Home Novel Cinta Isteriku Bekas Banduan
Isteriku Bekas Banduan
Kasturi Madu
26/12/2020 06:27:16
84,208
Kategori: Novel
Genre: Cinta
BAB 8

Pejam celik, pejam celik kini sudah hampir 3 bulan Mawar berkerja bersama Haris. Bahkan kehidupan mereka juga kini sudah banyak berubah. Walaupun Mawar sudah boleh menampung kehidupan mereka sekeluarga, namun Puan Zubaidah tetap berkeras untuk terus mengambil upah menoreh getah di kebun salah seorang penduduk kampung disitu.


Dia tidak mahu terus membebankan Mawar. Baginya cukuplah Mawar sudah menanggung keperluan Melati dan Dahlia yang masih lagi bersekolah.


Hari ini Haris telah membenarkan Mawar bercuti kerana Haris dan yang lain-lain harus ke Kuala Lumpur atas urusan yang Mawar sendiri kurang pasti.


"Mawar kamu tak pegi kerja ke hari ni?" soal Puan Zubaidah. Punggung dilabuhkan diatas lantai kayu.


Mawar yang sedar akan pertanyaan Puan Zubaidah menoleh sebentar ke arah sang ibu.


"Tak mak.. Mawar cuti," jawab Mawar pendek.


"Cuti..? Lama ke kamu ambil cuti?" berkerut pelik Puan Zubaidah.


"Mungkin dalam 2 atau 3 hari kot. Sebab Haris dengan yang lain pegi Kolumpo tu sebab Mawar, Haris bagi cuti," cerita Mawar.


"Hmm.. Yelah.." ucap Puan Zubaidah.


"Mak.. Mawar ingat kejap lagi nak ajak mak dengan adik-adik jalan-jalan dekat bandar," ujar Mawar teruja.


"Nak buat apa pulak? Kamu ada nak beli barang ke?" soal Puan Zubaidah hairan.


"Mawar ingat nak belikan mak dengan adik-adik baju baru. Sekali kita makan-makan dekat luar. Dahlia tu mesti seronok kalau dapat makan KFC. Lagi pun kita semua dah lama kan tak habis masa sama-sama. Terlanjur Mawar cuti ni boleh lah mak," pujuk Mawar.


"Ishh kamu ni jangan nak membazirlah beli baju baru bagai. Daripada kamu membazir baik kamu simpan je duit kamu tu untuk keperluan kamu sendiri Mawar," tegas Puan Zubaidah.


"Mak tak habis pun duit Mawar belanjakan untuk mak dengan adik-adik. Lagi pun memang tujuan Mawar cari duit untuk bantu mak dengan adik-adik dapat kehidupan yang lagi selesa. Pasal Mawar mak janganlah risau ye. Pandailah Mawar nanti," bersungguh Mawar menyakinkan Puan Zubaidah.


"Mak bukan apa, mak cuma kesiankan kamu. Susah-susah kamu cari duit lepas tu nak habiskan untuk mak dengan adik-adik kamu pulak. Kamu kena fikir diri kamu jugak Mawar," pesan Puan Zubaidah.


"Mawar tak kisah pun mak. Mak dengan adik-adik dah jadi tanggujawab Mawar. Pasal Mawar mak janganlah risau. Pandailah Mawar nanti," pujuk Mawar.


"Kamu ni memang kalau bercakap tak penah nak kalah. Sama je macam arwah ayah kamu tu," tergeleng-geleng kepala Puan Zubaidah.


"Mestilah dah Mawar anak ayah kan," tersengih Mawar menampakkan gigi putihnya yang tersusun rapi itu.


Serentak itu Puan Zubaidah tersenyum nipis melihat gelagat anak sulungnya itu Mawar Saffiyah.





~~~~~





Puan Hanim menatang dulang penuh berhati-hati menuju ke arah Encik Bakri yang sedang bersantai diluar rumah mereka. Dulang diletakkan dihadapan Encik Bakri. Dituang air teh yang masih berasap itu ke dalam cawan dan dihulurkan kepada si suami. Sepinggan karipap turut disuakan kepada suaminya.


"Minum bang..." pelawa Puan Hanim.


Encik Bakri yang sedang leka dengan telefon bimbitnya menoleh ke arah Puan Hanim yang kini telah melabuhkan punggung dihadapannya. Tanpa menunggu lama segera teh yang masih berasap dicicip perlahan-lahan. Dahi berkerut sebelum dia bersuara bagi memecahkan kesunyian diantara mereka.


"Mana awak dapat karipap ni?" soal Encik Bakri pelik.


"Saya beli yang frozen je bang. Balik rumah terus goreng. Senang dan jimat masa," ujar Puan Hanim.


"Saya dah agak dah mesti beli.. Awak mana pandai nak buat kuih ni," perli Encik Bakri.


"Zaman dah moden bang, buat apa susah-susah nak buat. Beli je senang," karipap didalam pinggan diambil dan disua ke mulut Puan Hanim.


"Memanglah zaman dah moden. Tapi tak sama rasanya beli dengan buat sendiri Hanim oii," tergeleng-geleng kepala Encik Bakri.


"Sama je saya rasa. Takde beza apa pun," jawab Puan Hanim.


"Hmm... Saya harap esok-esok nanti kalau Aizat tu kahwin dapatlah isteri yang pandai buat kuih-kuih melayu ni. Boleh saya tumpang sekaki,"ucap Encik Bakri.


"Ishh abang ni ke situ pulak dia.. Hmm ni sebut pasal kahwinkan apa pendapat abang dekat si Farah tu?" soal Puan Hanim.


"Farah anak adik awak tu ke?" soal Encik Bakri kembali.


"Yela.. Farah Aliya tu lah.. Farah mana pulak abang ni," regus Puan Hanim.


"Manalah saya tahu kot-kot ada Farah lain. Kenapa dengan Farah tu?" soal Encik Bakri pelik.


"Ada-ada jelah abang ni.. Abang rasa Farah tu macam mana? Okay tak?" mata tunak merenung ke arah suaminya. Menunggu balasan Encik Bakri.


"Entahlah saya pun tak tahu nak cakap macam mana. Yang awak sibuk sebut pasal budak Farah tu dah kenapa?" pelik Encik Bakri.


"Saya dengan Ndak ingat nak jodohkan Farah dengan Aizat. Apa pendapat abang?" teruja Puan Hanim.


"Saya sebenarnya tak kisah dengan siapa Aizat tu nak kahwin. Tapi kalau boleh biarlah dia cari yang elok dari segi agama, keluarga dan latar belakangnya bukan yang entah apa-apa. Pasal budak Farah tu saya memang tak kisah. Lagi pun kita memang dah kenal dengan dia dah lama. Tapi kalau awak betul nak jodohkan dia orang pun awak kena tanya Aizat tu betul-betul. Awak sendiri tahukan anak awak tu memang anti sangat dengan si Farah tu," ucap Encik Bakri panjang lebar. 


"Yang tu abang jangan risau nanti pandailah saya pujuk Aizat tu," jawab Puan Hanim teruja. 


"Tapi boleh ke Farah tu terima Aizat? Awak tahukan anak kita tu bawak Food Panda je mana ada kerja tetap." 


"Hmm sebut pasal kerja dah berbuih dah mulut saya ni suruh dia cari kerja lain. Tapi dia degil tetap tak nak. Katanya dia tengah sibuk kumpul duit untuk bukak bisnes dia tu," keluh Puan Hanim. 


"Apa nak jadilah dengan anak kita sorang tu," tergeleng-geleng kepala Encik Bakri apabila memikirkan soal si anak tunggal Aizat Aiman. 





~~~~~





Aizat menghirup kuah bihun sup yang masih bersisa didalam mangkuknya dengan cukup rakus. Sudah menjadi kebiasaan buat Aizat untuk singgah dimana-mana restoran terdekat dengannya bagi menjamu selera diwaktu tengah hari. Dia tidak mahu pulang ke rumah keluarganya semata-mata hanya untuk makan tengah hari.


Sedang dia leka dengan makanannya tiba-tiba Aizat tersentak saat kerusi dihadapannya ditarik oleh seseorang. Mendongak dia memandang ke arah figura yang sudah tersenyum-senyum seperti kerang busuk itu.


"Hai Abang Zat.. Sorang je ke?" soal Farah manja.


"Takdelah 10 orang ni. Kau tak nampak ke?" perli Aizat sinis.


"Hehehe...janganlah marah. Nanti tak hensem pulak Abang Zat kesayangan Farah ni," rengek Farah.


Aizat yang mendengarkannya sudah menayangkan wajah menyampah. Bebola mata dijulingkan ke atas.


"Kisah pulak aku hensem ke tidak," geram Aizat.


"By the way terlanjur kita dah jumpa dekat sini bolehlah Abang Zat temankan Farah makan. Kesian Farah takde orang nak teman.." rengek Farah.


"Kau ni sebenarnya nak makan ke nak menggedik? Perangai cacing kau ni memang tak boleh buang ke?" sebal Aizat.


"Abang Zat ni tak habis-habis nak cakap Farah cacing. Farah bukan cacinglah.." geram Farah.


"Habis tu kalau dah tergedik-gedik macam ni bukan cacing ke namanya? Ke kau nak aku cakap kau sotong?" sinis Aizat.


"Ishh apa Abang Zat ni samakan Farah dengan binatang pulak," rengus Farah.


"Dahlah daripada aku layan perangai tak semengah kau ni baik aku blah.. Kang tak pasal-pasal bihun sup dalam perut aku ni terkeluar balik tengok perangai gedik kau ni," bingkas Aizat bangun. Belum sempat kaki dibuka melangkah jauh tangannya dipegang erat oleh Farah.


"Abang Zat temanlah Farah. Abang Zat tak kesiankan dekat Farah ke?" rayu Farah.


Tangan yang kini digengam oleh Farah ditepis kasar.


"Asal aku nak kesiankan dekat kau pulak?" soal Aizat sinis.


"Abang Zat tak nak teman Farah makan ke? Tak kesian ke kalau kot-kot Farah ni kena culik ke? Farah ni cuma perempuan yang lemah je.." mencebik bibir merah menyala milik gadis itu. 


"Apa benda kau merepek ni Farah..? Siapalah yang malang sangat nak culik kau? Kau siapa? Anak dato? Anak sultan?" ujar Aizat geram.


"Tapi Farah tetap perempuan yang lemah dan Abang Zat seharusnya melindungi Farah," rayu Farah.


"Eh Farah cuba kau bukak mata kau besar-besar. Kau tengok sini ramai orang, apa bodoh sangat orang nak culik kau? Buat habiskan beras je pun kalau ada yang nak culik kau tu. Dahlah daripada aku layan kau baik aku blah.." laju Aizat berlalu meninggalkan Farah yang sedang terkebil-kebil itu.


"Abang Zat...!" laung Farah. 


Farah merengus geram apabila laungannya hanya dibiarkan pergi seperti angin lalu. Kaki dihentak geram. Untung saja kasut tumit tingginya tidak patah dek kerana hentakan kuat yang dia lakukan. Jika tidak pasti dia malu besar.














Previous: BAB 7
Next: BAB 9

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.