2,322
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 2

“Sial!! Tak guna!” Mataku memandang ke satu arah dengan kemarahan yang bangkit seperti raksasa. “Aku patut bunuh orang hari ini!” Desisan-desisan jahat seterusnya keluar semakin banyak dari mulutku. Berapa kali aku cakap jangan keluar dengan lelaki itu. Jangan keluar dengan lelaki yang akhirnya merosakkan emosinya, menyiksa fizikalnya. Menyusahkan! Hidup macam orang tak guna!

“Memalukan!” Aku pantas berjalan ke arah pukul 12 di mana ibuku sedang merayu minta dilepaskan dari seorang lelaki yang meraba tubuhnya dengan penuh nafsu jahat. 

“Hoi bodoh! Lelaki tua tak guna!” Sebaik lelaki tua gemuk itu berpaling ke kiri aku terus menumbuk mukanya.

“Jon!!” teriak ibuku. Lelaki itu terkapar-kapar hendak bangun dengan perutnya menggeleber hodoh. 

Aku maju lagi selangkah mahu menumbuk muka lelaki bodoh tu tetapi seorang bodyguard menarik aku dari situ dan menghumban aku keluar dari bar. “Aku tak mahu tengok muka kau lagi!!” 

“Sial!” bisikku geram.

“Jon! Kau memang gila. Kau hisap dadah lagi kan!” suara ibuku macam petir di langit hitam. Aku berdiri dengan rasa marah yang masih meluap dalam darah.

“Kenapa biarkan lelaki-lelaki dalam bar buat mak macam orang bodoh!”

“Itu memang kerja mak!”

“Pergi cari kerja lain!”

“Kerja apa?” Nada suara mak kedengaran hendak menangis. 

“Memalukan!” Aku terus pergi dari situ membiarkan mak aku memekik macam orang gila.

“Aku akan hantar kau pada ayah kau Jon!!”

Aku mencebik dan tersengih dengan ugutan kebudak-budakan itu. 


***


Hidup Bukan Tentang Kau Mahu Nama Kau Jadi Besar Semata-mata.


Bau lembap dari udara selepas hujan semalaman buat tidur semakin sedap terganggu oleh bunyi brek mengejut disusuli bunyi guruh. Walaupun bunyinya kedengaran seperti dari kejauhan hairan betul ia cukup mengejutkan aku dari tidur. Di tambah lagi dengan suara nyaring ibuku dari dapur, aku macam mahu mengamuk.

“Jon! Bangunlah! Cepat! Sebelum aku pecahkan pintu bilik kau ni!!”

Suara nyaringnya lebih dahsyat dari bunyi guruh yang semakin sayup kedengaran. Aku lebih suka kalau dia pecahkan pintu dari mendengar suara mak aku macam tak siuman di luar.

“Jon! Jangan sampai mak kira pula!”

Aku menggaru kepala dan bangun mendadak dalam keadaan marah. Sejurus tanganku mencapai tombol pintu dan membukanya lebar, ibuku sedang memegang sendok kayu di depan pintu bilik aku. “Apa!!” sahutku kasar.

“Duduk di meja makan sekarang!” Lagak ibu aku macam cikgu sejarah yang sedang menggeram dengan aku setiap kali aku berbuat banyak alasan untuk mengelakkan dari membuat nota.

Sambil menguap aku melangkah malas ke meja dapur, terus duduk dengan sebelah kaki di atas kerusi dan mennggunakannya sebagai tongkat untuk tangan kananku. Kami saling berpandangan. Mungkin bagi orang lain itu pandangan marah seorang ibu. Tapi bagi aku, itu pandangan seorang ibu yang tertekan dengan hidupnya sendiri. Aku tak buat salah pun. Salah ke menumbuk lelaki yang meraba-raba ibu sendiri di sebuah bar dan sedang mencari makan untuk hidup. 

Aku sampai sekarang bukannya suka sangat dengan kehidupan orang-orang di kota ini. Tetapi kehidupan itulah yang buat aku terikut-ikut. Terutamanya orang-orang yang hanya ingin berhibur sambil menjual maruah mereka. Aku sudah rasa semuanya. Aku tahu bagaimana hinanya orang pandang manusia macam aku, macam ibu aku, macam kawan-kawan aku. Tapi itulah keseronokan yang ingin dikejar demi melepaskan rasa tertekan.

“Kau ambil ganja lagi semalam?” soal ibu aku macam polis pula.

Aku menggeleng malas sebelum menjawab. “Tak.”

“Syahbu?”

“Dua hari lepas.”

“Jon, berhenti ambil semua tu sebelum aku suruh Roman datang ambil kau dan betulkan hidup kau!” Katanya geram yang berbaur ugutan. “Kau ada peperiksaan penting november nanti, tolonglah belajar. Cukuplah mak seorang yang susah, jangan kau cuba-cuba ikut jejak aku.”

“Pasal semalam ke?”

“Ya! Kau dah ganggu kerja aku. Mak boleh urus kerja mak, biarkan saja mereka, kalau kau buat begitu lagi kita berdua juga yang susah akhirnya nanti.”

“Kalau begitu, berhenti sajalah.”

“Mak ada hutang tiga puluh ribu dolar dengan majikan mak! Kau tak ingat ke? Hati kau hampir rosak gara-gara alkohol, ganja dan mak mati-mati cari duit untuk selamatkan kau tapi apa yang kau buat… kau cuba rosakkan hidup kau semula tanpa fikirkan mak yang cuba hidupkan nyawa kau sekali lagi!”

“Jadi kenapa mak tak suruh Roman masuk campur untuk uruskan hidup aku, kenapa mak tak minta saja duit dengan dia suruh bayar hutang tu.”

“Jon, mak tak suka ada kaitan dengan Roman lagi, apa yang mak harapkan pada orang yang tak peduli pun pasal mak. Tapi mak mahu dia bertanggungjawab pada kau. Itu saja yang mak mahu. Mak tak mahu hidup kau jadi sia-sia.”

“Aku lebih suka hidup tanpa Roman.”

“Tapi dia ada hak ke atas kau!”

“Aku peduli apa dengan namanya yang besar! Kalau dia tak mahukan mak kenapa pula dia hendak masuk campur untuk uruskan hidup aku.

“Jadi kau mahu teruskan hidup kita yang hanya tinggal di rumah sewa dengan ramai orang dalam rumah ni? Kenapa kau nak jadi begini kalau kau ada peluang untuk hidup senang Jon…”

“Sebab aku tak suka orang lain kawal hidup aku!” Sebab aku tahu sekali saja aku melangkah masuk ke dalam hidup Roman, hidup aku akan bertukar sehabis mungkin. Pengaruh dan kuasa Roman sukar hendak aku nafikan dan dia bukan ciri-ciri orang yang buat aku kagum ketika ini. Aku berlawan pandangan mata siapa yang paling bertahan dengan ibu aku yang macam hendak bertukar jadi T-Rex. Tetapi selepas lima belas saat begitu, dia bangun dan meninggalkan aku yang sekadar senyum sinis di meja makan. 


Previous: Bab 1
Next: Bab 3

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.