The one that they're both confuse with their feeling.
__________________________
DUA puluh minit nak masuk pukul 4 pagi, tetapi Egann masih tak datang ke bilik untuk Tahajud bersama-sama. Naik angin, Ayen bergerak ke bilik suaminya itu. Pintu bilik tidak berkunci, terus dibuka. Egann tiada di katil. Melihat home office masih terbuka, lalu dirisik.
Egann sedang tenggelam dalam perbincangan maya. Aik? Tengah meeting waktu sekarang?? Gaya kerja apa macam ni? Pandai-pandai la rehat sepuluh minit nak solat kejap, sekalipun. Tapi isi perbincangan itu sedikit sebanyak menarik perhatiannya jua.
Lembaga meminta Egann untuk balik ke Amerika Syarikat untuk melihat sendiri keadaan dan isu permasalahan di sana. Dimaklumkan sudah setahun lebih lelaki itu tidak turun padang seperti yang tertulis dalam perjanjian.
Ayen bersandar. Dia belum bertanya lebih tentang kerjaya Egann, tapi sebagai virtual director, mestilah dia tetap kena terbang ke sana sini, kan?
Itu sepatutnya.
Tapi kenapa hanya berpusat di Malaysia?
Egann kemudian menerangkan yang dia tak cukup syarat untuk terbang kerana masalah medikal.
"We can't go on if you keeping us up with your empty excuses. It doesn't go well with the organisation. You're lacking focus and commitment."
"Then gather the rest of the committee members. Whatever decision that you all decide, I'll take it. Bring Auclair." Jam dilihat, kemudian bayangan kepala putih yang terpantul pada skrin TV dikerling. "Lets adjourned. I need to pray."
"You? Pray?" Masing-masing terkejut.
"Yeah. You guys have any problem with that?" soalnya keras. Mereka tidak membalas, dan monitor kemudian ditutup.
Egann menghela nafas panjang. Sebelah tangan mencekak pinggang manakala sebelah lagi menarik tali leher yang dah melonggar. "Ayen, tak payah sembunyi. Masuk je."
Terkejut si bini. "Kau perasan? Bila masa?"
"Aku nampak biasan kepala kau dekat skrin. Mujur betul-betul ialah kau, haha..." ujarnya tanpa menoleh. Tali leher diletakkan atas meja kerjanya. Isteri yang bertelekung penuh itu dipandang, lalu hidung sederhana mancung itu dipicit di antara jari hantu dan telunjuk.
"Bongok! Batal air sembahyang aku!" Dada Egann ditampar geram.
"Derhaka! Berani pukul hubby!"
"Ah, ada hubby macam kau, semua perempuan bertukar jadi bini derhaka!"
"Hahaha... Ala, ambik sekali lagi je la..." Leher isterinya dirangkul dan ditarik ke tandas. Ayen mengambil kesempatan dengan menggigit lengan itu. Terperanjat Egann! Refleks dilepaskan. Ayen berdesut semula ke biliknya, meninggalkan Egann merenung bekas gigitan di lengan.
"Perangai macam kucing..."
EGANN sedang masakkan nasi goreng untuk sahur mereka semasa Ayen melangkah ke dapur. Rambutnya masih basah tanda baru mandi manakala tubuh sekadar ditutup Tshirt bersaiz L. Semakin selesa berpakaian santai di seluruh rumah kerana rasa selamat yang Egann beri.
"Nak dengar berita awesome tak?"
"Pasal Will Smith tampar Chris Rock? Ya, aku tahu sejak siang tadi. To be fair, aku sendiri akan bagi penumbuk kalau ada sesiapa berani nak buat gurau pasal fizikal kau, samada parut kau atau kependekkan kau..."
Ayen terlangut terus dari handset. "Bukan pasal tu... and fizikal aku normal la bongok!!"
"Kau pendek, Yen." Senada menegur. Kerana ketinggian si bini itu di paras dadanya! Haru.
Geram. Tapi enggan memanjangkan gaduh. "Diagnosis aku disahkan Doktor Rafiq pagi ni. Tumor yang selama ni bersembunyi dalam badan Farahi sebenarnya terletak dalam salah satu telur dia. Dorang tak perasan sebab patient ialah male-pseudohermaphrodite. Tengok, dia siap bersusah emelkan X-ray dekat aku, what the hell." Skrin Oppo dibawa dekat dekat ke mata. "I'd be easier if he just emailed me a bigger phone."
Kata-kata si bini melalui telinga macam angin lalu. Tetapi ayat terakhir itu tetap menarik perhatian. "Kau nakkan bigger phone?" Terus terfikir nak belikan andai isterinya mahu. Bila difikirkan, dia belum pernah hadiahkan apa-apa pada Ayen.
"It's rhetoric, so no..." Oppo diletakkan atas meja makan dan lelaki itu didekati. Bau wangi nasi goreng sotong dihidu-hidu. Untungnya dapat suami pandai memasak.
Egann dirapati hingga jarak mereka berbeza setapak. Kedua belah siku ditongkat ke pantry sambil melangut, merenung wajah si kacak dari bawah lubang hidung.
"So... medical condition yang kau ada sampai tak boleh naik flight berkait dengan pengenalan kau dengan Doktor Taha sampai dia tegur kau dah nampak sihat berbanding biasa? Kau even masih tak explain pasal teguran dia kau telan dadah... walaupun aku tak pernah tengok kau telan apa-apa atau suntik apa-apa sepanjang aku hidup dengan kau." Lipatan lengan yang bersih dari sebarang jarum itu dikerling.
Perhatian Egann teralih sungguh. Muka ingin tahu disebelah dikerling. "Berapa banyak kau dengar?"
"Mostly bahagian kesihatan suami aku sendiri.... Yang lain-lain tu macam... pshhh..." Tangan diterbangkan melepasi kepala.
Senyum. Dapur gas ditutup. "Just a little chest pain." Dada terasa gatal, lalu terbatuk sedikit. Dia berkalih, nak mendapatkan bekas makanan.
"What kind of pain? Throbbing? Heavy beating? Palpitation? Macam kena cucuk jarum? Bahagian chest yang mana? Jantung? Paru-paru? Is it pneumonia? God I hope its not pneumonia. Its not, is it?"
Laju sekali bercakap dan meneka. Batuk Egann semakin keras hingga perlu ditutup dengan tangan. Ah, lega sedikit. Tangan memanjang nak mencapai bekas makanan, dan ternampak darah di belakang tangannya.
Allah.
"Bukan pneumonia." Bekas makanan dibawa ke singki. Pura-pura mencuci sambil terus membersihkan darah pada tangan. Entah macammana rupa mulutnya sekarang. Hanyir darah menyapa hidung. "Yen, tolong letak pinggan ke meja?"
Wanita itu menurut tanpa mengesyaki apa-apa. "Bila kau establish yang kau ada chest pain sampai tak dibenarkan terbang?"
"Somewhere sekitar enam bulan lepas?" Anak mata dikerling, mengintai samada Ayen tengah membelakangkannya. Berniat nak berkumur.
Terkejut wanita itu, lalu memandang Egann. "Dalam tempoh kita bertemu?"
Dah sudah. Dia tengah tengok aku. Egann kemudian membawa bekas makanan itu ke kuali. Terus dimasukkan.
"Exactly. Sejak aku jumpa kau."
"Kurang ajar..."
Diam.
"Doktor kau siapa?" Masih tak puas bertanya.
"Doktor Taha." Nasi goreng dibawa ke meja. Kopi dituang terus ke dalam cawan dan terus diteguk. Bersihkan mulut dari darah supaya masuk semula ke perut.
"Aha... kau ada masalah jantung apa?"
Egann menoleh terkejut. "Mana kau tahu aku ada masalah jantung?"
"Doktor kau ialah Doktor Taha. Dia kardiologis. Benda terjawab sendiri."
"Right" Kepala digaru. Nak mengelak, sekali dia lupa Ayen sendiri ialah doktor.
"Kau masih muda. Aku tengok kau tak merokok. Badan kau steady tak overweight. Ada sedikit masalah dengan fokus, batuk..." Kata-kata terhenti bila Egann sekali lagi terbatuk. Perhatian Ayen tertumpu terus pada kesihatan suaminya. "What is it? Arrhythmia? Coronary artery disease? Congestive heart failure? Aku tengah shot dengan common issues ni, jadi hentikan aku bila aku betul, okay? Cardiomyopathy?"
"Stop that!" Mulut itu ditutup terus dengan tangannya. "Kita masih ada perjanjian, kalau aku bagitau pasal sakit aku, kau kena berbaik dengan ayah dan abang kau."
"Sorry, aku tak ingat bila masa aku berjanji pasal tu," ujarnya sambil meletakkan pinggan ke meja.
Egann menoleh. "Its about time kau kena belajar hakikat yang bapak kau cross-dresser, Yen..."
"Its about time kau kena belajar hakikat yang aku takda bapak!" luahnya keras sambil berpaling ala-ala dramatik. Marahnya mati terus, terpandang sesuatu. Baju lelaki itu ditarik supaya Egann menunduk padanya, dan lalu sisa darah di bawah dagu dilap dengan ibu jari. Diperiksa dan dihidu. Sahih darah. "Tadi kau batuk. This from then?" soalnya, bertukar mode serius dan prihatin sekaligus.
Lelaki bermata biru itu mengeluh berat. Time ni la rasa bala sangat ada bini yang bijak pandai. Sebarang sisa darah yang dirasakan ada di wajah lalu dilap dengan bahu.
"Aku potong jari masa potong sotong..."
Dan Ayen terus memeriksa jari jemari kasar itu. "Clean. No cut whatsoever," luahnya rendah. Tangan dilarikan pada dada si suami yang pada luarannya bidang tetapi dalamannya entah apa khabar. Tshirt hitam kosong itu diusap-usap lembut. Ayen memaniskan wajah. "Sayang, care to explain?" Manis sekali disoal walau berisi nada serius.
Egann turut serius. "Nothing to explain." Sentuhan Ayen dilepaskan dan dia beralih menjauh.
"Egann, kau tak boleh buat macam ni. Kau ada masalah dengan jantung kau! Aku perlu tahu! Macammana kalau tiba-tiba kau terkena cardiac arrest sedangkan aku takda kat rumah nak call ambulans!" getusnya sambil mengejar.
"Aku sendiri akan call ambulans!"
"Macammana kalau iPhone kau tertinggal kat office kau sedangkan kau tengah layan F.R.I.E.N.D.S ?"
"JUST SHUT UP!! Aku boleh terima kau nak jadikan aku better muslim, atau ubah naluri aku, tapi my health is out of our verbal contract, Nurul Ain!" Wajah itu direnung tepat ke dasar. "You don't have to be a good wife on this part," tambahnya dan terus naik ke tangga, nak naik ke bilik, meninggalkan Ayen yang terpinga.
"A good wife yang ignore kesihatan hubby dia is not a good wife, it's a lousy wife!" jeritnya.
"Then, be a lousy wife for all I care!" Sempat membalas walau jauh sekali suaranya.
Ayen mendengus. Degil!
SUBUH berganti siang. Ayen tiba-tiba diberi cuti oleh Allah, maka dia bertenaga sedikit untuk membuat pembacaan berpanjangan pada pagi ini. Sehingga pukul 11 pagi, wanita itu masih tenggelam dalam bacaan serta buku-buku rujukan di kiri dan kanan. Fokusnya sekarang ini ialah sakit Awani. Kehendak Saif yang meminta dia mencari punca sakit adik ipar angkatnya itu menjadi motivasi ketika ini, selain tertarik dengan misteri sakit gadis 19 tahun itu.
Batuk. Demam. Muntah. Sakit abdomen. Kegagalan buah pinggang. Dan immune sistem yang bertukar sifar.
Nota direnung dengan akal kusut. Sel otak terasa tengah eksiden sesama sendiri sampai berasap kepala. Kulit mukanya menegang, gagal mencari sebarang teori bagi punca sakit Awani. Lalu muka diraup dengan sebelah tangan. Bencikan ketidakmampuannya ketika ini.
Ah, dia perlu berjalan.
Ayen keluar dari bilik. Semasa berjalan, sendi meletup-letup berbunyi. Memang lama sangat dia duduk tadi. Baru saja nak menuruni tangga, kedengaran suara Egann dari ruang tamu. Bercakap dalam bahasa Ingeris penuh maksudnya Egann bercakap dengan kenalannya di luar negara. Wanita itu beransur ke dapur, mengisi Nescafe ke dalam cawan.
"I don't fucking care about that! I still have things that I need to settle down here! If you can't understand that, then screw you!"
Marah benar, nampaknya.
"Hahaha! No no no, please don't burden yourself with such decision. Because I quit!"
Selajur, iPhone dibaling sekuatnya ke arah TV. Momentum balingan membuat permukaan skrin TV plasma itu retak. Kuat! iPhone yang dah jatuh ke atas kabinet mungkin dah sekian. Lelaki itu kemudian terduduk di sofa sambil menekan dadanya. Mengah, dan sedikit pening.
Ayen memekam bibir, ragu-ragu nak mendekat atau tidak. Tapi dia tak rasa Egann patut dibiarkan berseorangan... lalu suaminya didekati dalam langkah senyap.
"Busy?" tegurnya perlahan.
Egann menoleh sedikit tanpa memandang si isteri. Mata dipejam kelip sekali dua, menyembunyikan sakit di jantung.
"Ah sorry. Aku kacau kau buat kerja?"
"Of course. Macammana kau bole expect aku buat kerja sedangkan kau takde kat sebelah aku." Dia melabuh duduk di sebelah Egann.
Lelaki itu menoleh dengan muka berkerut. Ayen tersenyum hambar.
"Trying to make a joke..." jelasnya.
"Its a horrible joke."
"Aku cuma nak lighten the mood..."
"If thats so, then you are very terrible!" Terus menempelak.
Ayen terdiam dalam kejutan. Egann pula mengeluh lagi sambil mengurut kepala yg terasa sakit.
"Sorry."
"Kau penat je ni... aku pun bertukar jadi orang lain bila penat." Bahu suaminya diurut perlahan. Berbaik hati memberi sentuhan hingga Egann menoleh pelik. Ayen mengekalkan senyuman manis kerana benar-benar mahu memujuk. "Nak baring?" Paha ditepuk. Mempelawa.
Egann terkaku lagi. Tidak menjangka, namun tubuh teragak-agak nak rebah. Takut kena pukul. Paling teruk, kena tikam oleh lidah yang tajam itu.
Ayen menarik lengan Egann, membuatkan lelaki itu lebih yakin untuk berbaring. Kepala direhatkan pada paha si isteri. Ah selesanya.... wajah yang tersenyum itu direnung. Lebih-lebih lagi bila Ayen mengurut dan mengusap kepalanya lembut. Egann boleh terasa penat di tubuh beransur rileks. Mata dipejam, menikmati nikmat dunia.
Dirasakan Egann dah selesa, Ayen mencapai cawan Nescafe di meja kopi. Melayan diri dengan minuman panas itu. Ah segar.
"Yen."
"Em?"
"Jangan berhenti usap kepala aku boleh tak?"
Amboi mengarah! Namun wanita itu menurut. Hatinya terasa melimpah dengan kasih sayang untuk lelaki ini. Macam menidurkan budak pun ada jugak.
"Yen."
"Apa lagi?"
"Kau wangi..."
Kembang terus hidungnya.
Kerana lemak badan serta kulit halus yang dicipta Ilahi khusus buat seorang perempuan, tubuh feminin itu dirasakan cukup empuk dan menepati citarasa bantal peluknya ketika ini. Ah, dia hampir lupa keselesaan ini. Egann lalu menyelesakan perbaringan. Tangan dilingkar ke belakang Ayen, memeluk pinggul isteri kesayangannya.
"Rasa macam peluk bidadari syurga..." bisiknya rendah.
"Hahaha. Mustahil. Kau setan, kut."
Naik angin. Lalu paha itu digigit bagi membalas dendam, termasuklah dengan dendam setiap kali lengannya digigit Ayen selama ni. Terkejut wanita itu dibuatnya. Cawan berisi Nescafe yang masih panas dan segar dari dapur, tertumpah sedikit ke muka Egann
"Gahh!!" Lelaki itu bingkas duduk.
Ayen terbangun dan meminta maaf. Cawan selekasnya dipindahkan ke meja. Tisu muka di atas meja ditarik, mahu mengelap sisa Nescafe di muka itu namun lelaki itu mengelak.
"Tak payah," getus Egann, mendatar. Ada marah yang terselit di dalam nada suaranya. Basah pada muka kemudian dilap dengan lengan baju.
Ayen menjadi sebal. "Jangan mengada. Bak sini muka tu!" Kedua belah pipi Egann ditarik supaya mengadapnya. Tisu ditekap dari bahagian rambut yang basah hinggalah pada jambang nipis yang turut terkena sisa. Wajah lelaki itu dibelek.
"Kulit kau nipis nau... merah dah ni. Sakit tak?" Bersalah benar rasanya. Tolong lap muka suaminya ini pun tak mampu nak membungkus rasa di hati. Bila Egann tidak menjawab, Ayen mengalih pandang ke arah sepasang mata biru kilat yang tidak berkelip merenungnya. Tidak. Bukan pada mukanya, tapi pada dada yang tergantung di depan muka Egann.
Kelepek! Muka Egann dihentak terus dengan telapak tangan.
"Aduh!"
"Bongok!"
"Hahaha!" Pergelangan tangan Ayen ditangkap sebelum sempat wanita itu beralih pergi. Ayen memuncung dengan muka merah, manakala Egann merenung isterinya dengan senyum suka. "Don't go. I'm sorry."
"Kenapa kau buat perangai macam ni..." rengeknya.
"Ololo hahaha. Sebab aku tahu kau tak selesa. That's what you get sebab panggil aku setan." Pergelangan Ayen digenggam kedua belah supaya tidak lari tadi terus berdiri di depannya. Leretan sengih di bibir pula langsung tak kebah dari tadi. Muka Egann bercahaya, dan keduanya langsung tak perasan bahagia si dia.
"Kau gigit aku. Square."
"Kau tumpahkan Nes kat muka aku. Boom."
"Sebab kau gigit aku...!"
"Aku boleh buat lebih dari tu kalau kau bagi aku peluang..." Sengih.
"Kah! Buat la kalau boleh."
Kening kiri terjungkit terus bila dicabar. Selamba badak kuku dibenam pada kulit paha si isteri, membuat wanita itu terloncat seperti direnjat elektrik.
Ayen memejamkan mata, menahan geram di hati. Urat di lehernya menimbul. Mukanya menegang. Hingga boleh nampak asap yang meruap di kepala. Egann tergelak lagi, membuatkan Ayen menelan emosi yang melonjak-lonjak di dalam dada. Dia ditarik lagi hingga dia kembali berdiri di depan dengan si lelaki.
"Jangan marah... I could use some laugh..." ujarnya bersama ketawa yang memudar hingga menjadi senyuman nipis segaris. Pada dada di depannya, dia bertanya. "Boleh tak nak peluk kau?"
Liur tiba-tiba terasa kelat. Entah kenapa timbul rasa berdosa di hati. Kenapa seorang suami kena meminta izin nak memeluk seorang isteri? Hatinya bertanya.
"Kau tak sepatutnya mintak izin macam ni..." desis Ayen perlahan.
"History suggests otherwise. Aku dah taknak kena tampar."
Terasa diberi penampar backhand. Argh. Kelat. Berdosanya rasa ya Allah!! Hati Ayen menjerit membenci diri tanpa sebarang sebab yang difahami sebab hakikatnya, lelaki ini ialah lelaki yang tak boleh dibuat suami walaupun sebenarnya ialah seorang suami yang sah hokum hakam agama! Tapi kenapa mamat gay ini terasa bila dia enggan disentuh? Atau dia sengaja nak tunjuk sedih sebab nak buat dia rasa bersalah?
Ah. Otaknya terlalu banyak berfikir. Tetapi air wajah Egann yang muram perlu dipulihkan semula. Lalu lengan dilingkar pada kepala si suami. Niat yang mulanya nak pulihkan mood si suami, mula goyah bila pinggangnya dirangkul, malah dengan mudah tubuhnya diangkat dan dipindahkan ke riba si lelaki.
Kini, Egann duduk bersandar sambil memeluk pinggang si isteri di ribanya, malah kepala turut berehat di bawah dagu isteri. Debar di dada Ayen didengari. Tubuh itu juga keras macam patung hidup. Janggal benar macam tak biasa dipeluk. Tambah-tambah bila si isteri bertanya;
"Egann... kau tak rasa kita dah... ke laut sikit?" Dia benar-benar terasa macam Egann mencerobohi sempadan seperti tentera rejim Zionis menceroboh sempadan laut, darat dan udara tanah suci Palestin.
Senyum. "Just let me enjoy this comfort..." Tangan Ayen dicapai dan digenggam erat. Perempuan ini tengah defensif. "Don't worry. Aku takkan pergi jauh..." bisiknya, memberi rasa selamat yang diperlukan si isteri. Akhirnya berempati dengan kejanggalan itu.
Ayen ada masalah hati. Entah keras. Entah tertutup. Atau mungkin juga alergi. Mungkin kerana dia, tetapi dia menerima seadanya.
Suasana di antara mereka bertukar hening. Janggal benar-benar boleh memakan diri. Nafas hangat yang menampar telinga membuatnya geli. Ayen melangutkan wajah, kini menentang muka si suami. Yang memisahkan hanya jarak seinci di antara hidung.
Anak mata biru kilat itu direnung redup. "You have pretty eyes..." bisik Ayen rendah. Ikhlas memuji.
"Nafas kau bau kopi."
Dan sama-sama gelak.
"Kau tak puasa eh?"
"Baru perasan?"
"Untung jadi perempuan..."
"Untung lagi jadi lelaki sebab boleh tamat puasa..."
"Aku yang tak untung sebab kena ngaji sengsorang lepas ni..."
Ayen gelak hingga si suami tersenyum. Kemesraan itu membuatkan janggal tadi melupus macam ais di tengah panas. Si wanita turut bertukar relaks di atas riba suaminya. Mereka kembali berpandangan, kali ini dengan hati yang sama-sama terbuka luas untuk masing-masing.
"Sorry aku tumpahkan Nes dekat muka kau..." Pipi si suami diusap. Geli bila menjamah jambang pendek itu. Tajam-tajam sifatnya, tetapi memberi rasa seronok pada si perempuan.
"Ts'okay.... At least kau rasa bersalah sampai aku boleh peluk kau..." Kepala direbahkan ke bahu isterinya dengan senyum puas hati. Ketawa Ayen menjadi muzik di telinga dan ubat di hati hingga mampu melawan sakit.
Ruang tamu bertukar senyap. Kedua-duanya tenggelam dalam fikiran masing-masing. Egann memainkan ibu jari pada kulit pinggang si isteri, manakala Ayen merenung dinding sambil memintal rambut si suami. Jauh sekali renungannya,
"Fikir apa sayang?" tegur Egann, sengaja memecahkan hening.
"Jangan panggil aku sayang."
"Yikes."
"Aunty sakit apa sampai kena pakai kerusi roda?" soal Ayen kemudian.
"Tak tahu." Dengan mata terpejam, Egann menjawab.
"Lah. Apa yang kau tahu?"
"Yang kau sangat empuk dan wangi dan aku rasa mengantuk nak tidur tapi kau tengah kacau?"
"Alaa.. tolonglah aku fikir kejap. Aunty sakit apa?"
"Errmmm..." Rangkulan dikemaskan seperti memeluk bantal. "Aunty eh... dulu masa aku sekolah menengah, ada diabetes. Tapi sekarang, mungkin menopausal... atau gout... atau cerebral palsy... atau osteoporosis... atau Alzheimer... atau eksiden patah tulang belakang... atau whatever..."
Orang tengah serius, dia boleh main-main. "Kau betul-betul tak tahu pasal mak angkat kau sendiri." Habis semua penyakit disebutnya. Kalau semua penyakit itu dihidapi, dari awal lagi dah mampus agaknya.
"Aku bagi possibility."
"Yea? Possibility yang macammana orang ada gout kena pakai kerusi roda."
"Something macam ibu jari kaki dia sakit sampai dia taknak berjalan macam normal?"
"Ceh. Makan je la pain-killer atau ubat to reduce the acid build-up berbanding susahkan..." Kata-kata termati tanpa noktah, merenung siling seperti ada kod yang nak dipecahkan di situ. Ilham yang turun itu membuat matanya membulat. Ayen menoleh ke tangga, pada buku-buku rujukannya. Semua maklumat yang diperolehi dari pembacaan digabung-gabungkan seolah-olah setiap neuron dalam kepala tengah cuba membina jala kepada sebuah idea kasar.
"Aku kena call Doktor Taha!!" Suaranya melonjak naik. Spontan juga nak terbangun walaupun terhalang.
Terperanjat Egann! Terbuntang terus matanya! "Apa ni Yen... aku nak tidur, kau kacau!"
Pegangan tangan sasa di pinggangnya cuba dileraikan tetapi si suami enggan memberi kerjasama. "Aku ada idea pasal Awani ni..." Tak sabar-sabar rasanya. "Lepas la. Aku nak ambik handset kat bilik aku..." Mahu saja dia meronta sekuat hati dan menolak Egann lagi, tapi dia nak mengelak dari membuat lelaki itu marah lagi.
Lelaki itu mendengus pendek, masih berdegil. "Pakai handset aku je la." Kaki dipanjangkan pada iPhone di atas lantai, cuba ditangkap dengan jari kaki. Berjaya. Kemudian disambut oleh tangan dan diserahkan pada isterinya. "Cakap slow-slow. Aku nak tidur." Muka dibenam ke pangkal dada isterinya.
Jerit Ayen spontan terlontar bila jambang mencucuk kulit.
"Kau kenapa?" tegur Egann pelik.
"Hehhee... jambang kau kena kulit aku... geli... hehehe... but its okay. Aku je tak biasa..."
Alahai. Dia boleh merasa hatinya mencair seperti aiskrim. Perbualan Ayen dengan Doktor Taha sekadar dicuri dengar tanpa sebarang niat nak mengganggu. Daripada konteks, difahami perkara tersebut mengenai misteri sakit Awani. Tangannya dilarikan di sepanjang paha Ayen dan naik ke pinggang sebelum menyusup ke bawah baju.
"Ack!" Suara si isteri terlontar lebih kuat bila kulit mereka bertemu lagi. Ketawa lelaki itu terlepas. Isterinya benar-benar dara. Suka hati dibuatnya.
Ayen menjauhkan iPhone dari mulut sambil menarik tangan suaminya dari mengusik kulit. "Egann... aku perlu fokus," pintanya bersama riak serius. Tangan si suami dialihkan dari tubuhnya.
"Okay. Okay. Serius." Rangkulan dibebaskan. Ayen menjarakkan tubuhnya walau masih tidak lari dari duduknya di riba si suami. Fokus sekali riaknya menerangkan apa yang otaknya baru fikirkan—mengenai teori Awani salah makan ubat gout yang disangka Panadol—kemudian sesuatu yang disebut sebagai Colchicine Poisoning—yang dia tak pernah dengar sepanjang hidup.
Sesungguhnya perempuan ini tidak main-main soal mengejar kariernya sendiri. Tidak mudah hanyut, tahu nak bertegas, ada sense of purpose, malah cukup kuat berhadapan dengan cabaran seperti dirinya.
Buat kesekian kalinya dia merasa bangga dan bersyukur kerana memilih perempuan yang betul sebagai pasangan hidup kali ini. Kerana Ayen ialah sejenis problem, yang mahu menolong problem sepertinya supaya perempuan ini tidak merasa terlalu loser dalam hidupnya sendiri.
Apa jenis motif la tu.
Tangan dipanjangkan, nak mengusik rambut yang jatuh dari ikatan rambut itu. Sekali lagi Ayen menangkap tangannya, mungkin dirasakan mengganggu. Lalu tangan si isteri dipegang. Dibawa ke mulut. Dicium setiap jari. Baru perasan cincin kahwin itu tiada di tempatnya.
"Mana cincin kau?"
Ayen sempat menjeling dalam perbincangan di telefon sebelum mengeluarkan loket rantai dari dalam baju.
Ah, itu dia. Cincinnya juga masih tergantung di situ. Cincin ini cincin murah yang dibeli asal boleh. Ketika itu Ayen pun tidak peduli. Tetapi ketika ini, bila melihat couple ring ini, hatinya berkembang meluas macam belon yang dipam-pam hingga boleh terbang tinggi ke angkasa.
Perempuan ini ialah untuk dirinya seorang, bukan orang lain. Bukan untuk lelaki lain, bukan Romi, bukan untuk Saif sekalipun. Tersenyum lagi bila mengingati macammana Ayen menolak provokasinya. Tak kisahlah jika motif Ayen bertegas untuk menolak lelaki lain macam alasan cikai separuh masak, tapi yang penting, Ayen hanya mahukan dia sahaja dalam hidupnya.
Ayen selesai menelefon. Kerut gusar diwajah itu direnung bersama limpahan perasaan yang membuak-buak. Dia ialah suami kepada Nurul Ain binti Abu Bakar... and no one can change that. Dia sukakan label itu kini. Kerana dia sekarang dah--
"I think I've loved you—"
"Doktor Taha akan consult Toxicology dan mintak makmal test for colchicine poisoning."
Serentak disebut.
Mata Egann membulat luas. Mulut ditutup dengan tangan sambil memandang Ayen yang masih serius riaknya. Apa benda yang dia baru sebut? Macammana dia boleh – APA BENDA YANG DIA BARU SEBUT?! Otak terasa meletup hingga asap keluar dari kedua belah telinga.
"Aku rasa test akan positif. I mean, it fits!" Masih bercakap sendiri.
"Ha?"
"Pasal sakit Awan Kumulunimbus la..."
"Ah... ha'ah... yea..." Debaran di jantung hanya dirasai sendiri. Sahih sangat Ayen tak dengar apa yang baru disebut. Dia tak tahu apa yang dirasainya kini lega atau sedih. Atau mungkin masih terkejut kerana dia sendiri baru menyedari perasaanya sendiri.
Muka diraup dengan kedua belah tangan. "By the way, masa aku on the phone, jangan la duk pegang-pegang aku. Tempat yang tak patut pulak tu."
"Kau isteri aku. Takda tempat yang tak patut yang aku berhak jelajahi."
Makin bertambah lapis di dahi si perempuan. Egann lebih-lebih lagi. Tak faham kenapa, tapi dia rasa defensif bila isterinya ini cuba nak tolak haknya. Tapi sejak bila dia kisah sangat dengan hak seorang suami?
"Why am I being weird?" soalnya pada diri sendiri.
"Oh wow, kau perasan?" Sinis sekali ditanyakan.
Egann menyambut smartphone tersebut bersama keluh berat. Dia tahu dia sukakan Ayen. Dia senang dengan kehadiran Ayen dalam rumah, atau dalam hidupnya. Dia mahu yang terbaik untuk isterinya itu – sesuatu yang dia anggap sebagai rasa tanggungjawab dimana semua lelaki akan rasai terhadap perempuan milik masing-masing. Itu sesuatu yang sangat normal.
Tapi, bila timbul soal cinta... ini dah lain! Ini sah-sah lari dari pelan asal! Dia juga tak tahu dia masih mampu mencintai seorang perempuan, selepas kejadian bersejarah dengan Fatiha beberapa tahun lepas! Selama ini hatinya tertutup rapat. Selama ini dia cuba melawan dan meludah takdir dari langit dengan sengaja berasmara dengan kaum sendiri. Dia hanya mahu berubah hanya sebab nak menipu Saif... tetapi dia langsung tak jangka dia masih mampu—
Ayie kerap melabel dia sebagai biseksual, sama macam dia. Mungkinkah selama ini benar tetapi dia yang tak perasan? Kalau selama ini dia mampu bereaksi pada kaum hawa, kenapa tidak pernah wujud pada mana-mana perempuan selepas Fatiha... dan selepas bertahun-tahun warasnya pecah ditibai ribut kehidupan, semasa dia tengah terkapai-kapai lemas di tengah laut, tersesat tanpa hala tuju, tiba-tiba lampu lighthouse tertumpu pada Ayen?
Dalam ramai ramai perempuan cantik langsing macam model yang dah ditemui selama ini, kenapa hatinya terpaut pada perempuan pendek muka berparut ini?
Terbeban pula dengan kekeliruan hati. Egann bangkit. Nak berseorangan di bilik tidurnya. Nak berfikir. Sebelum sampai ke tangga, hati tergerak nak tanyakan sesuatu. Lalu isterinya kembali ditentang.
"Yen."
Ayen yang sedang memungut cawan di lantai, menoleh. "Em?"
"Masa aku cuba kenenkan kau dengan Romi... selain jawapan selfish kau, kenapa kau reject effort aku sebenarnya? Relationship dengan lelaki tulen sepatutnya lebih mudah, kan? Kalau kau nakkan problematic guy sebab nak merasa jadi lebih superior, a straight and problematic guy would still fit your motivation, and easier too... kan?" soalnya, bersifat klarifikasi.
"Sebab aku wife kau, duh." Laju menjawab. Langsung tak fikir dua kali hingga Egann terkejut.
"Tapi agreement kita..."
"Aku tak pernah cakap aku setuju nak cari lelaki lain di luar. Kau yang mengada-ngada beri idea tu kat aku. Walau sekali pun aku tak pernah plan nak duakan kau." Serius sekali nadanya sambil terus membawa cawan ke singki.
Jadi betullah apa yang dia rasa. Hati terasa dipam-pam hingga membentuk satu belon gergasi yang boleh menelan bumi. Gaya Ayen kering tak berperasaan, tapi kata-katanya mampu memberi satu makna yang besar kepada si lelaki. Bahawasanya Ayen menghargai kehadirannya dalam hidup wanita itu.
"The fact that aku suami yang gagal tak kacau kau ke?" soalnya lagi bila Ayen menghampiri tangga.
Langkah Ayen terhenti. Muka suaminya direnung tanpa kelip, cuba membaca apa yang ada di dalam kepala itu. Egann pula terpejam kelip bila diberi renungan tak berkelip itu.
"Tak payah la tengok aku sampai macam tu." Dia beralih, kembali melangkah naik.
Ayen tergelak nipis, mengekori di sebelah. "Kau pelik lately. Something happen ke?"
"Pelik macammana?"
"Ermm... kau peluk cium aku anytime kau ada peluang, marah aku bila aku melawan, cuba nak pass aku dekat lelaki lain, growing insecure... and now question balik my decision nak stay dengan kau... kau tak sukakan aku sangat ke?" soalnya dengan nada selamba, walau sakit di hati masyaAllah.... Semput!
"On the contrary. Aku sukakan kau sangat-sangat sampai aku sendiri keliru sekarang ni."
Ayen berhenti melangkah. Egann turut berhenti, memandang muka yang melopong itu.
"Aku tak faham."
Buta emosi.
Egann menghela nafas pendek. "Takpe lah. Aku sendiri masih confuse sekarang ni. Kita ada sepanjang hayat nak jawab misteri hubungan kita." Tangan dipanjangkan ke arah kepala si isteri, digosok ringan. Ayen membiarkan. Kemudian mereka sama-sama menaiki tangga ke bilik tidur masing-masing.