Home Buku Seram/Misteri CERITA SERAM PALING PENDEK
CERITA SERAM PALING PENDEK
Resmanshah
4/1/2018 15:06:25
58,894
Kategori: Buku
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
1
2
3
4
5
2


Semalam kau tidur rumah member kau. Nak dekat senja baru kau balik rumah. Sampai je kat rumah, kau tak nampak kereta mak bapak kau. 


"Mungkin dia orang tak balik kerja lagi." Kau bercakap dalam hati. 


Kau nampak lampu ruang tamu terbuka. Buat kau jadi lagi yakin yang adik-beradik kau ada dalam rumah. Jadi kau ketuk pintu dan bagi salam. 


Lepas beberapa kali mencuba, akhirnya daun pintu dibuka. Kelihatan nenek kau berdiri di muka pintu. 


"Eh!? Nenek. Bila sampai?" Kau lantas menyalam dan mencium tangan ibu kepada ayah kau tu. 


"Baru je." Pendek nenek kau membalas. 


Kau masuk ke dalam rumah. Nenek kau tutup pintu di belakang. Tiba-tiba telefon bimbit kau berdering. Dengan lagak selamba kau jawab panggilan. 


"Hello." 


"Hello, mama ni. Kami semua terpaksa balik kampung papa kamu. Nenek kamu meninggal." Suara mama kau bergema jelas di lohong telinga kau. 


"Siapa telefon tu? Ayah kamu ke?" Dari belakang, nenek kau bertanya. 

Previous: 1
Next: 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.

Karya lain oleh Resmanshah