Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
71,008
Kategori: Buku
Genre: Umum
Giliran

Pokok hutan telah di tebang,
Batangnya di belah-belah,
Entah siapa yang akan menang,
Dan siapa pula yang akan kalah....

Malam itu, Yunus sempat belajar sedikit tentang pantun teka teki bersama Mid. Walaupun dia sebenarnya tidak fokus dengan apa yang di ajar kerana suasana terlalu meriah. Yunus sekarang telah memegang satu tanggungjawab yang besar kerana kali ini taruhan nya satu kampung.... Dia harus menyelamatkan semua orang di desa ni.

Tibalah hari keesokkan nya... Panggung telah tersedia di tengah-tengah desa itu .. ramai orang datang untuk menonton pertandingan itu.

Mid : Selamat datang semua nya yang dari Kampung sutera.. untuk orang-orang jagat.. terima kasih la!!!!

Pengawal jagat : eh pasal dia ni..

Mid : Saya selaku pengacara pertandingan ini akan memperkenalkan pengadil dalam pertandingan ini!

Raja Muda naik ke atas panggung itu.

Mid : ampun tuanku.. adakah tuanku akan mengadili pertandingan ini dengan adil?
Raja Muda : sudah tentu. Beta akan mengadili pertandingan ini dengan adil. Tak kira kawan atau musuh, selagi orang itu bermain dengan adil, beta akan memenangkan orang itu.
Mid : baik lah, terima kasih di beri.. silakan duduk tuanku..

Raja muda duduk di depan panggung itu dengan di jaga oleh beberapa pengawal.

Mid : tanpa membuang masa, kita menjemput dua perserta naik ke atas pentas.

Yunus dan Jagat naik ke atas pentas itu.

Mid : beri tepukan kepada Yunus dan Jagat... Sudah semestinya saya memilih Yunus.. hahaha..
Pengawal Jagat 2 : eh dia ni . orang tak tanya!!
Mid : oh ada orang terasa lah. Hahaha. Baiklah, saya akan menjelaskan peraturan nya. Kita akan ada 3 pusingan.. pusingan pertama, berbalas pantun. Perserta akan berbalas pantun sehingga salah seolah dari mereka berhenti selama 5 saat bermakna mereka kalah dalam pusingan ini.

Jagat memandang Yunus dengan sinis.

Jagat : heh senang..
Mid : ops.. nanti dulu.. tapi masa untuk berbalas pantun itu cuma 3 minit. Jika tidak ada orang yang kalah dalam waktu itu...

Tok Laba dan Salwa berada di tempat penonton memberi pendapat mereka.

Tok Laba : oh macam tu...
Salwa : bermakna, seri lah kan..
Tok Laba : ye betul.. kalau dari cara nya, mungkin ada 3 pusingan.
Salwa : memang banyak pertandingan seperti itu.

Di pentas pula,..

Mid : adakah kamu berdua faham?

Mereka berdua mengangguk.

Mid : pusingan kedua pula... Rahsia ...

Semua orang di situ bereaksi dengan penyataan Mid. Kenapa rahsia?

Mid : Pusingan kedua ini, kita akan memberi kejutan jenis pantun seperti apakah yang akan mereka tandingkan nanti...

Mereka semua menjadi faham. Mungkin ianya sesuatu yang menarik.

Mid : Pusingan ketiga!!! Kamu semua pasti sudah tahu. Ramai orang suka pantun teka teki... Ya! Itulah jenis pantun pusingan ketiga ini. Jadi, kita akan berehat 10 minit sebelum pusingan pertama di mulai. Selamat berjaya..

Mid pun turun dari pentas itu. Dia meminum air dengan banyak kerana tekak kering.

Mid : tekak keringlah mak..
Mak Laba : tu lah kamu, terjerit-jerit... Cari kerja lain..
Mid : ini perintah raja ...

Sementara itu, di kawasan Jagat.

Jagat : aku ada peluang menang ni.
Pengawal : betul tu tuan.. kita semua tahu Yunus tak pandai teka teki.
Pengawal 2 : tapi jangan pandang rendah dengan pihak lawan. Ada kemungkinan dia sudah belajar ilmu teka-teki.
Jagat : itulah masalahnya.. aku akan bagi teka teki yang pening dan berhelah kat dia. Pantun teka teki mesti ada had masa nya.

Mid datang semula ke pentas itu untuk memulakan pusingan pertama..

Mid : baiklah!! Dengan ini pusingan pertama di mulakan!!

Yunus dan Jagat berbalas pantun.

Yunus : Rumpun mempalas tepinya pusara, Bumi meniti siulam mengkudu, Pantun berbalas petanda mesra, Ummi menanti bersulam rindu.

Jagat : Selasih kutanam tumbuh dialur, Pohon meranti jejak mempalas, Kasih yang dalam sungguh dan luhur, Bertahun menanti tidak berbalas.

Yunus : Ada tupai pergi ke kali, air mengalir amat jernihnya, helah mu banyak sekali, apa rahsia kau punya?

Jagat : cis!

Mid : amaran!! Kalau kamu mengeluarkan kata selain pantun, kamu akan di kalah. Terus sambung..

Jagat : Menanam pokok menuang baja, pacak ranting tanda pangkah, tak ada apa-apa rahsia, kenapa takut kalah kah?

Begitu lah mereka berdua. Berbalas pantun sehingga lah tamat waktu nya selama 3 minit.

Mid : masa tamat !! Tiada pemenang dalam pusingan ini. Jadi ...
Raja Muda : Pusingan ini telah di tentu kan sebagai seri!
Mid : boleh patik teruskan ke pusingan kedua?
Raja Muda : silakan anak muda.
Mid : pemuzik boleh naik sekarang...

Orang-orang muzik naik di atas pentas itu sudah membuat kan para penonton tertanya-tanya.

Mid : tema pusingan kedua ini adalah muzik. Peserta haruslah nya melagukan pantun yang mereka buat. Habis sahaja lagu, maka tamatlah pusingan kedua ini. Faham semua?!!

Mereka faham namun ianya satu cabaran yang agak sukar.

Pengawal jagat 5 : aku tak pernah dengar tuan kita menyanyi.
P. J 7 : macamana kalau suara dia tak sedap? Lepas tu kalah..
Mid : baiklah, kita mulakan pusingan kedua !!

Pemuzik itu terus memainkan lagu.. Yunus dapat ikut ritma dalam lagu itu dengan menggunakan kan patut. Para penonton tak sangka yang Jagat juga boleh berpantun sambil bernyanyi ... Namun pusingan kedua ini, masih berakhir dengan seri.

*Entah macamana den nk taip cara diorg berpantun sambil bernyanyi.. den mampu tunjukkan.. tp nak tunjuk dalam tulisan.. waduh.. im sorry.. pakailah imaginasi anda ye 😆

.....................................

Mid : nampak nya sudah dua pusingan masih seri. Bukan biasa-biasa mereka berdua ni. Walaupun salah satu tu gila kuasa.

Orang kampung sutera ketawa. Sedangkan orang-orang jagat geram melihat itu.

Mid : sabar sabar. Nanti kalau menang, kita kongsi hadiah nya. Hahaha.. ketawa jahat!!
Raja Muda : mid.. terus kan..
Mid : ampun tuanku.

Tegur Raja Muda. Mungkin baginda sudah lelah duduk di tempat yang sama dari tadi.

Mid : baiklah! Pusingan ketiga.. teka teki!!!

Yehaaaaaaa!!!!!

Penonton bersorak.. mereka suka dengan teka teki.. selain menguji minda, ianya dapat menghiburkan orang lain..

Mid : anda semua sedia?!!!!

Penonton bersorak lagi dengan gembira kerana tidak sabar.

Mid : nampaknya ramai yang tertunggu-tunggu pusingan ini tetapi kita rehat dulu ya..
Raja Muda : akhir nya rehat juga..

Raja Muda dan Mid turun dari pentas.. penonton juga bersurai untuk membeli sedikit makanan dan minuman sebelum pusingan ketiga.

Salwa : marilah kita beli makanan dulu.a
Tok Laba : ya betul tu.
Jagat : hehehe.. jangan lupa . Nanti lepas aku menang, kau kena kahwin dengan aku.
Salwa : tak akan. Banyak perempuan kat dunia ni. Kenapa pilih aku juga?
Jagat : sebab aku orang yang akan mendapatkan apa saja yang aku nak!

Mid : woo, tak boleh ada perbualan dengan orang luar.

Jagat pun terus pergi.

Mid : jangan layan dia.
Salwa : ya. Macamana dengan Yunus? Dia boleh ke lawan teka teki?
Mid : entah lah... Kita doa je la sama-sama.

Di satu sisi lain, Yunus berkerut sambil menggoyangkan kaki kanan nya dengan laju. Dia tersangatlah rasa gemuruh. Dia sendiri juga tidak yakin dengan teka teki nya.
Akhir, masa rehat tamat. Tibalah masa untuk pusingan ketiga.

Bersambung....

Previous: Penentu
Next: Kalah

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy