Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,808
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 6

BAB 6

            Aryan Haqim tersenyum seorang sambilmemandu keretanya laju. Sesekali matanya mengerling sedikit ke arah bungkusanyang berisi lontong kering yang diberi Ayu tadi. Mengingatkan semula setiapbait kata gadis itu yang mengaku lontongnya adalah yang terbaik, membuatkansenyumnya semakin lebar. Gadis penjual lontong itu bukan  sekadar seorang yangberkeyakinan tinggi, tetapi juga lucu perwatakannya.

            Dia kemudiannya memfokuskanperhatiannya ke arah jalan raya di hadapnnya. Bunyi telefon bimbit yangberbunyi menyebabkan Aryan Harraz memperlahankan pemanduannya sebelum menghentikankeretanya di sebuah kawasan henti dan rehat lebuh raya itu. Matanya melihatnombor yang tertera di skrin telefon bimbitnya sebelum butang jawab ditekannya.

            " Yes, Dilla," katanyasebaik melihat nombor yang tertera di skrin telefonnya..

            " Tunku Aryan, ayahanda Tunkumeminta Tunku terus ke Hilton sebaik saja tiba di KL," kata setiausahanya,Dilla.

            " Tapi, saya kan ada meetingpetang ni dengan wakil Kenanga Holdings kat tempat kita. Awak tak tengokschedule saya ke? Macam mana awak buat kerja ni? " tanya Tunku AryanHarraz dengan suara yang sedikit ditinggikan. Geram sungguh dia jikalaukakitangannya tidak cekap dan buat kerja sambil lewa.

            " Tunku, meeting yang ayahandaTunku minta Tunku hadir nanti adalah meeting dengan Kenanga Holdings. Venue danmasa ditukar atas permintaan ayahanda Tunku pagi tadi," jelas Dilla. Kecutdia mendengar suara  bossnya tadi. Membuatbossnya, Tunku Aryan Harraz naik angin adalah perkara terakhir yang dia hendakhadap di syarikat pembinaan terkemuka ini. Boleh keluar air mata perempuannyakalau angin ribut lelaki itu datang!

            " Mmm ... kalau macam tu,baiklah. Itu saja ke?"

            " Ergh .. lagi satu Cik Atiliaminta saya ingatkan Tunku untuk hadir ke majlis hari jadinya malam nanti dirumah keluarga Cik Atilia."

            Tunku Aryan Harraz terdiam seketika.

            " Mmm ... Dilla, tolong hantarsejambak bunga ros merah dan sekeping kad ucapan kepada Atilia. Help me writesomething sweet in the card. Dan, juga sekotak coklat kesukaan dia. Awak tahukan coklat jenis apa. Pastikan hantar sekarang juga. Ada apa lagi?"

            " Takde Tunku. Errghh ... Tunku.."

            " Yes?"

            " Erghh ... boleh tak sayamasuk lambat sikit pada hari Isnin?"

            " Why?"

            " Sebab saya ingat saya nak tolonghantar saudara saya yang baru sampai dari kampung pergi interview. Dia takbiasa dengan KL ni. Tapi ... kalau Tunku tak bagi tak apalah."

            " Okay. Saya pun mungkin masukoffice lambat sikit pada hari Isnin nanti. Tapi ... pastikan awak sampaisebelum saya sampai."

            " Baik Tunku. Terima kasih,Tunku."

            " Okay. See you on Monday,"kata Tunku Aryan Harraz sebelum menamatkan perbualan.

            Sebaik saja Aryyan Harraz menamatkanperbualannya, perutnya tiba-tiba saja berbunyi. Matanya terus mengerling lagike arah bungkusan  lontong kering dikerusi sebelahnya. Bungkusan itu dicapainya dan terus dibuka. Lontong keringitu dimasukkan ke dalam mulutnya dan dikunyah perlahan-lahan. Bibirnyatersenyum sedikit. Memang sedap pun. Lontong kering paling sedap yang pernahdia makan!

SELESAI menyapu danmembakar daun-daun kering pokok mangga yang gugur dan yang dikumpulkannya tadi,Ayu terus duduk di atas buaian yang dibuat di pokok mangga itu oleh arwahayahnya semasa dia tingkatan tiga lagi. Sambil berbuai di atas buaian tersebutdia tersenyum seorang.

            Ini semua gara-gara tengok filem 'Bawang Merah, Bawang Putih' malam tadilah ni.  Seronok apa tengok si Bawang Merah dan BawangPutih menyanyi-nyanyi sambil berbuai. Jikalau Bawang Merah dan Bawang putihnyanyi lagu nak kahwin dengan anak raja, dia pula  nak nyanyi lagu ' Bawaku Terbang' si FabulaousCat. Seronok apa kalau boleh 'terbang'. Lagi-lagi kalau dapat terbang tinggi dilangit membelah awan. Terbang sana, terbang sini.

            Tadi dia ada terbaca iklan temudugakerja impiannya di dalam surat khabar. Fikirannya terus ligat berfikir. Patutke dia mencuba nasibnya ke temuduga kerja impiannya itu? Emaknya akan berikebenaran ke? Rasa-rasanya emaknya akan setuju ke kalau dia cuba mencapaiimpiannya itu? Tapi, katalah kalau dia berjaya dalam temuduga itu, siapa yangakan membantu emaknya meniaga pula? Mmm ... kenapalah di dalam hidup ini, kitakena buat pilihan? Susahlah nak pilih!, rungut Ayu Raihanna di dalam hatikecilnya.

            Matanya memandang ke arah emaknyaa.k.a Mak Timah yang sedang membelek-belek pokok-pokok bunga kertas dan pokokpuding yang berbagai jenis di halaman rumah. Dia terus turun dari buaiannya danberjalan ke arah emaknya. Daripada dia terus bermain tarik tali di dalam otakdia yang kecil ini, baik dia tanya pendapat emaknya.

            " Mak, mmm ... Ayu nak mintapendapat mak sikit?"

            " Pendapat tentang apa?"kata Mak Timah sambil tangannya terus menabur baja yang berbentuk biji-bijikecil dan berwarna hijau ke sekeliling pokok bunga kertasnya yang berwarnaoren-oren kuning itu.

            " Sebenarnya ... Ayu adaterbaca satu iklan kerja ni. Ayu ingat nak pergi temuduga. Boleh ke?"

            Mak Timah menghentikan kerjanya yangsedang menabur baja di pasu pokok bunga kertasnya. Peluh yang merata di dahinyadikesat dengan belakang lengannya saja.

            " Bagus tu. Pergilah. Tapi ...temuduga kerja apa?"

            " Ergg ... pramugari,"kata Ayu perlahan antara dengar tak dengar saja.

            " Oh! Itu kan memang cita-citaAyu kan. Pergilah cuba. Mana tahu kot-kot ada rezeki ke. Dapatlah Ayujalan-jalan tengok negara orang. Jauh perjalanan, luas pengalaman. "

            " Tapi kalau Ayu dapat kerja tu,mak macam mana?"

            " Baguslah Ayu dapat. Maktumpang gembira. Impian anak emak ni tercapai. Jangan risaukan emak. "

            " Tapi ... macam mana denganbisnes lontong dan nasi lemak kita tu? Mana mak larat nak buatseorang-seorang."

            " Nanti takdelah mak meniagakat bandar tu. Mak jual kat depan rumah kita jealah. Ah! kamu ni. Fikir banyaksangat."

            " Tapi ... mak pun bukannyasihat sangat juga. Nanti siapa nak jaga mak kalau Ayu kerja jauh daripadamak?"

            " Hissh kamu ni. Pergitemuduganya belum lagi, tapi dah fikir macam-macam. Jangan risaukan emak ni.Pergi temuduga tu dulu. Soal rezeki ke, ajal maut ke ... itu semua urusantuhan. Tak perlulah fikir sampai nak 'semput' otak kamu tu. Apa yang patut kitabuat adalah fikir yang baik-baik saja. Lepas tu, doa yang baik-baik."

            " Tapi, mak Ay ...," belumsempat Ayu menghabiskan kata-katanya, Mak Timah telah memotong kata-katanyaterlebih dulu.

            " Dalam hidup ni jangan banyaksangat 'tapi' atau 'kalau'. Kalau kita ada impian, berusahalahbersungguh-sungguh untuk mencapai apa yang kita hendak. Supaya pada masa akandatang nanti, kita takdelah asyik kata 'kalaulah' pula. Masa itu nanti, lagilahrugi. Sebab ... mana ada terowong masa nak patah balik ke masa lepas. Kan makselalu ingatkan Ayu ... ajal-maut, rezeki dan jodoh ni semua urusan tuhan. Yangkita boleh buat hanyalah berusaha jaga kesihatan dengan baik, berusaha carijodoh yang sesuai dengan kita dan berusaha cari rezeki yang baik. Selebihnyakita kena redhalah dengan apa saja 'keputusan'NYA. Perancangan tuhan kan lebihbaik dan indah. Jadi, mak nak Ayu pergilah temuduga tu. Jangan fikir yangbukan-bukan."

            Terus Ayu memeluk emaknya.

            " Terima kasih mak sebabizinkan Ayu pergi temuduga tu nanti. Doakan Ayu dapat yea mak."

            " Mestilah. Tapi temuduganyakat mana? Bila?"

            " Kat KL. Isnin depan ni. Ituyang Ayu ingat nak bertolak esok. Dapat rehat sehari dan bersedia untuk temudugatu pada hari Isnin."

            " Ayu nak tidur mana?"

            " Itulah ... sebenarnya Ayu adatelefon Dilla, cakap nak tumpang rumah dia. Dia kata okay. "

            " Dila kawan kamu dan Miza tu,kan?"

            " Haah ... mak ingat dia lagi,kan?"

            " Mestilah ingat. Kawan kamu tubaik dan ramah orangnya. Lama dah dia tak ke sini," kata Mak Timah.

            " Dia kan lepas habis belajardiploma setiausaha hari tu dia terus kerja KL. Dah kerja ... itu yang susah nakjumpa dia. Dia bukannya senang nak dapat cuti. Tapi ... bila dia lapang, adajea dia call Ayu. "

            " Kalau dengan Dila tu makpercayalah. Iyalah. Pergilah interview tu. Mak doakan Ayu berjaya. Dahlah. Jomnaik atas. Tolong mak masak."

            Ayu mengangguk kepalanya tandasetuju dengan kata-kata emaknya sebelum mengekori mak Timah masuk ke dalamrumah. Terima kasih emak kerana merestui dan memahami anak mu ini, bisik hatikecil Ayu.

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma