46,105
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
019
IBU


Di antara hari-hari laluku,
aku masih teringatkannya.
Pelukan yang hangat, belaian yang manja kau berikan.
Membuatkan aku sentiasa tenang.
Dan terlena di ribaanmu.
Dibuai mimpi indah.

Di sebalik senyuman manis itu,
aku tahu ada derita yang tersimpan.
Tapi, kau pendam dan simpan.
Tidak mahu aku tahu apakah ia.
Kerana kau cuba mengajar aku sisi dunia indah.
Agar aku dapat tersenyum tidak menangis.

Di kalaku tidur, kau datang padaku.
Matamu menatap wajah tidurku.
Membelai perlahan rambutku.
Mencium dahi, diiringi doa di hati.
Semoga aku, temui kebahagiaan.

Ketika aku menangis, kau memujuk penuh sabar.
Ketika aku gembira, kau sama-sama ketawa.

Betapa mulianya kau pada mata dunia.
Tiada yang dapat mengganti.
Nilaimu tidak terhingga.

Namun, kadang-kala aku tidak sedar.
Kala kau susah, aku cuba menutup mata.
Kala kau perlukanku, aku tidak endah.

Selagi masih ada peluang yang tercipta,
biarlah semua jasamu aku balas.
Tak mahu terlambat sedar.
Biarlah pengorbananmu terbalas.

Untuk sentiasa yang dikasihi,
wahai ibu.


Previous: 018

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.