Home Buku Umum RAJA PANTUN
RAJA PANTUN
Ryzal Almarazy
1/9/2021 19:41:00
71,008
Kategori: Buku
Genre: Umum
Hajat

Pandan dan gula jadikan kuah.
   Terjadi kuah dicampur santan.
Makan dimula dengan Bismillah
   Alhamdulillah pula di akhir makan.

Abu dan Yunus masih menunggu giliran mereka. Hari mula menunjuk waktu tengah hari. Raja Muda Muliadi Shahbar masih belum berselera akan makanan-makanan yang di bawa oleh rakyat nya. Ada juga makanan yang dikatakan sedap cuma ianya tidak di makan habis.

Yunus : wah laris lah jualan mereka lepas ni. Raja cakap sedap.
Orang Kota : Yunus! Aku balik dulu..

Kata orang kota itu yang mengenali Yunus sejak dia sampai ke kota ini. Abu pula masih mendiamkan diri dan menunggu dengan sabar.

Yunus : kejap? Dia sabar semacam. Shahbar ? Nama keluarga ke?

Akhirnya, saatnya telah tiba.

Raja Muda : wah makanan jenis apa ni?
Abu : Ampun Tuan ku, ini namanya Mi Ayam Istimewa. Baru di cipta semalam.
Raja Muda : mudah-mudahan beta merasa berselera untuk makan.

Baru sahaja Raja Muda mahu mencicipi makan itu Yunus mencelah.

Yunus : Ampun Tuanku beribu-ribu ampun, mengganggu tuanku yang sedang makan.
Raja Muda : Ya orang muda? Beta tak pernah nampak kamu. Ada apa?
Yunus : baca Bismillah dahulu tuanku .
Raja Muda : ya beta sesungguhnya lupa.

Baginda pun baca Bismillah kemudian makan. Ajaib nya, baginda makan dengan berselera sekali. Kuah Mi Ayam itu pun habis di hirup oleh baginda.

Raja Muda : Alhamdulillah.. sungguh enak makanan ini.
Abu : terima kasih Tuanku. Patik suka mendengarnya.
Yunus : Malu bertanya dengan si polan, Rapi sifatnya tegas orangnya, selalu berdoa sebelum makan, tetapi lupa pula doa selepasnya.

Baginda pun membaca doa selepas makan dengan perlahan. Tidak pula baginda marah malah menerimanya sebagai teguran.

Raja Muda : kamu, suruh semua orang pulang. Kita sudah ada pemenangnya.

Pengawal tadi pun menyuruh semua orang pulang. Tinggallah orang-orang istana dan mereka berdua di balai istana itu. Raja Muda itu pun bertanya kepada mereka.

Raja Muda : Kamu siapa? Beta mahu tahu. Adakah kamu yang memasak makan tadi?
Yunus : Patik Yunus dari kampung sutera. Patik mengembara ....

Abu memandangnya dengan hairan. Dia juga sebenarnya tidak tahu apa tujuan Yunus mengembara.

Yunus : err patik mengembara tanpa sebab tuanku. Dan masakan tadi di sediakan oleh Abu Sadad.

Kata Yunus sambil menunjukkan kepada Abu.

Raja Muda : kamu sangat aneh. Beta jadi tertarik dengan kamu dari makanan-makanan yang datang tadi. hahaha.. Kamu mengembara tanpa sebab?
Yunus : Ya, mungkin patik hanya melarikan diri dari kampung itu.
Raja Muda : kenapa? Kamu berbuat jahat disana?
Yunus : Ampun Tuanku, sesungguhnya patik orang yang muflis. Patik selalu di hina sehinggakan patik keluar dari kampung itu.
Raja Muda : oh begitu. Adakah kamu Yunus Bin Matta?

Yunus terperanjat mendengarnya.

Yunus : Tuanku kenal ayah patik?
Raj Muda : jadi betullah. Tidak lah beta kenal, cuma beta pernah mendengar nama itu dari ayahanda beta. Mungkin sebab ayat-ayat kamu tadi. Apakah nama nya?
Yunus : ampun tuanku, itu namanya pantun.
Raja Muda : oh begitu. Bagaimana kah cara permainan kata nya?

Abu kemudian mencelah.

Abu : ehem..

Mereka terus berhenti dari perbualan panjang tadi.

Raja Muda : maafkan beta. Hampir saja terlupa. Abu Sadad, beta dengan ini mengaruniakan satu permintaan kepada kamu dan akan di tunaikan secepat mungkin.
Abu Sadad : Ampun tuanku beribu-ribu ampun, patik sungguh berbesar hati menerimanya.
Raja Muda : jadi apakah hajat kamu?

...............

Di suatu pondok berdekatan dengan balai istana itu, Yunus dan Abu berbincang tentang sesuatu.

Abu : terima kasih Yunus. Tak sangka dapat juga aku.
Yunus : eh bukan aku. Bersyukurlah pada Allah..
Abu : ya betul tu.. aku rasa gembira tapi dalam masa yang sama aku takut.
Yunus : takut apa?
Abu : hajat aku.. takut tak tertunai.
Yunus : aku pun tak nak tahu apa hajat kau. Mungkin tu hal peribadi tuan hamba.
Abu : engkau ni, bercampur-campur cakap.. kejap kau, kejap tuan hamba.
Yunus : sudah terbiasa. Tapi bukan itu yang perlu di risau kan.
Abu : ya..

Abu masih memikirkan tentang hajat nya itu. Perlukah dia meminta terus pada Raja atau dia harus menukarkan hajat nya.

Yunus : Tidak luka namun meninggal kan kesan, cepat lah buat keputusan!

Mereka pun terus ke balai istana untuk menghadap Raja Muda.

Raja Muda : bagaimana wahai Abu Sadad?
Abu : patik sudah memikirkannya cuma .. ampun tuanku, patik takut hendak meluahkan nya.

Kata Abu dengan wajah yang serba salah. Dia dilema.

Raja Muda : jangan risau, beta tak akan marah pada rakyat beta. Katakan saja, beta pasti tunai kan walaupun ianya permintaan yang besar.
Abu : Ampun tuanku, maafkan patik jika perkataan patik agak kasar..tapi bagi menjamin keselamatan patik, tuanku haruslah berjanji untuk tidak menghukum patik sekiranya permintaan patik tidak menyenangkan tuanku.

Raja muda itu mula merasa curiga dan lama juga di merenung. Berfikir. Akhirnya, baginda pun berjanji.

Raja Muda : baiklah. Beta janji beta jaga.
Yunus : aduh penasaran ini.
Abu : hajat patik adalah.....
Raja Muda : ya?
Yunus : haa ?
Abu : hajat patik hendak nya tuanku mengizinkan patik untuk mengenali dan berkawan dengan...
Raja Muda : dayang istana beta? Oh mesti boleh.. beta izin kan.
Abu : bukan tuanku...
Yunus : cakap sajalah ...
Raja Muda : ya cakap sajalah. Jika kamu berlengah seperti ini, beta pula rasa ingin penjarakan kamu sampai kamu cakap
Abu : baik tuanku.. patik ingin mengenali dan berkawan dengan satu-satunya ahli keluarga tuanku iaitu tuan puteri.

Mereka semua tersentak terkejut.

Raja Muda : maksud kamu? Adik perempuan beta?
Abu : ampun tuanku.

Sembah Abu sambil memejamkan matanya dengan rapat. Dia berharap Raja tidak marah akan permintaan nya.

Raja Muda : berat untuk beta mengucapkan nya. Tetapi izinkan beta untuk berbincang dulu dengan adik beta.

Raja muda itu terus masuk ke dalam.

Yunus : Abu?! Apa kau buat? Sedar lah diri kita ni macamana? Kita ni orang jalanan. Orang berniaga. Mana mungkin tuan puteri nak kan bersahabat dengan kau.
Abu : aku cuma berusaha dan mencuba Yunus. Aku tertarik dengan Tuan Puteri semenjak kali pertama kami bertemu.
Yunus : bila? Semalam?
Abu : masa aku masih kecil. Waktu itu ayah aku sudah tiada.. dan tidak lama kemudian, ibu aku pula yang meninggal. Aku menangis di jalanan. Sehingga lah seorang gadis yang cantik rupawan, senyuman nya sungguh manis. Jika engkau adalah semut lalu menyelam dalam senyumannya, kau boleh mati di dalam nya.
Yunus : Wahhhhh.. wahhhh sungguh berpuitis tuan hamba.
Abu : (senyum kecil) dia lah yang memujuk aku untuk berhenti menangis. Kami selalu bermain bersama tanpa mengenali antara satu sama lain. Sehinggalah Ayahanda nya meninggal dunia. Barulah aku tahu dia adalah anak raja ketika itu. Semenjak ayah nya meninggal. Kami tak pernah lagi bertemu.
Yunus : Abu.... Terharu aku mendengarnya, baru lah aku sedar kenapa kau berniaga di tepi jalan itu. Untuk melihat tuan puteri pada hari persinggahan di raja. Ziarah rakyat.

Setelah hampir 1 jam, Raja muda kembali dengan diiringi oleh pengawal nya.

Bersambung ..... 

Previous: Selera
Next: Belajar

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Ryzal Almarazy