Sekembalinya Afini dari pejabat, dia terus mendapatkan
Mak Embun. “Assalamualaikum, Mak Embun,” ucapnya. “Mak Embun dah makan?” soal
Afini kemudiannya saat terlihatkan Mak Embun sedang membasuh pinggan di singki.
“Mak Embun tak lapar
lagi. Baru lepas suap mak kamu makan. Afini dah makan?”
“Tengah hari tadi
dahlah. Petang belum lagi,” jawab Afini jujur.
“Nanti kalau Afini
lapar, ambil lauk dalam tudung saji tu. Mak Embun dah masakkan.”
“Lah Mak Embun ni…
susah-susah aje. Dahlah Afini bayar upah Mak Embun jaga mak murah aje. Ni siap
masak-masakkan lagi, seganlah Afini.”
“Nak segan apa. Dulu
waktu Mak Embun terlantar tak boleh bangun sebab kena serangan angin ahmar, mak
kamu tulah orangnya yang jaga Mak Embun. Bukan setakat sehari dua, tapi nak
dekat lima bulan. Sekarang ni dah tibalah pulak giliran Mak Embun untuk
membalas budi mak kamu tu.”
Afini mengangguk dan
mengukirkan senyuman.
“Hmm… Afini. Mak Embun
nak beritahu ni. Tadi ada orang datang. Dia kata dia wakil peguam bagi pihak
bank. Dia serahkan kad dengan surat ni pada Mak Embun. Dia minta Afini hubungi
dia dengan segera.”
Sekejap sahaja surat
dan kad itu bertukar tangan.
“Afini… kalau Afini ada
apa-apa masalah, Afini boleh ceritakan pada Mak Embun.”
“Tak ada apa-apalah Mak
Embun. Jangan risau, Afini okey. Hmm… sekarang dah pukul 7.00 lebih. Mak Embun
tak nak balik ke? Ke… Mak Embun nak temankan Afini tidur malam ni,” usik Afini.
“Eh, mana boleh tidur
sini. Nanti kesian pak cik kamu tu tidur sorang. Merajuk pulak dia nanti,”
seloroh Mak Embun. Lantas mengatur langkah menuju ke pintu.
Hari ini merupakan
penghulu hari bagi umat Islam. Afini mengenakan baju kurung bertanahkan warna
ungu dan bercorakkan flora kecil. Baju kurung ini adalah baju kesayangannya
kerana pemberian daripada emaknya sewaktu hari lahirnya yang ke 23.
“Afini!”
“Siapa pulak yang
memekik panggil nama aku ni? Pantang betul aku orang jerit-jerit nama aku macam
ni,” tutur Afini perlahan berbaur rasa geram.
“You pekak ke?” marah
Yus.
‘Kurang ajar punya gay!
Suka-suka hati kau aje nak panggil aku pekak! Nasib baiklah kau bos aku!’ jerit
hati Afini!
“Maafkan I, Encik Yus.
I tak dengar Encik Yus panggil tadi,” kata maaf tetap jua Afini tuturkan
walaupun hatinya tidak merelakan.
“Sebab tulah aku cakap
kau ni pekak! Ambil ni! Aku nak kau pergisettlekan
dengan KWSP hari ni jugak! Dahlah pekak! Lembap pulak tu!”
Afini mengetap bibir
geram. “Encik Yus! Ada dua perkara yang Encik Yus perlu tahu! Pertama, I tak
pekak dan I tak lembap! Kedua, I dah siapkanpart I!Part yang belum siap tu bukannya daripadadepartment I tapi daripadaaccount department! Jadi apa kata Encik Yusrefer balik pada Encik Zakaria pasal perkara ni!”
Afini pantas menyerahkan
kembali dokumen yang diserahkan kepadanya sebelum dia cepat mengatur langkah
meninggalkan mamat gila yang masih terkejut dengan letupan ‘bom’ yang baru
diterimanya! Puas hati Afini!
Sepanjang hari
Afini menyibukkan diri dengan tugasan yang kian bertambah. Jam di dinding sudah
melewati 8.00 malam. Dia segera bangun untuk menunaikan solat Maghrib.
Sesampainya di surau,
Afini pantas membuka pintu tanpa menyedari ada sepasang kasut milik kaum Adam
tersusun di satu sudut yang agak terlindung. Di saat pintu terbuka, dia
terlopong melihat insan yang berada di hadapannya ini. Encik Yus! Mata mereka
bertemu.
“Saya ingat dah tak ada
orang tadi…” kata Yus.
Afini masih terkejut
dan tidak tahu untuk berkata apa, apatah lagi dirinya baru sahaja menghadiahkan
sebutir ‘bom’ kepada lelaki di hadapannya ini siang tadi.
“Pergilah solat dulu.
Waktu dah nak habis.”
Tatkala mendengarkan
kata-kata itu, barulah Afini tersedar akan kelewatannya untuk menghadap Ilahi. Dia pantas masuk ke dalam.
Sedikit pun nasi di
pinggan tidak disentuh Afini. Matanya masih utuh memandang insan di hadapannya.
"Kau ni kenapa
pandang-pandang aku macam tu?" soal Siti pelik dengan sikap sahabatnya
hari ini.
Pada kebiasaannya Afini
gemar menikmati makan tengah hari di restoran ini, tetapi entah mengapa selera
sahabatnya itu bagaikan termati. Buktinya makanan di hadapan Afini hanya
menjadi jamahan matanya.
"Siti. Sebenarnya…
aku nak beritahu kau yang semalam aku…" kata-kata Afini terhenti. Otaknya
berfikir semula, perlukah dia menceritakan kepasa Siti tentang apa yang
dilihatnya semalam.
Siti menghentikan
kunyahan makanannya dan pandangan matanya tepat memanah mata sahabatnya itu.
Jelas riak serba salah terpamer di wajah Afini.
"Afini, kau ni
kenapa? Aku tengok lain macam sangat perangai kau hari ni. Cakap pun
tersangkut-sangkut. Kau ada masalah dengan bos kau tu ke?" serkap Siti.
"Macam mana kau
tahu?" spontan Afini bertanya.
"Jadi betullah kau
ada masalah dengan mamat gay tu?"
"Bukan masalah…
sebenarnya semalam waktu aku nak sembahyang maghrib di office kita tu, aku terserempak dengan mamat tu. Kau tahu tak
rupa-rupanya mamat tu sembahyang dulu daripada aku." lega, Afini dapat
meluahkan apa yang tersimpan di hatinya sedari semalam.
"Apa?! Kau biar
betul. Tak percayalah aku." nada terkejut bercampur dengan penafian di
dalam bicara Siti.
“Betul, Siti. Takkanlah
aku nak tipu kau pasal benda-benda macam ni.”
“Merepeklah kau ni.
Cuba kau fikir, dia tu gay. Tau ke dia macam mana nak sembahyang?” sinis suara
Siti kali ini.
“Kau ni tak baik tau.
Walau siapa pun, dia masih ada hak untuk bertemu dengan Allah. Kita tak ada hak untuk menilai amalan dia.”
“Yang kau bela dia
sangat ni kenapa?”
“Bukan aku bela dia.
Aku cuma ingatkan kau aje. Tapi… aku peliklah…”
“Pelik? Pelik kenapa?”
“Dia macam terkejut
giler nampak aku. Maksud aku… macam dia ternampak hantu.”
Siti ketawa medengar
kata-kata Afini.
“Kau nikan! Aku serius
boleh pulak kau bantai gelak. Sakit hati betullah cakap dengan kau.”
“Okey... Aku minta
maaf. Aku bukan apa. Macam tak percaya aje dengan apa yang aku dengar ni.
Sebab, selama hampir dua tahun aku berkerja di sini, aku tak pernah pulak aku
nampak dia sembahyang. Atau…”
“Atau apa?” soal Afini
tidak sabar.
“Atau dia dah nak
bertaubat. Yalah mesti dia terfikirkan sampai bila nak buat dosa aje. Nanti
kalau tiba-tiba mati katak, kan susah. Lagipun, aku ada jugak dengar-dengar
cerita yang Dato dah paksa dia cari isteri.”
“Cari isteri?”
“Ha’ah... Tiba-tiba
pulak Dato suruh mamat tu cari isteri. Sebab apa yang aku dengar, Dato dah
malu. Ahli-ahli korporat yang rapat dengan Dato dah seronok buat ‘ketupat’
pasal anak dia yang hangat bercinta dengan lelaki.”
“Lah... teruk jugak
mulut orang ‘besar-besar’ ni. Ingatkan dia orang semua ni jenis tak ambil tahu
hal orang lain,” kata Afini.
“Siapa kata?
Kadang-kadang dia orang ni kalau mengumpat mengalahkan joyah tau. Sebab tulah
semalam,mood bos kita tu tak betul. Semua orang
diharuknya.”
Afini mengangguk.
Patutlah semalam dia dimaki hamun lelaki begitu sekali dirinya dimaki hamun
oleh mamat gay itu sedangkan dia langsung tidak ada melakukan apa-apa kesalahan.
“Cik Afini... Tadi masa Cik Afini ke
tandas Encik Yus adacall minta Cik Afini datang ke pejabatnya,”
beritahu May sebaik sahaja Afini melangkah masuk ke pejabat.
“Dia ada cakap kenapa?”
“Tak ada pulak. Tapi
dia kataveryurgent.”
Terhela jua nafas Afini
yang berat tatkala mendengar perkataanvery urgent
itu. Dia yakin mesti ada kerjalast minute
yang ingin diserahkan kepadanya.
Sesampainya Afini di
muka pintu bilik empunya syarikat, dia terdengar tawa dua orang lelaki.
Ketukan diberikan dan
Afini dipersilakan masuk.
Sebuah senyuman
diberikan oleh seorang lelaki kepada Afini. Namun, ia bukan milik Yus. Ia
adalah milik insan yang sedang memegang lembut leher ketuanya itu. Mereka
kelihatan begitu akrab dan tak salah andai dikatakan keakraban mereka melebihi
seorang sahabat. Afini yakin mungkin ini adalah lelaki yang sering digosipkan
dengan Yus. Melihat caranya memegang leher Yus sahaja sudah mampu menambahkan
keyakinannya itu.
“Hai... I Jeff.” Lelaki
itu memperkenalkan diri sambil menghulurkan tangannya untuk disambut.
“Afini,” balas Afini
ringkas.
“Ooo… Jadi inilah
Afini,” kata Jeff.
Afini pelik dengan
kata-kata itu. Tanda tanya yang terlihat di wajahnya dapat dikesan oleh Jeff.
“Sebenarnya bos kesayangan
you ni selalu sangat puji you. Sebab tulah I seronok dapat bertemu dengan you.”
Lelaki itu lantas mengukirkan senyuman.
“Dah-dah... tak payah
kau nak puji minah ni.”
‘Minah? Suka hati kau
aje nak panggil aku minahkan!’ marah hati Afini.
“Afini, I dah
berbincang dengan Encik Zakaria dan memang I dapatidepartment
dia yang buatmistake hari tu.So,
untuk mengelakkan perkara seperti itu berulang lagi, I nak you dan Mayhandle tugas ni,” arah Yus lantas menyerahkan sebuah fail
berwarna merah kepada Afini.
“Okey. I akanhandle,” balas Afini ringkas seraya mengatur langkah untuk
keluar.
“Afini…” panggil Yus
tiba-tiba.
Afini berpaling semula
menghadap kedua lelaki yang sedang memandang tepat ke arahnya.
“Hmm… I… I…”
“Cakap ajelah. Kau ni…”
desak Jeff tatkala melihat Yus tidak dapat menyudahkan bicaranya.
“I… I… Nak minta maaf
pasal hari tu. I marah you melulu sebelum I periksa perkara sebenar.”
Afini tersenyum dan
memandang tepat ke arah bosnya. Sayu pandangan lelaki itu tika ini. Terbang
tinggi segala keegoannya tatkala menuturkan kata maaf itu. “Tak apa. I faham. I
pun nak minta maaf sebab berkasar dengan Encik Yus tempoh hari.” Afini pantas
mengorak langkah meninggalkan ‘pasangan kekasih’ itu berserta sebuah senyuman
yang masih terukir di bibirnya.
“Cun jugak Afini tu aku
tengok,” kata Jeff tatkala melihat bayang Afini kian menghilang dari
pandangannya.
“Memang cun. Tapi keras
kepala! Degil! Kau bayangkan aku ni yang bayar gaji dia, pun dilawannya!”
Jeff ketawa.
“Kau ketawa kenapa?”
“Tak adalah. Aku tengok
dia okey aje. Taklah teruk yang macam kau cerita.”
“Kau tak kenal dia lagi
beb… dah kenal baru kau tau!”
“Aku rasa, orang yang
patut kenal dia ialah kau, bukan aku!”
“Apahal pulak aku nak
kena kenal dia sangat. Setakat minah macam tu, Kalau dia blah dari syarikat ni
pun tak ada hallah. Aku boleh cari sepuluh orang staf yang lebih baik daripada
dia,” riak Yus berbicara.
“Sebab kau ni hebat
sangatlah sampai kau tak dapat nak cari orang untuk gantikan tempat setiausaha
kau yang dah hampir setahun kosong tu, kan?”
“Kau ni nak perli aku
ke apa ni?”
“Bukan perli, tapi nak
sedarkan kau. Aku bukan apa, kesian tengok Afini tu. Dahlah kecil, cun pulak
tu. Tak sampai hati aku bila aku bayangkan yang dia selalu kena marah dengan
kau,” gurau Jeff.
“Dahlah... tak payahlah
cakap pasal minah pendek tu. Sekarang ni aku ada masalah yang lebih besar untuk
akusettlekan,” keluhan berat terpacul dari bibir
Yus.
“Pasal papa kau?” soal
Jeff.
“Yalah. Sekarang ni dia
dah makin desak aku bawak balik calon isteri! Mana aku nak cekau?”
“Hmm… Aku sendiri pun
buntu. Tak tahu macam mana nak tolong kau.”
Kedua-dua sahabat ini
termenung sambil berfikir untuk mencari jalan keluar terhadap permasalahan yang
berpunca daripada DatoHaji Mohd. Haalim bin Abdul Malik.