" KAWAN, rilekla. Kalau betul pun sampai tiga
pagi bukannya kita tak biasa pun. Cool
je."
"
Cool kepala otak kau. Semua ni
berpunca dari aku. Kalau aku buat dengan baik tadi tak ada la dia mengamuk
macam tu."
"
Dia? Siapa? pakwe kau?" Dumm. Sebijik penumbuk hinggap di bahu Heliza.
"
Dah tu siapa suruh kau tak buat dengan baik? yalah kau kan perfect." Terasa panas telinganya dengan sindiran itu.
“ Kalau
kau tak nak rasa macam mana berbisanya penumbuk aku ni. Baik kau jangan nak
sindir-sindir aku macam tu.” Dia mula mengepalkan penumbuk dan diangkat sama
tinggi dengan hidung kawannya tu.
“ Kau ni tak leh nak bawak
berbincang la kawan.”
“ Berbincang ke macam tu?
Tu bukan berbincang. Itu satu spekulasi yang kurang asam.”
“ Alah aku gurau je pun.
Tak payahlah nak serius. Berapa ramai aku nak hadap orang yang serius dalam
sehari ni. Dengan Dr Azam lagi dan sekarang dengan kau pulak. Matilah.”
“ Serius aku bertempat.
Aku kalau kau tak..”
“ Dah-dah lah. Bising
telinga aku ni. Semak je bila sampai otak. Susah nak proses untuk hati terima
dengan seadanya.” Dia memotong dan mengangkat kening. Senyum.
"
Aku kasihan dengan budak set dan prop. Penat-penat diorang buat, dikatakan
sampah."
"
Bukan diorang. Lakonan kau tu yang
sampah." Heliza berlari anak ke bus stop fakulti apabila mata kawannya
seakan mahu menelan dirinya.
************************************************
“
AKAK, bagi nasi putih dengan sup perut campur daging dua. Kurang pedas ye kak.”
Syafawati Qaisara menunggu seketika makanan yang dipesannya. Sememangnya dia
tidak gemar menunggu makanan untuk dua orang. Makan masa. Sebab itu dia tidak
berapa ikhlas untuk menolong kawan baiknya itu. Hanya sedikit rela sahaja.Sudu
yang dari awal diambil dari bakul yang disediakan dimainkan. Tangannya senang memutarkan
sudu itu kiri dan kanan. Lagaknya seperti bermain pensil semasa dalam kuliah. Lima minit berlalu, giliran hidangan
untuknya masih belum siap. Dia sedikit merengus. Masuk minit yang ketujuh, dia
semakin bosan. Tiba minit yang kesepuluh, siap. Dia melemparkan senyuman kepada
kakak yang meletakkan pesanannya di kaunter. Diangkat
perlahan-lahan kedua-dua hidangan untuk dibawa ke meja dan menjamu kawan
baiknya yang sedang menunggu. Syafawati Qaisara melemparkan senyuman dan
berpusing untuk melangkah. Ketika itu juga mangkuk sup sebelah kanan tangannya
melayang. Bagai ditumbuk kasar oleh seseorang. Mangkuk yang terbang dengan tidak
rela mencari mangsa. Sup panas yang ditatang dengan penuh sopan tadi akhirnya
makan tuan. Landing cantik di atas tangan Syafawati. Ting! Ting! Ting! Comel
terlungkup di lantai kafe. Tangannya
bagaikan disambar api. Panas. Dia menjerit dan meredah kawasan larangan
pelajar. Kakinya laju memasuki bahagian pekerja kafe untuk mencari singki.
Jumpa. Terus tangannya dihalakan bawah air yang mengalir laju. Memang dia tak
tahan. Sakit. Terasa seperti nak menangis. Ditahannya. Sedar tentang kedudukan
dirinya yang berada di tempat awam. Matanya mengecil menahan rasa sakit
yang menggigit. Kemudian terasa lengannya diambil seseorang. Dia membuka
matanya luas. Rupanya kakak yang menyiapkan ordernya
tadi. “ Kau tak boleh terus basuh kalau
kena benda panas. Nanti makin sakit. Pedih. Sini.” Tangan kakak itu laju
mengambil botol kicap dan menuangkan atas tangannya yang merah. Kicap? “ Kicap?” Dia bertanya dengan
kesakitan yang masih berbisa. “ Ya! Kicap lagi mujarab dari air.
Lepas beberapa minit baru boleh siram. Biarkan sakit tu reda dulu.” “ Pelik la kak. Tak pernah pula saya
guna cara macam ni.” Namun dia tidak kisah. Membiarkan saja tindakan kakak yang
baik hati itu. Dan seketika kemudian hatinya berdetik. Siapa yang buat dajjal
pada aku tadi?
Dia
meliarkan mata. Mencari sasaran. Mangkuk yang berada di lantai itu dulu yang
menyinggah matanya. Kemudian mencari insan yang bersalah dengan pandangan mata
yang dirasakan tepat. Dapat! Lelaki yang dirasakan bertanggungjawab bergerak
mendekat dengannya.
“ You, sorry! I betul-betul tak nampak you tadi. You okey?” Syafawati Qaisara
memejamkan matanya. Menahan rasa. Perlahan-lahan dihembus nafasnya. Menyeru
hatinya supaya bersabar. Ditundukkan wajahnya. Terus menghadap singki.
Dibuka
matanya perlahan. Melihat tangan yang sedang menyengat dengan rasa sakit. Kesan
merah jelas kelihatan. Pergelangan hingga ke hujung jari. Seperti dia
mencelupkan tangannya dalam air yang sedang menggelegak.
“ You, I betul-betul mintak maaf.
Tadi memang I tak nampak you. Tiba-tiba jer I rasa macam I tumbuk something.
Tengok-tengok you dah menjerit dan…”
Azim
Harraz kaku. Lidahnya kelu. Ayatnya tidak dapat disambung. Pandangannya seakan
tenggelam dalam dunia yang dia tidak pernah huni. Terasa indah. Renungan
tiba-tiba insan yang berada di depannya seakan melumpuhkan dirinya.
“ Sorry? Senang you cakap maaf bila you dah buat tangan I jadi macam
ni?”
Dia
sedikit menjerit. Syafawati Qaisara merenung tajam lelaki itu. Azim Harraz
menelan liurnya. Kembali ke alam nyata. Dunia yang melekakannya seketika tadi
hanyut bersama air yang sedang laju meninggalkan lubang sinki.
Dilihat
tangan putih yang kemerahan itu. Kasihan. Dipalit dengan rasa bersalah yang
teramat. Memang dia tidak sengaja. Apa yang telah berlaku, semuanya secara
tiba-tiba. Terlalu pantas. Dia bergelak ketawa bercerita sambil menghayunkan
tangannya. Sedar-sedar, ada insan lain yang terlibat. Terlibat dalam kisah yang
agak tragis.
“ Seriously, I tak sengaja. I tak nampak you.”
“
Ini. Inilah puncanya I yang sebesar gajah ni you tak nampak.” Tangan kiri
Syafawati Qaisara mencabut ganas cermin mata hitam yang dipakai oleh lelaki di
hadapannya.
“
Why? Matahari yang ada ni menyakitkan
mata you ke sampai you kena pakai benda alah ni dalam kafe yang tertutup ni?”
Azim
Harraz bungkam. Lidahnya kelu. Dia tidak tahu untuk mengatakan sebarang ayat.
Gadis di hadapannya ini seakan menyihir dirinya. Tidak pernah dia merasakan
detik yang sebegini dalam hidupnya.
“
Once again. Sorry.”
“
Okey. I akan maafkan you. Dengan syarat you kena belanja semua orang yang ada
kat kafe ni.”