Home Novel Cinta Her Wishlist
Her Wishlist
Suhailah Selamat
31/7/2020 11:14:02
7,534
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Bab 1

Suasana di dalam bilik itu sunyi seketika. Hanya bunyi keriutan kipas angin siling mengisi ruang sepi di antar Auni dan supervisor tesisnya, Puan Xaira akak cik singa! 

Argh! Seram!

“Gambar ni….” Tiba-tiba Puan Xaira mengalihkan mukanya dari skrin komputer dan memandang Auni.

“Ha? Apa dia, Puan Xaira?” Dengan terpinga-pinga, Auni menyoal.

Kus semangat! Pucat sekejap muka dia.

“Dah banyak kali saya pesan, bila awak ambil gambar. Paling utama kena pandai cari tempat yang strategik!”

Dia dah mula membebel dah, getus Auni dalam hati. Bebola matanya dijulingkan ke atas.

‘Bla... Bla… Bla… Bla.’ Mulut Puan Xaira tidak henti-henti membebel.

Naik bernanah telinga Auni dengar Puan Xaira membebel tak henti-henti. Bosan asyik diulang-ulang benda yang sama. 

Setelah hampir satu jam sesi ‘ceramah’ berlangsung, Auni meminta diri untuk pulang. 

“Jangan lupa pesan saya. Nak mendapatkan hasil gambar yang kemas dan menarik. Awak kena….”

Auni mengeluh untuk kesekian kalinya.

“Baik, puan.” Auni menjawab dengan malas.

Puan Xaira tayang muka tidak puas hati.

“Ha? Apa yang baiknya? Saya tak habis cakap lagi….”

Nasiblah dapat cik singat yang kuat membebel! Sepanjang masa asyik nak mengaum aje….


Usai perjumpaannya dengan Puan Xaira di bilik pensyarah. Auni bercadang mahu singgah makan tengah hari di Kafe Haru-haru Marshmallow’s. Namun lain yang dirancang, lain pula jadinya.

Dahinya berkerut melihat kereta Honda berwarna merah terparkir elok di hadapan bangunan fakulti. Ya, dia kenal nombor plat itu. Bahkan dia sangat kenal dengan pemilik kereta Honda itu. 

Auni berpura-pura tidak nampak akan kehadiran pemilik kereta Honda itu yang sudah pun melangkah keluar dari kereta. 

“Auni Nabihah.” Satu suara memanggil lembut namanya dari belakang.

Langkahnya terhenti serta-merta. Automatik dia menoleh ke belakang. Walaupun hatinya tidak rela, Auni tidak mampu mengabaikan pemilik kepada suara itu.

“Abang Eisa….” Nama Eisa sengaja ditekankan. Nama ala-ala gigirl gitu. Maklumlah, Eisa atau nama panjangnya Luth Eisa satu-satunya anak tunggal dalam keluarga Dato’ Razin dan Datin Elsa. Sebaik sahaja lelaki itu dilahirkan, doktor telah menasihatkan Datin Elsa agar tidak mengandung lagi atas faktor kesihatannya. 

Jadi, bagi menghilangkan rasa sedih di hati kerana tidak dapat memiliki anak perempuan. Datin Elsa telah menamakan lelaki itu sebagai Luth Eisa. Setiap kali keinginannya itu timbul, wanita itu pasti akan memanggil anak lelakinya Eifa.

“Jom ikut abang. Kak Aralyn ada kat dalam kereta tu. Dia ajak kita makan tengah hari sama-sama dekat….”

Sekilas, dia memandang ke arah Aralyn yang sudah menjengukkan kepala ke luar tingkap. Hon kereta turut dibunyikan sekali menandakan gadis itu sudah tidak sabar mahu makan tengah hari di restoran kesukaannya.

“Kafe Haru-haru Marshmallow’s!” ujar Auni penuh teruja.

Eisa gelak kecil. Nasib baik dia gelak kecil. Padahal, tiada apa yang lucu. Memang sudah jadi tabiat lelaki itu untuk gelak kecil tanpa alasan yang munasabah.

“Nope.”

Riak wajah Auni berubah kecewa.

“Alah…. Kak Aralyn mesti ajak kita makan dekat situ…”

Sekali lagi Eisa gelak. Entah dalam sehari berapa kali lelaki bermuka nerd itu gelak. Bukan saja-saja Auni panggil Eisa budak nerd. Gara-gara dia pakai cermin mata yang ala-ala budak nerd. Berbingkai tebal. Gelaran yang diberikan oleh Auni itu terus melekat sampai sekarang.

“Yep! tepat sekali tekaan awak, Auni.”

Hampir sepuluh minit berlalu, akhirnya mereka sampai di sebuah restoran mamak di Kajang. 

“Dah agak dah…. Kak Aralyn mesti ajak makan nasi kandar….” Auni bersuara separuh mengeluh. Bukan calang-calang restoran yang Aralyn pilih. Auni tidak suka makan di Restoran nasi kandar Ali itu bukan kerena tidak sedap. Tetapi perlu beratur panjang untuk mengambil makanan. Bukannya sekejap! Tengok berapa ramai yang beratur ketika ini. Lima belas minit belum tentu cukup!

Aralyn senyum. Dia berpaling ke belakang dan menghulurkan sesuatu pada Auni.

“Apa ni?” Bulat matanya melihat plastik warna putih itu yang tertulis Kafe Haru-haru Marshmallow’s.

“Upah teman akak dengan abang Eisa makan.”

“Wah, terima kasih kak Aralyn.” Baru sahaja dia hendak membuka kotak berbentuk empat segi itu, Aralyn tiba-tiba mengambil semula bungkusan makanan itu dari tangan Auni.

“Eh, apa akak buat ni? Dah bagi, mana boleh ambil balik! Itu namanya buruk siku,” protes Auni. Pandangannya dihala ke hadapan. Ouchh! Melihat lelaki nerd kesayangan Aralyn itu yang tidak habis-habis mentertawakan mereka setiap kali bertengkar, benar-benar mencuit hatinya.

“Akak gurau ajelah. Nah, ambil balik kek ni. Pastikan kamu habiskan dalam tempoh tiga puluh minit. Lepas tu, akak nak kamu keluar dan kita makan nasi kandar sama-sama. Macam mana? Setuju?”

“Jadi, maknanya Auni tak payah beratur dengan akak dan abang Eisa? Akak dengan abang Eisha tolong ambilkan untuk Auni? Yeay, thanks akak. Sayang akak ketat-ketat!”

“Aip, kak Aralyn seorang aje ke yang Auni sayang? Abang Eisha yang hensem lagi nerd ni Auni tak sayang pula…” Eisha berpura-pura merajuk. Pantang merajuk, mesti mulutnya akan muncung sedepa. 

“Ingat hensem ke buat muka macam tu. Buruk, tau!” sakat Auni. Tadi sakan betul Eisha ketawakan dia. Kali ini, dia pula yang ketawakan lelaki itu. Siap pegang perut lagi gara-gara sakan sangat ketawakan orang!

“Auni…. Tak elok tau ketawakan abang Eisha,” tegur Aralyn dengan suara yang ditahan-tahan. 

Ah, Aralyn pun dua kali lima juga dengan si Auni. Tunggu sikit lagi, mesti Aralyn gelak punyalah! Mana boleh tahan tengok muncung Eisha yang dah serupa macam muncung itik. Tapi, itik lagi comel. Eisha pula versi itik hodoh. 

“Alalala, sweet sangat. Abang merajuk dengan Auni ke? Nak Auni tolong belikan abang nasi kandar? Hmmm?” Kening Auni terjongket tinggi. Dah datang mood mengusik dia. Heh!

“Sayang,” panggil Eisha yang duduk di kerusi sebelah pemandu terus menoleh. Sejak tadi, dia terus leka menghadap telefon pintarnya. Entah apa yang sibuk sangat tu. Lagipun, Aralyn sudah lali dengan sikap dua orang kesayangannya ini. 

Pantang berjumpa,pasti ada saja yang nak digaduhkan. Tapi, bila dah tak ada, barulah terasa kehilangan. Yelah, bukan selalu mereka bertiga dapat keluar bersama. Auni pasti cuba mengelak setiap kali di ajak. Ada saja alasan yang diberinya.

Si Eisha pula tidak henti-henti bertanya perihal Auni. Sampai naik rimas Aralyn dibuatnya. Maklumlah, teruja sebab pertama kali dapat adik perempuan!

“Auni dah bagi hint tu. Kita duduk diam-diam dekat dalam kereta. Nanti bila dah sampai giliran Auni, baru kita keluar dan tolong bawakan pinggan ke meja. Amacam? Ada okay? Argh!” 

Tangan Eisha dicubit geram.

“Argh! Sakitlah, Auni!” adu Eisha separuh menjerit. Merah padam mukanya menahan sakit.

“Muka punyalah hensem. Tapi, bila kena cubit sikit. Terus menjerit mengalahkan perempuan jadian!” ejek Auni. 

Sebelum lelaki itu sempat berkata apa-apa, Auni bergegas keluar dari kereta.

Gadis itu berjalan beberapa langkah ke hadapan sebelum menjelir lidah ke arah Eisha. 

“Uwerk!” 

Dia melangkah masuk ke restoran itu dan mula berbaris bersama beberapa pengunjung Restoran Nasi Kandar Ali yang lain.

“Such a good girl. Such a naughty girl,” komen Eisha seraya tersengih.













Previous: Prolog

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Suhailah Selamat