MAK PANGGIL MAKAN
Penat punya pasal, kau tertidur dari petang sampai ke malam. Itu pun sebab pintu bilik diketuk dari luar. Dengan gerak malas, kau duduk atas katil.
"Turun makan malam. Hari ni mak masak makanan kegemaran kamu." Dari arah pintu kedengaran jelas suara emak kau.
"Okey mak!" Kau melaung selamba. Kebetulan perut kau pun tengah lapar.
Tengah kau turun dari katil, mata kau buntang. Jantung kau berdegup dengan pantas. Kerana kau baru sedar satu perkara! Kau sendiri di rumah! Sebab mak ayah dan adik-beradik kau balik kampung pagi tadi.
"Mak tunggu kamu ni..." Sekali lagi suara emak kau kedengaran di depan pintu!