Home Novel Cinta AYK
AYK
Suhailah Selamat
31/1/2021 09:42:05
13,393
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Gadis itu termenung di tempat duduk pemandu sambilmenongkat dagu di stereng kereta. Matanya tidak henti-henti memandang kehadapan, merenung ke arah hutan tebal yang sudah diselaputi kegelapan malam. Lagipun,hanya jalan kecil lagi sempit dan berlecak itu satu-satunya cara untuk dia sampai ke tempat itu.

            “Argh!”Kilat yang memancar terang di sekitar kawasan itu sedikit mengejutkan dirinya.Guruh berdentum kuat menandakan hujan akan turun.

            Dengan sisa keberanian yang tinggal, gadis itu memberanikan diri untuk melihat keadaan di luar melalui cermin hadapan.

            “Argh!”Jeritan nyaringnya sekali lagi kedengaran. Tubuhnya disandarkan kembali pada belakang kerusi dengan kedua-dua tangan melekap di telinga. Debaran di dadanya kian menggila tatkala mendengar bunyi kilat sabung-menyabung dan disusuli bunyi guruh berdentam-dentum di langit.

            Saat ini, dia hanya mempunyai dua pilihan. Sama ada membatalkan niatnya untuk kesana dan malam esok kejadian yang sama mungkin akan berulang semula. Ataupun dia tekadkan hati untuk pergi malam ini juga!

            “Kau boleh, Tiya. Kita mesti buat malam ni juga!” tekad Tiya bersama senyuman kecil di bibirnya.

            Belum sempat kakinya menekan pedal minyak, kilat memancar terang di hadapan keretanya.Seolah-olah sedang memberi amaran pada gadis itu supaya tidak meneruskan niat jahatnya!

            “Argh! Benci!”

            ‘Bang!’

            “Argh!”

 

 

Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat