Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
84,211
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 20

Pintu kayu di tutup rapat dan di kunci kemas oleh Puan Zubaidah. Manakala Mawar dan Melati ligat memasukkan beg-beg kepunyaan mereka ke dalam bonet teksi. Dahlia yang berdiri di tepi  teksi hanya memerhatikan tingkah kedua orang kakaknya itu.


Usai meletakkan beg pakaian milik mereka sekeluarga, Mawar dan Melati serta Dahlia menghampiri sang ibu yang masih berdiri kaku merenung ke arah rumah usang itu. Rumah peninggalan bapa mereka. Jelas perasaan hiba dan sayu menusup ke dalam hati mereka.


Rumah yang telah banyak memberi jasa kepada mereka sekeluarga. Rumah yang banyak menyimpan segala kenangan suka dan duka buat mereka.


"Mak jom kita gerak.." ujar Mawar lembut.


"Mak rasa mak tak sanggup nak tinggalkan rumah ni," jujur Puan Zubaidah.


"Mak kami faham perasaan mak. Kami pun berat hati nak tinggalkan rumah ni. Rumah ni lah satu-satunya rumah peninggalan arwah ayah. Tapi kita pindah pun bersebab. Kita nak ubah hidup keluarga kita," pujuk Mawar.


"Arwah ayah mesti kecewa kalau tahu kita akan tinggalkan kampung ni," ucap Puan Zubaidah sayu. 


"Kita tinggalkan kampung ni bersebab mak. Kita mulakan hidup baru, ubah nasib keluarga kita. Dekat sini dah takde apa untuk kita lagi mak," jawab Mawar. 


"Betul cakap Kak Mawar tu mak. Mak jangan risaulah nanti kalau Melati cuti kita semua balik sini lagi ya. Kita jenguk-jenguk rumah arwah ayah ni," celah Melati. 


"Iyalah.." sahut Puan Zubaidah. Air mata yang merembes keluar diusap laju.


"Mak jomlah.. Dahlia tak sabar nak pegi Kolumpo tu," celoteh Dahlia yang hanya memandang ke arah ibunya.


"Tengok ni Dahlia pun dah tak sabar nak jadi orang KL," usik Melati.


"Iya.. Iya.. Jomlah kita. Lambat-lambat nanti lewat pulak sampai Kolumpo tu nanti," ajak Puan Zubaidah.


Mereka sekeluarga segera masuk ke dalam teksi yang telah disewa oleh Melati. Teksi yang akan membawa mereka menuju ke Kuala Lumpur. Bandar asing buat mereka sekeluarga.


Perlahan-lahan teksi yang dinaiki oleh mereka sekeluarga mula meninggalkan perkarangan rumah kayu itu. 


Rasa sayu yang menyelinap masuk ke dalam ruang hati dibuang jauh-jauh. Kenangan akan tetap menjadi kenangan. Kini sudah tiba masanya mereka mencorakkan masa depan yang lebih terjamin buat mereka sekeluarga.





~~~~~





Aizat memicitkan kepalanya seketika. Kertas-kertas yang berselerak diatas mejanya di pandang silih berganti. Tidak lama lagi restorannya bagai menerima tempahan untuk majlis perkahwinan salah seorang pelanggan tetapnya. Jadi Aizat harus memastikan semuanya berjalan dengan lancar agar tiada masalah yang tidak diingini berlaku semasa majlis diadakan.


Bunyi ketukan diluar biliknya menyentakkan Aizat yang sedang leka dengan kerja-kerjanya. Dia mendegus kasar, tidak suka apabila diganggu sewaktu dia sibuk dengan urusan kerjanya.


"Masuk.." jawab Aizat malas.


Pintu bilik dikuak daripada luar. Terjengul wajah Ika yang sedang tersenyum manis memandang ke arahnya.


"Hehe.. Sorry ganggu bos," ucap Ika segan.


"Hmm.. Ada apa?" soal Aizat laju.


"Hmm saya tahu bos mesti tengah sibukkan? So saya ada bawakan air dan kudap-kudapan. Boleh bos makan sambil buat kerja tu," jawab Ika. Dulang yang berisi makanan dan minuman dipegang kemas ditangannya.


Aizat mengerling ke arah dulang makan yang masih berada dipegangan Ika. Dia mengangguk seketika.


"Awak boleh letak makanan dengan minuman tu dekat atas meja tu. Nanti free saya minum," ujar Aizat.


"Okay bos," sahut Ika ceria.


Dulang berisi makanan dan minuman itu diletakkan dengan penuh berhati-hati di atas meja seperti yang telah diarahkan oleh Aizat sebentar tadi. Selesai melakukan kerja-kerjanya dia kembali berdiri kaku dihadapan Aizat. 


Aizat yang melihatkan figura Ika yang masih berdiri kaku dihadapannya menjongketkan kening, tanda menyoal apa sebenarnya yang dimahukan oleh gadis itu. 


"Ada apa-apa lagi ke Ika?" soal Aizat. 


"Saya tengok bos sejak dua, tiga menjak ni macam stress je. Bos ada masalah ke?" soal Ika bersama senyuman manis. 


Aizat mengangguk faham. 


"Saya takde masalah, saya okay. Awak sendiri tahukan sekarang ni restoran kita dah menerima banyak tempahan untuk majlis-majlis besar. Jadi mungkin sebab tu saya nampak stress. Tapi jangan risau, saya okay," jawab Aizat yakin.


"Bos ada nak saya tolong apa-apa tak?" soal Ika tidak berputus asa.


"So far saya masih boleh handle lagi. Terima kasih atas niat baik awak," ujar Aizat sopan.


"Sama-sama bos. Tapi kalau bos perlukan apa-apa pertolongan bagi tahu je saya. Saya pasti akan tolong bos dengan seikhlas hati," sahut Ika ceria.


"Bagus.. Saya suka dengan sikap pekerja macam awak ni," puji Aizat.


Dengar sahaja pujian daripada lelaki pujaannya, Ika sudah tersengih seperti kerang busuk. Hati berbunga riang.


"Terima kasih bos.. Err bos betul ni tak nak saya tolong apa-apa?" soal Ika lagi.


"Kalau awak nak tolong saya, baik awak tolong pegi sambung buat kerja awak tu," tegur Aizat.


"Okay... Okay... Saya keluar dulu ya bos. Jangan lupa makan," pesan Ika.


"Baiklah.." sahut Aizat.





~~~~~





Setelah menempuhi perjalanan hampir 1 jam 30 minit, Mawar sekeluarga akhirnya tiba jua di Bandaraya Kuala Lumpur. Rumah teres satu tingkat di pandang. Di sini lah mereka sekeluarga akan memulakan kehidupan baru dengan persekitaran baru.


Tidak mahu terus membuang masa, mereka sekeluarga segera masuk ke dalam rumah teres satu tingkat itu. Masing-masing laju memerhatikan keadaan sekeliling.


"Besar juga rumah yang kilang kamu ni bagi ya Melati," ujar Puan Zubaidah memecahkan kesunyian diantara mereka.


"Alhamdullilah mak. Mungkin ni rezeki untuk keluarga kita," jawab Melati sambil tersenyum manis.


"Semua ni atas usaha Melati sendiri. Akak bangga dengan kau Melati," sampuk Mawar yang sedari tadi hanya mendiamkan diri. 


"Terima kasih kak," sahut Melati ceria. 


"Mak nak tanya kamu ni sikit Melati. Kamu duduk sini nanti nak pergi kerja macam mana? Jauh ke tidak dari tempat kerja kamu tu nak berulang alik?" soal Puan Zubaidah. 


"Soal tu mak janganlah risau, kilang dah sediakan van untuk Melati ulang alik ke sana. Lagi pun bukan Melati sorang. Ada juga pekerja lain nanti," jawab Melati. 


"Hmm.. Baguslah kalau macam tu," mengangguk faham Puan Zubaidah. 


"Eh dah lah, apa kata kita naik atas tengok bilik. Melati pun tak pasti rumah ni ada berapa bilik," ujar Melati. 


"Hmm.. Iyalah.." sahut Puan Zubaidah. 


Keempat-empat beranak itu segera menuju ke tingkat atas. Cuba menyesuaikan diri dengan keadaan tempat tinggal mereka yang baru.


Jauh disudut lain, ada sepasang mata yang sedang leka memandang ke arah rumah yang telah dimasuki oleh Mawar sekeluarga. Perbagai tanda tanya mulai muncul dibenak fikiran wanita tua itu. 


"Hanim.. Awak buat apa terhendap-hendap tepi pagar tu," soal Encik Bakri pelik. 


Tersentak Puan Hanim akibat sapaan sang suami. Tangan naik mengusap dada. Dia menoleh memandang ke arah suami yang yang sudah melabuhkan duduk disebuah bangku batu dihalaman rumah mereka. 


"Abang ni terkejutlah saya," bibir mencebik. 


"Haa tahu terkejut. Ni awak tengok apa? Daripada tadi lagi saya duk tengok awak terhendap-hendap tepi pagar tu. Apa yang awak tengok?" soal Encik Bakri tidak puas hati. 


"Ishh abang ni. Tu haa saya tengok rumah kosong tu. Tadi saya nampak macam ada penghuni baru ke duduk dekat situ," jelas Puan Hanim. 


"Rumah kosong mana ni?" soal Encik Bakri pelik. 


"Alah abang ni. Tu selang dua buah daripada rumah kita ni.." bibir dimuncungkan ke arah rumah yang dimaksudkan. 


Terteleng kepala Encik Bakri memandang ke arah yang telah ditunjukkan oleh sang isteri. 


"Ooo rumah tu... Baguslah kalau ade yang dah duduk. Meriahlah sikit kawasan kejiranan kita ni. Berkeluarga ke orang bujang yang duduk situ?" soal Encik Bakri. 


"Saya tengok macam sekeluarga je yang duduk situ," jawab Puan Hanim. 


"Eloklah macam tu. Nanti bolehlah kita berkenalan dengan dorang," ujar Encik Bakri. 


"Hmm.. Betul jugak kata abang tu," terangguk-angguk kepala Puan Hanim mengiyakan. Mata masih melirik ke arah rumah yang sudah dihuni oleh Mawar sekeluarga. 


Previous: BAB 19
Next: Bab 21

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.