Home Novelet Seram/Misteri Chalet
Chalet
NaimTamdjis
19/7/2017 21:05:14
25,026
Kategori: Novelet
Genre: Seram/Misteri
Senarai Bab
Bab 3

Hampir setengah jam mereka berbual. Selepas itu panggilan ditamatkan. Pakcik Johar keluar dari persembunyiannya tadi.

“Macam orang bercinta sahaja berbual?” sindir pakcik Johar.

Fattah tersipu-sipu.

“Berapa casnya pakcik?” soal Fattah menukar topik perbualan.

“Nanti check out baru bilnya keluar,” jawab pakcik Johar.

Fattah mengangguk dan meminta diri untuk kembali ke biliknya. Setelah dipastikan Fattah sudah masuk ke bilik, pakcik Johar mengangkat telefon dan mendail nombor.

 

Bella kembali menatap laptop selepas berbual dengan Fattah melalui telefon. Dia menatap wajah kekasih hatinya yang menjadi penghias skrin. Mereka bercinta jarak jauh, dipisahkan oleh Laut China Selatan. Tapi oleh kerana rindu sering bertamu dan janji sudah dimeterai, Bella sanggup menunggu. Tiba-tiba telefon bimbitnya berbunyi. Novyla segera mengambil telefon dan melihat skrin. Tertera nombor tadi. Novyla tersenyum. Tidak sampai beberapa minit Fattah sudah menelefonnya. Mungkin sudah terasa rindu.

“Ha. Rindu kita ya! Kejapnya!” kata Bella.

“Rindu? Hahaha! Hahaha!” jawab pemanggil di sebelah sana.

Bella terkejut. Bukan Fattah.

“Siapa ni?” soal Bella

“Hahaha! Hahaha! Hahaha! Aku peragut kebahagian kamu! Hahaha!” seorang lelaki itu ketawa dengan besar.

Bella mula berasa takut lantas menamatkan panggilan. Dia segera menefon Fattah. Tetapi hanya masuk ke peti pesanan suara tanda di situ tidak ada liputan. Bella mula berasa tidak sedap hati.

“Sayang, harap semuanya hanyalah gurauan budak nakal. Harap semuanya selamat. Semoga TUHAN melindungi kamu,” doa Bella.

 

Fattah segera mengeluarkan pakaian dari begnya. Dia mahu mandi dan seterusnya bersolat. Makan malam Fattah sudah membeli makanan segera. Cuma dia risau untuk tengahari. Takkanlah nak menapak untuk keluar mencari makanan. Mungkin dia boleh menyewa kereta. Menyesal juga tidak membawa kereta datang ke sini. Sekarang semuanya di hujung jari. Kereta boleh disewa melalui laman web sewaan kereta. Dia akan menyewa hari ini.

Selepas selesai solat dan berdoa. Fattah segera memasak bubur segera. Air segera dimasak. Fattah membuka laptopnya. Dia mencari signal internet tetapi gagal.

“Ayooo. Wifi pula tiada. Memang betul-betul nak bagi aku siapkan kerja ni.”

Fattah membuka lembaran manuskripnya. Dia membaca sepintas lalu. Bertalu-talu idea datang dalam fikiran. Fattah mula larut di dalam dunianya.

Pukul 12 tengah malam, Fattah bangun bagi dari kerusi untuk melegakan ototnya. Badannya mula lenguh mungkin kerana terlalu lama duduk mengadap komputer.

“Perghhh… idea laju ma. 3 jam 20 mukasurat.”

Desiran ombak masih kedengaran. Fattah menuju ke arah tingkap. Dia ingin melihat pantai mencuci mata. Langsir diselak. Fattah terlihat pakcik Goos sedang berjalan membongkok dengan sangat perlahan di gigi air.

“Apahal orang tua itu jalan malam-malam buta tepi pantai? Tak sejuk ke? Ke dah buang tabiat?” gumam Fattah.

Fattah melihat ulah pakcik Goos. Kini orang tua itu sudah mencecah air dan berjalan perlahan-lahan. Makin lama makin dalam.

“Jilake! Nak buang tebiatpun janganlah bagi aku nampak! Aku pula yang kena tolong!” marah Fattah.

Dia segera membuka pintu dan berlari ke arah pantai. Angin sejuk menerpa tubuhnya.

“Pakcik! Pakcik! Nak kemana tu!” panggil Fattah.

Tanpa mempedulikan laungan Fattah, pakcik Goos mencangkung. Fattah berhenti serta merta berlari.

“Pakcik nak berak ke?” soal Fattah.

“Aku nak cari makanlah!” jawab pakcik Goos berang.

“Nak cari makan apa kebendanya malam-malam ni pakcik? Nak cari apa kat gigi air ni?” soal Fattah kehairanan.

“Kau tengok! Nak tengok sangat!”

Pakcik Goos mencelup kedua tangannya ke dalam air laut. Fattah yang berada di belakang tidak menyedari tangan pakcik Goos yang kini berada di dalam air semakin panjang untuk mengagau ikan. Seketika kemudian air berkocak tanda ikan sudah dapat ditangkap. Segera pakcik Goos berdiri.

Fattah kaget melihat tangan pakcik Goos yang panjang dari kebiasaan. Kiri kanannya penuh dengan ikan yang melintuk-lintuk. Fattah menelan air liurnya.

“Pak.. pak… Goos ni siapa?” soal Fattah yang tergagap kerana terkejut.

Pakcik Goos hanya terdiam. Tangannya kembali segera ke saiz asal. Tapi taringnya keluar dari mulutnya. Lagilah Fattah terpaku. Tangan sebelah kiri menyua ikan masuk ke dalam mulut pakcik Goos. Dia menjamah ikan tersebut hidup-hidup. Fattah mula panik dan tidak tahu berbuat apa.  Darah ikan menyembur keluar dari mulut orang tua tersebut. Bau hanyir ikan menusuk hidung Fattah.

“Kau tahu, aku bukan manusia!” kata orang tua itu dengan nada marah.

Fattah menelan air liur.

“Si.. si… si… siapa pakcik?” soal Fattah terketer.

“Akulah penunggu laut ni. Hahaha. Hahaha. Aku sudah lama hidup. Sejak zaman kesultanan Melaka! Hahaha!”

Fattah segera berlari ke arah chaletnya. Tapi baru dia menoleh, dia terkejut kerana pakcik Goos sudah berada bertentangan dengannya.

“Mana kau nak lari Fattah!”

Fattah terduduk. Pakcik Goos semakin mendekati.

“Tidak!!!” jerit Fattah lalu membuka matanya.

Fattah terpinga-pinga kini dia masih duduk mengadap laptopnya. Fattah beristifar.

“Aku bermimpi rupanya,” gumamnya.

Dia melihat jam tangan. Waktu menunjukkan pukul 1 pagi.

“Aku letih agaknya. Baik tidur.”

Fattah menyimpan dokumennya lalu menutup laptop. Dia terus menutup lampu dan berbaring di katil. Tidak sampai seminit, Fattah sudahpun lena. Di luar pintu chaletnya, pakcik Goos berdiri sambil menyeringai sebelum ghaib bagai ditiup angin.

Previous: Bab 2
Next: Bab 4

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.