Home Novel Cinta MISI CURI HATI
MISI CURI HATI
Azleya Shadzalin
31/8/2019 10:35:48
66,072
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 17

MORNING, sunshine!”

Aku terkedu. Suara lelakipastinya. Siap panggil aku ‘sunshine’ lagi. Mata yang masih kelat aku tenyehsungguh-sungguh. Bimbang aku hanya berhalusinasi dan bercakap sendirian. Tidakpasal-pasal orang panggil aku tidak betul pula nanti.

“Hei! Kenapa macamterkejut sangat tu?” soalnya lagi sambil mengangkat sesuatu dari atas dapur.

“Bila you sampai?” tanyakupula. Aku duduk di meja kaunter. Betullah dia. Aku tidak berimaginasi.

“Lepas subuh tadi lagi,”jawabnya masih sibuk di dapur. Dia buat apa pula?

“Mak Chu mana?” Aku masih blur sebenarnya. Aku di rumah siapasebenarnya? Eh! Tentulah rumah aku sendiri, kan?

“Oh! Mak Chu ada hal.Petang nanti baru balik. Sebab tu dia callI suruh datang sini.”

“Kenapa dia tak cakap katI pun. Kan I ada aje dalam rumah ni. Apa hal yang dia susah payah call you pulak?”

Kris pandang aku seketikabersama sudip di tangan. Jangan dia ketuk kepala aku dengan sudip tu, sudahlah.Jadi beruk aku nanti.

“You tidur mati ke apa?Dia gegar pintu bilik, you langsung tak bangun. Selalu you tak kunci pintu tapihari ni dia kata berkunci pula. You buat apa dalam bilik tu?” Nada curiga dapataku kesan dari suaranya. Ahah! Dia cemburu ke?

Eh! Ada ke Mak Chu buatmacam itu? Mak Chu tu kadang-kadang bukan boleh percaya sangat. Propa sajalebih. Cerita berdegar-degar. Padahal tidak pun. Tapi, bilik aku, suka hatiakulah hendak buat apa. Dulu memang aku tidak kunci sebab hanya kami saja yangada dalam rumah ni. Tapi sekarang sudah berbeza. Dia tidak sedarkah yangkehadiran dia pada bila-bila masa saja di rumah ini buat aku kurang selesa? Nantikalau aku cakap terus terang dia kecil hati. Itu yang susahnya.

“Penat sangatlah. SemalamI siapkan assignment sampai lewatpagi. Pukul 3.00 pagi baru I tidur. Tu yang tak sedar agaknya. Ni mata ni punrasa nak rabak lagi.”

“Habis tu subuh takbangunlah, ya? Tak solat?”

Aku hanya sengih.Kadang-kadang Kris ni macam ustaz pun ada. Nampak saja bergaya ranggi denganfesyen terkini. Tetapi bab solat dan agama, dia amat jaga. Itu yang aku kagumtu.

“Kewajipan tu, Xandra.”Walaupun suaranya datar dan lembut, ada tekanan yang disertakan. Aku tahu ituwajib.

“Orang perempuan ni adamasa diberi cuti. I tak tinggalkan solat dengan sengaja.”

Giliran dia pula sengih.Tetapi tiba-tiba dia pantas berpusing. Sedikit gelabah gayanya. Aku juga turuttertinjau-tinjau apabila mulutnya tidak henti berdecit.

“Haish! Haish! Habisomelet I,” bebelnya lagi sambil tangan ligat mengacu sudip di dalam pan yangsudah berasap tebal.

“You buat apa tu?” tanyakutanpa rasa bersalah pun. Siap boleh tumpang dagu atas meja kaunter tu sambilperhatikan dia yang kalut melakukan itu ini. Akhirnya aku gelak juga bila pantadi selamat mendarat dalam sinki dengan isinya sekali. Hangit! Apabila tercurahsaja air dari paip, semakin banyaklah asap yang terhasil. Berdesir bunyinya. Tetapihanya seketika.

“Habis dah breakfast kita. I ingat nak buat omeletdan makan dengan roti tadi. Dah hangit tu.”

“Alololo... You nakbuatkan I breakfast ke tadi? So sweet!”

“Yalah... Kan Mak Chu takada. I lah yang kena ambil alih. Lupa? I kan penjaga you. Untuk apa dia call I suruh datang sini kalau bukanuntuk jaga you, kan?”

Aku masih senyum. Seronokbila ramai yang mula ambil berat tentang aku. Tetapi seronoknya hanya sekejap.Akan berganti rimas dan lemas pula selepas itu. Maklumlah, aku tidak sukadikongkong.

“Dah mandi ke belum ni?” lanjutnyalagi sambil perhatikan aku sekali lagi. Aku juga pandang diri sendiri dansebagai jawapan aku hanya menggeleng. Kris yang sudah berdiri hampir dengankupantas tarik lenganku memaksa aku berdiri. Tidak sempat aku menghalangtindakannya. Kemudian tubuhku ditolak ke arah tangga dan dia mengarahkan akuuntuk naik ke tingkat atas dengan isyarat tangannya.

“Nak suruh I tidur balik,ke?” Aku sengaja mahu lihat reaksinya. Bulat matanya memandangku sambilbercekak pinggang. Aku hendak gelak melihat dia begitu. Dengan apron masihbersangkut di lehernya, memang macam tukang masak istana.

“Kalau you tidur semula, Iikut naik dan tidur sama nanti. Nak?” ugutnya. Aku pantas geleng kepala sambilsenyum cuak.

“Habis tu suruh I naik,kenapa?” Masih lagi aku soal dia. Sengaja. Kadangkala aku suka buat dia geramdan marah terhadapku. Seronok dapat mengusik dia.

“Pergi naik, mandi. Lepastu turun bawah, kita sarapan sama-sama. Sementara you mandi, I siapkan breakfast kita.”

“Oh! Ingatkan you nak naiksekali mandikan I.” Kau memang tak betul, Xandra. Jangan bermain dengan api!

“Nak sangat, ke?” Tangannyasudah mahu membuka apron. Cepat-cepat aku halang tindakannya. Masak aku kalaudia betul-betul ikut naik ke atas.

“Alah... I main-main aje.You tak akan buat macam tu, kan?”

“Nasib baik hari ni moodbaik I lebih. Kalau tak, masak you. Jadi gulai tempoyak ikan patin I kerjakan.”

Aku sudah cantumkan keduatelapak tangan dan sua wajah kesian.

“Okey, I naik dan mandisekarang. You nak masak apa?” Aku ubah topik. Seriau dengar dia cakap macamtadi. Berdiri bulu romaku. Haish!

“You nak makan apa?”

“Hmm...” jedaku sambil ibujari dan jari telunjuk bermain di dagu. “Buatkan nasi goreng kampung dengantelur mata kerbau black pepper,boleh?” pintaku manja. Kris sudah senyum lebar bila kepala aku sudah tertelengke arahnya.

“Nasi sejuk ada tak?”

“Ada.”

“Okey! Pergi mandi. NantiI siapkan.”

All right, chef!” Aku buat tabik hormat. Baru setapak akumelangkah, aku kakukan diri. Pantas aku toleh semula ke arahnya. Diamemandangku sedikit pelik. Yang nyata dia yang sudah mahu berpaling juga tidakjadi berbuat begitu.

“Kenapa?” tanyanya terus.

“Err... Nanti dah siapmasak, siap hidang, siap...” Aku terkelu. Siap gigit jari lagi. Hendak teruskanayat atau tidak? Sempat memikir kemudian dia mencelah.

“Nak apa, sunshine?” soalnya lembut. Lengankirinya sudah diletakkan di atas palang tangga dan kepalanya senget sedikitmemandang aku. Aduh! Duh! Duh! Tergolek hati aku. Dia ini kan... Kadangkalamemang buat aku macam atas awangan. Jahat!

“Nanti suapkan, boleh?”Laju meluncur soalan itu dari mulutku. Lepas itu baru aku sedar apa yang akucakapkan. Aduh! Rasa mahu tepuk dahi tapi sudah terlambat. Terlajak bot lajutidak boleh diundur, okey. Langgar tebing atau terus hanyutlah aku jawabnya.Habislah...

Senyum meleret yangterukir dari sepasang bibirnya buat aku hilang punca. Macam feedback baik saja gayanya. Aku jugaturut senyum. Mulalah aku hendak mengada-ngada macam ni.

“Boleh...” jawabnyameleret. Aku sudah senyum lebar. Yes!Seronok! “Tapi tunggu kedua tangan tu tak boleh guna lagi. Waktu tu I akansuapkan you. Jangan kata suap, mandikan you, jaga you setiap masa pun Isanggup,” sambungnya buat senyum lebar aku terus hilang. Berganti wajahcemberut pula. Wajah sudah berbahang. Ke situ pulak dia. Cis!

“Eleh! Ingat kita naksangat ke dia suapkan? Saja aje tadi tu. Nak test dia,” bebelku cover line.Malu siot! Aku dapat menangkap tawa kecilnya. Hisy!

Aku terus berpaling dan berlarinaik ke tingkat atas. Menyesal tanya dia macam tu. Memang tidak boleh buat baiklebih-lebih dengan dia dan kawan-kawannya. Sama sepesen saja. Mak yang sakithati, doh! Menyampah!

Previous: Bab 16
Next: Bab 18

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Azleya Shadzalin