Kau baru balik dari overtime. Jam dah pukul 12.52 tengah malam. Malas nak kejut orang rumah, kau masuk ke dalam senyap-senyap.
Pintu bilik anak lelaki tunggal kau - yang baru darjah 3 - terbuka dan lampu menyala. Buat kau jadi macam nak marah. Lantas kau melangkah masuk ke dalam biliknya.
"Kenapa tak tidur lagi ni? Besok kan sekolah." Kau buat muka serius.
"Saya tak boleh tidur la ayah. Sebab kat bawah katil saya ada hantu," beritahu anak kau.
"Mana ada hantu bawah katil tu!" Kau pun keluarkan telefon bimbit, dan memeriksa bawah katil anak kau tu. Niat kau nak ambil gambar sebagai bukti bawah katil tu tak ada apa-apa.
Mata kau terbeliak besar. Jantung kau berdegup kencang! Kerana di bawah katil tu kelihatan anak dan isteri kau yang sedang pucat ketakutan.
"Ab...Abang...To...Tolong kami..." Terketar-ketar suara isteri kau berbisik pada kau.
"Ada tak hantu tu ayah? Hehehehehe..." Satu suara garau yang menyeramkan kedengaran dari atas katil.