Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,859
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 7

BAB 7

            Tersenyum Ayu Raihanna melihat gambar-gambar kahwin Fariddan Miza yang dihantar mereka berdua ke telefon bimbitnya.  Sama cantik, sama padan mereka berdua ni, pujiAyu di dalam hati. Siapa sangka buah cempedak menjadi nangka!, bisik hatikecilnya lagi. Tapi ... iyalahkan.  Bakkata-kata ustazahnya semasa kelas Pendidikan Islam masa sekolah dulu ... jodoh,pertemuan, ajal maut ... semuanya telah ditentukannyaNYA. Kita manusia hanyamampu berusaha dan merancang sahaja.

            Masa juga begitu pantasberlalu. Pejam celik,pejam celik, telah setahun dia bekerja di awan biru. Diamemasukkan telefon bimbitnya ke dalam beg tangan hitamnya. Tangan kanannyamasih lagi memegang pemegang penarik bagasinya. Namun sebaik matanya melihatvan pengangkutan yang disediakan syarikat penerbangannya tiba, dia tersenyumsedikit. Sebaik memasuki van tersebut, Ayu melemparkan senyuman kepada seorangpramugari lain yang telah ada di dalam van itu.

            " Hai! Saya Ayu,"Ayu memperkenalkan dirinya sambil melambaikan tanganya sedikit.

            " Saya, Yana.Istanbul?"

            " No. London. Tuyang excited ni," kata Ayu ramah.

            " Ohh ... mmm ...first time?"

            " Yupp .."balas Ayu ringkas, namun masih tersenyum manis.

            " Oh! I see. Yougonna love London," kata Yana sebelum melayan telefonnya yang tiba-tibaberdering. Masing-masing terus melayan fikiran masing.

FARIS HAKIMI mengeluh sedikit sebaik matanya tertangkap kelibat Yanayang sedang beratur di laluan anak kapal di kaunter Imigresen. Ishh ... minah ni satu flight dengan dia ke? Lecehbetullah.

            Dia terus mengundurkan langkahnyake belakang  agar dia dapat berada dibelakang sekumpulan anak kapal Garuda sebelum badannya terlanggar denganseseorang.

            Pantas dia berpaling kebelakang dan tangan kanannya menarik kuat tangan  orang yang dilanggarnya daripada jatuhterduduk. Tarikan yang kuat itu menyebabkan orang yang ditariknya tersembab kedadanya dan menyebabkan dirinya pula hampir-hampir terjatuh. Ah! Nasib  baik dia berjaya menyeimbangkan badannyasegera. Kalau tidak, ada mereka berdua jatuh bersama-sama di atas lantai. Macamala-ala cerita hindustanlah pula, kata hati kecilnya sambil bibirnya tersenyumsumbing.

            Terdengar bunyi tepukandan siulan nakal serta ketawa beberapa orang yang berada di situ dan sempat menyaksikandrama sebabak tadi. Ayu Raihanna segera membetulkan dirinya agar tidakterjatuh, sementara Faris Hakimi pula membetul-betulkan kedudukan kot dibadannya agar kelihatan kemas dan cantik terletak di badannya.

            " Maaf. Saya taksengaja. Awak okay?" tanya Faris Hakimi memandang ke arah gadis yang masihlagi di dalam keadaan menundukkan kepalanya  membetul-betulkan pakaian seragamnya.

            " Erghh ... takpe.Saya okay," jawab Ayu Raihanna merendahkan badannya untuk mengambiltelefonnya yang terjatuh di atas lantai.

            Hissh! Nasib baiktelefon ni tak bersepai, bisik Ayu Raihanna di dalam hati kecilnya. Namun, wajahnya berubah warna sebaiksaja dia mendongakkan kepalanya ke arah lelaki yang berpakaian seragamjuruterbang dan sedang menanggal cermin mata Ray-Ban Aviatornya di hadapannya..

            Pertemuan yang tidak dijangkakanini telah  menyebabkan Ayu Raihanna mengalihkanpandangannya ke arah lain dengan segera, sementara Faris Hakimi pula terus memandangke wajahnya. Lama dia tidak melihat wajak Cik Penjual  Lontong yang garang ini. Hanya gambar yang diambil secara curi-curi olehnya saja yangsering ditatap bila rindu memuncak. Pelik juga kenapa hatinya boleh merindukansi penjual lontong yang garang ni. Sedangkan ... gadis ini is so so so not histaste. Anehkan?

            " Errghh .. sayadah lambat. Saya minta diri dulu," kata Ayu Raihanna sopan memecah rasaterkejut masing-masing.

            Cepat-cepat AyuRaihanna beredar dari situ tanpa memberi peluang untuk Faris Hakimi menegur-sapanya.  Nasib baik kat  airport, jikalau kat gerailontong keringnya, eeiii ... tahulah lelaki itu aku 'basuh'. Orang jalan kehadapan. Mana ada orang jalan undur ke belakang. Ngek-ngok betul! rungut hatikecil Ayu Raihanna.

            Faris Hakimi hanyamenganggukkan kepalanya perlahan. Dia kemudiannya turut melangkah menuju kearah kaunter Imigresen dengan satu perasaan yang dia pun tak tahu nak ungkapkandengan kata-kata. Hanya yang pasti, bibirnya tidak boleh berhenti tersenyum!

            Tapi, ada soalan  yang berlegar di kepalanya. Sejak bila CikLontong kering yang garang itu bertukar kerjaya? Dan, adakah mereka berdua akanberada di dalam penerbangan yang sama? Jikalau iya, memang indah sungguhlah penerbangannyahari ini, monolog Faris Hakimi lagi sambil matanya terus mengekori pergerakanAyu Raihanna yang sedang menuju ke arah aerotrain.

            Faris Hakimi menariknafas lega sebaik melihat senarai anak kapal yang bersama bertugasnya dengannyadi dalam penerbangannya hari ini. Lega kerana Yana tiada di dalam senaraitersebut. Bibirnya kemudiannya mengukir senyum apabila matanya ternampak namaAyu Raihanna berada di dalam senarai nama tersebut.

            Matanya kemudiantercari-cari kelibat Ayu Raihana di celah-celah crew cabin yang sedangmendengar taklimat pembahagian tugas mereka. Sebaik saja taklimat pembahagiantugas itu selesai, seorang pramugari yang  bernama Sarah dan  sudah beberapa kali terbang bersama,memandang ke arahnya sambil tersenyum mengusik.

            " Kapten Faris ...tu kesan lipstik siapa kat kemeja Kapt tu?" usik Sarah sambil anak kapalyang lain tersenyum memandang ke arah Faris Hakimi.

            " Girlfriendlahtu. Kan dia belum kahwin," sakat Kapten Hadi yang juga akan terbangbersama-sama dengannya.

            " Ehh ... adakesan lipstick yea? Saya pun tak perasan. Ini bakal isteri saya punya kerjalahni. Secara halus dia nak warning you all yang I ni bujang but not available. I'mhers. So ... jangan cuba-cuba nak goda I, okay," jawab Faris Hakimi sambilmatanya melirik ke arah Ayu Raihanna yang buat-buat tak nampak dia. Ketawakecil mulai kedengaran di ruangan itu.

            " Wah! Siapalahorang bertuah tu agak-agaknya? Sharelah sikit dengan kita" usik Sarah lagisengaja menyibuk. Sebenarnya, bukan menyibuk tetapi sedang memulakan 'mood'untuk bekerja  sebenarnya.

            " Hahaha ... rahsialah.Cukuplah kita bergossip tentang saya setakat ini. Saya pun  nak pergi tukar kemeja lain ni," kataFaris Hakimi menamatkan usikan rakan sepenerbangannya kali ini.

            Selesai menukarkemejanya, Faris Hakimi terus melangkah laju ke pintu pelepasan. Sebaik diamelangkah masuk ke dalam kapal dan melangkah ke arah kokpit, dia bertembungsekali lagi dengan Ayu Raihanna yang sedang memeriksa bahagian business classuntuk kali terakhir sebelum penumpang memasuki kapal.

            Mata mereka bertembungsekali lagi. Gadis itu berdiri tegak untuk  memberi dia ruang untuk  memudahkan dia berjalan melepasinya. Namun,,apabila mereka berpapasan, Faris Hakimi berhenti seketika bila dilihat AyuRaihanna seperti ingin berkata sesuatu kepadanya.

            " Cik Lontong nakpesan atau kata apa-apa kat saya ke?" usik Faris Hakimi sambilmenjongketkan kening kanannya sedikit. Seronok dia dapat menyakat gadis dihadapannya ini.

            " Awak nak panggilsaya lontong, lotong, sotong atau soto ke ... saya tak kisah.Tapi .. boleh takawak stop cakap yang bukan-bukan, lepas tu pandang-pandang saya. Saya tak suka!Saya tak nak orang salah sangka kat saya dek kerana kata-kata gurauan awak tu!"

            Faris Hakimi memandangtepat ke anak mata Ayu Raihanna. Fikirnya gadis itu akan mengalihkan matanya kearah lain. Tetapi, lain pula yang berlaku. Ayu Raihanna melawan balik pandanganmata Faris Hakimi. Faris Hakimi tersenyum sedikit sebelum menjawab.

            " Sorry, dear. Myheart has a mind of its own. I can't control it. Enjoy the flight, okay sayang,"kata Faris Hakimi selamba sambil mengenyitkan mata kirinya sedikit.

            Ayu Raihanna berdengussedikit. Sebuah jelingan tajam tanda sakit hati dihadiahkan buat si Kapten sebagaitanda menyampah, tetapi dibalas lelaki itu dengan kenyitan mata nakalnya. AyuRaihanna mengetap bibirnya, geram!

Previous: Bab 6
Next: Bab 8

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma