“
So, you dah maafkan I?” Azim Harraz
menghulurkan tangannya. Syafawati Qaisara menjeling. Bukan sekilas. Hanya
dengan pandangan matanya yang sengaja dijulingkan. Sebenarnya tidak percaya
yang mamat gila itu sanggup menunaikan syarat.
Apa
yang diluahkannya tadi hanyalah sesuatu yang spontan. Dalam keadaan yang sakit
sebegitu, nak berfikir pun dia tak sempat.
“
Bodoh!” Dengan mengungkapkan perkataan itu, kakinya laju mencari jalan keluar
untuk berlalu dari kafeteria yang seakan memberikan berbagai senyuman padanya.
Malu. Ramai yang memandangnya dengan bermacam pandangan.
“
Hey, at least bagilah I bawa you
pergi medic.” Telinga Syafawati Qaisara
dapat menangkap permintaan itu. Namun dibiarkan sepi.
Kaki
aku masih tahu lagi jalan nak pergi medic.
Gerutunya dalam hati. Tangannya mencapai kasar beg sandang yang berada di meja
yang sedang diduduki Heliza.
Sedari
tadi kawannya itu tercengang. Mahu mendekat tetapi kakinya tidak mahu
melangkah. Mahu melihat drama yang best di matanya. Mahu menolong, tetapi mamat
yang memperkenalkan dirinya sebagai Azim Harraz itu telah mahu menolongnya.
Merayu
kata maaf dengan penuh sayu. Romantik. Hati Heliza senyum. Tersedar. Terus dia
berlari mengejar kawannya yang telah pergi.
“
Sya, tunggulah.” Lelah kerana mengejar. Tercungap-cungap dia mengambil nyawa.
“
Kita pergi medic. Teruk juga aku
tengok tangan kau tu. Entah-entah bahaya kalau tak buat rawatan awal-awal. Aku
risau kalau nanti melecur teruk. Macam mana kau nak menaip nanti. Merajuk pulak
lappy kau kalau pakai sebelah tangan.
Aku…”
Heliza
mematikan ayat. Pandangan macam singa betina yang dilihatnya membuatkan dia
meraih senyum kucing. Tersenyum perlahan-lahan. Tidak mahu menambahkan rawan hati
kawan yang sedang panas.
Dia
ni nak cari marah aku je. Pot pet pot pet. Macam mak nenek yang esok nak
meninggal. Bertimbun-timbun wasiat yang nak disampaikan. Syafawati Qaisara
menggerutu di dalam hati.
“
Kau marah dengan Azim Harraz eh?” Sekali lagi Syafawati Qaisara memandang
Heliza. Mengangkat kening.
“
Mamat tu la. Tadi kan dia ada bagitahu nama dia Azim Harraz masa nak buat sesi
makan free beramai-ramai.”
“
Owh mamat gila tu.” Kali ini Heliza pula yang menjungkitkan keningnya.
Senang-senang diberi gelaran. Punyalah cantik nama. Macam pemiliknya. Hehe.
“
Sedap mulut kau je panggil dia macam tu. Selama aku hidup ni tak pernah pulak
aku jumpa mamat gila yang hensem macam tu. Hensem tu kawan. Tapi syok jugak
nama yang kau bagi tu. Memang gila sebab sahut cabaran kau untuk belanja satu
kafe. Mahu beratus yang terbang.”
“
Alah…poyo la mamat tu kalau tak berani buat. Lagipun apa nak takut. PTPTN baru
masuk kan?” Heliza ketawa kuat.
“
Masa kau cakap syarat tu tadi kau fikir ke tak?” Syafawati Qaisara hanya menjeling.
Tahu kawannya itu sengaja menduganya.
“
Aku fikir ke tak benda dah berlaku pun. Apa boleh buat.”
“Tahi
kambing bulat. Boleh buat ubat. Ubat cap batuk.” Heliza ketawa sakan dengan
lagu yang dia sendiri nyanyikan. Sengaja menyambung ayat kawan yang dimatikan.
Senang dengan lagak kawan seorang itu.
“
Kau marah dengan mamat tu eh?”
“
Kambing kau aku tak marah. Kau tengok sendiri kan apa yang dia dah buat.”
“
Tapikan…kalau ya pun kau marah dia, takkanlah sampai kau kena curi cermin mata dia
kan?” Syafawati Qaisara kaget. Terus dilihat tangannya. Ya! Dia memegang beg
dan cermin mata mamat gila tersebut. Sesuatu yang tidak disedarinya. Dia
mengeluh.
“
Itulah. Kau tak sedar apa yang kau buat kan? Bukannya aku tak kenal kau bila
kau marah. Apa yang kau buat semua di luar kawalan. Hmm…malangnya nanti siapa
yang kahwin dengan kau. Entah-entah malam pertama laki kau dah kena tendang
sebab kau tak rela dan belum bersedia untuk tuttt…” Heliza membuat sengih.
Sengaja
membuat sengih yang menyakitkan hati tanpa rasa bersalah tatkala terpandang
isyarat penampar yang ditunjukkan oleh tangan milik kawannya. Syafawati Qaisara
mendengus. Agak kuat.
Kawan
yang seorang ni memang tak makan saman. Dalam situasi apa pun, segalanya
dianggap sebagai gurauan. Rasa ingin
diketuk-ketuk kepala itu sampai lupa ingatan.
“
Aku gurau jela. Kau ni tangan sakit-sakit pun sempat lagi nak tampar aku. Cuba
kawal sikit marah kau tu. Ni hidup dengan nak marah je.”
“
Kau rasa tak layak ke aku marah dengan keadaan aku sekarang ni? Bukan je aku
rasa nak tampar. Nak sepak terajang kau pun ada ni. Mulut kau tu jaga sikit.
Jaga sama perasaan aku yang tengah kacau bilau ni.”
“
Kacau bilau? Kenapa? Dah jatuh cinta dengan mamat gila tu ek?”
“
Eja…” Ditempik kuat nama gadis itu. Geram.
“
Okey. Okey. Sorry geng. Aku gurau
jelah. Kau cakap kacau bilau tu kenapa. Bagilah perkataan lain yang lebih
sesuai. Perasaan kau yang sedang menahan sakit ke. Perasaan kau yang sedang
ditusuk sembilu ke. Perasaan kau yang sedang dilanda…” Heliza terus diam
apabila tangan kawan yang sedang sakit itu menunjal kepalanya. Faham.