Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
68,843
Kategori: Buku
Genre: Umum
Murka

Ranjang tempat beradu,
Ianya kukuh tidak rapuh,
Kita selalu mengadu,
Tempat kita untuk mengeluh.

Yunus berdoa agar di berikan jalan keluar dari masalah itu.. sudah hampir seminggu dia berfikir samada mahu beritahu raja atau tidak. Dia takut jika seseorang dapat tahu tentang dia dan Salwa.

Wazir : resah nampak?
Yunus : eh wazir istana. Tidak lah.
Wazir : hamba cuma boleh katakan. Jangan menjolok sarang tebuan. Nanti menyesal tak karuan.
Yunus : apa maksud di balik perkataan tuan hamba?
Wazir : oh tak ada apa..

Selepas wazir pergi.. salwa mendatangi Yunus secara diam-diam.

Salwa : muka kau nampak teruk. Aku ajak lari tak nak. Dah seminggu ni. Tak ada apa-apa khabar baik dari raja. Betul ke raja nak tolong aku ni.
Yunus : jangan lari. Bahaya. Raja kata, dia akan tolong lepas perkahwinan kau dengan dia.
Salwa : oh tak apa lah. Bukan nya kau ada apa-apa perasaan dengan aku. Apa masalah kan?
Yunus : haish Salwa..

Entah dari mana, Raja munculkan diri.

Raja : ohh akhirnya beta tahu kenapa kamu selalu mengelak dari lamaran beta,... Ternyata ini...
Salwa : ampun tuanku. Bukan ada apa-apa..
Raja : ahhh.. beta tidak peduli...

Raja muda itu berubah sikap nya. Dia melihat yunus dengan tatapan tajam.

Raja Muda : pengawal!! Pengawal!!!

Datanglah beberapa Pengawal istana.

Raja Muda : tangkap Yunus dan bawa dia ke balai penghadapan! Sekarang.

Salwa : tidak!! Jangan!! Yunus!!
Yunus : berhenti salwa. Jangan melawan.. Raja cuma titahkan aku..

Pengawal itu membawa Yunus ke balai penghadapan.

Raja Muda : beta akan pastikan, dinda berkahwin dengan beta..
Salwa : ini semua salah faham. Hamba tiada apa-apa hubungan istimewa dengan Yunus.
Raja Muda : jangan berdalih! Wazir beta sudah khabarkan kesemuanya..

Di balai penghadapan itu.. ramai lah menteri-menteri termasuk wazir. Mereka semua menunggu kedatangan raja. Di suatu tempat...

Orang kota : abu! Abu!
Abu : kenapa? Jangan bergurau Raja mangkat lagi ...
O.K : tidak.. raja murka!
Abu : dengan siapa?
O.K : Yunus..
Abu : apa?!! Kamu cuba menipu bukan? Hahaha.. inilah gurauan yang paling teruk hahaha..

Orang kota itu melihat Abu dengan wajah yang serius.

Abu : nanti dulu. Kamu semua berkata benar?

Abu terus berlari ke istana raja. Dia langsung tidak memperdulikan gerainya.. sesampai nya ke istana..

Abu : izinkan hamba masuk!! Hamba mahu berjumpa dengan sahabat hamba!

Ternyata pengawal istana tidak membenarkan orang luar masuk.

Puteri : biarkan dia masuk.

Pengawal itu melepaskan Abu.

Abu : apa yang dah jadi?
Puteri : Raja sudah mendapat tahu penipuan itu.
Abu : penipuan apa? Mereka tidak menipu apa-apa.
Puteri : tetapi bagi Raja, itu sebuah penipuan. Mereka menipu bahawa mereka tidak kenal. Raja merasakan Yunus cuba merampas permaisuri nya.
Abu : Yunus. Hamba sudah katakan kepada Yunus jangan melawan Raja seperti ini.
Puteri : marilah kita ke sana..

Mereka pun ke sana. Raja hanya mendiam kan diri di singgahsana nya. Raja memandang Yunus penuh kebencian.

Raja Muda : beta paling pantang di permainkan seperti ini. Beta sudah memberi kamu jawatan, malah menjadi tuan guru beta di kerajaan beta. Tempat tinggal dan lain-lain. Inikah yang kamu balas kepada beta?!
Salwa : bukan begitu tuanku...
Raja Muda : diam!!

Salwa terperanjat apabila disergah.

Abu : ampun tuanku! Yunus tidak mungkin...
Raja : diiamm!! Apa-apa hal yang kamu cuma katakan tidak akan berguna! Kamu tidak layak memberikan sebarang penjelasan!

Puteri cuba menenang kan Abu.

Raja Muda : wazir.. apa yang patut kita buat ?
Wazir : ampun tuanku. Ini perkara besar. Ada baiknya kita penjarakan Yunus.
Raja Muda : tidak. Beta titahkan Yunus di pancung!

Orang-orang yang di situ terkejut dengan titah raja. Selama ini belum ada orang yang di pancung dalam pemerintahan Raja Muda. Inilah pertama kali nya. Salwa pula menangis dengan keras.. bagaikan tidak percaya.

Wazir : baiklah, tiga hari akan datang, Yunus akan menjalani hukuman pancung atas kesalahan cuba memikat bakal permaisuri Raja Muda.
Abu : tidak!

Puteri datang ke arah Salwa. Dia cuba menenangkan Salwa yang bersedih hati..
Tinggallah Yunus dalam penjara sehingga hari dimana dia akan mati di pancung. Setelah kejadian itu, Baginda hanya mengurung diri di dalam biliknya. Bukan itu sahaja, ramai orang di kota terkejut dengan berita itu. Ramai lah orang datang ke gerai Abu untuk memastikan berita itu.

Abu : ya. Raja sudah bertitah.
O.k : kenapa jadi macam ini? Kenapa Raja menjadi kejam begitu?
Ok 2 : untuk kesalahan yang begitu tidak seharusnya di pancung.
Abu : apa boleh buat, raja sudah bertitah..

Datang lah utusan istana dengan segelung kertas di tangan nya. Kemudian di membaca nya dengan lantang...

Utusan : Maka dengan ini, Raja sudah bertitah bahawasanya Yunus dari kampung sutera akan menjalani hukuman nya dalam tiga hari lagi di khalayak ramai! Hukuman itu akan berlangsung di kaki bukit tempat lapang! Sekian..
Ok 3 : tak mungkin begitu. Kenapa jadi macam ni? Yunus tu budak baik. Tak mungkin dia sanggup melakukan sesuatu yang buruk.
Utusan : apa boleh buat. Hamba hanya menjalankan tugas hamba. Yunus juga tiada bantahan. Dia hanya mendiamkan diri.
Ok : siapa yang tidak terkejut jika orang yang selama ini dekat dengan raja, baik dengan raja dapat hukuman sampai sebegitunya!

Utusan itu diam dan terus pulang ke istana. Kini mereka yakinlah bahawa berita itu benar.

O. K 5 : apa yang kamu buat lepas ni Abu?
Abu : sungguh hamba tidak tahu harus bagaimana.. hamba ada datang ke istana tadi. Tadi Raja...

Abu mengingati kejadian itu..

Raja Muda : hehe kamu jangan harap dapat masuk ke istana ini lagi. Setelah semua kebaikan beta perlakukan. Ini yang beta dapat ya.
Abu : hamba cuma mahu bertemu tuan puteri.
Raja Muda : apa? Kamu mahu bertemu dengan tuan puteri? Kamu mahu berkahwin dengan adinda beta? Kami jangan bermimpi. Beta tak akan restui hubungan kami berdua. Hahaha..

Abu bersedih hati dan runsing dengan itu. Dia tidak dapat bertemu dengan puteri shakinah Shahbar selepas ini kerana Raja Muliadi Shahbar murka.

Ok 3 : tenangkan lah diri kamu wahai Abu Sadad. Pulanglah..
Abu : baiklah... Hamba jadi teringat pertama kali hamba bertemu yunus di sini.

Kata Abu dengan mata yang berkaca-kaca. Orang kota sedar itu agak mengharukan. Abu pulang ke rumah. Dan duduk di lantai. Dia mengeluarkan kertas dan pena. Seperti nya dia ingin menulis sesuatu.

Abu : Raja Sudah bertitah...

Itulah nama puisi yang akan di buat oleh Abu Sadad. Namun dia masih dalam keadaan termenung. Di istana, Salwa di kurung di bilik dengan ditemani dayang istana. Dia juga risau akan keadaan Yunus.
Seseorang mendatangi Yunus di penjara.

Wazir : sudah hamba katakan.. tuan hamba tak mahu dengar.
Yunus : jadi tuan hambalah dalangnya.
Wazir : hamba tidak sengaja mengintai kamu berdua dengan mesra berbalas pantun. Hahaha..
Yunus : tuan hamba memang.....
Wazir : ya, hamba lah yang menghasut raja! Hahaha.. terima lah hukuman kamu. Lagi dua hari.. hahaha

Wazir istana ketawa sambil meninggalkan Yunus.

Bersambung....

Previous: Tujuan
Next: Puisi

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy