

"Mana Suzi?" soal Egann sambil melilaukan pandang.

"Dubai. Nak shopping katanya."

Ayie memandang Ayen yang masih membeku di kerusinya. Bibir dileret merenung si adik perempuan yang kali terakhir dilihat ialah selepas adiknya SPM, demi melanjutkan pelajaran dalam bidang perubatan.

"Ayen. Kau dah gemuk." Kerusi duduki.

"Ayie. Kau dah jadi kaum Nabi Luth."

Kening Ayie terjungkit sebelah. Tersentak sedikit. Egann yang buat-buat pekak, dikerling, sebelum sekali lagi menentang si adik. "Last aku tengok kau, kau masih hitam busuk... pipi kau tu kenapa?" Baru perasan parut yang agak ketara di pipi kanan adiknya. Dulu rasanya parut itu tiada. Satu-satunya parut yang menghiasi muka Ayen masa tu ialah parut jerawat.

Ayen menyentuh garisan di pipi kanannya. "Ada benda yang jadi masa aku duduk Taman Zamrud dulu..."

"Benda apa?"

"Tak kisah la. Kau pula kenapa keluar dari rumah sampai tak ingat nak balik?"

"Kau pernah duduk Taman Zamrud?" sampuk Egann menoleh terperanjat. Ini maklumat baru! Sebab dia juga pernah duduk Taman Zamrud!

"Jangan kacau boleh tak. Aku tengah nak sentimental dengan abang aku." Tajam menegur.

Egann memekam bibir sambil mengangkat kedua belah tangan ke paras bahu. Aye aye sir.

Perhatian Ayen sekali lagi dijatuhkan pada si abang yang melepas ketawa tanpa bunyi. Baru saja dia nak menyambung perbualan, pelayan sampai bersama makanan yang dipesan.

"Apa kata makan dulu. Nanti kita sambung bercakap..." ujar Ayie sambil mencapai garfu dan pisau.

"Taknak."

Ayie menjuling pada si adik. Ayen masih serius, kali ini bersama sinar sayu pada wajah.

"18 tahun, Ayie... takda contact, takda call, tak jenguk walaupun mak masuk hospital berkali-kali. Aku balik Malaysia, rumah macam dah boleh masuk Bersamamu... apa dia yang kau gaduhkan dengan mak sampai air terputus terus bila dicincang?" Lambat laun, suara mulai pecah. Retak di hati kian kuat bunyinya pada telinga kedua-dua ellaki.

"Kau takkan faham, Yen..."

"Jadi buatkan aku faham..."

"Bukan aku yang nak lari, tapi mak yang halau aku keluar..."

"Lepas tu tak ingat nak contact aku nak cerita apa yang jadi? At least buat plan dengan aku macammana nak pujuk mak? Kau putus hubungan macam kabel telefon kena potong. Hilang lesap macam mati tak berkubur. Paling teruk, walau sekali pun mak tak pernah cerita dekat aku apa yang jadi... aku hilang akal macam tu je. Biar betul aku adik kau, weh..."

Sedu kini pecah, diiringi air mata. Sebak kian melanda seluruh isi tubuh gempal itu. Ayie kini digigit serba salah.

"Aku taknak kau benci aku, Yen...."

Liur yang terasa berpasir dipaksa telan walau tekak kembang sekali nak menerima liur ketika ini. Ayen mahu bertanya kenapa, tapi dia tahu jawapannya. Jawapan yang Egann dah berikan dari awal lagi, bagi mengurangkan rasa terkejut Ayen bilamana bertemu abangnya kembali.

Kepala digeleng. "Kau layan aku macam orang luar..."

"Tak. Aku yang dilayan macam orang luar. Takda seorang pun dalam salasilah keluarga kita yang boleh terima siapa aku yang sebenarnya. Takda! Baik emak, kau pun sama! Makcik-makcik kita apatah lagi! Satu-satunya yang boleh terima aku... yang pimpin aku sepanjang aku bawak diri kat KL ialah ayah!"

Perhatian Egann teralih dari memujuk pasangannya yang tengah menangis, pada Ayie yang tengah beremosi. "Ayah? Korang masih ada ayah?" Terkejut.

Ayen lebih-lebih lagi. Malah kelabu sekali otaknya ketika ini. Ayah ialah... lelaki yang sumbangkan sperma supaya dia dilahirkan, bukan? Lelaki yang sepatutnya bertanggungjawab jaga keluarga, menjadi ketua keluarga, yang mengajar mengaji, yang merotan jika dia main lama sangat di luar rumah dan balik dalam keadaan kotor berparit... yang menghantar dan menyambut dia di KLIA... lelaki yang dipinta ampun maaf masa raya... yang sepatutnya menemani emak sampai hari tua... itu ialah definisi seorang ayah, kan?

Mulut dibuka, mahu bertanya. Tetapi sepatah ayat pun tidak mampu dikeluarkan. Alamak, nak tanya apa ni? Macammana nak bereaksi? Apa yang patut dia buat? Mujur Egann terlebih dahulu bertanyakan soalan bagi pihaknya.

"Tapi Ayie, aku dimaklumkan ayah korang meninggal sebab kanser otak... masa Ayen masih baby." Si tudung biru cair, dipandang.

Si gadis mengangguk laju. Pun dia dimaklumkan begitu oleh Puan Norle.

Ayie mengeluh. "Mak tipu kau... sebab lebih senang macam tu. Aku walaupun baru lima tahun masa ayah keluar rumah, aku masih ingat. Mereka gaduh besar masa tu. Sampai meja makan terbalik. Sampai mak ambik parang.... Sampai ayah hempas pintu rumah sampai bergegar dinding papan rumah kita. Benda masih fresh dalam kepala aku sampai sekarang..." luahnya sambil mengerling pada lantai. Kenangan 34 tahun lalu bukannya boleh dipadam dari minda macam tekan butang delete. Lagi-lagi bila melibatkan emosi yang terlalu kuat hingga mengganggu perkembangan mentalnya.

Ayen menelan liur. Sinar trauma benar-benar ternampak pada muka abangnya. Sekali lagi rasa takut menjengah kerana maklumat yang terlalu baru dan terlalu mengejutkan untuk diterima.

"Ayah... ayah ada mana? Buat apa? Macammana rupa dia?" Disoal dengan penuh berhati-hati.

Ayie melepas nafas panjang. Berat sekali. Kemudian dia menoleh ke meja sebelah. Pada wanita bertubuh besar yang sedang makan berseorangan. Rambut ikal mayang yang diwarnakan brunette, halus serta cantik yang macam dah dirawat berkali-kali di salun, mengurai ke paras dada. Bahunya bidang. Pakaiannya cantik. Fabrik nampak halus dan mahal. Sepasang bibir tebal disalut lipstick peach, kena dengan make-up yang dikenakan pada muka yang dihiasi kerut usia yang gagal dilawan teknologi manusia.

Ayen dan Egann sama-sama jatuh rahang. Sama-sama mengerti jawapan tanpa lisan itu, tetapi berbanding Egann, Ayen masih memerlukan klarifikasi yang jauh lebih kukuh dan boleh diterima akal!

Mana taknya, dia habiskan seluruh hidup memikirkan ayahnya dah tiada. Dah meninggal. Malah ada kubur yang diletakkan batu nisan yang ditulis nama ayahnya, Abu Bakar bin Hussin. Setiap kali masa raya, dia dan emak akan pergi ke kubur bagi menyedekahkan yasin. Setiap kali selepas solat, disedekahkan doa untuk bekalan ayahnya di alam kubur. Selama 34 tahun, dia ialah anak yatim!!

Ayie menyokong siku pada permukaan meja tanpa melepas renung wanita berbahu lebar yang masih menikmati fish filletnya itu.

"Ayie dah terlepas cakap. Macammana ni?"

Wanita itu tidak bersuara. Tidak membalas. Jadi pada siapa sebenarnya Ayie berbicara? Ayen tertoleh-toleh, semakin lama semakin yakin yang wanita brunette itu bukan seperti yang dia fikirkan...

"Sebab tu aku cakap kau bodoh..."

Boom! Otak terasa meletup di dalam tengkorak. Mata si tua yang tebal dengan eye shadow serta bulu mata palsu laksana mata Rozita Che Wan kini dikerling padanya. Ayan putus nafas. Tak, dia tak tahu. Dia tak kenal. Tak mungkin itu ayahnya....

"Nurul Ain..."

Rawan kian menyerang. Dada semakin sendat. Air mata Ayen pecah ke pipi. Kenangan membaca yasin di kubur menyerbu masuk ke dalam otak yang dah hangus. Muka kian ketat dengan darah panas. Seluruh badannya meremang, malah menggigil seperti kesejukan. Hati menjerit-jerit mahu melompat keluar dari tingkap sekarang ini.

Lalu garfu dicapai dan dihentam sekuat hati hingga mencucuk belakang tangannya, mahu melepaskan diri dari kejutan yang maha dasyat itu. Sedikit demi sedikit, rasa terkejut berkurang berganti sakit.

Egann menutur sesuatu tetapi dia tak dengar apa-apa. Tangan kirinya menggigil tapi dia tak peduli. Kepala digeleng. Tidak, dia enggan terima. Itu bukan ayahnya. Perempuan transvestite itu bukan ayah dia!

"Bawak aku keluar dari sini," Dalam tangis, Ayen meminta pada Egann sambil mencapai beg tangannya. Garfu masih melekat pada daging tangan, bergoyang-goyang ditolak udara. Selajur, dia bergegas pergi tanpa sekali pun menoleh ke belakang.

Egann turut bergegas bangun. Darah yang mengotori meja itu hanya dipandang dengan rasa sebal. Terasa kejadian malam ini ialah silapnya seratus peratus. Dalam kelam kabut mengejar langkah Ayen yang dah pun menghilang, Egann sempat bertukar pandang dengan Ayie dan... wanita transvestite yang masih diragui ialah bakal ayah mentuanya.

"Seriously, your dad?" Kepala diisyaratkan pada wanita brunette itu. Pengesahan buat kali kedua.

Ayie mengangguk. "AB sendiri nak datang hari ni, nak tengok Ayen..."

"I see... well, I'm not one who can judge anyone, but..." Mata dipicing, terus merenung muka yang bersolek tebal itu. Letak la concealer tebal seinci bagi menutup kerut usia itu sekalipun, raut wajah seorang lelaki masih ketara pada bentuk mukanya. Dah macam Caitlyn Jenner versi melayu. "You look familiar. Have I seen you anywhere?"

"Actually, we do. But let's put that aside for now. I suggest you comfort my daughter ASAP."

"Right. Ermm... I'm planning on marrying your daughter... and I'll be needing your blessing, madam... sir... I mean... lets meet again later." Kad nama diletakkan di atas meja AB. "Y-you look pretty..." tambahnya bagi mengurangkan impak kejutan serta rasa janggal bahana pertemuan pada malam ini. Bila wanita itu menjuling padanya, barulah Egann bergerak pergi.

Ayie menjungkit sebelah kening. Egann sememangnya dikenali sebagai lelaki yang sopan, tetapi kelakar benar apa yang baru dilihatnya.

AB turut menghantar mereka pergi bersama renungan mata. "He looks like he's a good guy..."

"As a matter of fact, he is. Dia yang paling proper dalam kalangan kawan-kawan dia yang macam monyet dapat belacan. Walaupun... muka yang baik jangan disangka takda tanduk." Tubuh disandarkan. "Macammana budak berdua tu boleh bertemu pun aku tak boleh bayangkan..."

"Kalau dah nama jodoh..."

Ayahnya dipandang lagi, masih tidak melepaskan renung dari arah pintu keluar. Bila keluh kedengaran dari mulut itu, Ayie memanjangkan leher. "Kenapa masih nak datang walaupun tahu outcome macammana?" soalnya perlahan. "Siap berlaku kejadian berdarah..." Tompok darah di atas meja, dilihat kembali. Drastik... sangat drastik. Dia faham kejutan di hati adik perempuannya, tetapi hingga tahap mencucuk tangan sendiri dengan garfu? Itu level petala langit punya terkejut.

"Aku nak tengok anak perempuan aku sendiri, salah?"

"Bukan ke lebih elok dia ingat kau dah mati berbanding dia bencikan kau sekarang ni?"

AB tidak membalas.

Makanan yang dihidang dibiarkan tidak bersentuh.


Previous: INDEX
Next: 2-Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh