Home Novel Cinta MY HAQ
MY HAQ
noma
26/9/2017 11:56:19
28,849
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 12

BAB 12

            Sebaikkeluar dari bilik air, Ayu segera mencapai telekungnya yang berwarna peach yangtersidai di penyidai kecil yang terletak di tepi katil bujangnya. Telekung itutelekung kesayangannya. Hadiah emaknya kerana dia berjaya mencapai cita-citanyahendak terbang di awan biru. Selepas siap menunaikan solat Asar, Ayu terus kedapur.

            Bekasbawang yang diletakkan di tepi dapur, terus dibawa ke meja makan. Lincah sajatangannya menyediakan bahan untuk memasak makan malam untuk dirinya dan Dilla.Sementara menunggu ayam yang sedang digorengnya separuh masak, dia terusmencapai periuk nasi elektrik jenama National. Dua pot beras dimasukkan kedalam periuk nasi itu.

            Selesaimembasuh nasi dan menekan butang 'on' periuk nasi elektrik itu, Ayumembalik-balikkan ayam sekejap sebelum diangkat. Jumlah minyak dikurangkan,sebelum bahan-bahan yang telah dihiris tadi ditumis dengan minyak yang digunakanuntuk menggoreng ayam tadi.  Kemudian diamemasukkan beberapa senduk cili kering yang telah dimesin ke dalam kuali itupula. Aiii ... nasib baik Dilla dah siap-siap kisarkan cili kering. Senang jeakerja memasaknya hari ini.

            Apabilaayam masak sambalnya siap dimasak, Ayu meletakkan kuali yang kecil sedikitsaiznya dari kuali tadi di atas dapur. Dia hendak mengoreng tauge ikan masinpula. Hehehe ... mesti Dilla marah sekejap lagi sebab merosakkan rancangan dia yangsedang berdiet. Sebab ... kejap lagi bila Dilla nampak tauge goreng ikan masin,mesti makan bertambah punyalah!

            Sebenarnya,dia tak ada pun niat nak merosakkan diet rakan serumahnya itu. Tapi ... apa kandaya. Memang sepanjang berada di luar negara, dia teringin sangat nak makansayur goreng taugeh ikan masin dan sambal ayam. Kebetulan pula bahan-bahan yangdiperlukannya telah tersedia ada di dalam peti ais. Okaylah menu dia hari nitu. Lagipun, sesuailah dengan cuaca yang mendung saja sepanjang hari ini.

            Ininasib baik tak ada tempoyak. Sebab kalaulah dia masak sambal petai tempoyakikan bilis ... hahaha .... memang ke laut Atlantiklah diet si Dilla.Silap-silap hari bulan ada Dilla cekik-cekik manja dia sebab menggagalkan misidietnya!

            Selesaisaja Ayu menghidang masakannya di atas meja, dia terdengar bunyi enjin keretamemasuki perkarangan rumah sewanya. Ah! Itu mesti si Dilla lah tu, detik hatikecil Ayu sambil tersenyum lebar.

            Ayuterus mengambil dua pinggan makan ke meja. Dia kemudiannya menyenduk nasi untukdirinya. Kemudiannya mengambil pinggan yang lagi satu untuk disendukkan nasijuga. Pinggan yang ini untuk Dilla. Selalunya Dilla walaupun baru saja balikdari kerja, memang rajin jea temankan dia makan kalau kebetulan dia pun sudahsiap memasak.

            "Dilla wei! Makan jom. Aku dah siap masak ni," jerit Ayu sambiljari-jemarinya mencubit daging ayam sambal yang ada di atas pinggannya sebelummenyuakan ke dalam mulutnya sebaik mendengar pintu rumah dibuka.

            Terjegulmuka Dilla di muka dapur. Ayu yang sedang mengunyah makanan hanya memberiisyarat mata mempelawa Dilla makan sekali sebab dia sudah sendukkan nasi Dillasekali. Dilla tersengih serba-salah.

            "Yang kau tersengih-sengih macam dah buat salah tu kenapa?" soal Ayusebelum menyuakan satu lagi suapan ke dalam mulutnya.

            Belumsempat Dilla menerangkan sesuatu, tiba-tiba saja kedengaran satu suara comelmenyapanya.

            "Mamaaa," kata suara suara comel itu dengan muka cerianya.

            Bulatmatanya Ayu sebaik terdengar suara comel itu sebelum tersedak. Huk! Huk!

            "Mama ... I miss you, mama," kata si kecil sambil berlari ke arah Ayu danmemeluk Ayu yang bulat matanya memandang ke arah Dilla yang merapatkankedua-dua tangannya tanda meminta maaf.

            "Errghh ... hai comel. Buat apa kat sini?" soal Ayu pada si kecil sambilmatanya terus memberi isyarat mata bertanya apa halnya si kecil itu boleh adasekali pada Dilla yang masih tersengih-sengih memandangnya.

            "Jumpa mamalah. Kan mama suruh Ellie kira sampai lima hari. Hari ini dah cukuplima hari. Mama janji nak bawa Ellie jalan," si kecil mengingatkan Ayusambil mengira-ngira jari tangan kanannya.

            Terjongketterus kening Ayu mendengarkan kata-kata Ellie. Baru Ayu teringat janji yangdibuatnya beberapa hari lepas dengan si kecil di hadapannya itu.

            "Ohhh ... erghh ... mama ada janji ke?"

            "Iyalah. Papa pun ada. Tapi ... papa tunggu dalam kereta jea," jelas sikecil.

            "Huh!? Dilla wei, betul ke?"

            "Haah. Bos aku ada kat luar tu.Tunggu apa lagi. Cepatlah pergi bersiap. Aku taksabar dah makan masakan kau ni. Bau macam sedap jea."

            "Kau ni ... sibukkan tekak kau jea. Wei  ... aku gurau jealah hari tu. Adoi! Lecehlahmacam ni?"

            "Aku tahu. Tapi ... budak kecil kan lurus jea fikiran dia orang. Itulah ... lainkali jangan berjanji. Lagi-lagi dengan budak kecil. Ingatan dia orang tu kuattau. Jadinya, tak payahlah kau nak berkeluh-kesah. Silalah lunaskan janji kaupada anak bos aku yang comel ni. Bak kata orang tua-tua kata 'lembu dipegangdengan tali, manusia pula berpegang pada janjinya.'"

            "Berperibahasa-peribahasalah pula kau ek. Memanglah aku ada cakap macam tu. Tapi... itu sekadar alasan  aku pada malam tusebab nak melepaskan diri dari si kecil yang licik ni. Ni ... bos kau ni punsatulah. Takkanlah dia percaya kat janji aku buat kat anak dia ni. Lepas tu, yang dia sibuk-sibuk ada ikut sekali tuapa pasal? Kalau pun aku nak tunaikan janji aku tu sekali pun, aku cuma nakkeluar berdua dengan si kecil ni jea," rungut Ayu tak puas hati.

            "Eh! Bukan kau ke yang setuju dengan cadangan si kecil yang licik ni yang bapadia ikut dia dan engkau jalan-jalan sekali."

            "Eiii ... aku ada janji macam tu ke? Tapi ... bukan orang-orang bisnes ni sibuk ke?Sejak bilalah pula bos kau tak sibuk?" soal Ayu bertalu-talu sambil menggaru-garukepalanya yang tak gatal.

            "Sejak jumpa kau kot," jawab Dilla selamba sambil tersengih penuh makna.

            Ayumenjeling Dilla sedikit. Pandangannya kemudiannya dialihkan pada si kecil.

            "Ellie nak makan?"

            "Nak. Tapi nak makan Mc D. Nak cheese burger. Mama cepatlah siap," kata sikecil memandang tepat ke wajah Ayu penuh pengharapan.

            "Mmm ... macam tu yea. Sekejap yea. Mama habiskan makanan mama ni dulu yea.Lepas tu mama bersiap dan kita jalan-jalan sama-sama. Boleh?" tanya

            "Boleh. Mama ...," Ellie memanggilnya.

            "Ada apa Ellie?"

            "Mama pakai lawa-lawa tau. Make up cantik-cantik," pinta si kecil Ellie.

            KeningAyu terangkat sedikit. Amboi! Demand pula si kecil ni, kata hati kecil Ayu.

            "Perlu ke mama make up? Tak payahlah yea."

            "Make uplah cantik-canti macam princess," pujuk si kecil sambil membuatmuka comel. Tersenyum Ayu melihat muka comel yang dibuat-buat Ellie.

            "Cuba bagi tahu kenapa mesti nak cantik-cantik macam princess?" saja Ayumenyoal si kecil pula.

            "Supaya papa tak nak dah jumpa Aunty Atilia sebab mama lagi cantik," jawabsi kecil jujur.

            Tersenyumsumbing Ayu Raihanna mendengarkan jawapan Ellie.

            "Oh ... macam tu. Tapi ... mama okay jea papa jumpa dengan Aunty Atilia,"kata Ayu.

            "Tak nak. Ellie tak suka ... tak suka," balas si kecil dengan nada hendakmenangis.

            "Erghh ... ok .. ok. Jangan nangis, Ellie. Mama pakai cantik-cantik. Sekejapyea. Kak Dilla temankan Ellie yea."

            Sikecil terus menganggukkan kepalanya laju-laju. Ayu kemudiannya mengalihkanpandangannya ke arah Dilla yang sedang menahan gelak.

            "Nampak sangat aku ni tak cantik ek?" kata Ayu perlahan.

             Terus Dilla tergelak kuat sebelum Ayu jugaturut tergelak sama, manakala Ellie pula terkebil-kebil tak faham mengapa Ayudan Ellie tergelak besar.

ARYYAN HAQIM memandu keretanya keluar dari perkaranganvilla keluarganya. Sesekali mengerling ke arah Ayu Raihanna yang sedari taditerpejam-celik, terpejam celik menahan rasa ngantuk. Rasa bersalah menerjahhatinya. Dia berdehem sedikit. Cuba memulakan perbualan.

            "Terima kasih sebab sudi melayan karenah si Ellie dan sudi luangkan masa berbualdengan keluarga saya," kata Tunku Aryyan Haqim sambil bibirnya mengariskansegaris senyuman.

            "Sama-sama. Perkara kecil jea. Saya yang patut ucapkan terima kasih pada Haqsebab  belanja saya makan tadi. Ellie tumesti penat sangat berjalan tadi. Lena betul dia tidur," balas AyuRaihanna.

            "Ellie kalau tidur memang macam tu. Lagi-lagilah hari ni. Berlari sana, berlarisini ... mmm ... lagilah nyenyak dia tidur. Esok Ayu kerja?" tanya TunkuAryyan Haqim.

            "Kerja. Kenapa?," tanya Ayu Raihanna. Sebenarnya dia menipu. Besok dia'off'.

            "Takdeapa-apa. Saja tanya. Mmm ... kerja Ayu mesti banyak cabaran, kan? Penat takhabis lagi, dah fly balik. Lepas tu ... kena berdepan dengan penumpang yangbermacam-macam karenahnya," balas Tunku Aryyan Haqim

            "Mmm ... saya suka kerja saya. Memang dari darjah satu tau  cita-cita saya nak jadi stewardess sebab bolehtengok negara orang dan jumpa ramai orang. Jadi, walaupun sesekali itu adajugalah insiden-insiden yang tak diingini berlaku, saya takdelah nak simpandalam hati atau nak rasa stress-stress ni sangat."

            "Penyabar, Ayu ni orangnya. Untunglah siapa yang menjadi jodoh Ayu," puji TunkuAryyan Haqim tersenyum kecil.

            "Hahaha ... apa sangatlah cabaran dalam kerjaya saya. Kerja macam Haq lagimencabar. Lepas tu ... macam Haq, cabaran tu pastilah lagi berganda sebab mananak fikir pasal bisnes, lepas tu mana nak fikir Ellie lagi. Haq patut carikan'mama' baru untuk Ellie. Mesti dia seronok kalau ada mama  yang boleh bermain bersama,  bawa dia jalan-jalan , bacakan dia buku ceritaatau baca doa sama-sama sebelum tidur. Haq pun boleh bekerja dengan lebihtenang dan fokus lagi," ujar Ayu panjang lebar.

            TersenyumTunku Aryyan Haqim mendengarkan cadangan Ayu Raihanna tadi.

            "Cuba bagi tahu saya kat mana saya nak cari calon 'mama' untuk Ellie?"tanya Tunku Aryyan Haqim sambil matanya mengerling sedikit ke arah AyuRaihanna.

            "Manalah saya tahu kat mana. Saya ni bukannya agensi cari jodoh. Tapi ... bukanHaq dah ada Cik Atillia ke?" soal Ayu sambil mengecilkan matanya danmenjongket-jongketkan kening kanannya mengusik lelaki di sebelahnya.

            "Mmm ... siapa cerita? Ellie?"

            "Hahaha ... haahlah. Habis tu mana lagi saya tahu."

            "Well ... Atillia tu my cousin, Nothing special between us sebenarnya. Saya anggapdia macam adik perempuan saya sendiri. Asyik cakap pasal saya jea, ni ... mmm... Ayu dah ada boyfriend?"

            "Ramai," jawab Ayu pendek dengan muka selamba.

            "Boleh tahan rupa-rupanya, Cik Ayu kita ni. Diam-diam berisi," komen TunkuAryyan Haqim. Sedikit sinis nadanya. Komen sinis lelaki itu disambut dengangelak tawa Ayu.

            "Hahaha ... sinisnya nada, Haq. Ni mesti Haq bersangka buruk kat saya, kan? Janganlahsalah sangka. Apa yang saya maksudkan ialah ... saya kan kerja. Mestilah adaramai boyfriend. Antaranya, Ahmad, Muthu, Ah Leong, Saiful dan ramai lagilah.Kenapa?"

            "Loyar buruk nampak?" soal Tunku Aryyan Haqim tergelak kecil.

            "Taklah. Saya bercakap yang benar. Karang kalau saya kata takde, tiba-tiba Haqnampak saya keluar dengan mana-mana rakan sekerja saya yang lelaki ... Haq katasaya tipu pulak," jawab Ayu panjang lebar.

            "Maksud saya kekasih hati?"

            "Oh! Yang itu. Tak ada lagi. Saya suka single macam ni. Kepala pun lapang jea.Takde masalah. Aman hidup saya," ujar Ayu.

            "Macam pernah putus cinta jea?" teka Tunku Aryyan Haqim. Ayu Raihannatergelak kecil.

            "Tau jea yea. Hahaha ... betullah tu. Tapi ... takdelah cinta betul. ' Cintamonyet' jea. Biasalah zaman-zaman sekolah," terang Ayu sambil tergelak.

            TunkuAryyan Harraz hanya tersenyum mendengarkan jawapan Ayu.

            "Tak nak cari kekasih?" tanyanya lagi.

            "Entahlah. Saya sebenarnya tengah seronok bekerja. Jadi ... takdelah nak fikirsangat pasal tu. Satu lagi ... saya malas nak fikir pasal tu sebab takut nakmemilih. Karang , pilih punya pilih, terpilih lelaki yang tak bertanggungjawabke,kaki pukul ke, kaki perempuan ke ... mmm .... tu yang malas nak mencari. Biar'jodoh' tu yang yang cari saya. Doakanlah saya bertemu jodoh dengan lelaki yangbaik yea," kata  Ayu sambil memandangke arah Tunku Aryyan Haqim yang juga sedang tersenyum memandang ke arahnya.

            "Saya doakan Ayu bertemu jodoh dengan seorang lelaki yang baik," kata TunkuAryyan Haqim ikhlas.

            "Aamin ... aamin. Terima kasih sebab doakan yang baik-baik untuk saya. Saya punberdoa semoga Haq pun bertemu jodoh dengan perempuan yang baik-baik yang bolehjadi isteri yang hebat untuk Haq dan ibu yang baik untuk Ellie."

            "Aamin. Terima kasih, Ayu. Mmm ... nampaknya kita pun dah sampai dah. Terimakasih sekali lagi Ayu sebab sudi luangkan masa bersama Ellie hari ini. Mungkinsatu hari nanti kita boleh keluar makan berdua saja?" cadang Tunku AryyanHaqim memandang tepat ke anak mata Ayu yang sedang tersenyum manis. Ahh ...nama pun stewardess kan. Memanglah murah dengan senyuman!

            "Keluar berdua? Erghh ... mmm ... erghh ... selamat malam Haq. Saya masuk rumahdulu yea. Assalammualaikum," kata Ayu sebelum cepat-cepat keluar darikereta itu.

            PertanyaanHaq tadi dibiarkan tanpa sebarang jawapan. Sebaik menutup pintu kereta, Ayu terusmembuka pintu pagar rumahnya dan terus melangkah masuk ke perkarangan rumahnya.

            Namunsebelum masuk ke dalam rumah sewanya, Ayu memandang sekilas ke arah keretaTunku Aryyan Haqim. Menerusi tingkap kereta sebelah penumpang, yang mana cermintingkapnya diturunkan, Ayu dapat melihat lelaki itu sedang tersenyum memandangke arahnya sambil mengangkat tangannya sedikit sebelum beredar dari situ.

            Hissh... takdenya dia nak keluar berdua-duaan dengan lelaki yang telah 'dicop' dekperempuan lain. Karang tak pasal-pasal ada acara 'gusti' perempuanlah pulak! 

Previous: Bab 11
Next: Bab 13

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh noma