2,325
Kategori:
Genre:
Senarai Bab
Bab 1
pov Jon Aragorn 



Kebencian semakin meluaskan jajahannya dalam peta fikiran.

Yang tinggal cuma sedikit belas.

Bagaimana? Apa yang hendak aku teruskan dengan

fikiran yang sudah mati ini! 


Aku ikut saja jalan berbengkang-bengkok, penuh bau muslihat dan menjijikkan dalam  Hidup yang bebas, kononnya. Yang tidak takut apapun sebelum akhirnya semua yang aku laburkan dalam kebebasan itu berakhir dengan  penuh cela.

Aku sudah tidak mengenali diriku lagi. Apa yang aku inginkan dalam hidup. Hal itu, fikiran itu, berulang-ulang dalam kepala seperti seseorang sedang menggerudi bahagian-bahagian maklumat dalam kepalaku mencari punca kenapa hidup sangat menyakitkan. Aku terus membiarkan gerudi itu menggali keluar maklumat-maklumat penting demi mencari cara bagaimana aku hendak memperbaiki kerosakan hidupku.

“Hei Nami, kau nak ikut kami ke Brooklyn?” tanya Lennie sambil cuba menyaingi langkah Nami yang kelihatan sedang bergegas di luar koridor.

“Err, tak boleh. Adik kembar aku sambut ulang tahun malam ni,” jawab gadis bermata tajam, berambut keemasan dan berkulit putih bersih. Cantik dan pandai mengawal diri. Satu-satunya pelajar terbaik tahun kelima kelas kami.

“Oh, yalah, sampaikan salam ulang tahun untuk Ethan dan Foden,” kata Lennie yang agak kecewa tetapi berjaya menyembunyikan riaknya.

“Lain kali okay,” ujar Nami yang jelas menunjukkan wajah serba salah sambil mengerling ke arahku dengan riak takut. Tetapi aku biarkan saja Nami lalu di depanku dalam keadaan tertunduk-tunduk.

Itulah gadis yang jadi punca kenapa aku suka datang ke sekolah sejak dua tahun lalu. Mungkin sebab aku suka dengar suaranya. Atau. Mungkin senyumannya. Atau. Mungkin orangnya. Tetapi gerudi tadi kembali membising dalam kepalaku.


Next: Bab 2

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.