Home Novel Cinta ReLaKu PuJuK
Bab 12


AUDI RS5
 Coupe night blue itu diparkir elok di tempat khas untuknya. Dah seminggu dia memandu sendiri. Bermakna sudah seminggulah dia tak dihantar Pak Majid.

Awalnya Ibu Dian tegah juga. Alasan? Dia belum mahir seratus peratus jalan di Kuala Lumpur. Nasib baik ada babanya tolong back up.

Mengingat itu, Aryan senyum sendiri.

Pak Aryawan memang nampak tegas dengan anak-anaknya. Tapi lelaki itulah yang paling senang dibawa bincang kalau melibatkan apa-apa.

Lain pula dengan Ibu Dian. Mamanya memang suka manjakan. Tapi dalam manjakan, mulutnya tak pernah henti dengan bebelan. Kata orang, itu tanda sayang.

Dia faham. Setiap orang tua nakkan yang terbaik untuk anak-anak. Bila mereka bising atau tegur, itu bermakna mereka beri perhatian.

Aryan terus menapak ke bangunan Armaya. Melangkah saja ke ruang lobi, salam dan tunduk hormat sambut kedatangannya. Rutin yang diterima sejak status CEO disandang.

Kadang dia naik segan. Nak ditegah, diluar kemampuan. Seakan dia belum layak terima sebarang penghormatan. Lainlah Pak Aryawan. Tapi apa boleh buat. Dah orang bagi penghargaan. Senyuman mesra saja yang mampu dia bagi sebagai balasan.

"Morning, Tuan Aryan!" sapa Intan penuh ceria sebaik terpandang majikannya.

"Morning, Intan."

Gadis itu ekori Aryan ke dalam pejabat. Pembuka tirai tugasnya setiap pagi. Pen dan buku catitan di tangan setia menemani.

"So... what's the agenda of today?" soal Aryan. Beg kerjanya diletak ke meja. Duduknya dilabuhkan ke kerusi.

"Okey. Hari ni pagi sampai tengah hari jadual tuan free. Petang pukul 3.30 baru tuan ada meeting dengan syarikat kontraktor D'Creation untuk projek perumahan semi-D di Petaling Jaya tu."

"Cuman itu aja?"

"Ya, tuan."

"Alright. Anything else?"

"Oh ya. Jangan lupa, pagi esok. Pukul 10.00. Kita ada monthly meeting dengan semua ketua departmen."

Aryan angguk faham. "Lagi?"

"Itu saja, tuan. Saya keluar dulu. Kopi tuan saya hantar sekejap lagi," ujar Intan sebelum berlalu.

Aryan tersenyum. Kopi gadis itu kini dah jadi favouritenya. Macam baba.

Betullah kata Intan. Sekali dah rasa, memang takkan berhenti minta untuk seterus dan seterusnya.

"Hmmh. It's time to work!"

Fail-fail berisi dokumen atas meja mula diberi tumpuan. Hari ini banyak yang perlu diselesaikan. Baca. Semak. Tanda tangan.

Macam nampak senang. Tersilap buat keputusan, boleh membinasakan.

Aryan itu terus leka buat kerja. Sikit pun dia tak kalih dari tempatnya. Mujur keadaan seakan memahami. Tak ada sebarang gangguan pun yang datang sejak dia mula tadi.

Tittt!

Baru disebut-sebut. Dan-dan itu juga interkomnya berbunyi.

"Tuan."

"Yes, Intan."

"Ada tetamu nak jumpa tuan."

"Tetamu? Siapa? Punya appoinmentnya?"

"Tak ada. Tapi dia cakap dia teman tuan."

Kening Aryan berkerut. Dia punya temankah di sini?

"Tuan Aryan?"

"Iya. Nggak apa-apa. Benarin dia masuk, ya."

Lelaki itu sentuh dahi. Memikir siapa gerangan 'teman' yang tiba-tiba muncul hari ini. Belum sempat otak berfikir, daun pintu ditolak dari luar.

"Hello, my buddy!"

Seraya Aryan angkat muka. "Wafri?"

"I'm here."

"Astagha! Lo rupanya!" Aryan bingkas bangun. Huluran salam Wafri di depan terus disambut. "Aku pikir siapa yang datang tadi!"

"Kenapa? Terkejut?" duga Wafri.

"Ngapain nggak bilang mau datang?"

"Saja. Nak surprise. Macam kau surprisekan aku hari tu."

"Mau balas?"

"Lebih kuranglah." Wafri tergelak. Habis itu, matanya melilau perhati keliling ruang

pejabat. "Boleh tahan bilik kau ni. Cantik. Besar. Kemas."

"Nggaklah. Biasa-biasa aja, sih."

"Biasa-biasa konon. Kalau dah gah macam ni, biasa-biasa apanya! So... how's your days as CEO Armaya InternationalDid you enjoy it?"

"Lumayan. Seperti yang lo lihat sekarang." Aryan tunjuk timbunan fail atas mejanya. "Ini yang harusku tatap hampir setiap hari."

"Alah, Ryan. Normallah tu. Dah nama pun CEO."

"Lagi senang mengembara kayaknya."

Gelak Wafri kali ini lebih kuat.

"Habis kau ingat, jadi CEO ni macam main pondok-pondok ke? Hmm? Nak-nak international company macam ni."

Kali ini Aryan jungkit bahu. "Ya... mau bikin gimana lagi. Udah ini bagian aku. Terima aja apa adanya."

"Tu yang sebaiknya, bro. Ini amanah keluarga kau. Tanggungjawab untuk kau pikul sekarang. Just do your best as you could! "

"Aku lagi sedang coba."

"That's Aryan yang aku kenal! Tak pernah kenal erti putus asa!"

"Lo nggak kerja ini hari?"

"Tak. Hari ni aku off. Sebab tulah aku datang sini. Nak ajak kau lunch."

"Oh, ya? Kebetulan aku juga nggak punya apa-apa urusan tengah hari ini. Nasib lo baik!"

"Well... this is Wafri. Bab-bab langkah kanan ni memang aku pro, kan!"

"Sok belagak, lo!" tempelak Aryan. Fail-fail di depannya mula dikemaskan. "Leeyanya mana? Kok nggak datang sekali?"

"Sepatutnya ada. Tapi last minute dia ada hal. Urgent."

"Hal urgent apaan? Bukan lo lagi urgent?"

"Sekalilah tu."

"Aku nggak ngerti."

"Leeya balik kampung, Ri. Jumpa keluarga dia. Bincang sesuatu tentang kita orang."

"Maksud lo?"

"Keluarga aku nak datang merisik dia minggu depan."

Fail di tangan Aryan terlepas. Tepat dia renung wajah rakannya dengan soalan yang bertunas-tunas.


"AKHIRNYA! Berjodoh juga lo berdua, ya. Tahniah, Ri! Aku happy banget!"

Tersenyum simpul Wafri dengar ucapan itu. Gembira ada. Segan pun ada. Lagi-lagi dengan rakan baiknya.

"Thanks, Ryan."

"Nggak nyangka, deh. Lo jadian juga sama Leeya."

"Dah jodoh kita orang kut. Walaupun dulu macam anjing dengan kucing. Hai... aku pun tak tahulah Ryan macam mana boleh sangkut. Padahal Leeya tu benci betul dengan aku. Aku kuat sakat dia!"

Spontan tawa Aryan terhambur.

"Itu jodohnya lagi kuat itu! Mula-mula berantem, benci. Lama-lama terus jatuh sayang, suka. Benar nggak?"

"Ya... mungkin. Tapi aku bersyukur, Ryan. Sekurang-kurangnya aku dah kenal hati budi dia macam mana."

"Leeya itu luarannya aja terlihat begitu. Tapi dalam hati, baik sekali. Terus dia lagi cantik, pintar, rajin, pandei masak, berhijab, solehah. Apa lagi? Ya pokoknya, cukuplah segala ciri-ciri untuk dijadikan sebagai seorang istri. Lo beruntung banget sih dapatin dia!"

"I know."

"Makanya, lo harus jagain dia baik-baik. Jangan sampei terlepas ke tangan orang lain."

Wafri terdiam. Kata-kata diucap Aryan umpama satu peringatan yang mendalam. Seketika, wajah rakannya itu dipandang.

"Kau bila, Aryan?"

Jus lemon yang sedang diteguk Aryan dan-dan itu tersembur. "Apa?"

"Aku tanya, kau bila?"

"Apaan yang bila?"

"Kau ni tak faham ke buat-buat tak faham?"

Pertanyaan itu dibiar Aryan. Gelas minumannya diletak semula. Renungan Wafri di depan juga pura-pura tak diendah.

"Eh! Aku tengah cakap dengan kau ni, tau. Bukan dengan meja, dengan pinggan, dengan kerusi!"

"Aku tau."

"Dah tu, senyap aje. Sampai bila, Ryan? Hmm?"

"Nggak tau. Sampei diizin-NYA barangkali."

"Itu aku tahu. Tapi sekurang-kurangnya usahalah cari. Takkan kau nak tunggu macam bulan jatuh ke riba kut. Memang taklah!"

"Hati aku belum terbuka, Ri."

"Kau sendiri yang tak nak buka. Even kau tak benarkan sorang perempuan pun masuk ke dalam hati kau tu. Bukan tak ada. Ramai! Tapi kau yang tak pernah bagi dia orang ruang tu. Kan? Jangan tipu aku."

"Aku nggak bisa."

"Kenapa? Sebab kau nak biarkan kenangan silam terus bermastautin dalam diri kau. Hati kau. Fikiran kau. Am I right?"

Aryan bungkam. Tak tahu macam mana harus ditepis lontaran ayat lelaki di depan.

Bukan dia tak nak cari teman. Apalagi nak nafikan fitrah manusia dalam hidup berpasangan. Tapi hatinya masih belum boleh terbuka untuk kembali ke dalam dunia itu.

Entahlah. Buat masa ini, dia lebih senang bersendirian. Tak terikat. Ke mana-mana pun tak ada yang larang. Dirinya bebas melakukan segala hal.

Mungkin sampai suatu masa bila ALLAH dah tetapkan hatinya terbuka semula, waktu itulah jodohnya akan menjelma. Cuma saatnya bila, dia tak tahu.

"Sampei tiba saatnya nanti, hatiku bakalan terbuka Ri."

"Bila?"

"Nggak tau. Tapi yang pasti, bukan sekarang ini."

"Kau yakin?"

"Belum ada yang bisa melakuin."

Spontan, tawa Wafri berderai.

"Jangan yakin sangat, kawan! Percaturan ALLAH selalunya diluar yang kita jangkakan. Sekarang kau bolehlah cakap macam ni. Entah-entah esok lusa Dia campakkan jodoh kau terus kat depan-depan mata!"

Serentak, mata Aryan tepat ke wajah Wafri.

"Dan masa tu kau dah tak boleh nak elak lagi!"



Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.