Home Novel Cinta Jodohku Mamat Dot3
Jodohku Mamat Dot3
nurul jannah
29/4/2015 22:39:26
49,744
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 1

“ BERAPA kali kau nak aku ulang benda yang sama? air liur aku ni habis untuk betulkan kau je. Tak boleh ke kalau kau buat kerja yang boleh terus senangkan hati aku?Dah berapa kali aku cakap. fokus!fokus!fokus! Takkan benda macam tu pun nak suruh aku ulang seribu kali dalam sehari?"

Syafawati Qaisara menelan liur. Itulah rutin yang akan selalu menjadi makanan hariannya setiap kali berdepan dengan Dr. Azam. Pensyarah teater di tempatnya menuntut ilmu.

Selain dari makan nasi, maki hamun Dr. Azam merupakan perencah cukup rasa harian untuknya. Perfect! Untungnya, walau mulut itu sentiasa memaki hamun, tangannya tidak pernah sampai ke badan pelajar. Hanya mulutnya sahaja yang menusuk dan merobek hingga ke jantung.

"Sorry Dr." Dia bersuara perlahan tanpa memandang wajah itu. Hanya menunduk. Jika dipandang, memang dia sengaja cari pasal.

"Kau tak payah nak sorry-sorry sangat. Sekali lagi tak lepas scene ni, latihan hari ni cancel. Buat penat aku je. Buang masa."

Syafawati Qaisara menggumam dalam diam. Sebenarnya dia merasakan yang dia dah cukup fokus. Entah kenapa lakonannya kali ini tidak menjadi. Sudahlah pensyarah yang seorang itu tidak sabar. Terasa bahunya ditepuk dari belakang. Secepat mungkin dia kembali mengambil tempat.

Seketika dia berpaling pada pensyarah yang sedang memerhati dari depan pentas. Bersenang lenang dengan kaki yang disilangkan. Tangan pula mengelus janggut perlahan. Nak cari salah aku lagi la tu. Dia cuba membaca apa yang difikirkan oleh sekeping hati itu. Berusaha untuk tidak menunjukkan apa-apa yang sumbang lagi.

Tidak mahu lagi dewan gegak gempita dengan suara guruhnya. Sekali lagi latihan teater dimulakan. Masuk minit yang keenam, semua masih okey. Tiada suara bantahan. Mendekati minit ke sepuluh...

"Stop!" Semua mata memandang pensyarah mereka yang masih tidak berganjak dari duduknya. Menunggu. Tajam mata itu memerhatikan Syafawati Qaisara.

"Kenapa dengan kau ni Sya? apa yang tak kena? Hari ni aku tengok banyak blocking yang kau buat. Kau nak buat show nanti depan canselor. Takkan kau nak bagi punggung kat dia. Dah banyak kali kan aku cakap yang blocking kena jaga. Tak faham-faham.”

“ Kalau macam ni kau nak buat show kat dewan yang gah nanti, semua orang akan maki aku. Apa yang kau buat tadi tu bukan persembahan teater. Semua tu sampah. Boleh tak kau pakai otak sikit. Hari-hari rehearsal macam ni boleh kena sakit jantung. Be profesional.”

“ Bukannya ni fisrt time kau jadi watak utama. Dah dua tahun kau dalam bidang ni. Aku tak nak nanti orang complain yang aku suruh kayu berteater. Kalau kau tak nak jadi pandai pun, tolong jaga air muka aku. Selama lima belas tahun dalam bidang ni, aku jarang gagal. Jadi, jangan nak ulang kegagalan aku."

Pedih. Apatah lagi ucapan itu seakan hanya ditujukan pada dirinya seorang. Blocking? aku rasa yang aku dah cukup menjaga tadi. Takkanlah aku sampai hati nak bagi punggung dekat canselor. Kalaulah dia tahu betapa aku respect canselor tu.

" Saya datang tengok latihan hari ni dengan harapan akan ada perubahan yang boleh saya banggakan. Jadi, tolonglah jangan kecewakan saya. Skrip dah okey. Jaga blocking. Focus." Semua yang ada mengangguk faham. Kembali semula ke posisi asal. Meneruskan lagi.

Lima belas minit kemudian, sekali lagi latihan mereka dihentikan. Keseluruhan ahli produksi dipanggil ke depan pentas. Laju langkahan mereka yang berada di belakang pentas menuju ke depan.

Dapat mengagak mereka bakal diberi kuliah dengan kata-kata nasihat yang pedas. Bimbang jika pensyarah yang panas baran itu membahasakan dirinya 'aku'. Jika perkataan itu yang keluar dari mulutnya, memang sah ada benda yang dia tak puas hati.

" Hari ni dah seminggu saya bagi masa untuk kamu semua berlatih tanpa saya. Tahap peratus latihan kamu setakat hari ni masih kosong. Kenapa?" Tiada yang berani menjawab. Dipandang Heliza yang sedang menunduk memandang lantai.

"Apa yang tak kena Eja?" Dia tahu pasti soalan itu akan ada untuknya. Itulah risiko yang terpaksa diambil sebagai pengarah projek.

" Setiap bahagian cuba untuk melakukan yang terbaik Dr. Untuk set dan prop, dah hampir lima puluh peratus siap. Pelakon pula, mereka dah hampir berjaya ingat semua skrip. Lighting pun dah dapat susun floor dalam lapan puluh peratus. Bahagian project manager pun dah set up diorang punya key untuk setiap scene. Secara kasar untuk keseluruhan dah melebihi lima puluh peratus Dr."

Suara itu menjelaskan dengan agak tenang walaupun dalam sedikit getar.

" Apa yang awak beritahu saya tadi tu satu kegagalan Eja. Dan saya tak suka kegagalan. Apa yang saya dapat tengok sekarang ni macam kerja budak sekolah rendah. Sampah!"

Kesemua mereka hanya menunduk. Duduk mereka yang bersila dan bersimpuh tidak langsung memberikan keselesaan. Dalam setiap hati ada getar.

" Show bila?" Dia bertanya. Terus dengan kedinginan.

"Dua minggu lagi Dr." Heliza menjawab untuk semua yang ada.

" Seminggu kamu buang masa dengan sia-sia. Semua tu bukan satu petanda yang baik untuk saya." Mereka diam. Tiada apa yang boleh dilakukan jika itu yang dinilai oleh pensyarah mereka.

" Lighting, set dan prop, in and out pelakon, semuanya hancur. Macam tengok persembahan budak tadika pun ada. Kalau untuk pertandingan, belum masuk saringan pun kamu dah kena reject. Dan kau Sya…"

" Ya saya Dr." Spontan dia menjawab. Terhenti seketika percakapan Dr. Azam. Matanya menentang pandangan sayu gadis itu.

" Sekali lagi kau diberi tanggungjawab untuk jadi pelakon utama. Kau ada bantahan?"

" Tak ada Dr."

" Kalau tak ada kenapa macam tak suka je. Skema je dengan skrip. Macam membaca. Kaku. Tak ada feeling. Tak confident. Kurang focus. Nak hancurkan produksi ni?"

Dia diam. Takut nanti kalau dia menjawab, lain pula jadinya. Persembahan teater pada kali ini mewakili enam puluh peratus pemarkahan. Satu jumlah yang besar. Dia tidak mahu mulut lasernya buat hal. Tambahan pula dengan Dr. Azam.

Semua student sudah sedia maklum dengan sikap pensyarah yang seorang itu. Pantang ada yang tak kena, pasti dia akan selesaikan dengan caranya sendiri. Cara yang tidak disenangi oleh kebanyakan student. Tadi okey je. Tak ada masalah dengan skrip. Sekarang ni semua tak kena. Hmm.

"Mood saya dah lost. Sampai sini je latihan untuk hari ni. Esok, jam lima petang, saya nak semua orang dah ada kat sini. On time. Latihan akan diteruskan sampai saya puas hati. Sampai jam tiga pagi pun saya tak peduli."

Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh nurul jannah