DERINGAN telefon yang nyaring kejutkan Aryan dari lena. Telinga dah bingit. Tapi matanya masih berat nak buka.
Sudahnya, dia capai bantal. Telinga ditekup. Telefon yang masih berbunyi, dibiar menjerit sayup-sayup
Cukup berapa detik, deringan terhenti. Aryan hela nafas. Namun leganya hanya sekejap bila deringan itu kembali menjerit.
“Ah! Dia bunyi lagi! Aduhhh! Siapa sih yang nelefon pagi-pagi minggu begini! Mau tidur, lagi diganggu!” ngomel Aryan sendiri.
Dengan malas, tangan meraba-raba cari telefon bimbitnya di meja sisi.
“Mana ini telefonnya.”
Mata dicelik sedikit. Telefon yang dah beranjak tempat segera diambil.
“Hello.” Aryan jawab separa sedar sebaik talian disambut. “Siapa?”
“Aryan. Ini mama!”
“Mama?”
“Iya. Kamu lagi tidur, ya?”
“Iya, ma. Mama ada apa sih nelefon Aryan pagi-pagi begini?”
“Pagi? Pagi apaan? Matahari lagi udah terik atas kepala, kok dibilang masih pagi!”
Aryan kerling jam. Dah pukul 12.15 tengah hari.
“Aryan lagi ngantuk, ma. Capek. Lagi pula, ini hari kan hari minggu.”
“Asik! Kalau hari minggu itu apa bangunnya harus telat? Gitu? Ini solat subuhnya lansung gimana? Terlajak terus?”
“Nggak, ah. Selesai solat subuh baru Aryan nyambung tidur.”
“Alhamdulillah. Gini baru anak mama!” ujar Ibu Dian. Nyata wanita itu senang dengan penjelasan Aryan.
“Mama lagi apaan nelefon ini? Kakek nggak kenapa-kenapa, kan?”
“Nggak. Kakeknya baik-baik aja, dong.”
“Terus?”
“Begini. Mama nelefon ini mau kasitahu sama kamu. Mama sama baba udah mau pulang ke Malaysia.”
Mata Aryan serta-merta membulat. Tubuh yang sejak tadi berbaring malas kini dah duduk tegak. “Hah?! Mau pulang??”
“Iya.”
“Kapan?”
“Lusa.”
“Hah?! Lusa??”
“Ya, iya. Flightnya lagi jam 10.00 malam.”
“Hah??!”
“Loh! Kamu ini kenapa sih, Aryan? Lagi hoh, hah, hoh, hah dari tadi!”
“Oh! Err... ng... nggak. Nggak apa-apa.”
“Terus, kamu dengar apa nggak sih mama bilangin tadi?”
“De... de... dengar.”
“Nah... terus itu nanti dikasitahu sama Pak Majidnya ya jemput mama sama baba di airport sana.”
“I...i... iya, iya. Nanti Aryan sampaikan. Kirim salam buat semuanya di sana.”
Selesai ucapan salam, talian terus dimatikan.
Aryan tarik nafas. Dadanya rasa lemas. Pantas dia bangkit dari katil. Mundar mandir dalam bilik fikir apa yang baru diberitahu Ibu Dian sebentar tadi.
“Aduh! Gawat ini! Gimana, sih?!”
Aryan terus mundar-mandir. Sekejap ke hulu, sekejap ke hilir. Tangan turut pegang kepala agar berfikir.
“Ayuh! Mikir, Aryan. Mikir, mikir!”
Saat diri dah hilang arah, kepala Aryan dan-dan teringat sesuatu.
“Wafri.”
Nampak gaya, itu saja jalan yang dapat bantu.
“Wafri, Wafri.”
Kelam-kabut Aryan capai tuala di sidaian. Dia perlu segera mandi untuk bertemu lelaki itu!
“GUYS, sorry! Aku telat.”
Aryan susun sepuluh jari depan Wafri dan Aleeya. Kerusi kemudian ditarik. Duduk menghadap kedua-dua rakannya.
“It’s alright.” Wafri membalas.
“Udah lama kalian nunggu?”
“Adalah dalam setengah jam. And sorry, Ryan. Kita orang dah makan dulu sementara tunggu kau. Lapar!”
“No. It’s fine.”
“So… what’s up, bro? Tiba-tiba call ajak jumpa ni. Hmm?” Wafri buka perbualan.
“Ha’ah, Ryan. Kelam-kabut semacam aje tengok. Kau okey ke?” Aleeya turut bersuara.
“No. I’m really really not okay. Guys, please! Kalian harus nolongin aku.”
“Tolong? Tolong apa ni? Aku tak faham. Cuba kau explain, Ryan. Apa masalah kau sebenarnya? Sampai tiba-tiba ajak jumpa ni.”
“Betul cakap Wafri tu, Ryan. Easy. Tarik nafas. Cerita pelan-pelan kat kita orang. Kalau kita orang boleh tolong, insya-ALLAH kita orang akan tolong.”
Aryan terdiam. Cakap Wafri dan Aleeya ada benar. Selagi tak tahu apa masalah, nak tolong macam mana?
Lelaki itu tarik nafas.
“Orang tuaku akan pulang dari Jakarta.”
Serentak, duduk Wafri dan Aleeya menegak. “What?!”
“Yes! They are coming back here.”
“Bila?”
“Lusa.”
“Hah??!”
Pasangan itu jelas terkesima. Patutlah Aryan kelam-kabut nak jumpa. Masalah negara nak melanda!
“Jadi, Sefhia macam mana?”
“Kerna itu aku nelefon lo, Ri. Hal itu yang membawa aku ketemu sama lo saat ini. Cuma lo satu-satunya yang bisa bantuin aku selesaikan semua ini.”
Kali ini Wafri yang diam. Dia sendiri tak tahu apa patut dilakukan. Celah mana pula dirinya dapat tolong Aryan?
Lelaki itu hela nafas panjang. “Kalau kau ikut usul aku dengan Leeya hari tu kan tak jadi macam ni.”
“Serahin Sefhia ke polisi?”
“Yes!”
Aryan ketawa nipis. “Lo udah tau jawapan aku, Ri.”
“Habis sekarang, dah kelam-kabut mcam ni, what do you expect me to do? Bawa Sefhia tinggal dengan aku? Or Leeya? Oh, no! No, no, no. I’m not gonna let it happen!”
“Ri…,”
“What?”
“Aryan perlukan pertolongan kita.”
“Ya… saya tahu. Tapi bukan dengan bawa Sefhia tinggal di rumah saya atau awak. Kita sendiri tak kenal dia tu siapa. Latar belakang dia. Yang kita tahu, dia adalah salah seorang ahli kumpulan Crazier, penjenayah yang paling wanted kat Malaysia. Dan dia jugak yang dah culik Aryan. Bila-bila masa aje polis akan cari dia!
Macam mana kalau polis tangkap dia waktu ada dengan kita? Tak pasal-pasal kita bertiga kena tahan sama sebab bersubahat lindungi penjenayah. Then, title doktor awak dengan saya, habis! Lenyap! Finished! Ohhh… selisih 44 malaikat!”
Wafri raup wajah. Takut bayangkan apa yang tengah bermain di kepala.
“Tapi polis takkan tahu kalau kita tak bagitahu pasal Sefhia, kan?”
“Sampai bila, Leeya? Sampai bila kita nak sorokkan dia? Lambat-laun polis akan dapat tahu jugak. Cukuplah saya dah tolong Ryan rawat dia. Lebih dari tu, saya tak sanggup! Kalau kena tangkap, masuk penjara, kempunan saya nak kahwin dengan awak nanti. Tahu!”
“Isk, awak ni! Ke situ pulak pergi!” tingkah Aleeya. Bahu Wafri ditampar.
“Tak betul ke apa saya cakap?”
“Bukan tak betul. Tapi terlebih imaginasi sangat!”
“Tapi awak pun setuju sama hari tu Aryan serah Sefhia kat polis, kan?”
“Itu, hari tu. Sebelum kenal Sefhia. Tapi bila dah berapa kali ikut awak periksa dia masa Aryan ke Abu Dhabi, persepsi saya pada dia serta-merta berubah. Saya tengok dia okey aje. Sama macam kita, macam orang lain. Tak ada beza pun. Tak makan orang.”
“Hai… awak pun dah kena sampuk dengan aura Sefhia jugak ke macam Ryan?”
“Awak ni… tak baik cakap macam tu! Cubalah positif sikit! Pernah tak awak terfikir, semua yang berlaku sekarang ni mungkin ada sebab. Ada sebab kenapa Sefhia tu tak kena tangkap sama dengan geng-gengnya yang lain. Ada sebab kenapa ALLAH jumpakan dia dengan Aryan balik. Dan ada sebab kenapa sampai sekarang kita masih terikat dengan dia. Mungkin ALLAH dah pilih kita untuk tolong dia, selamatkan dia, jadi pelindung dia.
And… don’t you ever think, macam mana seorang gadis macam Sefhia tu boleh jadi ahli Crazier? Dia sendiri yang rela atau dia terpaksa? Saya tak rasa dia suka-suka nak join geng jahat macam tu. Saya perempuan. Jadi saya boleh faham perasaan dia macam mana.
Sama ada naluri saya yang salah atau otak saya yang dah tak betul. Tapi saya dapat rasa ada kisah yang Sefhia simpan di sebalik penglibatan dia dalam kumpulan tu. Dan saya rasa ini jugak sebab kenapa sampai sekarang Aryan tak nak serah Sefhia kat polis. Am I right, Aryan?”
Tak ada kata balas. Hanya anggukkan Aryan jawab pertanyaan Aleeya.
“See? I told you, honey!”
“So sekarang ni, saya yang salahlah? Since awak pun dah back up Aryan.”
“Bukan salah. Cuma kita tak boleh nak hukum Sefhia tanpa tahu cerita yang sebenar.
Bak kata orang… don’t judge a book by it’s cover, Doktor Wafri. Selama awak rawat Sefhia, pernah tak dia buat yang tak baik kat awak? Berkasar, tumbuk, terajang awak?”
“Nope.”
“Maknanya, dia masih manusia biasa lagi. Ada perasaan, ada hati. Masih ada rasa hormat pada awak sebagai doktor yang rawat dia. Kecuali kalau ada sesuatu yang buat dia marah, get ready ajelah.”
“Macam Aryan kena belasah?”
Aleeya sengih. Bahu turut dijungkit naik.
“Mula-mula dulu saya pun macam awak jugak, Ri. Prejudis terhadap Sefhia. Tapi bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmah ALLAH temukan kita dengan dia. Ada ‘sesuatu’ yang ALLAH nak tunjukkan supaya kita buka mata.”
“Makasih, Leeya. Makasih kerna lo ngerti niat sebenar aku.”
“Kita kawan dah lama, Ryan. Dulu kau dah banyak tolong aku. Sekarang turn aku pulak. Kawan kenalah tolong kawan, kan?”
“Okay, fine! Kita tolong Sefhia!”
Akhirnya, Wafri mengalah juga. Sedar sindiran Aleeya memang dituju buatnya.
“Ha! Macam tulah kawan! Ni yang buat saya makin sayang kat awak ni.”
“Hmm… yelah, Cik Aleeya. Sayang, sayang jugak. Sefhia ni, apa cerita? Nak tolong dia macam mana? Lusa parent Aryan dah balik.”
“Yang tu kena tanya Aryan sendirilah.”
“Amacam, bro?”
Aryan dongak. Wajah dua rakannya silih ganti dipandang. “Menikah.”
“Hmm? Menikah? Siapa menikah? Aku dengan Leeya?” Spontan gelak Wafri berderai. “Yang tu kau jangan risaulah, Ryan. Kita orang dah tunang dah. Bakal menyusul lepas ni majlis akad nikahlah.”
“Bukan lo. Tapi aku.”
Sekali lagi duduk Wafri jadi tegak.
“Hah?! Kau nak nikah? Eh! kau biar betul, Ryan. Dengan siapa pulak kau nak nikah?”
“Sefhia.”
“Hah??! Pa… pa… pardon?”
“Lo juga yang nyuruh aku nikahin dia tempoh hari, bukan? Jadi nggak ada sebab Sefhia nggak boleh tinggal terus di rumah itu.”
“Weiii! Itu aku main-main ajelah, Ryan! Yang kau ambil port, apahal?!”
“Tapi ini kali aku serius, Ri. Benar-benar serius sama rencana gila lo itu.”
Wafri telan liur. Tak sangka Aryan betul-betul serius. Wajah Aleeya di sebelah ditenung. Berharap teman wanitanya itu dapat tolong.
“Kalau itu yang kau rasa terbaik Ryan, aku tak kisah. I’ll always behind you. Mana tahu kut-kut kau boleh ubah Sefhia jadi baik. Bimbing dia kembali ke jalan yang lurus.”
“Makasih, Leeya. Dan untuk sekali lagi, aku butuh pertolongan lo untuk satu hal.”
“Apa dia?”
“Bantuin aku ubah penampilan Sefhia.”
“No worries. Yang tu kau serah aje kat aku. Bisa diatur!”
Wafri pandang Aleeya. Lepas itu, Aryan.
Lain yang diharapkan, lain yang jadi kenyataan. Nak saja perancangan kedua-duanya dihentikan. Tapi nampak gayanya, makin berborak sakan.
Wafri tepuk dahi. Menyesal pula dia bagi cadangan gila tersebut tempoh hari.
‘Terlajak perahu boleh lagi undur. Terlajak kata… tanggunglah kau, Wafri!’