Home Novel Cinta Takdir Yang Terpilih
Takdir Yang Terpilih
Wann Shazni
25/12/2019 20:51:55
24,016
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Bab 5

“AH bosannya...” Arisa merebahkan tubuhnya ke kerusi kayu itu. Matanya memandang langit biru. Kelasnya sudah habis tetapi dia tidak tahu hendak membuat apa. Kalau pulang ke rumah pun, dia hanya menghabiskan masa dengan terperap di dalam bilik.

Dia perlu mencari sesuatu untuk memenuhi masa lapangnya. Yang tidak membuatkan dia kesunyian apatah lagi bersendirian. Dia harus sibukkan diri dengan apa-apa aktiviti. Perlahan dia melepaskan keluhan kecil.

“Rie...” Satu kepala menyua ke arah Arisa yang sedang terbaring.

Serentak itu Arisa segera bangun dari baringan. Ashraf sudah ketawa terkekek-kekek.

“Buat apa kat sini sorang-sorang Rie? Ryn mana?” tanya Ashraf. Agak pelik pula tengok Arisa seorang diri di kawasan akademi itu. Setahunya Arisa masih belum arif tentang selok belok di kawasan akademi itu. Bukannya kecil. Kalau sesat memang puas juga nak mencari.

“Kau buat apa pula kat sini?” tanya Arisa tanpa menjawab soalan Ashraf.

“Rie, ni department culinary. Apa kau buat kat sini? Kau kan budak art. Macam mana boleh sesat masuk department orang?” tanya Ashraf sambil menggeleng kepala.

“Oh ye ke?” Selamba sahaja reaksi Arisa, langsung tiada rasa bersalah. Lagipun masuk department lain bukannya menjadi satu kesalahan pun.

Sebenarnya dia sendiri tidak tahu bagaimana dia boleh berjalan sehingga ke situ. Cumanya apabila dia melihat satu kerusi kayu itu membuatkan dia terasa ingin melepak di situ.

“Sesat?” duga Ashraf sambil tertawa kecil. Department of Art dengan department mereka bukannya dekat. Nampak sangat Arisa benar-benar sesat.

Arisa mencebik bibir. Belum sempat dia bersuara, ada suara menjerit memanggil namanya.

“Rie!” Pemilik suara itu berlari ke arah Arisa dengan keadaan termengah-mengah. Di tangan kanannya ada beg sandang milik Arisa.

Tatkala itu Arisa sudah menayang giginya.

“Ah abang!” Eryna kelihatan terkejut. Dia fikir Arisa diganggu oleh lelaki. Rupanya abangnya.

“Apasal?” tanya Ashraf.

“Ah budak ni hah. Dah la menghilang. Beg dia tinggal macam tu aje,” adu Eryna.

“Oh aku lupa,” ujar Arisa selamba badak. Sebenarnya dia sendiri tidak sedar begnya tertinggal. Sedar-sedar dia sudah keluar dari kelas dan berada di situ.

“Oh lupa?” Eryna menjegil matanya.

Namun Arisa hanya mempamerkan riak wajah selamba. Tatkala itu matanya dapat menangkap satu batang tubuh yang berdiri di belakang Ashraf. Sedari tadi lelaki itu hanya berdiam diri dan hanya fokus pada buku sahaja.

“Siapa tu?” Arisa menjuih bibir ke arah lelaki asing itu.

“Ah, ni.” Ashraf merapati dan merangkul bahu Kheiry. “Ni kawan baik aku, Eiry. Ingat tak Ryn pernah cakap masa kat kedai kek hari tu? Inilah.”

“Ooo... mamat yang kau suka tu ke Eryna?” tanya Arisa selamba kepada Eryna. Baru dia teringat yang Eryna pernah cerita tentang lelaki yang rapat dengan mereka. Waktu mereka berbual di kedai kek hari itu, dia tidak peduli pun tentang itu. Tetapi baru hari ini dia teringat tentang apa yang Eryna pernah bagitahu padanya ketika dia masih berada di Perancis.

Ahh... patutlah tersengih-sengih macam kerang busuk.

Sejurus itu Eryna terus menutup mulut Arisa. Dia menjegil matanya memberi isyarat kepada Arisa supaya tidak bercakap yang bukan-bukan.

Arisa menolak tangan Eryna yang menutup mulutnya lantas mengelap mulutnya dengan hujung baju uniform. “Apahal kau ni!”

Eryna hanya menayang gigi. “Abang Eiry, dia ni gila sikit. Jangan layan dia okey.”

Kheiry hanya membisu. Tiada riak yang terpancar di wajahnya meskipun mendengar kata-kata itu. Umpama masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.

“Eiry, ni la budak ‘lelaki’ yang kau nampak minggu lepas. Rie namanya,” bisik Ashraf perlahan di telinga Kheiry.

Sejurus Ashraf bercakap tentang itu, wajah Kheiry terus berubah. Kerana itu, dia hampir mimpi ngeri. Untuk kali petama dia melihat sesuatu yang gila di hadapan matanya.

Ditilik si gadis yang dipanggil Rie itu. Minggu lepas disangka budak lelaki. Tetapi hari ini sudah lengkap berpakaian uniform perempuan. Rambut paras bahu itu sudah tidak ditutupi dengan topi berwarna hitam lagi.

“Abang dengan abang Eiry nak pergi bilik MPP ke?” tanya Eryna. MPP adalah singkatan kepada Majlis Perwakilan Pelajar.

Ashraf mengangguk. “Macam biasa la Ryn. Ryn dengan Rie nak balik dah ke?”

“Kau ahli Majlis Perwakilan Pelajar ke?” tanya Arisa, mencelah perbualan itu.

“Ha’ah. Abang aku naib pengerusi, abang Eiry pengerusi. Diorang ni bukan aje pegang jawatan tertinggi dekat akademi ni tapi diorang ni juga adalah jejaka idaman yang paling popular...” Belum sempat Eryna menghabiskan kata-katanya, Ashraf sudah menutup mulut adiknya. Kalau dibiarkan, makin banyak pula diceritakan yang bukan-bukan.

“Ryn jangan nak mengarut sangat.”

Eryna tersengih. Nampak gayanya abangnya masih tidak suka digelar sebegitu.

“Ah!”

Tatkala itu semua mata memandang ke arah Arisa. Masing-masing sudah berdebar-debar. Rasa tak sedap hati. Macam ada benda gila yang bermain di fikiran Arisa.




“HAH?!”

Arisa hanya mempamerkan riak selamba sahaja apabila melihat reaksinya Eryna dan Ashraf. Kheiry pula hanya mengerut dahinya tanpa mengeluarkan sebarang suara.

“Kenapa? Tak boleh ke?” tanya Arisa lurus.

“Rie, kau okey ke tak ni?” tanya Eryna aneh.

“Kau nak jadi ahli Majlis Perwakilan Pelajar dah kenapa? Bukan ke sebelum ni kau tak pernah join mana-mana kelab dekat sekolah dulu melainkan hanya melibatkan seni aje. Nak cuba benda baru ke?” celah Ashraf pula.

Sebentar tadi Arisa cuma ingin melihat tempat Majlis Perwakilan Pelajar. Kononnya nak tahu kedudukan tempat itu. Alih-alih bila dah sampai di depan pintu bilik itu, Arisa sudah membuat perangai gila.

“Tak. Aku nak masuk suka-suka aje. Lagipun kat dunia ni tak ada benda yang aku minat melainkan seni,” jawab Arisa selamba.

Dahi Eryna sudah berkerut. Kerja gila apa la Arisa nak buat kali ni. Keluhnya.

“Dah tu apasal kau nak masuk sini?” tanya Ashraf, sudah menggaru kepala. Pening sungguh layan si Arisa seorang ini. Kalau ada 10 orang macam ni, memang pengsan jawabnya nak melayan.

Jari telunjuk Arisa menunjuk ke arah Kheiry. Kheiry sudah membulatkan matanya. Dia tidak mengerti maksud gadis asing itu.

“Aku nak tu.” Arisa terus merapati Kheiry manakala Kheiry mengundur ke belakang.

Pap! Laju tangan Arisa menarik badge dari kolar blazer Kheiry. Badge ahli Majlis Perwakilan Pelajar, sayap burung berwarna silver. Dari tadi dia nampak satu kelainan dan keistimewaan menjadi ahli. Badge sayap burung itu menunjukkan perbezaan mereka dengan pelajar biasa.

“Cantik! Buat kat aku satu boleh?” Arisa membuat muka comel.

Wajah Kheiry sudah merah padam. Terus tangannya merampas badge itu lalu melangkah masuk ke dalam bilik Majlis Perwakilan Pelajar. Pintu ditutup kasar. Namun tidak sampai sesaat, pintu itu dibuka semula. Kheiry muncul dengan wajah bengang.

“Aku takkan benarkan orang macam kau merosakkan nama Majlis Perwakilan Pelajar!”

Bam! Pintu ditutup kasar.

Alamak! Boleh tahan garang juga pengerusi perwakilan pelajar ni! Arisa hanya mampu menayang gigi memandang Ashraf dan Eryna yang berdiri di hadapannya.

“Rie, kau ni dah kenapa?” Eryna sudah serba salah. Tak pernah lagi dia tengok Kheiry marah sebegitu.

“Rie, kerja gila apa lagi kau nak buat ni? Eiry bukan jenis orang yang boleh kau gurau macam tu,” celah Ashraf pula. Dia sendiri terkejut dengan reaksi Kheiry sedangkan dia kenal dengan sikap kawan baiknya itu. Kheiry bukan jenis yang panas baran.

“Ala, aku gurau aje kot,” ujar Arisa selamba tanpa ada rasa bersalah.

Eryna hanya mampu menggeleng kepala. Gila sungguh la Arisa ni!

“Ash, kau pujuk la kawan baik kau tu. Lagipun tiba-tiba aku rasa macam best aje aku tengok Majlis Perwakilan Pelajar ni,” ujar Arisa 

“Rie, sini bukan tempat main-main. Ni adalah organisasi paling tinggi dalam akademi. Ahli Majlis Perwakilan Pelajar ni yang jaga dan urus segalanya. Bukan tempat untuk bersuka ria. Semua ahli sangat penting dan ada tugasan masing-masing,” terang Ashraf lembut. Mengharapkan Arisa faham tentang itu.

Dia tahu Arisa sering membuat perangai gilanya. Tetapi adakalanya perlu kena pada situasi. Bukan semua situasi sesuai dengan sikap begitu. Tambahan pula dengan orang seperti Kheiry, yang tidak suka bergaul dengan orang yang tidak dikenali. Jadi tidak hairanlah kalau Kheiry boleh bersikap begitu kerana berhadapan dengan perangai Arisa.

Arisa hanya membuat muka selamba.

“Weh mamat batu, kau nak ambil aku ke tak?” jerit Arisa dari kaki lima.

Mujulah bilik Majlis Perwakilan Pelajar berada di bangunan lain, jauh dari department dan kelas-kelas. Kalau tidak sudah tentu mereka akan menjadi perhatian sekeliling.

“Rie...” Eryna cuba memujuk.

“Korang ni kenapa? Apasal aku tak boleh join pulak?” tanya Arisa lurus.

“Rie, boleh tak kau jangan main-main?” Ashraf mencelah pula. Apa yang ada di fikiran Arisa ketika ini, dia tidak pasti.

“Ah okey. Aku nak jumpa pengarah dulu.” Tatkala Arisa ingin berlalu, dia ditahan oleh Ashraf.

“Rie, kau ni takkan sampai nak jumpa pengarah kot.” Ashraf sudah gelabah. Risau sungguh la dengan Arisa ni. Benda kecil pun boleh jadi besar.

“Abang Eiry, Rie nak jumpa pengarah ni! Cepatlah buat sesuatu.” Eryna menjengah kepala ke dalam bilik itu dan melaung kuat. Arisa kalau dah buat gila, memang memeningkan kepala semua orang.

Sejurus itu Kheiry terus keluar dan berdiri di hadapan pintu dengan muka yang merah padam.

“Apa masalah kau dan apa kelayakkan kau untuk jadi ahli sedangkan hari pertama kau datang sini pun kau dah buat masalah.” Kheiry bersuara tegas. Matanya merenung tajam ke arah Arisa.

“Silakan kalau nak jumpa pengarah. Aku dah list segala kesalahan kau termasuk kejadian hari ni.” Provok Kheiry dengan wajah yang tegang.

Masing-masing membisu apabila Kheiry mula bersuara. Ashraf memandang Eryna, Eryna memandang Arisa dan Arisa memandang Kheiry.

Tiba-tiba Arisa tersenyum. “Ah... orang macam kau tak boleh bergurau. Tak apalah. Sorry salah orang,” ujar Arisa selamba lalu terus melangkah pergi dari tempat itu.

Rie... tak bolehkah satu hari kau tak timbul masalah? Desis hatinya perlahan.




KHEIRY meletakkan buku dan begnya di atas meja belajar. Kemudian dia menuju ke katil dan terus baring tanpa menukar bajunya terlebih dahulu. Hari ini adalah hari yang memenatkan baginya. Hari yang paling gila dalam sejarah hidupnya.

Berhadapan dengan gadis yang dipanggil Rie itu membuatkan dia hilang sabar. Tidak pernah seumur hidup dirinya hilang sabar dengan sikap orang. Selalunya dia hanya mempamerkan wajah batunya yang tiada reaksi. Tetapi gadis itu benar-benar mencabar kesabarannya.

Tetapi wajah yang dipamerkan gadis itu tadi membuatkan dia terkedu. Mengapa dia terlihat sesuatu yang berlainan pada gadis itu? Meskipun sejak tadi dia cuba untuk tidak menghiraukan tentang itu tetapi bayangan wajah itu sering kali bermain di fikirannya. Dia yakin dia tidak salah melihat tetapi mengapakah?

Ah! Dia sudah malas memikirkan tentang itu. Lagipun dia bukan jenis suka mengambil tahu tentang orang lain. Dia hanya dengan dunianya sahaja. Bersendirian dengan buku sepanjang masa. Dia tidak perlu menghiraukan orang sekeliling. Apatah lagi tentang gadis itu.

Sejurus itu Kheiry bingkas bangun dari katil. Dia membuka blazernya dan disangkut perlahan. Tali lehernya ditanggalkan. Kakinya terus melangkah menuju ke tandas. Dia perlu kosongkan fikirannya daripada memikirkan tentang gadis asing.

Biarlah. Bukan urusannya untuk fikir hal orang lain.


Previous: Bab 4
Next: Bab 6

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Wann Shazni