1-Bab 2

BASUH pinggan.

Ayen melopong pada besen-besen berisi air, sabun pencuci pinggan serta beberapa pinggan kotor yang dah pun menunggu untuk dibasuh. Kepala kemudian dipaling pada dua beradik lelaki bermata biru tinggi lampai yang berdiri di belakangnya.

"Aku tak datang ke KL sebab nak buat kerja part-time untuk kau..."

"Habis tu kau datang KL sebab apa?"

"Honestly, cari calon suami."

"Perfect! Kau dah jumpa aku!" Senyum.

Saif menjeling pada si abang dengan muka berkerut.

"Bukan kau la bangang. Kami ada dinner date malam ni."

"Kau datang ke KL semata-mata nak dinner date dengan... wait, aku perlu tanya ni dulu. Kau dah ada boyfriend ke?" soal Egann lagi, lebih terkejut kali ini.

Ayen diam seketika. Berfikir. Sebenarnya dia ke KL sebab nak menghadiri sesi temuduga mencari kerja, dan dinner date itu ialah rancangan tambahan untuk bertemu dengan calon suami yang ibunya cadangkan. Tapi, untuk menjawab soalan mamat sengal ini...

"Ha'ah.." Malas nak jelaskan panjang-panjang.

"Hm. Hm. Tinggalkan dia. Kau jadi milik aku je."

Selamba badak dia mengayat. Kali ini Saif memandang Egann dengan rahang jatuh. Takkan dah lupa tujuan mereka nak mengupah Ayen basuh pinggan?

Wanita itu pula melepaskan keluh pendek. "Taknak."

"Kenapa taknak? Aku janji aku akan bahagiakan kau–"

Ah, sudah. "Abang ke tepi," potong Saif. Muka si abang ditolak hingga beralih dan dia mengambil tempat di hadapan Ayen. "Look. Aku minta maaf bagi pihak abang aku, tapi untuk makluman kau, kami tengah understaffed sedangkan kami kena cater majlis kahwin rumah sebelah. Memandangkan kau kenal Puan Rina, aku sure kau tahu anak dia kahwin hari ini."

Ayen merenung lelaki berkaca mata itu. "Thank you... sebab tak gila berbanding abang kau."

"Had to," jawabnya senada hingga Ayen melepas ketawa tanpa bunyi. "Seorang tenaga kerja kami demam panas sampai tak boleh nak bangun. Sorang lagi merajuk dengan aku sampai menghilang entah ke mana. You can have your dinner date nanti, tapi sekarang ni, tolong cover untuk kitorang. Please? Aku dengan abang saje tak cukup nak buat semua kerja hari ini sekaligus..." rayunya pula. Benar-benar meminta.

Ayen mendiam, memandang mata yang penuh dengan cahaya pengharapan itu. Akal mula berkira-kira, memikirkan korban masa dan tenaga dari dia mungkin benar boleh membantu meringan beban keluarga ini hari ini.

Perhatian kemudian dialihkan pada lelaki berkaca mata di hadapannya. Pemuda ini memiliki aestatik yang sama dengan Egann, dari segi ketinggian macam galah, bermata biru kilat yang cukup terang dan memikat, rambutnya hitam lebat, rahang berjambang walaupun jauh lebih nipis berbanding jambang abangnya, serta bentuk badan yang macam model. Cuma, lelaki yang didefinisikan sebagai adik itu memiliki raut wajah yang lebih matang dan serius berbanding si abang. Dan kulitnya lebih gelap dan berbintik-bintik juga di pipi. Mungkin sebab banyak berpanas.

"Kau boleh jamin dia takkan ganggu aku?" soalnya sambil mengisyaratkan kepala kepada Egann.

Bila Saif menoleh padanya, Egann memberi sengih. Ibu jari diangkat tanda okay.

Dan Ayen mengeluh lagi sambil menolak kepala ke langit. "Fine... tapi aku nak upah double dari upah yang kau janjikan dekat morgue hari tu." Hidung mancung Egann dituding bersama cerun.

Upah yang dijanjikan hari itu ialah 3 ribu, kan? Jadi Ayen nak 6 ribu hari ini? Egann tersenyum kambing, bertanya tanpa lisan.

Ayen mengukir senyum yang sama, membalas ya.

Aduh la hai... bersama keluh berat, dia menggaru belakang kepala yang tak gatal. "Fine. I owe you one."

"Yay." Barulah senyumannya terlakar luas hingga nampak barisan gigi.


MEMANDANGKAN jumlah jemputan perkahwinan tersebut hanya untuk saudara mara dan sahabat handai, majlis habis dengan cepat, sekitar pukul tiga petang. Selesai dengan tugas mereka, Egann terkengkang di ruang tamu bahana tak tidur semalaman. Langsung tidak bergerak-gerak kerana penatnya dia. Saif membawa Awani ke hospital, ditemani Puan Diyana. Elisa pula entah kemana, meninggalkan Ayen seorang yang menyelesaikan kerjanya.

Dahlah datang sebab nak jumpa bakal suami. Sekali jadi hamba dua beradik darah penjajah.

Sendu.

Azan Asar dah lama berkumandang. Angin semakin kuat bertiup, membawa bersama renyai hujan. Ayen mempercepatkan kerjanya, dan treus diselesaikan bila hujan baru sahaja bertukar lebat. Wanita itu sempat mencari teduh di dalam rumah. Dalam keadaan kebaya yang kini basah dari paha ke bawah, tudung senget benget di kepala, dia mengheret kaki ke ruang tamu. Kepenatan. Belakang pinggang diketuk-ketuk dengan belakang tangan, cuba meredakan lenguh.

"Siap dah kerja kau?"

Teguran dari sofa mengejutkan si gadis. Ayen menoleh pada Elisa yang bertanya. Tidak berkelip dia melihat insan yang entah lelaki atau perempuan. Tshirt hitam tengkorak, seluar beige paras lutut dan telinga dihiasi anting-anting hitam. Rambut pula dibuat cacak jerung.

"Ermm..."

"Aku tanya, kerja kau dah settle ke?"

Suaranya halus persis seorang gadis. Barulah Ayen mengangguk. "Baru je."

Gadis pengkid itu sedang meratah ayam goreng sambil menonton Brooklyn Nine-Nine di TV. "Rajin gila. Kira itu strategi kau nak tunjuk rajin dekat Syafik ke?"

Siapa Syafik? Riak muka dikawal dan lakonan sebagai teman wanita Egann diteruskan. "Yea... pretty much..." Ayen mencekak kedua belah pinggang sambil merenung ruang rumah yang kosong. "Mana... ermm..." Mata dipejam, mengingati sengih si mata biru. Ya Tuhan, siapa nama dia?!

"Syafik? Mandi."

Betulkah nama dia Syafik? Dahi lalu diurut, kurang tangkap relevan nama Melayu pada lelaki Barat bermata biru. "Ookay... ermm. Yang seorang lagi?"

"Saif hantar Awan ke hospital. Mak aku ikut sekali."

Okay. Itu maklumat yang tak perlu diketahui. Tapi Egann perlu dicari kerana nak meminta upah, serta nak meminta lelaki itu menghantarnya semula ke hotel. Masalahnya, nombor telefon, nama penuh mahupun apa-apa maklumat peribadi lelaki itu langsung tak diketahui. Takkan nak tanya dekat si pengkid. Nanti kantoi.

Kejap, apa masalahnya kalau kantoi?. Kau pun satu Ayen. Baik hati sangat tolong orang asing sampai melarat macam ni dah kenapa?!

"Pergi la makan la dulu. Lauk ada banyak berbaki kat dapur," ujar Elisa, sekaligus mematikan monolog di hati Ayen.

Baik hati pulak pengkid ni. Jemputan diterima, lalu Ayen beransur ke dapur. Pandangan ditebar melihat lauk pauk yang ada. Semua macam sedap.

"Kau masih kat sini?"

Ayen spontan menoleh ke arah suara itu. Itu Egann, tengah berdiri di pintu dapur dalam keadaan berkemban. Mungkin baru keluar dari bilik mandi memandangkan rambutnya juga masih basah, malah menitik ke bahu bidang itu.

"Aku baru nak makan," balasnya sambil mencangkung. Nasi putih dipindahkan ke dalam pinggan.

Sambil mengetis rambut yang basah, Egann memasuki dapur. Baru nampak pinggan mangkuk yang dah bersusun dan masih basah di suatu sudut. "Kira kau baru selesai ke? Semua pinggan mangkuk tu, kau buat sengsorang?" Terkejut.

Angguk.

Rahang Egann jatuh. Dengan langkah setapak, dia beralih semula ke pintu dapur. "Eli! Kenapa tak tolong girlfriend aku cuci pinggan! Pemalas la kau ni!" jerkahnya pada si pengkid yang masih santai melayan diri di ruang tamu.

"Engkau sendiri tidur macam dah mati, nak salahkan orang, bahlul!"

"Aku penat sebab masak sepanjang malam!"

"Aku pun penat! Penat dengan alasan kau!"

"Ah, sudah la kau! Patut la Saif taknak buat bini!"

"Hey! Kau dah lebih!!"

Ayen meleretkan bibir. Kelakar mendengar sesi pekik memekik itu. Mereka macam adik beradik. "Tak payah la panggil aku girlfriend kau. Panggil je aku Ayen..." celahnya. "Lagipun aku ada tinggalkan kuali sebesar alam dengan periuk belanga kat luar tu untuk korang cucikan."

Egann menoleh bersama renungan bersyukur. "Thank you so much. Aku tak sangka kau pulun semua pinggan mangkuk tu sampai habis. Makanlah puas-puas. Rehat-rehat dulu. Nanti aku hantar kau balik... eh kejap, kau ada dinner date, kan? Sempat ke?" Jam di dinding, dilirik. Nak masuk pukul 5 petang dah.

"Takpe. Dah terlepas dah sebenarnya. Aku sebenarnya taknak pergi."

Kening tebal itu terjungkit, sedikit terperanjat. "Lah, yeke... tapi kenapa? Ke sebab kau setia dengan aku." Tangan dibawa ke dada sambil melentokkan kepala ke kiri. Muka pun macam minta dicubit.

"Jangan bongok sangat boleh tak? Dinner date tu sekadar effort nak buat mak aku diam sekejap daripada membebel sebab aku tak kahwin-kahwin."

"Kalau macam tu, kahwin je la dengan aku."

"Jangan mengarut."

"Lady, kau ialah single lady who will hit 35. Masih nak reject offer lelaki handsome macam aku? Aku memang tak pakai baju sekarang ni, tapi aku loaded tau."

Ayen menjungkitkan kening kirinya setinggi yang boleh. "Kau gay."

Dan Egann terkaku. "Right, aku lupa kau dah tau." Belakang kepala digaru, segan sedikit. Tekak didehem. "Habis, partner kau tu macammana. Tak kesian ke dia menunggu."

Ayen tidak menjawab, sebab tak berminat nak meneruskan bicara mengenai topik itu. Selesai memenuhkan pinggan sampai membukit, Ayen mendekati lelaki berkemban itu bersama muka tak berperasaan. Daging masak kicap dimasukkan ke dalam mulut. Dikunyah. "Hm. Sedap!" Muka bercahaya diberi pada si lelaki.

Egann hanya mampu tersenyum nipis. "Aku yang masak tau."

"Eh? Serius?"

Kilat tiba-tiba bersabung, terang sekali menerangi alam. Ayen terpekik terperanjat, spontan jua terloncat. Kemudian diiringi dentuman guruh yang berdentum macam detuman drum yang mampu menggegarkan jiwa hambaNya yang lemah.

Langit seolah-olah nak terbelah. Cuaca itu buruk sekali. Deruman angin serta kekuatan hujan juga berada di puncak tertinggi, gigih menghentam atap yang menjadi satu-satunya pelindung manusia di muka bumi.

Ayen mengucap nipis bila menyedari cuaca buruk di luar. Langsung tak perasan keadaan di luar kerana selesa berlindung di dalam rumah. Dia menoleh kembali pada Egan. Jarak yang dekat di antara mereka membuatkan matanya bertentangan tepat pada dada bidang yang berbulu hitam itu.

"Sorry..." Dengan segala hormatnya dia berundur setapak, namun anak mata sempat menangkap segaris parut yang terletak di tengah-tengah dada lelaki itu. Rasa ingin tahu lalu tercuit. Itu ialah parut pembedahan. Egann sakit apa? Dia berundur lagi setapak, nak melihat seluruh batang tubuh si lelaki dari bahu ke pusat. Semakin lama, semakin banyak garisan parut yang ternampak di mata.

"Pusing," arahnya senada. Telunjuknya turut dipusing di tengah udara.

Pelik pula bila tiba-tiba diberi arahan itu. Namun, Egann menurut tanpa banyak soal.

Ayen masih memerhati dan menilai. Kebanyakan parut samada parut ujian diagnosis atau parut pembedahan, atau mungkin juga parut kecederaan. Mamat ni gangster ke? Tapi gangster jenis apa yang serang sampai luka-luka kebanyakannya pada bahagian kritikal? Dia ingatkan gangster banyak bergaduh hanya kerana tujuan menyakitkan dan melukakan, bukan sebab nak membunuh. Dan jika benar mereka mahu membunuh, kenapa Egann masih hidup sampai sekarang?

"Puas renung?"

Teguran itu memecah lamunannya. Lalu Ayen melangut, pada sepasang mata biru yang merenungnya bersama leretan senyum nakal. Barulah si gadis tersedar. Lalu rona merah merebak di pipi bulat.

Melihat perubahan warna itu, Egann melepas ketawa kecil tanpa dipaksa-paksa. Dada digosok ringan sambil terus merenung mata yang melarikan diri darinya. Ketika ini, masing-masing tidak menyedari betapa mereka selesa dengan kehadiran masing-masing, walaupun pada hakikatnya mereka masih tidak mengenali masing-masing sepenuhnya.

"Ada cara yang lebih mudah dan halal kalau kau nak tengok lebih-lebih."

"Its okay. Tengok kau macam ni sekarang tak haram pun." Daging dikunyah.

Pandai benar menjawab. "Jangan sampai aku bukak kemban aku," cabarnya sambil memegang kepala kemban, membuat Ayen yang tengah mengunyah, terbatuk.

Bertentangan lagi.

"Buatlah. Aku nak tengok." Cabaran diterima. Selamba sekali, siap mencarik daging dengan giginya.

Egann memicing.

"HOI!!"

Perhatian mereka sama-sama teralih bila kedengaran jerit di muka pintu dapur. Elisa sedang berdiri di situ, merenung mereka tak berkelip.


Previous: 1-Bab 1
Next: 1-Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh