BUNYI riuh rendah di pagi hari mengejutkan
Idlan yang baru balik dari berjoging bersama-sama Rezal. Kedua-duanya saling
berpandangan sesama sendiri. Hairan mendengar
kekecohan yang datangnya dari dalam rumah.
“Apasal
tu Id?” Tanya Rezal hairan.
“Entahlah
bang. Jom kita tengok.”
Kedua-duanya
segera melangkah masuk, lalu terserempak dengan Mara yang berwajah gelisah.
“Kenapa
ni sayang?” Tanya Rezal, ingin tahu.
Mara
tidak menjawab. Wajahnya dilarikan ke arah Idlan. “Orked..” Ujar wanita itu.
Idlan tersentak. Kenapa dengan gadis
itu?
“Kenapa
Kak Mara? Apa dah jadi dengan Orked?” Tanya Idlan gusar.
“Dia
kat dalam bilik, tengah mengamuk dan marah-marah. Baik kau pergi tengok dia Id.” Suruh Mara tanpa
menjelaskan maksudnya dengan lebih lanjut.
Kata-kata
Mara membuatkan Idlan tercengang. Tanpa mempedulikan kedua-dua pasangan suami
isteri itu, dia segera meluru ke arah bilik Orked. Tapi sebaik dia berdiri di
muka pintu, matanya segera melihat timbunan barang-barang yang berselerakan di
atas lantai. Gadis itu berteleku di atas katil dengan wajah merah menyala. Mak
Tun pula dilihatnya mengesat airmata yang berderai menuruni cerun pipi. Idlan
mengerutkan dahinya. Dia benar-benar tidak mengerti dengan situasi di
hadapannya ketika ini.
Di
hujung pintu, Anna salah seorang gadis dari kumpulan pelajar universiti itu
dilihatnya sedang cuba
memujuk Mak Tun.
“Mak Tun,
kenapa ni?’ Idlan menghampiri wanita itu.
Mak Tun
menoleh. Wajah wanita itu sembab. Sisa-sisa airmata yang mengalir lesu di wajah
itu membuatkan Idlan tambah kebingungan.Dia
mengalihkan pandangan ke arah Orked yang duduk di birai katil. Anak gadis itu
tunduk sahaja.
“Orked?
Kenapa ni? Dari luar abang dengar bunyi bising.Apahal ni?” Dia
menyoal anak gadis itu pula. Namun pertanyaannya seperti angin lalu. Masuk ke
telinga kanan dan keluar di telinga kiri. Usah katakan gadis itu bersuara,
mengangkat muka pun tidak.
“Anna, kenapa?” Satu-satunya orang
yang belum disoal menjadi sasarannya pula.
Gadis itu
tergaman Barangkali tidak menyangka dirinya pula menjadi sasaran.
“Adik abang Id tu marahkan Mak Tun.”
Jawab Anna perlahan.
Dahi
Idlan berkerut. Apa maksud Anna tentang Orked yang marahkan Mak Tun? Apa salah
orang tua itu?
“Tapi
kenapa?”
“Ini
semua salah Mak Tun. Mak Tun yang gatal tangan nak mengemas bilik ni. Kalau tak
sebab Mak Tun, tak rosak barang-barang Orked
tu.” Pintas Mak Tun sebelum sempat Anna mahu menyambung ceritanya.
Idlan
memandang wanita itu. Nada suara wanita itu seolah-olah merajuk hati dan
tersinggung. Dia merenung Orked dengan wajah penuh tanda tanya.
“Mak
Tun kemaskan bilik ni, lepas tu barang dia jatuh. Bukan teruk pun sikit aje.
Tapi dia marah-marah Mak Tun macamlah Mak Tun rosakkan
harta benda dia.” Cerita Anna separuh berbisik.
“Barang
apa?” Idlan mahu tahu.
“Ala kotak buruk tu. Bukannya
berharga pun barang tu. Sikit aje pecah, kalau beri gantirugi pun tak
berbaloi.”Sambung Anna
separuh menyindir. Dia menjeling Orked yang sudah mengangkat kepala mendengar kata-kata
sinisnya.
“Apa
kau cakap tadi? Barang buruk? Tak berharga?” Orked berang. Dia sudah berdiri
meghadap ke arah Anna yang kelihatan selamba.
“Memang
barang buruk pun. Disebabkan barang buruk ni, kau sanggup tengking Mak Tun.
Memang melampau!” Balas Anna enggan mengalah.
Orked
mengetap bibir. Tangannya sudah dikepal-kepalkan. Dia meluru pantas ke arah
Anna, tapi panggilan Idlan membuatkan langkahnya terhenti.
“Cukup
tu!” Pintas Idlan. Cuba
meleraikan bunga-bunga pertengkaran yang seakan mahu bermula. Idlan merapati
Orked. Wajah anak gadis itu direnung lama.
“Cakap
dengan abang Orked. Betul Orked tengking Mak Tun tadi?” Soal Idlan mahu tahu.
Pertanyaannya kali ini cukup serius.
Orked
memalingkan muka. Enggan memandang Idlan. Tangannya meramas-ramas kotak seramik berwarna
pink itu.
“Betul
ke?” Tanya Idlan lagi.
“Kalau
diam tu maknanya betullah tu.”Sampuk
Anna sambil melemparkan senyuman sinis.
Darah
Orked menyirap ke muka. Berang dengan kata-kata gadis itu. Anna cukup suka
menyakitkan hatinya padahal mereka bukannya kenal sangat. Jumpa pun baru
beberapa hari. Entah apa dendam gadis itu padanya sehingga kata-kata Anna cukup
melukakan perasaannya.
Melihat
Orked diam tidak berkutik, Idlan hampir hilang kesabaran. Dia memaut bahu Orked
menghadap ke arahnya. Gadis itu sedikit terkejut, namun dia tidak peduli. Saat
ini dan ketika ini dia hanya mahu tahu apakah Orked betul-betul bersikap biadap
pada Mak Tun.
“Sekarang
abang nak Orked cakap dengan abang. Betul ke Orked tengking Mak Tun tadi?
Jawab!” Soal Idlan. Suaranya masih terkawal.
Gadis
itu memandangnya dengan mata berkaca. Orked seakan mahu mengatakan sesuatu,
tapi sejurus kemudian gadis itu mengangguk.
Wajah
Idlan berubah. Pengakuan gadis itu membuatkan anginnya tiba-tiba memuncak.
Kelakuan Orked kali ini benar-benar tidak dapat diterima.
“Kenapa
Orked biadap sangat ni? Mak Tun kan
orang lebih tua dari kita. Sepatutnya Orked kena
hormati Mak Tun, bukannya kurang ajar macam ni!” Dengus Idlan meradang.
Wajahnya merah padam menahan marah.
“Abang ingat bila beberapa
hari Orked tinggal kat sini, perangai Orked boleh berubah. Tapi abang silap.
Orked memang takkan berubah. Agaknya macam ni lah Orked layan mama abang kat
rumah tu.” Tuduh Idlan. Entah kenapa perasaannya yang terbakar membuatkan dia
dengan mudah menghamburkan kata-kata pedih.
Orked
tersentak. Sakit hatinya mendengar
kata-kata Idlan. Bibirnya diketap menahan perit perasaan.
“Aku
memang macam ni, dari dulu pun macam ni. Aku tak pernah berpura-pura pun di
hadapan kau. Dan aku tak pernah suruh pun kau bawa aku ke tempat bodoh macam
ni!” bentak Orked.
Idlan membulatkan matanya. Kata-kata
gadis itu ibarat minyak yang sengaja dituang pada api. Dia terpandang kotak
seramik di tangan gadis itu. Kotak yang sama yang dilihatnya dalam pelukan
Orked. Tanpa diduga kotak kecil itu dirampas dari tangan Orked. Gadis itu
terkejut.
“Hanya sebab kotak
ni Orked nak marah-marah? Kalau sebab kotak
ni lah Orked sanggup berkelakuan biadap pada Mak Tun, baik abang buang aje
benda ni!” Usai berkata
demikian, Idlan mencampakkan kotak
yang ada di tangannya ke arah dinding bilik. Kotak seramik yang melanggar bucu dinding
segera merekah dan pecah berderai. Isinya terhambur ke bawah.
Tindakan
Idlan mengejutkan seisi bilik. Orked terpanar. Pucat lesi wajahnya melihat kotak kesayangannya
dibaling begitu. Dia mahu mendapatkan kotak
tersebut, tapi Idlan terlebih dahulu menyambar tangannya. Dia cuba meronta melepaskan diri, tapi
pegangan tangan Idlan begitu kasar, menyeret tubuh kecilnya ke arah Mak Tun.
“Sekarang
ni minta maaf dengan Mak Tun.” Suruh Idlan.
“Tak
mahu!”
“Minta
maaf!” tengking Idlan dengan wajah merah padam.
Orked tergaman. Sepanjang dia bersama
lelaki itu, inilah kali pertama Idlan berkasar dengannya. Namun dia tetap
enggan mengalah. Tindakan Idlan merosakkan kotak kesayangannya membuatkan dia membenci
lelaki itu kini. Sampai hati lelaki itu.
“Tak mahu! Bunuh aku pun aku takkan minta maaf
dengan perempuan tua ni!” Bentak Orked.
Idlan
tersentak. Mak Tun dan Anna juga terpaku melihat betapa kasarnya tutur kata
gadis itu. Melihat kedegilan Orked, Idlan segera menyeret tubuh itu keluar dari
bilik.Mara dan Rezal yang sedang menanti di luar bilik tidak mampu berkata
apa-apa.
“Lepaslah.” Orked meronta-ronta namun tindak tanduknya
tenyata sia-sia sahaja. Tenaganya langsung kalah
dengan tenaga Idlan yang sedang berang. Dia dibawa ke sebuah bilik kosong
seakan bilik stor. Tubuhnya ditolak ke dalam.
Orked
berpaling dengan wajah marah. “Kau nak buat apa ni?” Jeritnya geram.
Idlan
memandangnya dengan riak wajah bersahaja. Raut wajah lelaki itu benar-benar
dingin kini, tidak seperti kali pertama dia bertemu lelaki itu di balai polis
tempohari.
“Selagi
Orked tak minta maaf dengan Mak Tun, dengan semua orang dalam rumah ni, jangan harap Orked
boleh keluar dari bilik ni.” Ujar Idlan.
Orked
tersentak. “Kau nak kurung aku kat sini?Kau tak ada hak nak buat aku macam
ni!” Marahnya.
“Tempat ni bagus untuk orang yang
kurang ajar dan biadap macam Orked. Malam ni cuba guna sikit kepala otak tu dan
fikir balik apa kesalahan yang Orked dah buat.” Getus Idlan. Daun pintu ditolak
ke arah luar lalu dikunci dengan selak.Jeritan
dan herdik marah gadis itu langsung tak diambil kisah.
Ketika
Idlan berpaling, matanya bersapa dengan raut wajah Mak Tun, Anna, Mara dan
Rezal. Setiap pasang mata sedang memerhatikannya semacam sahaja.
Idlan
mengatur nafas lalu tersenyum tenang.“Biarkan dia kat sini malam ni.”Ujarnya.
“Patut
ke kita kurung Orked macam tu Id?” Mak Tun jadi serba salah. Jeritan Orked
merayu agar dirinya dilepaskan, entah kenapa menimbulkan rasa simpatinya.
Memang dia tersinggung dengan sikap Orked yang mengherdiknya hanya kerana dia
terjatuhkan kotak
milik gadis itu. Tapi kadang-kala timbul juga rasa kasihannya pada Orked yang
suka menyendiri sejak datang ke mari.
“Id
nak dia belajar tentang erti hormat-menghormati orang lain Mak Tun.” Idlan beralasan. Dia
faham benar sikap Mak Tun yang lembut hati.
“Bagus
tindakan Abang
Id tu.” Anna menyokong. Raut wajah Idlan ditenung penuh minat. Dia benar-benar
mengagumi lelaki itu saat kali pertama Mak Tun memperkenalkan mereka beberapa
hari yang lalu.
“Tapi
bilik stor tu sejuk Id. Takkan Id nak Orked tidur kat situ malam ni.” Bantah
Mak Tun lagi. Mara dan Rezal hanya berdiam diri. Kedua-duanya tidak berminat
mahu ikut campur hal yang mereka sendiri tidak faham.
Idlan
termenung seketika. Kata-kata Mak Tun masuk jua ke telinganya. Meskipun dia
marah, namun dia masih mengambil berat tentang keadaan Orked. Lagipun kehadiran
Orked di situ sudah menjadi tanggungjawabnya.
“Tak
apalah Mak Tun, kita biarkan dia tidur kat bilik stor malam ni. Esok saya
jenguk dia. Kalau dia dah insaf, baru saya lepaskan dia.” Putus Idlan.
Sekurang-kurangnya dia mahu Orked menyesal dahulu dengan kelakuan buruknya.
Mak Tun
tidak mampu berkata apa-apa lagi. Dia hanya mampu memandang pintu bilik yang
terkatup rapat di hadapannya.