Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
70,980
Kategori: Buku
Genre: Umum
Anak

Ia menyuluh bak pelita,
Menari-nari dengan kegirangan,
Raja sudah membuat pesta,
Sebagai tanda kesyukuran.

Ramai yang bersorak kegirangan. Raja pula bertanya kepada Yunus.

Raja Muda : beta mahu kan pendapat Yunus. Apa yang harus kita lakukan kepada Wazir beta? Hukuman apa yang setimpal.
Abu : Buang negeri saja!

Wazir menjadi ketakutan di wajahnya. Apakah nasib yang bakal menimpamya.

Raja Muda : bagaimana kah pendapat kamu Yunus?
Yunus : hamba rasa semua itu tak perlu. Berikanlah peluang kedua kepada Wazir ini. Ingat jasa nya yang lepas-lepas.

Wazir itu merasa lega dan dalam masa yang sama tersentuh dengan kebaikan Yunus.

Keesokan harinya, pagi itu Salwa menjenguk Yunus di Taman belakang istana.

Salwa : Salam.
Yunus : waalaikumussalam. Ya ada apa?
Salwa : Sungguh indah pagi ini, apakah kanda tidak ingin berbini?
Yunus : Cantik burung merak ingin di damba, sungguh hamba kurang faham maksud tuan hamba.
Salwa : buat-buat lupa pula. Kan kau cakap semalam kau suka aku sekian lama?
Yunus : hamba rasa, cik puan dah salah dengar. Hamba cuma cakap yang hamba kalau berak memang lama. Hahaha..

Salwa menjeling tajam ke Yunus. Waktu itu juga...

Abu : nah tuan puteri, ambil lah tamborin ini.
Puteri : pandai ke main gitar?
Abu : hamba sudah pakai dari perut ibu hamba lagi.. hahaha.
Puteri : ya la tu. Bila ni?
Abu : Yunus cakap, kalau kita lihat si Salwa itu menjeling.. haaa sekarang..

Abu datang dan memainkan muzik..
Sedangkan Yunus terus menyanyi..

Aku diam

Kalau kau berkedip mata
Aku jadi jatuh cinta
Cinta pandangan pertama
oh indahnya

Dalam laut aku menyelam,
Lemas di lautan dalam,
Melihat wajah mu muram,
Aku diam

Siapakah yang membuatmu begini?
adakah aku yang kau jeling-jeling
emas permata tak bisa ku beri
cuma senyuman datang dari hati..

Abu : yaaaaaa!!!
Puteri : Tahniah..
Yunus : hehehe..

Salwa pula tercengang dengan kejadian itu..

Salwa : wah, siapa sangka.. Yunus boleh menyanyi.. hahahaha...
Yunus : kau jangan pandang rendah dengan aku. Lagu ni aku buat sendiri tau.

*Lebih tepatnya lagi, den yg buat.. hahaha. Nak dgr Pm hahaa..

Datanglah seorang pengawal yang memberi tahu mereka berempat untuk menemui baginda di Balai istana.
Mereka pun terus beranjak dari situ. Sesudah sampai di sana, kelihatan Wazir berdiri di tangga masuk Balai Istana. Abu, Salwa dan Tuan Puteri terus masuk Balai istana itu. Tinggallah mereka berdua, Yunus dan Wazir. Wazir itu memamdang tajam kepada Yunus. Yunus cuba untuk tidak mengendahkan pandangan nya itu lalu berjalan melepasi Wazir.. tetapi...

Wazir : terima kasih..
Yunus : (tersenyum kecil)..
Wazir : hamba .. telah banyak melakukan dosa terhadap tuan hamba. Mulai dari sekarang, hamba akan setia dan percaya dengan tuan hamba.
Yunus : jangan risau, hamba tak minta semua itu. Hamba cuma mahukan tuan hamba mendapat kesempatan kedua. Semua orang punya hak itu. Jadi jangan khianati kesempatan itu.
Wazir : maafkan hamba Yunus..

Mata wazir itu berkaca-kaca apabila bicara..

Yunus : sudahlah, hamba tahu tuan hamba memang orang baik. Mari, kita menghadap Raja Muda.
Wazir : baiklah..

Setelah mereka masuk..

Raja Muda : haa itu pun mereka. Kenapa lama sangat?
Yunus : kami berbincang sesuatu.
Raja Muda : apa dia yang kamu bincangkan itu?
Yunus : seperti yang tuanku tahu, kampung hamba di landa masalah. Seorang lelaki yang mengalah kan hamba dalam pertandingan pantun itu. Di sebabkan dialah, hamba muflis kerana pertaruhan yang berat sebelah itu. Hamba terlalu angkuh ketika itu. Tetapi ternyata hamba lemah dalam teka teki.
Abu : teka teki? Hahaha.. tuan puteri sangat handal dalam teka teki.
Raja Muda : benar itu Abu, teka teki itu hanya perlu memikirkan jawapan logik.
Yunus : namun hamba langsung tidak mengerti.
Puteri : nah, ambillah buku karangan beta. 1 hari pandai teka teki. Di sini semua ada cara-cara untuk memahami teka teki.
Yunus : aik? Terus ada buku..
Raja Muda : jadi, beta tahu kamu ada urusan dengan itu tetapi aoa yang kamu ingin lakukan?
Yunus : hamba harus mengalahkan nya.
Raja Muda : boleh kah hamba tahu siapa lelaki yang mengalahkan kamu itu?
Yunus : ampun tuanku, lelaki itu bernama Jagat.
Wazir : Jagat ?
Yunus : Ya.
Wazir : Jagat dari kampung Beraya?
Yunus : benar, mengapa tuan hamba?
Wazir : itu anak hamba.

Mereka semua tersentak.. Salwa pula menarik baju si Wazir...

Salwa : berani kau! Kau tahu tak apa yang anak kamu lakukan kepada kami di kampung Sutera itu?!
Yunus : Sabar Salwa!! Sabar..

Salwa melepaskan tangan nya. Dia cuba tenangkan diri..

Abu : tak sangka si Salwa ni garang orangnya.
Puteri : macamana lah yunus tu nanti..

Mereka berdua berbisik-bisik.

Raja Muda : boleh terangkan kepada beta kenapa boleh jadi begitu?
Wazir : .....

Wazir masih terpana apabila dia mendapat tahu anaknya berbuat kejam kepada orang.

Wazir : errr ampun tuanku. Patik memang ada seorang anak lelaki bernama Jagat. Tetapi ketika patik pulang ke rumah, Jagat orangnya baik tuanku. Mendengar kata patik dan rajin menolong patik tuanku. Patik terkejut mendengar semua itu. Ternyata anak patik....

Wazir berbicara dengan nada yang tersekat-sekat. Seolah-olah dia susah untuk mengaturkan nafasnya..

Raja Muda : jika begitu, kita tak boleh membuktikan bahawa Jagat itu anak kepada Wazir. Kita harus melihat sendiri..
Wazir : benar tuanku.
Yunus : hamba juga begitu sahabatku.
Raja Muda : baiklah. Sekarang ada apa-apa lagi?
Salwa : izinkan patik pulang tuanku membawa Yunus ke kampung halaman patik.
Raja Muda : apa kata sahabat beta?
Yunus : pada firasat hamba, belum masa nya. Hamba harus belajar tentang teka teki ini dahulu. Berikanlah hamba masa 3 hari sebelum pulang menuntut bela.
Salwa : baiklah. Patik setuju sahaja tuanku. Dia orang penting dalam pantun ini.

Mereka bersetuju dengan permintaan Yunus. Dengan adanya buku itu, mungkin dia boleh belajar sesuatu. Lagipun, Yunus orang yang cepat belajar. Dia cuma tiada guru untuk mahir dalam teka teki ini.

Raja Muda : baiklah, beta mahu mengumumkan sesuatu.
Yunus : apa ? Tuanku sakit kah?
Raja Muda : tidak.. beta rasa ada baiknya beta mempercepatkan perkahwinan Abu dan adinda beta.

Abu terkejut mendengar pengumuman itu. Raja merestui mereka berdua.

Puteri : nanti dulu. Adinda dengan Abu hanyalah sebatas kawan.
Abu : apa ?! Hamba sudah lama memendam rasa tuan puteri. Semua orang di sini sudah tahu itu.
Puteri : kamu tidak pernah meluahkan rasa itu.
Abu : hamba takut tuan puteri tidak menerima hamba.
Puteri : kamu gila ya? Sudah lama beta menanti orang seperti kanda..

Yunus melihat mereka yang sedang lagi romantik nya itu. Dia menjolok-jolok mulut nya dengan jari tanda nak muntah. Salwa hanya tertawa kecil.

Salwa : sudah-sudah lah tu. Geli hamba melihat nya..

Mereka ketawa bersama. Secara tak langsung, perkahwinan mereka di adakan pada malam itu juga. Raja siap mengadakan pesta keramaian berserta majlis perkahwinan adinda baginda. Sungguh meriah ketika itu, ramai rakyat jelata datang menyemarakkan lagi suasana itu. Yunus yang sedap duduk di hujung pesta itu.. di sapa oleh Salwa.

Salwa : rajin baca. Sepatutnya berseronok lah dulu.
Yunus : masa tak banyak lagi. Ada dua hari lagi tinggal ni.
Salwa : ya la. Aku nak tanya ni..
Yunus : tanya lah..

Belum sempat Salwa mahu bertanya Yunus mencelah..

Yunus : kau kena tahu. Bila kita nanti kahwin aku nak 5 org anak.
Salwa : bukan tu aku nak tanya. Apa kau ni?
Yunus : hamba anggap itu tandanya setuju. Hahaha.. baiklah, apa dia yang nak ditanyakan itu?
Salwa : siapa bunga malam?
Yunus : oh yang tu rahsia. Mana boleh bagitau...
Salwa : cehhh..

Bersambung....

Previous: Puisi
Next: Penentu

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy