Home Novel Cinta Her Wishlist
Her Wishlist
Suhailah Selamat
31/7/2020 11:14:02
7,538
Kategori: Novel
Genre: Cinta
Senarai Bab
Prolog

Lensa kamera Canon DSLR mula di hala ke satu arah. Cahaya kamera memancar terang setiap kali punat ditekan untuk mengambil gambar. Setelah beberapa keping gambar berjaya diambil, dia duduk bersandar pada dinding kedai lalu melihat semula gambar yang diambil dari sudut yang dirasakan agak strategik. 

Yep, ketika ini dia sedang mencari bahan bagi menyiapkan tesisnya yang sudah tergendala hampir dua minggu lamanya. Gara-gara supervisornya yang terlalu cerewet, Auni terpaksa ‘mengembara’ hampir ke seluruh negeri Melaka semata-mata mahu mendapatkan gambar yang menarik.

“Hmmm… Tulah kau. Siapa suruh kau cari penyakit? Orang lain pilih tajuk yang senang. Kau pula gatal nak kaji pasal sektor pelancongan Melaka bagai. Ingat senang ke nak puaskan hati cik singa kita tu. Silap haribulan, dia suruh aku pilih tempat lain dan ‘tawaf’ satu Malaysia pula. Grrr!” Sejak tadi mulutnya tidak berhenti-henti mengomel. Sambil mengomel, sesudu demi sesudu kek ais krim perisa vanila yang penuh dengan taburan marshmallow di atasnya masuk ke dalam mulut. 

“Nyummy…. Sedapnya.” Dia senyum lagi dan lagi. Mana tak sedap. Marshmallow yang berbentuk dadu itu turut disaluti dengan coklat premium. Padanlah dengan harganya yang mahal hanya akan dibuat pada setiap hari Jumaat. Jadi, kebanyakan pelanggan yang datang di Kafe Haru-haru Marshmallow’s ini hampir kesemuanya kaum Hawa. 

Auni menggeleng perlahan. Kaum Adam tengah sibuk solat jumaat di masjid. Kaum Hawa pula sibuk bersesak makan kek di sini! Dua jari telunjuk dituding ke wajahnya sendiri. 

Salah satunya, adalah dia!

Heh! Sanggup beratur panjang sampai ke luar kafe. Semata-mata nak makan kek yang paling sedap di dunia!

Senyuman Auni mula mati. Tangannya yang sibuk menekan punat kamera turut terhenti. Salah satu gambar yang diambil berjaya merakamkan sesuatu yang tidak sepatutnya dia lihat!

“Ada orang kena culik….” Suaranya kedengaran bergetar. Auni menghela nafas panjang. Kepalanya sibuk menoleh ke kanan dan ke kiri. Dia bergegas mengemas helaian-helaian notanya yang berselerak di meja kopi lalu melangkah keluar dari Kafe Haru-haru Marshmallow’s.

Anak mata dikerling ke belakang kafe. Dua orang lelaki yang duduk di meja paling hujung kafe, lengkap bersuit hitam itu turut bangun dari duduknya. 

“Huh, macam manalah aku boleh tak perasan ada orang ikut aku dari belakang?” ngomel gadis itu itu lagi entah untuk kali yang ke berapa.

Auni mula berlari tanpa arah. Sebelum dua orang lelaki itu menghampirinya, dia terus menyelinap di celah-celah orang ramai. Dalam sekelip mata, Auni sudah hilang dari pandangan. 

“Cis, kita dah kehilangan jejak dia, Kevin! What should we do? Bos mesti marah,” ujar salah seorang dari lelaki berkaca mata hitam itu. Kedua-dua keningnya bertaut rapat. Sekilas dia menjeling ke arah partner in crime di sebelahnya. 

Lelaki itu sekadar membatu memandang jauh ke hadapan dengan ekspresi wajah yang kosong.

“Hello….” Tangannya digawang-gawangkan di hadapan muka lelaki itu.

Smirk!

“Jangan risau. Kali ni, dia boleh lepas dari kita. Tapi, lepas ni. Dia tak akan boleh terlepas dari maut!” Kad matrik milik Tengku Nuria yang secara tidak sengaja tertukar dengan kad matrik kepunyaan Auni ketika di kafe tadi, ditayang ke muka lelaki itu.

“Wow, jackpot!” teriak lelaki itu, dengan dua ibu jari diangkat. Tanda ejekan!

Cermin matanya diturunkan separuh. Anak matanya separuh bulat merenung lelaki berambut pacak itu.

“Kau! Memang kurang ajar, ya! Nak kena ajar ni!”

“Argh! Takutnya! Lari!” ujarnya lagi, masih dengan nada mengejek.

‘Pak!’ Sepantas kilat kad matrik itu melayang ke mukanya.

“…..” 

Dan lelaki itu hanya mampu tercengang melihat lelaki berkaca mata hitam itu berlalu meninggalkannya.

“Tch! Sakit, tahu tak…. Kau ingat kepala aku ni, diperbuat daripada batu ke?” gumam lelaki itu perlahan. Perlahan-lahan dia mengatur langkah mengekori lelaki itu yang sudah ke depan beberapa langkah.


Next: Bab 1

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.