Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
70,787
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 11

Pintu kereta dihempas kasar. Tangan mengengam kuat streng kereta dihadapannya. Urat-urat tangan jelas kelihatan timbul di tangan kasarnya. Nafas dihela berat.


Mawar yang duduk bersebelahannya berkerut pelik apabila melihat tindak tanduk Imran.


"Kau kenapa ni Imran?" soal Mawar polos.


Imran menjeling sebentar ke arah Mawar sebelum mengeluh perlahan.


"Takde apalah.." ucap Imran datar.


"Kau cakap nak jumpa Haris? Dah jumpa ke belum?" soal Mawar lagi.


"Tak jadi dia sibuk. Dahlah jomlah kita gerak."


Usai berkata Imran laju menekan pedal minyak kereta Perodua Viva itu dan berlalu meninggalkan kawasan tempat letak kereta.


Beberapa minit berdiam diri Imran mengerling sebentar ke arah Mawar yang leka merenung ke arah pemandangan diluar. Dia berdehem seketika sebelum bersuara.


"Mawar.. Kau nak pegi ke KL nanti?" soal Imran.


Sedar akan pertanyaan Imran, Mawar segera menoleh dengan dahi yang kini sudah berlapis.


"Kenapa kau tanya?" soal Mawar pelik.


"Saja aku nak tahu," jawab Imran bersahaja. 


Mawar mengeluh panjang sebelum menjawab pertanyaan Imran. 


"Hmm.. Kan Haris minta aku pegi jugak Kolumpo tu. Jadi nak tak nak aku kenalah ikut arahan dia tu. Yang kau tanya aku ni kenapa?" soal Mawar pula. 


"Takde.. Saja je.. Dahlah jomlah kita settlekan kerja kita cepat. Cepat kita settle, cepat kita boleh balik," ujar Imran. 


"Yela.." akur Mawar.


Imran menggelengkan kepalanya seketika. Mawar terlalu naif dan polos. Sikap gadis itu sesekali menarik perhatiannya. Jujur dia boleh katakan dia benar-benar selesa apabila berdampingan dengan gadis itu. Dalam dia tidak sedar hati kecilnya mula dijentik dengan satu rasa yang dia sendiri tidak pernah rasakan sebelum ini dengan mana-mana wanita selain Mawar Saffiyah. 


Ingatannya kembali terimbas saat dia dalam tidak sengaja mendengarkan perbualan antara Haris dan Jaiko. Hatinya panas apabila lelaki itu mahu memperlakukan Mawar seperti perempuan murah yang tidak mempunyai harga diri. 


Imran nekad selagi dia hidup dia berjanji dia akan melindungi Mawar semampu yang boleh. Dia juga nekad selepas ini dia tidak mahu lagi melakukan kerja-kerja kotor dan dia mahu berhenti daripada terus menjadi orang suruhan Haris mahupun Jaiko. Nekad Imran. 





~~~~~





Imran memarkirkan kereta yang dipandu dibahu jalan. Sebuah beg kecil yang berada di bawah tempat duduknya dikeluarkan. Mata mengerling ke arah Mawar yang kelihatan begitu gelisah.


"Kau kenapa ni Mawar?" soal Imran prihatin.


Mawar tersentak saat mendengarkan pertanyaan daripada Imran. Dia menoleh memandang tepat ke arah lelaki itu. Senyuman hambar diberikan.


"Tak...takde apa aku cuma rasa tak sedap hati je," jujur Mawar.


"Tak sedap hati? Kenapa?" Berkerut dahi Imran.


"Entah lah.. Aku sendiri tak pasti," keluh Mawar.


"Kau ada masalah ke?" 


"Tak... Takde... Tapi entahlah aku tiba-tiba rasa tak sedap hati je," keluh Mawar. 


"Cuba kau bagi tahu aku sebab apa kau rasa tak sedap hati?" soal Imran. 


"Aku tak tahu. Aku tiba-tiba je rasa macam tak sedap hati sekarang ni. Macam sesuatu yang buruk nak berlaku." 


"Cuba kau relax sikit. Mainan perasaan kau je tu," pujuk Imran. 


"Imran.. Boleh tak kalau kita balik sekarang?" pohon Mawar. 


"Mana boleh Mawar kita baru je sampai dekat tempat nak hantar barang ni. Mana boleh balik macam tu je. Bising Haris nanti," jawab Imran.


"Alaa takkan tak boleh kita hantar hari lain. Esok ke?" rayu Mawar.


Imran mengeluh berat. Kepala dipicit pening memikirkan soal Mawar.


"Tak boleh Mawar. Mengamuk besar nanti si Haris dengan Jaiko tu. Lagi pun ni customer baru. Aku pun tak kenal dengan dia orang ni. Buatnya tiba-tiba dia orang mengadu dengan Haris masak kita berdua."


"Hmmm...." keluhan berat dilepaskan Mawar.


"Dah-dah kau relax je okay. Kau jangan risau tak banyak pun customer ni order barang dengan kita. Aku janji lepas hantar barang ni aku terus hantar kau balik rumah kau. Okay?" pujuk Imran.


"Imran... Sebenarnya aku tertanya-tanya selama ni kita ni hantar barang apa? Banyak kali dah aku tanya dengan kau tapi sekali pun kau tak jawab. Kau macam mengelak daripada soalan aku. Barang apa sebenarnya ni?" soal Mawar tegas.


"Aku bukan tak nak bagi tahu kau. Tapi Haris dah warning dekat aku supaya tak cakap apa-apa pasal hal ni.." keluh Imran.


"Kenapa Haris tak nak sangat aku tahu pasal barang apa yang kita hantar? Aku betul-betul tak fahamlah dengan kau orang semua ni? Salah ke kalau aku nak tahu?" ucap Mawar tidak puas hati.


"Sebut pasal Haris aku nak tanya kau sesuatu ni Mawar," Imran cuba mengubah topik perbualan.


"Kau dengan Haris tu ada apa-apa ke?" soal Imran.


"Aku?" jari telunjuk dihalakan ke wajahnya.


"Yela kaulah Mawar Saffiyah..."


"Aku dengan Haris tu kawan biasa jelah. Kenapa kau tanya?" pelik Mawar.


"Takdelah aku ingatkan kau dengan dia tu ada apa-apa," sengihan kerang busuk dilorekkan.


"Perempuan kampung macam aku ni sebelah mata pun Haris takkan pandang Imran. Lagi pun aku sedar aku ni siapa. Dia tu siapa. Aku dengan dia ni bagai langit dengan bumi," jawab Mawar merendah diri.


"Manalah tahu kot-kot kau ada perasaan dekat dia ke?" duga Imran.


"Kau merepek apa ni? Aku anggap dia tu kawan dengan bos jela. Tak lebih daripada tu. Lagi pun aku malas nak fikir soal jodoh ni semua. Apa yang aku fikir aku cuma nak tolong keluarga aku. Tolong adik-adik aku habiskan sekolah dia orang. Aku tak nak dia orang jadi macam aku," jawab Mawar tegas.


"Kau tahukan lelaki macam Haris tu ramai je perempuan yang nak. Aku ingatkan kau pun sama macam perempuan-perempuan tu semua."


"Perempuan lain mungkin ya. Tapi bukan aku.. Hidup aku cuma hanya untuk bahagiakan keluarga aku."


"Baguslah kau fikir macam tu.." nafas lega dihela oleh Imran.


Beberapa minit berdiam diri Mawar mula bersuara bagi memecahkan kesunyian diantara mereka berdua. 


"Lama lagi ke kita dekat sini?" soal Mawar.


"Kejap lagi sampailah customer kita tu. Kau sabar sekejap," pujuk Imran.


Sedang mereka leka menunggu kehadiran pelanggan tiba-tiba Mawar dan Imran dikejutkan dengan kedatangan dua orang lelaki yang sudah berdiri ditepi pintu kereta mereka dikiri dan kanan.


"Kau orang yang jual barang tu kan?" soal seorang lelaki yang berdiri ditepi Imran.


"Ya... Ya.. Kau orang ni siapa?" soal Imran gagap.


"Kami polis.. Kau orang berdua ditahan atas tuduhan memiliki dan mengedar dadah," ucap lelaki itu lagi.


Wajah Mawar sudah berubah pucat cuba mencerna apa yang barusan dikatakan oleh lelaki itu sebentar saja tadi. Kepala menggeleng laju.


"Da.. Dadah...?" soal Mawar terkejut. Wajah Imran dipandang meminta penjelasan.


"Ya.. Sila ikut kami ke balai untuk siasatan lanjut,"


Pintu dibahagian tempat duduknya sudah dibuka. Dengan kasar kedua tangannya digari ke belakang.


"Encik saya tak salah encik. Saya tak jual dadah encik.. Imran apa ni? Cakaplah kita tak jual kan benda tu," marah Mawar apabila Imran cuma mendiamkan diri.


Tidak menghiraukan kata-kata Mawar mereka berdua laju dibawa masuk ke dalam sebuah kereta Proton Waja untuk dibawa ke balai polis bagi menjalankan proses soal siasat.


"Encik tolong encik saya tak salah encik..." Mawar masih merayu. 


"Apa-apa kita cerita dekat balai. Sila bagi kerjasama kalau tak nak apa-apa masalah," tegas polis lelaki itu bersuara dingin. 


Air mata yang ditahan mengalir jua. Tubuhnya sudah sejuk kerana ini adalah pertama kali dalam hidupnya ditangkap atas tuduhan yang dia sendiri tidak tahu. Manakala Imran hanya bersikap tenang kerana dia sudah biasa keluar masuk penjara jadi sudah menjadi kebiasaan bagi lelaki itu. 


Namun jauh disudut hatinya mula timbul perasaan bersalah terhadap Mawar. 





~~~~~





"Arghhhhh......"


Barangan diatas meja kerjanya dilempar kasar oleh Haris. Dada turun naik menahan amarah yang kian memuncak. Pandangan tajam daripada Jaiko tidak dihiraukan.


"Macam mana boleh kantoi?!" jerkah Haris geram.


"Aku rasa ada orang report ni. Tapi masalahnya siapa aku tak tahu," jawab Jaiko. 


"Kalau aku tahu kerja siapa ni memang siap aku bunuh dia," ucap Haris marah. 


"Kau relax Haris. Kau ni macam tak biasa pulak kantoi dengan polis," alis keningnya dinaikkan.


"Macam mana aku nak relax Jaiko. Kalau yang kena tangkap tu Imran sorang aku takdelah panas hati sampai macam ni. Masalahnya Mawar pun kena tangkap sekali," rengus Haris.


"Yang kau nak kisah sangat pasal budak Mawar ni kenapa?" soal Jaiko pelik.


"Mawar tu budak kampung aku. Apa aku nak berjawab dengan mak dia. Malu aku kalau satu kampung tahu pasal ni," keluh Haris.


"Yang kena tangkap tu Mawar bukan kau. Asal pulak kau yang nak kena tanggung malu Mawar tu?"


"Semua orang kampung tahu Mawar tu kerja dengan aku. Makin bertambah masalah bila orang kampung dah tahu pekerjaan sebenar aku. Silap-silap aku pulak yang ke dalam peginya," dahi dipicit kasar oleh Haris.


"Tu hal kecil je Haris. Aku rasa baik kau pindah je duduk tempat lain. Lagi pun sampai bila kau nak duduk dekat kampung tu? Dengan duit yang kau ada tak jadi satu masalah untuk kau keluar daripada kampung tu."


"Aku ada sebab kenapa aku masih stay dekat kampung tu," jawab Haris.


"Sebab apa? Sebab Mawar? Mawar dah kena tangkaplah Haris," ujar Jaiko selamba.


"Kau kenal Lim?" soal Haris. Mata tunak merenung ke arah Jaiko.


"Lim?Lim mana?" soal Jaiko pelik.


"Lim bapak ayam dekat club yang selalu kita lepak dekat Siam tu. Kau kenal dia?"


Terangguk-angguk kepala Jaiko apabila mula mengingati figura yang dikatakan oleh Haris sebentar saja tadi.


"Aku kenal. Tapi apa kena mengena dia dengan kau?" lagi bertambah pelik Jaiko. 


"Aku dah plan sepatutnya lepas kita semua balik dari KL aku nak bawak Mawar jumpa Lim dekat Kelantan," jawab Haris. 


Jaiko semakin berkerut pelik. 


"Bawak Mawar jumpa Lim? Untuk apa?" 


"Lim nak beli Mawar dengan harga 100 ribu ringgit. Lumayan kan? Orang bodoh je yang tolak duit banyak tu. Sebab tu jugak kenapa aku masih duduk dekat kampung tu. Bukan senang nak cari anak dara yang masih fresh macam Mawar tu dekat bandar.." sinis Haris berkata. 


Jaiko ketawa besar. Kepala digelengkan seakan tidak percaya.


"Aku tak sangka kau ni selain jadi tokan dadah sekarang dah pandai berjinak-jinak jadi bapak ayam.." ucap Jaiko sinis.


"Nak hidup kena pandai Jaiko.." ujar Haris bangga.


"Habis tu sekarang apa plan kau?" soal Jaiko kembali kepada topik asal perbincangan mereka.


"Aku nak kau dengan Kassim kemas tempat ni. Kita pindah aku yakin tak lama lagi polis mesti akan serbu tempat kita. Aku tak nak kita alami kerugian besar. Aku yakin Imran dan Mawar akan buka mulut pasal tempat ni. Untuk sementara waktu aku rasa kita semua kena keluar dari Malaysia. Aku pasti pihak polis mesti akan buru kita lepas ni," ucap Haris tegas.


"Kita nak ke mana kali ni?" soal Jaiko.


"Kau minta Kassim tempahkan tiket ke Thailand. Malam ni aku nak kita bertolak sebelum polis dapat kesan kita." arah Haris.


"Okay yang tu kau jangan risau aku akan settlekan," jawab Jaiko.


Haris mengangguk faham. Nafas lega dihela berharap rancangannya tidak akan gagal lagi. 

Previous: BAB 10
Next: Bab 12

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.