Home Novelet Komedi/Romantik Komedi AKU BUKAN PLAYBOY
AKU BUKAN PLAYBOY
masterzaki
23/6/2018 07:27:15
50,075
Kategori: Novelet
Genre: Komedi/Romantik Komedi
Bab 6

Aku bukan ‘Playboy’

Bab 6

‘Silvia’

____________________

Pengalaman pahit di Celcom akutinggalkan. Aku bertukar kerja ke bidang hiburan. Aku menjadi Penolong Pengurusdi Tanjong Golden Village Cinema – TGV.

 

Bertugas di TGV cawangan MinesWonderland Shopping Complex di Seri Kembangan. Kerja aku menjadi lebih seronokkerana sentiasa dapat melihat filem-filem terbaru setiap minggu.

 

Di TGV cawangan Mines ini akumenguruskan 5 buah dewan panggung wayang dan 15 orang pekerja. Kebanyakkanpekerja aku adalah bekas pelajar Universiti Putra Malaysia – UPM keranajaraknya yang dekat dengan Mines Wonderland Shopping Complex. Kebanyakkanpekerja adalah ‘part time staff’ sahaja.

 

Salah seorang pekerja aku bernamaSilvia. Seorang gadis berumur 23 tahun. Pelajar lulusan Ijazah Sarjana MudaEkonomi. Oleh kerana kesukaran mendapatkan kerja tetap dengan Ijazah yang ada,dia menjadi ‘part time staff’ di TGV.

 

Silvia merupakan anak Sarawak danberasal dari Serian, Sarawak. Beragama Kristian. Namun beliau fasih berbahasaMelayu. Paling aku suka dengan Silvia ini, jiwa rocknya.

 

Bukan setakat rock macam Wings atauSearch. Tapi rock Silvia ini lebih kepada Black Metal. Sampai aku pun tak taunama-nama group underground yang dia minati. Tapi aku suka gayanya.

 

Walapun subang di telinga ada 2 atau 3subang. Bertindik di hidung dan pusat. Tapi budi bahasanya tetap sopanlebih-lebih lagi kepada orang-orang tua seperti pelanggan TGV yang berusia.

 

Oleh kerana keunikkan diri Silvia ini,aku cuba mengatur langkah mengayatnya. Langkah pertama aku dapatkan no telefon'handphone'nya daripada fail peribadi pekerja.

 

Langkah kedua, aku buat menyiasatlatar belakang dirinya melalui rakan-rakan sekerjanya. Aku selalu membuatrondaan rutin di kaunter tiket, kaunter ‘candy bar’ dan pintu masuk ke panggungwayang. Alasan aku kepada pekerja untuk melihat mereka melakukan kerja mengikutprosedur. Padahal pada masa yang sama, aku bertanya kepada mereka tentang diriSilvia.

 

Hasil temu bual dengan pekerja-pekerjaaku yang juga rakan-rakan sekerja Silvia, rupa-rupanya Silvia ini baru putuscinta dengan seorang lagi pekerja aku bernama Mohsin. Nasib baik baru putuscinta. Kalau sedang bercinta, boleh saja aku putuskan. Hahahaha. Niat jahat dahbermula.

 

Sebagai seorang Penolong Pengurus,memang menjadi kewajipan aku untuk memastikan semua pekerja hadir bekerjamengikut jadual tugasan masing-masing. Maklumlah ‘part time staff’ macam ini,memang kena pantau betul-betul jadual tugas masing-masing. Kebajikan pekerjapun perlu dijaga, maka jika pekerja ada apa-apa masalah biasanya mereka akanmenghubungi handphone aku.

 

Pada satu malam, ketika itu aku ‘offduty’, aku datang ke TGV untuk menonton wayang cerita baru. Sebagai PenolongPengurus aku mempunyai ‘access’ untuk masuk menonton wayang secara percumadengan tempat duduk aku pilih sendiri.

 

Niat aku hari itu saja nak tengokSilvia. Tapi lepas aku pegi ke ‘candy bar’ untuk mengambil air coke danpopcorn, baru aku tahu rupanya Silvia juga ‘off duty’ pada hari yang sama.Takde rezeki lah aku nak mengorat. Terus aku masuk ke dalam panggung wayang.

 

Baru aku nak melangkah ke dalam ‘Hallno 5’, handphone aku berbunyi. Tanpa sempat melihat ‘Caller Id’ di skrinhandphone, terus aku menjawab, “Hello. Saya Zul. Sapa tu?”

 

Terdengar suara lembut di corongtelefon sebelah sana, “Helo En. Zul. Saya Silvia ni. Nak mintak tolong la EncikZul. Boleh ke?”

 

Nada suara bertukar lembut, akuberkata, “Oh Silvia. Ye ada apa boleh saya bantu?”

 

Silvia bersuara, “Em macam ni. Tadisaya call Nina. Tapi dia tengah duty di kaunter tiket. Tu saya call En. Zul.Macam ni. Saya terkandas di komuter Serdang ni. Kunci motor saya hilang. Taktau tercicir kat mana. So saya nak balik rumah sewa takde kunci motor. Teksipun takde kat sini. Tu mintak tolong En. Zul kalau boleh, hantarkan saya kerumah sewa saya. Boleh ke?”

 

Pucuk dicita, ulam mendatang. Walaupunperasaan penuh ‘excited’, namun aku melontarkan suara dengan tenang, "Oh.Boleh aje. Saya pun memang tak keje ni. Awak tunggu kejap. Saya datang distesen komuter situ ye.”

 

Silvia dengan suara yang girangmenjawab, "Ok En. Zul. Terima kasih banyak. Saya tunggu sini ye. Dekatdengan public phone stesen ni.”

 

Tanpa melengahkan masa. Aku buangsemua pop corn dan air coke di tanganku ke dalam tong sampah. Ala benda bolehambik free sesuka hati. Tak nak makan buang saja.

 

Dalam masa 10 minit aku telah tiba dilokasi tempat Silvia menunggu. Dengan kereta Wira Aeroback 1.6 Auto berwarnahitam aku mempelawa Silvia menaikki kereta ku ini. Kereta ini aku beli denganduit gaji aku sendiri. Aku dah mula berdikari. Tidak menggunakan duit ibu danbapaku lagi.

 

Masuk je ke dalam kereta ku, Silviaberkata, "Terima kasih banyak En. Zul. Tolong saya malam ni. Saya tak tahunak call sapa lagi dah. Dah lewat malam kan. Maaf ye menyusahkan En. Zul.”

 

Aku dengan muka ‘control cool’membalas, "Ala takde hal la. Saya pun memang ade lepak kat wayang tadi.'Off day' hari ni. Tapi bab kebajikan pekerja saya kena jaga, walapun cuti kekeje ke, tetap sama. Pekerja susah saya kena tolong.”

 

Dalam hatiku, "Untuk kamu bolehla Silvia. Kalau staff lain call aku malam-malam mintak tolong, memang aku offaje handphone aku. Hahahaha.”

 

Sambil berborak dalam kereta, Silviamenunjukkan jalan ke rumah sewa dia. Takdelah jauh mana pun. Lebih kurang 10minit je dari Stesen Komuter Serdang tadi.

 

Sebaik saja tiba di parking rumah flattersebut, aku bertanya, "Ni Silvia nak ambik kunci motor spare kat rumahlepas tu nak pegi stesen komuter balik ke? Saya boleh hantarkan?”

 

Silvia menjawab, "Eh tak apa En.Zul. Esok aje saya pegi dengan kawan. Sekarang dah malam. Saya pun takut bawakmotor lewat malam macam ni.”

 

Aku berkata, "Ok lah kalaubegitu. Tapi esok kalau awak takde sesiapa nak hantar, saya boleh ambil awak.Tak susah pun. Dekat je rumah awak ni.” Aku cuba memancing. Heheheh. 

 

Namun Silvia membalas dengan senyumansambil berkata, "Ish, segan la En. Zul. Takkan la boss lak datang ambikstaff. Tak apa En. Zul. Tak nak susahkan En. Zul. Jasa En. Zul malam ni pun dahbanyak untuk saya. Nanti saya belanja En. Zul makan ye.”

 

Jawabku pantas, "Takde susah apapun. Tapi bab makan tu ok. Nanti kita makan sama ye.” Sambil tersenyumSilvia melambaikan tangan sewaktu aku beredar pergi dari kawasan rumahnya untukbergerak pulang.

 

Semenjak malam itu, hubungan akudengan Silvia menjadi rapat. Silvia yang baru putus cinta dengan staff kubernama Mohsin, lebih banyak mencurahkan isi hatinya kepada aku.

 

Apa saja masalah dalam hidupnyadikongsikan bersama dengan aku. Aku pula sebagai pegawai beliau, akan memastikanjadual kerja Silvia tamat seawal yang boleh agar dia tidak balik lewat malam.

 

Maklumlah perempuan bawak motor baliklewat malam memang merbahaya. Aku cuba nak tumpangkan dia pergi dan balikbekerja tapi Silvia menolak dengan sopan.  Aku tidak mahu memaksa. Diaselesa bermotor datang bekerja biarlah. Asalkan selamat.

 

Namun Silvia bekerja di TGV ini hanyasementara sahaja. Dia akhirnya mendapat tawaran sebagai Guru Sandaran di KualaTerengganu. Nak tak nak, terpaksa juga aku melepaskan dia pergi.

 

Sepanjang hubungan aku dengannya diTGV ini, kami hanya keluar makan dan menonton wayang bersama di panggung wayangcawangan lain agar tidak diketahui kakitangan tempat kami bekerja. Silviamemang pandai menjaga budi bahasa dan tingkah lakunya sepanjang perhubungankami. Dia juga telah menganggap aku sebagai teman lelaki istimewanya.

 

Malam perpisahan kami adalah diPerhentian Bas Putra di Kuala Lumpur. Waktu itu hati terasa sedih kerana inginmelepaskan Silvia pergi. Lepas ni agak susah untuk kami bertemu dan berbualsetiap hari kerana jarak yang memisahkan.

 

Namun Silvia menenangkan hatiku denganberkata, "Awak jangan risau ye. Nanti cuti sekolah saya balik KL ini kitajumpa. Kita stay hotel sama ye. Saya dah takde rumah sewa kat sini dah.”

 

Terkejut. Tapi aku terus mengukirsenyuman kerana mendengar ayat itu. Memek mukaku yang tadi sedih kini berubahmenjadi merah keceriaan.

 

Dalam hati, "Bila la nak cutisekolah ni. Dia dah offer ni. Tunggu masa je ni. Stay hotel sama. Wow. I like.Tak sabar ni. Hahahahah”.

 

Kemudian aku berpesan, "Ok awak.Baik-baik jaga diri di sana ye. Kalau boleh cuti awal awak bagitau la saya ye.Hotel Istana saya siapkan untuk awak ye.”

 

Itulah kata-kata terakhirku kepadaSilvia sebelum dia menaiki bas untuk ke Kuala Terengganu bagi memulakan tugassebagai Guru Sandaran di sana.

 

Masuk je ke dalam kereta, aku membukaradio dan kedengaran lagu kumpulan Scorpions bertajuk, "When You Came IntoMy Life”. Seumpama lagu latar ‘soundtrack’ kisah aku dengan Silvia, bait-baitlirik lagu ini,

 

"You give me your smile, a pieceof your heart, you give me the feel I've been looking for, you give me yoursoul, your innocent love, you are the one I've been waiting for, I've beenwaiting for.

 

We're lost in a kiss, a moment intime, forever young, just forever, just forever in love. When you came into mylife, it took my breath away, cause your love has found it's way, to my heart.

 

You make me dream, by the look in youreyes, you give me the feel, I've been longing for.

 

I wanna give you my soul, all my life,cause you are the one I've been waiting for, I've been waiting for so long.

 

When you came into my life, it took mybreath away, and the world stopped turnin' round, for your love.

 

When you came into my life, it took mybreath away, cause your love has found it's way, to my heart, into myheart....”

 

Semoga Silvia cepatlah kembali ke KLwaktu cuti sekolah nanti. Tak sabar rasanya aku menunggu. Tapi sementaramenunggu Silvia balik untuk cuti sekolah 3 bulan akan datang, siapa pula akanmengisi kekosangan hati ini?

Previous: Bab 5
Next: Bab 7

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.