Home Novelet Kanak-kanak Pengembaraan ke dunia Kit
Pengembaraan ke dunia Kit
ummu bilal
6/3/2017 21:43:55
58,918
Kategori: Novelet
Genre: Kanak-kanak
Bab 5- Sembunyi

“Berapalama lagi kita kena tunggu di sini Kit?” tanya Norli kepada Kit. Beberapa kaliNorli memegang perut.

“Norli lapar la,” Norli berterus terang.

Norli melihatsekelilingnya.Keadaan gelap.Sebenarnya mereka sengaja tidak mahu rumah initerang benderang.Mereka tidak mahu tempat persembunyiannya ini di ketahui olehtikus-tikus tadi.Jika diketahui oleh mereka, di mana lagi mereka mahumenyembunyikan diri selepas ini? Jikatersilap langkah, mereka bertiga akan dikurung dan diseksa oleh tikus-tikusyang ganas itu. Walaupun begitu, Norli sempat keluar sebentar sambil melihat keadaansekeliling.Rumah Oren kecil sahaja dan sempit.Pemandangan sekeliling rumah Orenpula dipenuhi lalang dan kedudukannya agak tersorok.Itu pun tidak lama Norliberada di luar kerana Kit menyuruhnya segera masuk ke dalam rumah..

“Tu la, tadi saya suruh awak makantumbuhan ajaib tapi awak tak nak,” kata Kit.

Norli sendiri tidak faham mengapatumbuhan itu dinamakan tumbuhan ajaib dan dari mana Kit mendapatnya?

“Saya taknak tumbuhan pelik tu. Sayanak makan nasi la!” jawab Norli sengaja meninggikan suara,

“Kat sini tak ada nasi. Jadi kalauawak tak nak makan tumbuhan ajaib ni, awak terpaksa la tahan lapar,” jawab Kit.

“Awak jahat!Awak tidak kasihan padasaya.Nanti saya bagitahu ibu dengan ayah!”Norli mula mahu menangis.

Kit tahu bahawa Norli dalam keadaanlapar, tetapi Norli sendiri tidak mahu makan tumbuhan ajaib yang ingindiberinya.Kit tidak boleh berbuat apa-apa. Buat masa ini,mereka terpaksabersembunyi dan menunggu masa yang sesuai sebelum dapat keluar dari situ.Lagipunmereka tidak mahu menyusahkan Oren lagi yang telah banyak membantunya. Nasib Oren memberi kebenaran kepada merekauntuk tumpang bersembunyi di situ . Kit sendiri berasa gerun apabila memikirkanapa yang bakal terjadi kepada mereka sekiranya tikus-tikus itu dapat menangkapmereka.

“Kit, fikir la jalan. Tak kan kitanak duduk kat sini je. Saya nak balik rumah saya.Saya kena balik sekarang.Nantiibu dengan ayah saya marah,” Norli mula teresak-esak.

“Mesti sekarang ayah dengan ibutengah tidur.Mereka mesti tak sedar yang aku tak ada sekarang,” Norli mulaberasa sedih.Norli memeluk erat Barbie yang masih dalam pegangannya, sertamerta Norli menangis.Tangisan Norli makin lama semakin kuat.Kit mulai cemasdengan keadaan Norli. Kit tidak mahu tangisan Norli akan didengari oleh makhluklain terutama sekali si tikus. Kit mula memikirkan jalan untuk meredakantangisan Norli.Bukannya Kit tidak mahu membawa Norli pulang, tetapi Kit berasabersalah selagi tidak memperkenalkan Norli kepada kedua ibu bapanya sebagaitanda berterima kasih.Jika bukan sekarang.bila lagi? Kit juga sudah pun sembuhdi rawat oleh keluaraga Norli.Sekian lama Kit berada di rumah Norli sehinggabenar-benar sembuh.Kit juga perlu pulang untuk bertemu semula kedua ibubapanya.Kit juga tidak sabar lagi untuk menceritakan sesuatu yang pentingkepada kedua ibu bapanya.Sesuatu yang amat penting!

*******

Sementaraitu Coreng, Kuring dan Karing masih tidak berputus asa untuk mencari Norli danKit.Mereka masih meninjau-ninjau dari satu tempat ke satu tempat.

“Sebab kau la makhluk tu dapat laritau tak,” marah Kuring kepada Karing.Mereka ialah sepasang kembar.Kuring ialahabang kepada Karing.Walaupun mereka kembar tetapi mereka mempunyai rupa dansikap yang berbeza.Kuring mempunyai fizikal yang kurus dan tinggi.ManakalaKaring pula pendek dan gemuk.

“Kenapa pulak?” marah Karing keranadipersalahkan.Karing tahu benar dengan sikap Kuring yang sering sahaja mahumenyalahkan dirinya.

“Kau tu lari lambat sangat.Sebab tumakhluk tu dapat lari,” marah Kuring lagi. Karing diam. Karing malas untuk membalaskerana Karing tahu Kuring tetap tidak mahu mengalah dan akan tetap mencarisalah orang lain.

“Diam tu tanda betul la tu!Memangsalah kau!”Kuring masih lagi tidak berhenti menyalahkan Karing.

“Sudah! Cukup cukup sudah! Dari tadiasyik memekak je.Cepat kita cari jalan.Kita jangan bagi makhluk tuterlepas.Rezeki besar tu!”Coreng pula menyampuk.Dalam kalangan mereka bertiga,Coreng ialah tikus yang paling ganas dan tidak teragak-agak untuk mencederakansesiapa yang menghalang tugas mereka.Di muka Coreng juga terdapat satu parutberjahit.Parut itu juga merupakan salah satu simbol keganasan Coreng.

“Macamana kita nak cari Coreng?”tanya Karing.

“Sebab tu la aku suruh cari jalan!”herdik Coreng dengan muka bengis.Kuring dan Karing diam tidak menjawab.

Coreng berjalan sambil memikir-mikirsesuatu.

“Kuring, Karing. Kucing yang beradadengan makhluk tu nama Kit kan,” tanya Coreng setelah agak lama berfikirsesuatu.

Kuring dan Karing pula cubamengingat sesuatu. Setahu mereka Kit sudah mati tempoh hari.Mustahil itu adalahKit. Mungkin kucing lain yang menyerupai Kit. Tetapi tadi mereka dengar makhluktersebut menjerit memanggil Kit.

“Tapi Kit dah mati Coreng. Mungkinada kucing lain yang nama sama dengan Kit,” jelas Kuring. Kuring yakin benarbahawa Kit sudah mati.Mustahil dengan kecederaan yang ada pada Kit, Kit masihboleh bertahan untuk hidup.

“Macamana kau pasti Kit dah mati?Kau dah tengok mayat dia?” tanya Coreng.

“Semua dah tahu yang Kit dah matiCoreng.Keluarga Kit pun anggap Kit dah mati.Lagipun Kit tu dah cederateruk.Mustahil dia hidup lagi.Betul tak Karing?”Karing yang hanya mendengarperbualan antara Kuring dan Coreng hanya mengangguk-angguk.

Coreng masih tidak berpuas hatidengan kata-kata Kuring. Bagi Coreng, dia masih tidak percaya bahawa Kit sudahmati. Melainkan jika dia sendiri melihat Kit mati dihadapannya.

“Akurasa kita kena siasat,” kata Coreng dengan wajah yang serius.“ Kita kenabetul-betul pastikan Kit tu dah mati atau hidup lagi. Kalau boleh kita janganbiarkan dia hidup! Aku sendiri nak tengok mayat dia!” kata Coreng lagi dengansuara yang lebih kuat.

Previous: Bab 4 (ii)

Portal Ilham tidak akan bertanggungjawab di atas setiap komen yang diutarakan di laman sosial ini. Ianya adalah pandangan peribadi dari pemilik akaun dan ianya tiada kaitan dengan pihak Portal Ilham.

Portal Ilham berhak untuk memadamkan komen yang dirasakan kurang sesuai atau bersifat perkauman yang boleh mendatangkan salah faham atau perbalahan dari pembaca lain. Komen yang melanggar terma dan syarat yang ditetapkan juga akan dipadam.